Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label RAMADHAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RAMADHAN. Papar semua catatan

7 Ogos 2013

Ramadhan ke 24-Aktiviti Sekolah Sebelum Cuti

Sepanjang Ramadhan pelbagai aktiviti dijalankan di sekolah.

Pertandingan mewarna poster "Salam Ramadhan".
Farouk pun join jugak tetapi bab-bab mewarna farouk memang fail.
Awal-awal memang terbaik tapi lelama bila dia dah bosan mulalah entah apa-apa.


Ni masa program Hafazan.
Selamber jekan bujang ibu tidur.
Entah mimpi ke mana-mana.
Alahai...Farouk!!!!!

Mood raya datang diakhir-akhir minggu persekolahan.
Jadinya masa DSV ibu melencong sikit dari topik asal.
Sesekali ubah selera cikgu dan anak-anak murid.
Suka sangat budak-budak tu sebab bila siap dapat duit raya.....

Hari terakhir persekolahan ada Majlis Khatam Al-Quran.

Bersalaman dengan anak-anak didik.....

                           
Hari terakhir juga ibu dikunjungi dengan sampul surat berisi penanda buku dan sampul
duit raya dari seorang rakan blogger yang sangat pemurah JS.
TQSM dear, ramai yang jeles tengok sampul raya yang gojes tu.
Sampul-sampul tu ibu dah gunakan untuk mengisi duit raya anak-anak murid.

1 Ogos 2013

Ramadhan 23-Check List Sebelum Raya.

Syukur Alhamdulillah diminggu terakhir segala permasalah tentang ayah hampir selesai.
Cuma sekarang ayah perlu awasi kolestrol dan penyakit kencing manis.
Ternyata ayah bebas sebagai pengidap penyakit jantung.
Lega rasanya hati ibu walaupun masih ada kerisauan 
kerana ayah tetap pengidap 2 jenis penyakit yang menakutkan.

TInggal beberapa hari lagi kami akan bercuti dan pulang ke kampung.
Disaat-saat akhir ibu perlu pastikan persiapan anak-anak selesai.
Setakat ni persiapan 4Farah dah hampir selesai cuma tinggal
beberapa perkara lagi yang perlu disiapkan.

A. Baju Raya
Mempunyai 4 orang anak perempuan memerlukan belanja yang besar berbanding
persiapan Farouk seorang.
Baju nak yang blink2 sama macam ibu...setiap orang minta 3 pasang baju blink2.
Bayangkan sepasang baju sebegitu jejak ratusan ringgit sepasang.
4 X 3 pasang = 12 pasang X RM???....
Tudung dan kasut pun belum beli lagi.
Aduyai anak....bonus yang ibu dapat cuma RM500. Baru lepas untuk seorang....
Untuk farouk tak ada masalah.
Main beli je 3-4 pasang baju melayu ready-made + t-shirt + seluar + kasut dah settle.
Tak perlu nak matcing bagai....
Itupun ayah janji hari Sabtu ni kami bershopping kat KL...
I like it......

Ni masa kat butik Wy-Rine di Vietnam awal tahun hari tu.
Masa ni ibu dah mula lupa diri.
Di sinilah ibu beli baju raya untuk 4Farah.
Pelbagai warna dengan tema blink-blink.
Semua tu ibu rembat sebab dimata ibu ianya sangat-sangat cantik.

Untuk 4Farah ibu belikan 2 pasang seorang pattern ni.
4Farah X 2 pasang = 8 pasang.
Baju ni untuk raya pertama dan ke dua.....
Kalau kat Malaysia sepasang dijual dengan harga RM125-Rm150 sepasang.
Kat sana lebih murah......macam mana tak rambang mata...huhuhu...

Dan hasilnya baju-baju yang menggunung.
Belum lagi termasuk kain pasang sebanyak 20 pasang kain sulam yang ibu beli di sana.
Ada diantaranya ibu dah pakai ke sekolah......

Ni pulak masa ibu kat Bandung bulan lepas.
Shopping lagi sampai lebam.
Rasa tak nak balik bila dok kat sini....walah....

Tanpa sedar ibu "terbeli" 25 pasang kain sulam...
4Farah + Ibu = seorang dapat 5 pasang.
Aduyai, ayah diam tanpa kata apa-apa.
Dah faham sangat perangai ibu.
Tapi tak semua kain ni ibu guna untuk Raya kali nie.
Ada yang ibu KIV dulu....
Tak daya nak menjahit.

B. Biskut Raya
Awal-awal ibu dah tempah dengan rakan sekerja.
Tak perlu ibu comot-comot kat dapur.
Lagipun ibu rasa tempah lebih senang kerana kos nak membuatnya
pun lebih kurang sama- alasan orang yang malas....
Ibu terpaksa tempah untuk 3 buah rumah.
Tak kisahlah sebab raya pun sekali je.....

C. Duit Raya
Pun dah settle.
Alhamdulillah tahun ni ibu lebihkan sikit budjet.
Maklumlah ibu ni masih ramai sepupu yang masih belajar sebaya anak-anak ibu.
Takkan la nak bagi RM2-RM5..Mesti lebih sikitkan.
Untuk yang kecik2 tu RM2 dah cukuplah...he3X.....
Disamping untuk anak-anak buah dan saudara mara ibu perlu
sediakan duit raya untuk anak-anak murid yang akan datang beraya
hingga berakhirnya bulan syawal.
Kat Johor memang meriah.
Raya 1 bulan.....

D. Lain-lain
Setakat ni rasanya baru je servis kereta.
Dengan manjanya MPV mencekek duit akibat cermin depan retak akibat
lantunan batu dari lori dan road-tax pun habis masa ni jugak...huhuhu....
Terpaksa melabur ke situ.

Dan kebetualan ayah pulak sakit saat ni so kos perubatan
ayah pun banyak juga habis..Tapi tak kisahlah asalkan ayah sihat.

1 minggu lepas raya Along pula mendaftar di U.
Yuran pendaftaran, laptop baru dan persiapan lain maunya jejak ribu riban....
Tapi tak kisahlah, demi masa depan anak..

Agak-agak ada apa lagi yang tercicir....

p/s : Hari ni Angah exam hari ke 2.
Moga Allah permudahkan dan moga angah mampu perolehi kecemerlangan..InsyaAllah...
Esok angah akan kembali bersama kami seketika.......


16 Ogos 2012

Check list Terakhir.

Terima kasih kepada semua yang sedekahkah Al-Fatihah
kepada arwah rakan ibu Cikgu Hamdan B Gendut.
Walaupun teramat sedih dengan kehilangannya namun
hidup perlu diteruskan.
Giliran kita akan tiba jua nanti......
Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.....ameen...

Sebelum menyambut hari raya ibu pastikan
membuat senarai semak persediaan raya.
Maklumlah kami berhari raya di kampung.
Ibu nak pastikan semuanya dah tersedia sebelum balik kampung..........

Baju  Raya
Alhamdulillah dah selesai setelah hampir 3 minggu siri pencarian dijalankan.
Punyalah cerewet 4F nie.
Makin besar makin terserlah sikap itu.
Yang paling ibu hot dengan 4F nie, tak nak kalah dengan ibu.
Ibukan peminat baju bling2, 4F pun nak baju bling..
Mana tidak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan..kan..kan...huhuhu....
Fening......mak jemah.....

Kasut raya
Pun dah settle.
Bila seorang F nak kasut, sudah semestinya 4F tu nak juga.
Alahai sabar jelah.
Nasib baik ibu ni ahli produk santini/latina.
So dapatlah diskaun 20%.

Duit raya
Alhamdulillah, awal-awal ayah dah booking dengan kawan dia.
Jadinya tak perlulah kami bersesak ke bank....
Sekarang ni tinggal nak masuk dalam sampul jelah...

Kuih raya
Semuanya dah siap ditempah.
Semuanya dah ada depan mata.
Ibu tempah untuk 3 cawangan,
1 untuk rumah sendiri, 1 untuk rumah mama di Kelantan dan 1 untuk ibu mertuaku.....hehehe....

Sekarang ni sibuk edisi packing kain baju nak balik kg.
Ibu yang "over" mengalahkan anak-anak.......
Semoga segala perancangan ibu sekeluarga berjalan lancar.......

23 Julai 2012

SteamBoat MasterChef Kami.

Sorry ye pagi-pagi tayang makanan.
Semua ni dalam draf ibu ye.
Tak de niat nak buat kawan-kawan terliur..huhuhu....

Hari pertama puasa ayah dah volunteer nak masak untuk juadah berbuka.
Ibu sekadar masak juadah untuk bersahur je.
Tersengeh ibu sampai ke telinga.
Lagi pun dah lama ayah tak masak steamboat untuk kami.
Steamboat ayah memang terbaik......

Melimpah ruah.....
Bahan-bahan untuk steamboat ayah beli semasa kami outing ke Muar pada pagi tu.
Macam biasa kalau ke supermarket, ibu akan bersama 4F meronda bahagian
pakaian manakala ayah bersama farouk akan ke bahagian makanan....hehehe....

Tak cukup 1 periuk, ada lagi untuk tambahan.
Dasyat sungguhkan kami makan steamboat..
Sekejab je habis 1 periuk steamboat tu dikerjakan oleh kami.

Petang semalam ibu sekadar masak pasta, rendang dan
ketupat segera untuk bekalkan Along ke kolej.
Sedihnya hati waktu berbuka petang semalam bila
tengok kerusi tempat biasa Along duduk dah kosong.
Ya Allah, kuatkan hati ini...........

27 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA SAHABATKU-Puasa ke 27

Semasa n3 ini tersiar mungkin ibu dah dalam perjalanan
pulang ke kampung.
Dan InsyaAllah, semoga Allah memelihara dan
melancarkan perjalanan kami sekeluarga.
10-12 jam perjalanan memang amat memenatkan.
Semoga Ayah mampu bertahan.......

Di kesempatan ini ibu dan 4fn1mf-family ingin mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA 
Maaf Zahir Batin

kepada:
semua ahli keluarga ,
rakan-rakan blog,
warga SKPK
rakan-rakan lama,
ex-student
anak-anak murid SKPK
dan sesiapa yang mengenali diri ini.

Mohon maaf sekiranya sekiranya ada komen-komen
ibu yang menguris hati dan perasaan atau mungkin
ada n3 ibu tidak menyenangkan atau menyentuh hati tanpa ibu sedar..
Ibu hanyalah insan biasa yang serba kekurangan.

p/s:
Mungkin blog ni akan sepi seketika...........


26 Ogos 2011

Majlis Khatam Selesai-Puasa ke 26

Pagi tadi selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran.
Selama sebulan jugalah murid-murid ni bertadarus semasa waktu rehat.

Dan hari ini terakhir persekolahan sempena Hari Raya.
Kami bercuti bermula esok sehingga hari Ahad (5.9.2011)
Kira congak, kami cuti selama lebih kurang 8 hari....
Seronok..seronok..sila jangan jeles ye.
Tapi risau juga sebab naik sekolah murid-murid Tahun 6 akan hadapi UPSR.

Peserta Khatam.
Naurah salah seorang peserta khatam yang terpilih...

 Farouk pun sama-sama membaca yasin.

 Saja-saja menempel....
Hari biru sedunia....

Naurah menerima cenderahati bagi peserta khatam.

24 Ogos 2011

Kisah Ikan Goreng Bertepung-Puasa ke 24

Petang semalam ibu goreng ikan celup tepung.
Tiba-tiba hati jadi sayu.
Entah kenapa terkenang zaman kanak-kanak.


Zaman yang indah tiba-tiba jadi sedih bila Abah melanjutkan pelajaran ke UKM.
Sejak itu kami sekeluarga hidup dalam kesukaran dan keperitan.
Kalau tak silap ibu, sewaktu ibu usia ibu 5 tahun.
Malas lah ibu nak kenang lagi saat itu.
Klik sini.

Tapi ikan goreng tepung ini mengamit kenangan.
Semasa itu ibu berada dalam Tahun 1.
Di kantin sekolah ibu (SK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas)
ada menjual ikan goreng tepung ini.
Dan merupakan menu kegemaran ibu.
Kenapa kegemaran kerana makanan ini yang paling murah ketika itu.
Setiap hari ibu hanya mampu membeli seekor
ikan kecil bertepung dengan harga 20 sen untuk mengalas perut
dengan berbekalkan air masak.
Sedangkan rakan-rakan lain mampu membeli
nasi lemak, mee goreng dan macam-macam makanan lain.

Dan di satu sudut ibu menanti penuh sabar lebihan 
RMT (rancangan makanan tambahan) 
khusus untuk pelajar miskin.
Ibu tidak layak memandangkan abah seorang guru
(tetapi kerana abah melanjutkan pelajaran, hidup kami susah).
Mama cuma mampu bekalkan ibu dengan wang belanja 20 sen.
Setiap hari ibu berdoa agar ada lebihan makanan itu.
Dapatlah ibu mengalas perut dengan makanan yang lebih enak..

Hu.hu.hu...sedih bila dikenang.
Kenapa lah ikan goreng tepung ni buat ibu sedih.....
Tidak pasal-pasal petang yang ceria bertukar syahdu....

p/s: 
"MAMA, ABAH", kakak rindu kalian berdua..
Kakak xsabar nak jumpa kalian.....

16 Ogos 2011

Kerja Tetap Diteruskan-Puasa ke 16

Alahai mata, kenapa dan mengapa?????
Teruklah kalau setiap hati macam ini.
Tetapi tugasan mesti diteruskan macam biasa.
Jangan bagi alasan kerana puasa kerja-kerja tertangguh.

Hari ini ibu menghabiskan masa dengan buat 
proses pelupusan@hapus kira buku PSS.
Banyak buku-buku yang dah lembik dikerjakan anak-anak murid ibu.
Tak pelah, itu tandanya mereka rajin pinjam buku, rajin baca buku,
tak pun mereka sepah-sepahkan buku-buku itu.
Asalkan mereka pegang buku pun dah ok.
Nak terapkan budaya sukakan buku bukan senang.

Dan hari ini ibu mampu lupuskan lebih kurang 150 buah buku.
Dah tak daya nak teruskan kerja-kerja itu.
Agaknya cikgu ni kalau bagi kerja-kerja macam ni memang tak tahan lama.
Maklumlah, kerjanya bercakap...bercakap dan bercakap....
Kalau sekadar duduk diam-diam dan mengadap kerja-kerja
tanpa bercakap mata mula layu dan kuyu....

.Berserabut dok tengok buku-buku yang dah lunyai + lembek nie.....
Akhirnya dapat siapkan 1 kotak buku untuk proses perlupusan tu..

 Rehatkan diri seketika. 
Nilah kerja ibu kalau dah bosan...
Melukis atau mewarna.....he..
Terapi minda juga ni....

13 Ogos 2011

Alahai Jala Mas-Puasa ke 13

Tiba-tiba teringin nak makan kuih "Jala Mas".
Kuih tradisi orang Kelantan.

ambil dr en.google.

Kalau nak cari  kat sini memang tak jumpalah.
Ibu cuba godek2 en google cari resepi.
Resepinya amat simple sebenarnya.
Klik sini.
Tetapi awas, kuih ini tak boleh makan banyak ye.
Nanti kena kencing manis.
Sekadar seketul cukuplah.
Sebagai pencuci mulut.

So dengan gigihnya ibu cubalah buat.
Dalam resipi suruh guna corong dari daun pisang tetapi
ibu pula guna acuan  roti jala.
Bila masak tiba-tiba gelak sorang-sorang.
Bukan jadi jala mas tetapi jadi ketulan mas....
Anak-anak tengak semacam je..
Apa pun rasanya lebih kurang sama walaupun tak serupa.....
Tak kisahlah, sekurang-kurangnya tidak kempunan..

12 Ogos 2011

Menghitung Hari-Puasa ke 12

Ibu menghitung hari bukan kerana tidak sabar untuk menyambut hari raya.
Tetapi menghitung hari untuk menatap wajah-wajah kesayangan ibu.
Wajah yang sentiasa ibu rindui di kampung.

Dan ibu sangat bersyukur kerana sepanjang usia
perkahwinan ibu, kami akan menyambut hari raya di kampung ibu.
Bukan dari desakan ibu.
Tetapi di atas kehendak ayah sendiri.
Ibu amat bersyukur sangat-sangat.
Walaupun ada suara-suara yang tidak senang dengan
keadaan ini.
Ayah amat memahami dan bagi Ayah di Johor
kami menyambut hari raya selama 1 bulan.
Bila-bila masa kami boleh meraikannya....
Jadi tiada masalah giliran timbul bila setiap kali.hari raya akan menjelma.

Dan ibu bersyukur kerana mempunyai seorang 
ibu mertua (MIL) yang memahami kehendak anak lelakinya.
Malah  MIL akan akan menyediakan
kerepek pisang, rempeyek, karas, dan kuih deram
untuk dikirim khusus kepada besannya di sana..

Terima Kasih Ayah!!!!!Terima kKasih Mak!!!!

10 Ogos 2011

Bertadarus-Puasa ke 9

Sekarang ini bila waktu rehat ,
di sekolah ibu diadakan program tadarus Al-Quran.
Semua murid-murid wajib bertadarus dan dibimbing oleh setiap guru.
Setiap guru telah diagih-agihkan kepada surah yang berbeza
untuk membimbing murid-murid dalam kumpulan yang kecil.

Ini group ibu, ibu diberi juzuk 27.

Budak-budak kecil ini senang dibentuk.
Mereka mendengar kata dan patuh pada arahan.
Walaupun terkadang mereka mencabar kesabaran guru.
Alhamdulillah, bila loceng rehat berbunyi ,mereka tanpa
lengah-lengah menuju ke tempat yang telah ditetapkan...
Bersiap sedia untuk bertadarus bersama-sama..

Indahkan kalau program macam ini berjalan setiap hari
di sekolah dan di rumah walaupun selepas Ramadhan .
Bila difikir-fikirkan, kehidupan kita sekarang  banyak
dihabiskan untuk mengejar keduniaan semata-mata.......

9 Ogos 2011

Resepi Semalam-Puasa ke 8

Maaflah ye kerana sejak puasa ni ibu asyik tayang makanan.
Bukan niat nak menunjuk-nunjuk tetapi memang kewujudan  
blog ini pun untuk catatan atau dairy ibu sekeluarga.
Laipun ibu masak ala kadar mengikut selera 
anak-anak dan ayah.
Kategori simple dan mengelakkan pembaziran.
Dan mungkin akan jadi bahan atau rujukan anak-cucu ibu kelak.
InsyaAllah..Itupun kalau blog ni masih panjang umur........

Yelah, ada orang kata tayang-tayang makanan tak elok.....
Tidak kisahkan kerana ibu tahu rakan-rakan blogger
yang bertandan adalah rakan-rakan yang sudi berkongsi dairi kami...
Kita kena hormat niat masing-masing..
Setiap orang tidak sama.
Tidak syoklah kalau ada yang seolah-olah tidak puashati
dengan tema blog seseorang..

Ada orang wujudkan blog Politik, Keagamaan, Kekeluargaan, Bicara Artis
Isu Semasa, bisnes dan macam-macam...
Itu baru dinamakan perkongsian..
Dan semua itu ibu akan singgah demi mendapat ilmu....
Tak gitu?????....
Kata orang sentiasa "THINK POSITIF"....
Hish!!!! kesitu pula ibu nie...

Oklah, ibu nak tayang (tayang la sangat) hasil airtangan
ibu + Farouk semalam.
Sila jangan bosan ye......

 Semalam ibu masak murtabak maggie.Resepi di sini.
Ada kejadian disebaliknya.
Taulah Farouk tu, kalau ibu masuk dapur dia mulalah sibuk
volunteer nak tolong.
Terkadang ibu jadi rimas dengan "kerajinan" luar biasa dia.
Semalam punyalah sibuk nak tolong kacau bahan perencah.
Akhirnya!!!!!!!!....abis bahan-bahan tu jatuh dan tumpah.
Sempat juga kena marah dengan ibu yang tengah kepenatan ni....

Daging masak rose. Resepi di sini.

 Dah buntu nak masak ikan tongkol ni.
Akhirnya ibu bakar jelah.
Anak-anak ibu tidak begitu minat ikan tongkol padahal ikan ni baik untuk minda.
Klik sini.

dan lawannya air asam ini..
Sedap jugalah tetapi hanya ibu dan ayah yang makan.
Anak-anak tak layan....hu.hu.hu....

8 Ogos 2011

Air Katira-Puasa ke 8

Rasanya ramai juga yang tidak pernah dengar nama air katira ini.
Dan ada rakan bertanya tentang air katira.
Air katira ni setahu ibu berasal dari Johor.
Dan air katira biasanya banyak dijual dalam bulan Ramadhan.
Kalau pergi mana-mana PARAM kat Johor ni memang jumpalah air katira ni.


Bahan-bahan yang biasa dicampurkan ke dalam air katira
seperti  buah semangkuk, gajus, kismis, kurma, biji selasih, kabung, cincau, jelly 
dan macam-macam lagi.
Ala-ala air lai chi kang (betul ke tu ejaannya???) cuma
warnanya berbeza dan dalam air katira ditambah perisa pandan dan susu sejat.
Banyak khasiat yang terkandung dalam air katira ini untuk
 memberi tenaga pada kita setelah seharian berpuasa.

Tetapi sekarang kalau beli kat PARAM yang ada dalam
air katira tu cuma biji selasih, cincau dan jelly aje.
Sebab tu Ayah lebih suka buat sendiri air katira setiap kali puasa
kerana Ayah memang teror buat air ini.
Tetapi sejak puasa kali ini, Ayah masih tidak berkesempatan
lagi untuk buat air katira untuk kami sekeluarga.
Alahai Ayah, bila agaknya Ayah nak buat air katira ni......????

Edisi Shopping Baju Raya-Puasa ke 7

Semalam baru terheggeh-heggeh nak pergi shopping baju raya anak-anak.
Kebetulan Ayah tengah free.
Seawal 9.00 pagi kami dah keluar dari rumah menuju ke Muar.
Singgah beberapa buah  butik dan bazar.
Melayan kerenah anak-anak remaja yang semakin membesar.
Dan punya citarasa yang tersendiri.

Sekarang ni dah tidak ada lagi baju warna sedondong.
Tema kami ialah baju 'plain'.
Ayah dan Farouk masih serasi bersama.
Ibu dan 4 Farah masing beli baju ada bling2...
Ayah memilih baju Melayu berwarna oren untuk dirinya dan Farouk....

Si anak-anak dara tak nak kalah dengan ibu.
Bila ibu beli baju  bling-bling masing-masing nak juga.
Lawan tokeh betul budak-budak nie.
Ayoyo...
Si ayah jenis tak kisah.
Apa yang anak ambil, tidak dibantah.
Ibu pula yang banyak songel....hi.hi.hi...
Sayang rasanya kalau beli baju yang mahal-mahal
tetapi  lepas raya tersimpan je.
Yelah, mereka nak pakai baju tu kemana kerana
sejak dah besar mereka terkurung aje di rumah.
Lainlah ibu, baju-baju itu akan digunakan setiap masa
untuk bekerja.....
Alahai anak-anak....

 Sana sini pilih baju.
Yang tak tahan masing-masing dok tunjuk baju pilihan.
Harganya, mak aiii, semua yang mereka berkenan berharga RM100++.....
Mau tidak botak si ayah melayan kerenah anak-anak dara tu.
Kalau 2 pasang sorg RM100-Rm130 x 5 x 2 pasang= ?????
Itu baru 2 pasang.

 Bukan setakat shopping baju raya anak-anak dara ini,
ada je  aksesori sampingan yang mereka berkenan..
Alahai anak ibu.
Sudah nampak ciri-ciri macam si ibu.....


 Naurah pun tidak mahu kalah.
Bila kakak beli jubah moden, dia pun nak jubah moden juga.
kecik2 cili padi budak ini....
Baju-baju jubah moden tu boleh tahan mahal harganya
walaupun untuk saiz sebaya Naurah....


Dah-dah jom balik.
kalau lama-lama dengan budak-budak ni maka bertambah botaklah si ayah..
hu.hu.hu...

7 Ogos 2011

Alahai PARAM-Puasa ke 6

Semalam tiba-tiba rasa malas nak masak.
Ayah pula ada meeting kat KL.
Lagi pun stok lauk kat rumah dah tinggal ciput.
Biasanya Ayah yang selalu ke LYC untuk beli stok lauk.
Ibu sekadar masak apa sahaja lauk yang Ayah beli.

Selepas Asar ibu ajak Beby, Naurah dan Farouk ke bazar Ramadan
yang beberapa langkah aje dari rumah.
Param ni yang terbesarlah kat BG.
orang pun  ramai sangat2......


 Anak-anak nak makan ayam panggang.
1 ekor ayam panggang ni mencecah RM26.
Cepatnya harga makanan naik.
Jadi untuk keluarga ibu memang kena beli 1 ekorlah.
Nampak macam menyelerakan dan orang pun ramai kat gerai itu.
BIla makan, muka anak-anak berkerut.
"Tak sedap lah ibu, ayam pun tak begitu masak"
"Tak rasa la ibu perencahnya.."
Alahai, itu yang ibu malas nak beli lauk.
Kalau ibu masak anak-anak tak ada nak komen apa-apa.
Ayah pun langsung tak usik pun ayam panggang tu...

 Dan ibu beli murtabak .
Sekeping RM3.
Ibu cuma beli 2 keping.
Entahlah, intinya nipis semacam jerrr...

 Dan beli 'air katira".
Pun masing-masing berkerut semacam je.
1 bungkus RM2 + 2=RM4.
Bahan dahlah tak cukup syarat dan airnya tawar semacam aje.
Beli pun kerana digoda oleh ex-student ibu.
beria-ia panggil cikgunya nie.
Ingatkan nak bagi free...
Banyak la free...hi.hi.hi...
Akhirnya air katira ni pun tak habis diminum....
Betul-betul membazir.

Kesimpulannya,
ibu rasa dah tidak perlu lagi ibu ke PARAM.
Nampak gayanya anak-anak dan Ayah lebih berselera
makan kalau ibu yang masak.
Betullah kata orang,
airtangan seorang ibu dan isteri lebih nikmat ditekak
anak-anak dan suami.
Walaupun sekadar goreng ikan atau telur.
Masak penuh keikhlasan dan kasih sayang..
Dan sambil masak tidak lupa membaca surah Al-Fatihah,bertasbih dan berselawat.
Makanan terhidang penuh dengan keberkatan......

Dan akhirnya ibu terpaksa juga masak untuk mereka.
 Sambal tempe yang ayah masak...
Last minute ibu masak ikan sardin, ikan keli goreng.

Balik dari bertarawih di surau,
ibu terpaksa habiskan ayam panggang, murtabak dan air katira tu.
Sayang pula membazir begitu aja......

5 Ogos 2011

Menu-Puasa ke 4 dan ke 5

Kali ni petang baru ibu tayang menu semalam dan hari ini..
Sementara menanti waktu berbuka petang ni....

 Puding gula hangus + roti 

 Ikan patin masak asam pedas versi Kelantan.
Asalnya nak masak gulai tempoyak 
tetapi rasanya anak-anak tak begitu suka
bau tempoyak.
So terpaksa mengalah dan masak asam pedas versi Kelantan je 
tetapi makan dengan tempoyak.

 Ikan goreng celup tepung.

Ulam timun + ikan kering...

Hari ni ibu masak ikan percik + terung bakar + tempe goreng.
2 aje menu untuk petang ni....

4 Ogos 2011

Gotong Royong Memasak-Puasa ke 3

Awal-awal dah tayang makanan.
he.he.he...
Harap maaf.....
Set nasi ayam:
Nasi ayam + ayam goreng berperisa + sup + sambal.
Hasil airtangan Along dan Angah.....

Karipap yang tidak tentu arah rupanya. 
Hasil airtangan Beby dan campur tangan Farouk....

Sebenarnya sedang berfikir nak masak menu apa pula petang ni.
Stok lauk dalam peti ais tu dah ada cuma tunggu nak diolahkan tu..

Semalam bergotong royong dengan  
Along, Angah, Beby dan Farouk memasak menu berbuka.
Mereka sepakat nak makan nasi ayam.
Ibu jadi fasilitator.

Dengan gigihnya Along dan Angah menyediakan nasi ayam
manakala Beby dan Farouk buat karipap.
Farouk tolong juga...
Tolong mengacau orang buat kerja.
Abis karipap dia berubah warna.
Tidak ada sorang pun berani makan karipap yang farouk buat tu....
Hu.hu.hu.....

p/s:
Rasa2nya petang ni nak masak gulai tempoyak ikan patin la.....

2 Ogos 2011

Hari ke 2 Ramadhan

Hari ini ibu masih bercuti.
Esok dah mula kerja balik.
Bila bulan puasa, setiap kali balik sekolah dah sibuk fikir nak masak apa.
Every day macam tu.
Dah jadi satu kerja pula kena berfikir dan perah otak....
Terkadang buntu juga memikirkan.
Maklumlah ibu ni masak sendiri.

Bazar Ramadhan memang jarang ibu jejak.
Tahun lepas sebulan puasa cuma 2 kali ke sana.
Wahal, jarak bazar beberapa langkah saja dari rumah ibu.
Anak-anak dan ayah lebih suka makan masakan ibu.
Hu.hu.hu....

Hari ini masak "versi Johor" dan "versi Kelantan".
Gabungan masakkan antara benua.
Benua la sangat......cit!!!!

gambar kidnap dr en.google...
Masak lemak "versi Kelantan"
Tak ada mood nak snap hari nie.
Penat meronda-ronda dan window shopping dengan Naurah...
Balik rumah dompet kempis semacam jer..
Tak pelah, minda terapi juga tu......

Siap masak "versi Kelantan", ibu masak mee bandung "versi Johor"
Gambar ini pun ibu kidnap dari en google juga......

Sampingan ibu goreng tempe, ikan goreng tepung ,ikan kering dan
sambal.

31 Julai 2011

Salam Ramadhan


Ya Allah,
Seringku terdengar,
Tentang kebesaran bulan Ramadhan,
Di dalam Al-Quran dan Sabda Junjungan,
Hanya aku yang sering lupa...

Di bulan yang mulia ini,
Laut pengampunan Mu tiada bertepi,
Ramadhan nikmatmu tiada terbilang,
Syurga terbuka dengan seluas-luasnya...

Tuhan, 
Ku sedari kelemahan diri ini,
Yang tidak istiqomah dalam ibadat,
Ramadhan berlalu,
Ibadat pun berkurangan,
Begitulah diriku,
Yang sering lalai.....

Semoga di Ramadhan kali ini,
Dapatku perbaiki kelemahan diri,
Akanku cuba mendidik nafsuku,
Agar subur kehambaanku terhadapMu...

Bimbinglah aku menuju jalanMu,
Tingkatkan iman dan ketakwaanku,
Agar baktiku tetap padaMu,
Biarpun Ramadhan telah berlalu pergi..............

Salam Ramadhan buat :
semua ahli keluarga,
rakan-rakan blogger
dan seluruh umat Islam di seluruh dunia.
Semoga Ramadhan ini bukan yang terakhir buat kita....
InsyaAllah...

31 Ogos 2010

Shopping kuih raya la pulak.....

Dh settle bab2 baju raya anak branak,
fasa seterusnya beli kuih raya lak.
Pepagi nie ibu janji dgn 2 org kwn nk g beli kerepek kt
Parit Sulung Batu Pahat.
Awal2 pagi kami dh brtolak ke sana.
Ada la dlm 1 jam gak nk smpai.

Ni 2nd time la ibu g sana.
Kt sana mcm2 jenis kerepek ,biskut raya n kek lapis dijual.
Fresh n murah cz kiranya terus dr kilang nie.
Bila dh ke sana mula la lupa diri.
Aduhai..semua brkenan dihati.
Nasib baik xlama g sana.
Smbar apa jerr yg tringin n pastu terus blah.
Yelh, nk bw blk kg ckit, nk bagi MIL ckit n utk rumah sndiri .
Trpaksa la kena beli utk 3 buah rumah..........

gmbar nie ibu ambik dr en google.....

About me