Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

1 Ogos 2013

Ramadhan 23-Check List Sebelum Raya.

Syukur Alhamdulillah diminggu terakhir segala permasalah tentang ayah hampir selesai.
Cuma sekarang ayah perlu awasi kolestrol dan penyakit kencing manis.
Ternyata ayah bebas sebagai pengidap penyakit jantung.
Lega rasanya hati ibu walaupun masih ada kerisauan 
kerana ayah tetap pengidap 2 jenis penyakit yang menakutkan.

TInggal beberapa hari lagi kami akan bercuti dan pulang ke kampung.
Disaat-saat akhir ibu perlu pastikan persiapan anak-anak selesai.
Setakat ni persiapan 4Farah dah hampir selesai cuma tinggal
beberapa perkara lagi yang perlu disiapkan.

A. Baju Raya
Mempunyai 4 orang anak perempuan memerlukan belanja yang besar berbanding
persiapan Farouk seorang.
Baju nak yang blink2 sama macam ibu...setiap orang minta 3 pasang baju blink2.
Bayangkan sepasang baju sebegitu jejak ratusan ringgit sepasang.
4 X 3 pasang = 12 pasang X RM???....
Tudung dan kasut pun belum beli lagi.
Aduyai anak....bonus yang ibu dapat cuma RM500. Baru lepas untuk seorang....
Untuk farouk tak ada masalah.
Main beli je 3-4 pasang baju melayu ready-made + t-shirt + seluar + kasut dah settle.
Tak perlu nak matcing bagai....
Itupun ayah janji hari Sabtu ni kami bershopping kat KL...
I like it......

Ni masa kat butik Wy-Rine di Vietnam awal tahun hari tu.
Masa ni ibu dah mula lupa diri.
Di sinilah ibu beli baju raya untuk 4Farah.
Pelbagai warna dengan tema blink-blink.
Semua tu ibu rembat sebab dimata ibu ianya sangat-sangat cantik.

Untuk 4Farah ibu belikan 2 pasang seorang pattern ni.
4Farah X 2 pasang = 8 pasang.
Baju ni untuk raya pertama dan ke dua.....
Kalau kat Malaysia sepasang dijual dengan harga RM125-Rm150 sepasang.
Kat sana lebih murah......macam mana tak rambang mata...huhuhu...

Dan hasilnya baju-baju yang menggunung.
Belum lagi termasuk kain pasang sebanyak 20 pasang kain sulam yang ibu beli di sana.
Ada diantaranya ibu dah pakai ke sekolah......

Ni pulak masa ibu kat Bandung bulan lepas.
Shopping lagi sampai lebam.
Rasa tak nak balik bila dok kat sini....walah....

Tanpa sedar ibu "terbeli" 25 pasang kain sulam...
4Farah + Ibu = seorang dapat 5 pasang.
Aduyai, ayah diam tanpa kata apa-apa.
Dah faham sangat perangai ibu.
Tapi tak semua kain ni ibu guna untuk Raya kali nie.
Ada yang ibu KIV dulu....
Tak daya nak menjahit.

B. Biskut Raya
Awal-awal ibu dah tempah dengan rakan sekerja.
Tak perlu ibu comot-comot kat dapur.
Lagipun ibu rasa tempah lebih senang kerana kos nak membuatnya
pun lebih kurang sama- alasan orang yang malas....
Ibu terpaksa tempah untuk 3 buah rumah.
Tak kisahlah sebab raya pun sekali je.....

C. Duit Raya
Pun dah settle.
Alhamdulillah tahun ni ibu lebihkan sikit budjet.
Maklumlah ibu ni masih ramai sepupu yang masih belajar sebaya anak-anak ibu.
Takkan la nak bagi RM2-RM5..Mesti lebih sikitkan.
Untuk yang kecik2 tu RM2 dah cukuplah...he3X.....
Disamping untuk anak-anak buah dan saudara mara ibu perlu
sediakan duit raya untuk anak-anak murid yang akan datang beraya
hingga berakhirnya bulan syawal.
Kat Johor memang meriah.
Raya 1 bulan.....

D. Lain-lain
Setakat ni rasanya baru je servis kereta.
Dengan manjanya MPV mencekek duit akibat cermin depan retak akibat
lantunan batu dari lori dan road-tax pun habis masa ni jugak...huhuhu....
Terpaksa melabur ke situ.

Dan kebetualan ayah pulak sakit saat ni so kos perubatan
ayah pun banyak juga habis..Tapi tak kisahlah asalkan ayah sihat.

1 minggu lepas raya Along pula mendaftar di U.
Yuran pendaftaran, laptop baru dan persiapan lain maunya jejak ribu riban....
Tapi tak kisahlah, demi masa depan anak..

Agak-agak ada apa lagi yang tercicir....

p/s : Hari ni Angah exam hari ke 2.
Moga Allah permudahkan dan moga angah mampu perolehi kecemerlangan..InsyaAllah...
Esok angah akan kembali bersama kami seketika.......


21 ulasan:

ariana berkata...Reply To This Comment

Dah tanggung jwb kita sbgai ibu bapa kan yah, tp beruntung sbb ibunya pandai merancang, so tak lh terasa sgt..puashatilah ank2 dara bergaya dihr raya nnti, banyak helai sorang tu..huhu

NzA berkata...Reply To This Comment

@ariana
2lh kak, anak dara ni agak cerewet brbnding lelaki...byk perkara yg perlu disediakan..syukur alhamdulillah, thn ni dh rancang awal2 so xterasa sgt keperitannya.

Unknown berkata...Reply To This Comment

Ramai anak dara mmg besar budget tu kak..tu belum lagi beli tshirt, jeans bagai.

Qashmere berkata...Reply To This Comment

time shopping rayaaa

Aziela berkata...Reply To This Comment

Saya yang anak lelaki sorang nie pun x siap2 lagi persiapan kak..hahahahha. Asyik sibuk travel jer. Seronok beli kain pasang kan sebab akak pandai menjahit. Saya nak shopping kain memang sangattttt berat hati sebab tak ada tailor yang saya rasa selesa.

Umialya berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah semuanya dah siap, boleh le beraya sakan, lagi2 sekolah cuti 2 minggu..

urmm anak2 yang sedang membesar, memasing nak melawa, lagipun ikut jejak langkah ibunya yang sentiasa mantop sepanjang masa..

attyfir berkata...Reply To This Comment

saya tahun ni x berapa soping.
sbb baru2 ni family kami ada majlis kawin..recycle semua baju utk raya kali nie ..

ummiross berkata...Reply To This Comment

persiapan yang teratur ni NzA, bagus juga kebetulan ke Vietnam dan Bandung, boleh beli untuk persediaan raya sekali, dapat jimat banyak juga tu, kalau 20 pasang berbaloi2 jimatnya. Yang paling best sebab NzA pandai menjahit sendiri, tentu sedap pakai baju2nya.
Moga Allah SWT permudahkan segala urusan, ummi pun 'kuih tunjuk' je tahun ni NzA.

Nida Mohd berkata...Reply To This Comment

anak dara tak sama mcm anak lelaki, masing2 ada taste sendiri kn..

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

sis ada lg tu duit raya js..hehe

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Jauhnya shopping raya sampai ke KL...

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Wuhuuu..lap peluh eina mmbygkam kos keseluruhan..hehe.. apapun rezki keluar ada reseki masuk semula.. in sha Allah... :-)

Meriah la raya, ada ramai ank perempuan ye kak... anak lelaki sempoi jer.. :-)

Betul, kalu raya kt johor, meriah sungguh, eina tahun ni ke johor jugak..tp sekejap aje, tuntutan tugas sisuami..huu.. redha'

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

TERBAIK LA akak punye persiapan....senang buat list gini kan kak...

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

ehh..samelah entry kite arini..cume ebzanye saya punye sume pon tak settle lagi..tgk kak nza punye persiapan rasa seram sejuk plak..hahahaha

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah apa pun semua dh ada baju raya masing2,lebih dari cukup dah sy rasa

kadang2 kita lupa org yg tak mampu nak belikan baju raya utk anak pun lg sedih kan.jadi syukur dengan apa yg ada..hehe

Pwincess berkata...Reply To This Comment

seronok borong ya. heheh. baju raya i dah settle dah alhamdulillah =D

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Alhmdulillah..dah selesai semuanya ya..beraya sakan lah nanti..

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

wow beraya sakan ni..pasti berbling2 ari raya...hihi

Ein Makrai... berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah...mempunyai 4 farah sama seperti mama saya 4 nurin....setiap kali raya pening kepala...hehehehe...bersyukur sangat...kembali dan follow saya

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Saya baju raya pun belum ada lagi tahun ni, hehe.

Saya dah terima kiriman kak Nza tu, terima kasih banyak banyak banyak :)

Salmi berkata...Reply To This Comment

Persiapan kita x jauh beza. Maklumlah bilangan anak sama. Sebaya pulak tu. Memang besar belanjanya tapi tak kisahlah asalkan mereka gembira..

About me