Sepanjang Ramadhan pelbagai aktiviti dijalankan di sekolah.
Pertandingan mewarna poster "Salam Ramadhan".
Farouk pun join jugak tetapi bab-bab mewarna farouk memang fail.
Awal-awal memang terbaik tapi lelama bila dia dah bosan mulalah entah apa-apa.
Ni masa program Hafazan.
Selamber jekan bujang ibu tidur.
Entah mimpi ke mana-mana.
Alahai...Farouk!!!!!
Mood raya datang diakhir-akhir minggu persekolahan.
Jadinya masa DSV ibu melencong sikit dari topik asal.
Sesekali ubah selera cikgu dan anak-anak murid.
Suka sangat budak-budak tu sebab bila siap dapat duit raya.....
Hari terakhir persekolahan ada Majlis Khatam Al-Quran.
Bersalaman dengan anak-anak didik.....
Hari terakhir juga ibu dikunjungi dengan sampul surat berisi penanda buku dan sampul
duit raya dari seorang rakan blogger yang sangat pemurah JS.
TQSM dear, ramai yang jeles tengok sampul raya yang gojes tu.
Sampul-sampul tu ibu dah gunakan untuk mengisi duit raya anak-anak murid.
3 ulasan:
Alamak, macam mana Farouk boleh terkantoi tidur tu...?
Farouk dh mimpi beraya kot. Hehe..
Aktiviti buat kad raya memang dinanti-nantikan oleh budak2 dan cikgunya sekali..
Kak Nza,
selamat hari raya, maaf zahir batin. Letih posa Farouk tu. Macam Amirul juga. :)
Catat Ulasan