Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 Jun 2009

Kisah Silamku ( Bahagian 1)

Entah kenapa tiba-tiba hati ini bagai dipaksa2 untuk mencoret kenangan ini. 2 malam aku didatangi mimpi kisah silamku . Aku bukan seorang penulis dan bukan orang sastera...aku hanya insan biasa.

Sedar2 aku sudah berusia 4 tahun. Mungkin semua orang alami keadaan seperti aku. Sewaktu usia 1 hari hingga 3 tahun aku tak ingat apa-apa. Tahu2 aku dah berumur 4 tahun. Susah payah mama dan abah menjaga aku selama 4 tahun tidak aku tahuu... Ingatan pertama aku bermula semasa aku tinggal di kuarters guru di Pasir Mas. Semasa itu abah mengajar di sebuah sekolah di sana. Yang ada hanya aku, abang, mama dan abah. Aku dan abang umpama isi dan kuku. kami terlalu rapat memandangkan usia kami berbeza cuma setahun. Memang genap setahun kerana kami sama2 lahir bulan Jun.

Kami membesar bersama. Mama & abah mendidik kami penuh dengan kasih sayang dan disiplin. Seingat aku, menjelang petang kami sudah siap berbaju tidur dan semerbak harum dengan wangian bedak. Terlalu indah waktu itu....

Suatu hari di usiaku 5 tahun....aku dan abang bermain bersama2 rakan di pinggir padang. Bila pulang ke rumah aku lihat di rumah ku ada seorang doktor, beberapa orang jiran dan ada seorang bayi comel diletak di atas meja makan. Aku terpingga dan tertanya2 dari mana datangnya bayi comel dengan kulit putih bersih itu. Kata abah, itu adalah adik baruku...aku amat gembira tetapi dihati tertanya2 dimana abah dan mama beli adik itu. Aku masih belum mengerti susah payah seorang ibu melahirkan anak....

Kegembiraan kami menyambut orang baru tidak lama setelah abah menerima tawaran melanjutkan pelajaran di UKM. Dengan berat hati abah melangkah meninggalkan kami yang masih kecil untuk mengapai citi-citanya.

Bermulalah kisah dukaku....mama tidak bekerja dan abah pula meletak jawatan sebagai guru kerana menyambung pelajaran dalam bidang lain. Kami terpaksa pindah menumpang di rumah makcik ku kerana abah tidak ada wang untuk menyewa rumah untuk kami anak-beranak. Kami terhutang budi kepada makcik ku ini kerana beri ruang untuk kami terus hidup. Dia menyediakan sebuah bilik untuk kami empat beranak tinggal..di situlah mama memasak, tempat kami tidur dan segala-galanya di situ.....adat menumpang, dan kebetulan makcik ada anak2 yang usianya lebih kurang sebaya dengan aku dan abang.

Adat kanak2, bermain dan bergaduh...begitulah aku. Aku sering dibuli oleh sepupuku yang hampir sebaya. Setiap masa aku dipukul, dicubit, dimarah dan dibuli. Aku sering dilemparkan dengan kata-kata " hidup menumpang buatlah cara menumpang" .Pedih hati ini terutama mama. Pernah dia membaling muka ku dengan sebiji buah jambu kerana aku menumpang menonton tv di ruang menonton rumahnya. Benjol besar tumbuh di atas mataku serta merta.Aku lihat ada air mata bertakung di mata mama.. Mama hanya mampu menangis melihat nasib aku dan abang diperlakukan begitu....Aku mula ketakutan dan hanya berkurung di sebuah bilik kecil yang diberi untuk kami anak beranak...Tidak tertahan melihat keadaan kami yang sering menjadi mangsa buli, mama mengambil keputusan untuk pindah menyewa sebuah rumah papan kecil. Itulah istana kami walaupun kecil tetapi kini aku bebas dan tidak lagi hidup dalam ketakutan. Terima kasih makcik kerana memberi ruang untuk kami berteduh walaupun seketika...

Sewaktu usiaku 6 tahun- Makanan kami hanyalah ikan kecil direbus atau digoreng. Apakan daya mama tidak mampu untuk menyediakan lebih dari itu..Duit perbelanjaan kami bergantung semata-mata wang biasiswa abah dan abah juga amat memerlukan juga wang itu untuk sara hidupnya di KL dan tambang balik untuk menjenguk kami. .Pernah hujan turun selebat-lebatnya, rumah kami bocor dan yang paling sedih abah pula tiada. Tinggallah kami di dalam ketakutan bersama mama..... kami pasrah...

Sewaktu usia ku 7 tahun- kali pertama aku melangkah ke sekolah iaitu SK Sultan Ibrahim 1 Pasir Mas.. Mama tidak mampu menghantar aku ke tadika. Aku dihantar oleh kakak sepupuku kak Ani kerana mama melahirkan adikku M. Mungkin keadaan kehidupan ku, aku jadi matang dan tidak menangis walaupun ramai juga antara rakan2 sekelasku menangis. Aku ditempatkan dikelas dan masih ku ingat guru kelasku bernama Cikgu Fatimah. Masihku ingat aku sering dicubit oleh rakan sebelahku setiap kali dia ingin meniru kerja sekolahku. Apalah malangnya nasib ku yang sering menjadi mangsa. Aku dibekalkan dengan wang hanya 20 sen. Terkadang aku terpaksa ikat perut ke sekolah tanpa wang saku. Terlalu perit untuk aku lalui diusia yang terlalu muda...tapi alhamdulillah aku sudah dapat memahami kesusahan kami..


Mama berjimat memandangkan abah belum tamat belajar dan kehidupan kami berbekalkan wang biasiswa abah yang tidak seberapa untuk menanggung kami anak beranak yang semakin bertambah. Terlalu perit sewaktu itu dan tidak terluah dalam bicara....


Alhamdulillah selama 4 tahun abah di UKM, abah menerima segulung ijazah . Sinar kebahagiaan terpancar diwajah mama.. 4 tahun bukan masa yang singkat untuk mama menanggung segala kesengsaraan membesarkan kami 4 beradik yang masih kecil. Abah sempat mengambil jurusan pendidikan ditahun akhirnya. Abah memohon menjadi guru kerana tidak sanggup menerima tawaran sebagai seorang pegawai di Johor Baharu. Abah akhirnya ditempatkan di SIC ( Sultan Ismail College Kota Bharu), sebuah sekolah elit yang terkemuka di Kota Bahru.

Sewaktu di usia 8 tahun- Kami berpindah ke Kota Bahru. Kami menyewa di Kg Paya Senang, Kota Bahru. Aku ditukarkan ke SK Zainab 1. Hari pertama cikgu-cikgu menyoalku soalan yang sama....."Eh abah awak orang Arab ye? ". "Awak anak campuran Arab ke?". Oh baru aku tahu kenapa cikgu tanya soalan yang sama. Abahku memang di lahirkan di Tanah Arab iaitu Mekah...emm, aku tertawa sendiri...tinggallah mereka dalam teka-teki...

Abah masih belum mampu membeli walau pun sebuah motosikal waktu itu kerana belum menerima gaji pertamanya. Setiap pagi aku dan abah terpaksa berjalan kaki ke sekolah yang jaraknya agak jauh. Aku pun tak pasti berapa jauh jarak rumah ke sekolah. Dalam perjalanan ke sekolah kami berbual2, bercerita, menyanyi dan bergurau senda. Dan abah ada satu gelaran untuk aku dalam bahasa Arab..Aku masih ingat gelaran itu sampai sekarang tetapi aku tak berani menulisnya di sini kerana takut tersalah eja...nanti lain pula maknanya.. Terkadang abah mendokongku. Memujuk ku bila aku mengadu penat dan sakit kaki. Terlalu indah saat itu dan tidak akan aku lupa selama-lamanya. Abah memang seorang ayah yang terlalu penyayang. Tidak pernah dia mencuit kami apatah lagi memukul... Terlalu sabar dengan kerenah kami. ..

Sewaktu di usia 9 tahun - Kami pindah lagi ke rumah yang lebih dekat dari sekolah. Akhirnya abah membawa khabar gembira yang mana abah berjaya mendapat kuarters guru berhampiran dengan sekolahnya. Akulah yang paling gembira kerana tidak perlu lagi bersusah payah ke sekolah...di situlah saat bahagia kami kerana rumah peninggalan British itu teramat besar untuk keluarga kami. Saudara mara yang datang memuji rumah kami. ......

Sewaktu di usia 12 tahun- Abah membeli sebuah banglo di Pasir Mas. Sebuah rumah 4 bilik dan amat selesa untuk kami adik beradik yang semakin membesar. Aku pindah semula ke sekolah lama ku di SK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas. Lama juga kami tinggal di sana sehingga abah membina sebuah rumah iaitu rumah sekarang di Kg Perah Slow Machang, Pasir Mas.


Sekarang- Ingatlah adik-adikku, susah payah abah dan mama membesarkan kita. Mungkin adik-adikku tidak merasa penderitaan yang pernah aku dan abang rasai dulu. Terlalu perit waktu itu, dihina, dicaci dan terbiar tanpa sesiapa pun. Tiada siapa pernah peduli kesusahan kami....dan aku terlalu bangga dengan kejayaan adik-adikku..


Alhamdulillah adik beradik ku semuanya telah berjaya ke menara gading ...Kie sudah berjaya dalam kerjayanya, adik Mie bergelar seorang doktor, Atie seorang guru siswazah, adik U juga bakal bergelar doktor dan untuk adik bongsuku, rajin2lah belajar kerana akan menduduki SPM tahun ini. Aku hanya melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Kuala Terengganu kerana itulah cita-cita aku. Ingin menjadi seorang guru sekolah rendah. Aku pernah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke UiTM ( waktu itu ITM) dan UPM tapi aku tolak kerana minatku dalam bidang pendidikan. Abah pernah menyuarakan hasrat hatinya supaya aku melanjutkan pelajaran ke menara gading tapi apakan daya jodohku awal. Tapi aku tidak pernah sesal kerana rezekiku tetap ada. Aku tetap begini sentiasa mendoakan kejayaan adik-adik, mendoakan kesejahteraan abah dan mama.


Adik-adikku..Sayangi dan hormatilah mereka selagi mereka masih didepan mata kita. Jangan sesekali sakiti hati mereka berdua. Terlalu banyak pengorbanan yang telah abah dan mama curahkan buat kita. Tak ternilai dengan wang ringgit yang kita miliki. Tak terbayar segala pengorbanan mereka. Dan ingatlah,.. mama bertarung dengan penyakit jantungnya yang kritikal, sakit sendinya sehingga pergerakannya terbatas, matanya yang semakin hari semakin kabur kerana kerosakan saraf mata. Dan janjiku..selagi nyawaku masih ada, akanku jaga hati mereka berdua, akan aku cuba penuhi keinginannya, dan akan aku bahagiakan mereka....insyallah

6 ulasan:

iman berkata...Reply To This Comment

wah!syahdunye cerita ibu masa kecil...sungguh memilukan.ingatlah jasa dan pengorbanan ibubapa tiada ternilai utk dinilai dengan wang ringgit. Beri kebahagian dan keriangan ibubapa kita sementara masih bernafas.semoga kita bersama-sama membahagiakan ibubapa kita.

iman berkata...Reply To This Comment

untuk cucu-cucu tok mama dan tok ayah,

ingatlah dan hargailah pengorbanan mereka.

NzA berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, hingga saat ini, ibu masih tidak lupa jasa abah dan mama. Walaupun jauh, tidak pernah sesaat ibu melupakan mereka.. ingatlah..jasa mereka terlalu banyak untuk kita...sama2lh kita membahagiakan mereka setakat yang terdaya...insyallah.

airul in da houSE berkata...Reply To This Comment
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
airul in da houSE berkata...Reply To This Comment

wahhh,terima kasih sekali lagi sebab sebenarnya dah lama kami sekeluarga menunggu kisah ini disiarkan secara bertulis dan rasminya.biarlah kisah ini diabadikan di sini...
terharu rasanya membaca sejarah keluarga.kisah ini seolah2 menarik pembaca ke masa silam itu sendiri...blog ini boleh iiktiraf oleh Abdullah Care Community sebagai blog rujukan utama keluarga.kisah silam yg membawa pengajaran sebeginilah yg boleh dijadikan modal untuk memotivasikan diri.

memang benar kata kak,susah nak cari ibu bapa seperti ma ngan abah.abah memang cukup sabar dengan karenah anak2.memang tak pernah mencuit lagi nak memukul.pengorbanan sungguh besar sehinggakan u berjaya mengejar impian untuk belajar di luar negara.

Anuar
(mahasiswa perubatan universiti zagazig,mesir

NzA berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah...coretan ini sekadar memory silam yang kak lalui..dan semoga adik2 tahu bagaimana susah payah abah dan mama meneruskan hidup sebelum mengecapi kesenangan hari ini. Mungkin adik2 lahir setelah semua kemewahan dan kemudahan tersedia hasil dari pengorbanan yang kami lalui bersama. Tetapi dari sejarah silam menjadikan kita seorg yang lebh bertanggungjawab dan memahami mereka. Dan harapan kami agar adik2 dpt menyelami perasaan mereka dan jagalah hati mereka berdua...jgn sesekali lukai mereka berdua.

About me