Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label FARAH NABILAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FARAH NABILAH. Papar semua catatan

2 Mei 2016

Pre Graduation Night

Kisah tentang Along a.k.a Farah Nabilah pulak.
Pejam celik pejam celik Along dah nak sampai ke penghujung pengajian degree-nya.
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar.
Biasalah bergelar sebagai student ada banyak cabaran dan pahit manis.
Syukur Alhamdulillah setiap kali exam Along mampu dapat result yang baik dan menjadi sebagai pembakar semangat untuk adik-adik.

Malam sebelum 1 Mei, Batch Along BITC telah mengadakan dinner sempena
"Pre-Graduation" di Muo Station.
Muo Statio ni terletak di MITC.
Menurut kata Along makanan boleh tahan sedap dan goodies comel disediakan.
Seorang bayar dalam RM50.
Katanya berbaloi-baloi dan puas hati.

Bulan 9 ni mereka dah mula keluar praktikum @LI dan akan terpisah membawa
haluan masing-masing.....

Along and the geng

 Along and the geng.

 Along (berbaju oren) bersama BFF.

Good luck untuk Along dan rakan-rakan sealiran.
Semoga dipermudahkan segala urusan...InsyaAllah...Amiin.

9 Julai 2015

Terima Kasih Atas Kejujuran

Bersua kembali setelah ibu menyepi beberapa hari....
Hari ni dah 22 Ramadhan.
Cepat sungguh masa berlalu.
Seingat ibu, n3 terakhir ibu pada 7 Ramadhan.
Nampak tak bertapa blog ibu semakin hari semakin suram.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang masih sudi menjengah ke sini.

Banyak kisah yang terjadi setiap hari.
Banyak kenangan berkubur begitu saja tanpa catatan.
Emmmmm...entahlah...

Kisah semalam  menarik ibu untuk membuat catatan di sini.
Petang semalam entah kenapa ibu teringin sangat nak beli ayam percik
di bazar ramadan (PARAM). 
Ini adalah kali ke 2 ibu ke sana.
Ibu jarang sangat beli lauk kerana ayah dan anak-anak lebih suka ibu yang masak. 
Kebetulan ayah berbuka di KPM nun di KL........dan Naurah pun berbuka di restaurant
bersama rakan-rakan dan guru yang akan bertukar sekolah.

Pukul 5.30 ibu keluar rumah dan Alonglah jadi driver.
Masa keluar rumah ibu terperasan dompet along ada kat bumbung kereta.
Entah macam mana tiba-tiba je ibu dan along masuk dalam kereta dan lupa
terus tentang dompet tu.

TIba di bazar Along tanya ibu....
"Ibu ada nampak tak dompet Along...."
Barulah ibu teringat yang dompet Along tadi ada atas bumbung kereta....
Ya Allah..terkedu ibu seketika.......Ibu suruh Along berpatah balik dan tinggalkan ibu kat PARAM.
Lama jugak Along baru muncul........dengan wajah sedih along kata tak jumpa
w.pun berkali-kali dia cari disepanjang jalan.......

Ibu : Tak pelah Along...dah bukan rezeki kita....
Along : Tapi ibu dalam tu ada duit RM200 dan banyak dokuman penting ALong.
Kat matrik U pun dalam tu...(sedih je suara Along tapi ibu respek sangat
dengan Along ni....bila dia ada masalah dia tetap tenang dan cool w.pun
dalam hati dia siapa yang tahu)
Ibu : Xpelah..kalau itu rezeki Along..Allah akan pulangkan dengan pelbagai cara...Kalau itu rezeki orang lain Along redha dan halalkan...Tunggu sampai hari Ahad nanti Along pergi buat laporan kat balai dan uruskan ic dan lesen tu.......
Balik nanti buat solat hajat...mintak petunjuk dari Allah. Istifar banyak2...
Bacalah Al-fatihah banyak-banyak dan sedekahkan pada sesiapa yang jumpa.
InsyaAllah lembut hatinya......

Lepas berbuka Along terus masuk bilik buat solat hajat.
Masa bersolat...dalam sujud ibu mohon petunjuk Allah.
Allah bagi ibu petunjuk dan bayangan dompet ibu berada di tepi jambatan biru...
Hati ibu tenang...begitu juga Along.....tidak ada rasa keluh kesah.....

Selesai solat along lepak-lepak dalam bilik ibu.
Bersembang macam-macam perkara......
Itulah rutin kami setiap hari di sepanjang Ramadhan.....

Pukul 8.00 ibu terima panggilan dari penyewa rumah ibu...
DIa menyatakan ada seorang remaja hantar dompet Along ke sana.
Mungkin pemuda ibu melihat alamat di ic Along.
Alhamdulillah........syukur sangat-sangat...
Allah terlalu penyayang pada hambaNya......

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pemuda misteri itu.
Ibu tidak berkesempatan bersua dengannya.....jauh disudut hati ibu dah niatkan
utk beri saguhati padanya namun tak kesampaian.....
Semoga Allah memberi rahmat dan kasih sayangNya pada pemuda yang budiman itu.
Semoga Allah permudahkan urusan pemuda itu...

Alhamdulillah.......

Inilah dompet kesayangan Along.
Dompet ini Along miliki sejak berumur 11 tahun dan sampai masuk U
ianya tetap setia disisi Along........

p/s: Tahniah kepada Along di atas result sem 4 yang sangat membanggakan ibu.
Syabas......

15 Januari 2015

Tamat Sem 3

Terima kasih semua di atas doa2 untuk Farouk.
Alhamdulillah keadaan Farouk dah bertambah ok cuma masih lemah.
Ayah tidak jemu-jemu mencari penawar buat buah hatinya tu.

Kali ni nak cerita n3 yang tertangguh.
Pejam celik..pejam celik dah hampir 2 tahun Along berjuang
sebagai seorang siswazah di IPTA.
Penuh dengan suka duka.
Syukur Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Along di sana.
Masuk tahun 2 Along dah pandai bawa diri.
Tiada runggutan yang ibu dengar dari Along.
Semuanya dalam keadaan ok.

10.1.2015- hari terakhir Along duduki exam akhir Sem 3.
Syukurlah segalanya berjalan dengan lancar.

Kejayaan seorang pelajar memerlukan pengorbanan, semangat juang
yang tinggi...sabar...tekun..kuat semangat.....

Wajah ceria Along dan rakan-rakan seperjuangan setelah berhempas pulas
 memerah otak , masa dan tenaga.
Perkara biasa bagi seorang pelajar kurang tidur..makan tak menentu dan stress.....

Alhamdulilah hari ini Along dah berada disisi ibu untuk tempoh masa
yang agak panjang......
Result pun dah mula keluar secara berperingkat-peringkat...
Syukur Alhamdulillah kedua2nya Along dapat A+ dan A.
Subjek-subjek lain sedang menyusul keluar satu persatu....
Ibu doakan agar kali ini Along terus kekalkan kecemerlangan...InsyaAllah.
Pertengahan bulan 2 nanti Along akan melangkah ke Sem 4....
Cepat sungguh masa berlalu.

p/s:
Hari ni ibu bergerak ke Kuantan untuk hantar Beby ke Sem 2.

7 Januari 2015

Along dan Wayar Berselirat

Ini bukan kisah kat ICU tapi kisah Along.
N3 yang dah agak lama ibu tulis tapi
tak sempat nak publish akibat
terlepas pandang.

Along pelajar Tahun 2 di IPTA yang dimonopoli oleh kaum adam.
Belajar dalam bidang yang banyak diceburi lelaki.
Kisah kena buli dan membuli....kih.kih.kih....

Inilah kehidupan harian Along di sana.
Setiap hari hidup Along dikelilingi dengan wayar....pc...komputer..gajet2....coding
memerah otak untuk program networking dan sewaktu dengannya...bla...bla..bla..
Syarat ke kuliah kena berpakaian t-shirt/blouse + seluar untuk memudahkan pergerakan.
Sangat berbeza dengan Angah yang perlu sentiasa berpakaian koprat dan Beby yang
sentiasa ayu berbaju kurung bila ke kuliah......

Lab kot Along...Ibu selalu usik macam minah kilang....muhahaha....

Bila balik bercuti Along sangat teruja bila terpandang wayar2 dan gajet2....
Habis dikerjakan semua benda alah tu....
Bila hp atau laptop ayah atau ibu ada masalah sekarang alonglah
jadi bahan rujukan kami......he3x......
Sedikit masa lagi kami dah tak perlu susah payah angkut lappy ke kedai
jika ada masalah.....Mudah-mudahan.....
Berangan je ibu....entah kemana la Along tercampak bila
bekerja nanti.....

Yang lebih sadis, sejak tahun lepas Along dah mula pandai jadi haker...
Hish...bahaya tu.
Patulah ibu lihat sejak kebelakangan ni FB along dan rakan-rakan
lain macam je....rupanya masing-masing memahirkan diri untuk pembelajaran mereka.

Ibu dah pesan..jangan salah guna kemahiran yang kita ada untuk lakukan
sesuatu yang salah...
Lakukan sesuatu untuk kebaikan orang-orang sekeliling.....

Tak sabar tunggu Along habis exam
Sem 3 next week.......

12 November 2014

Along dan Kisah Rakan Lelaki

Kali ni tajuk gempak nak ibu ceritakan di sini.
Kisah anak dara kesayangan ibu sentiasa dikelilingi kaum lelaki.
Bukannya ibu nak cakap Along ni ramai peminat tetapi
ada kisah disebaliknya....

Ok sebelum tu kita belajar dulu baca data stastistik
% pelajar lelaki vs perempuan di IPTA sebelum ibu bercerita lebih panjang.
Lihat ye ibu-ibu.....stastistik yang dibuat di IPTA.
Cecuba lihat bertapa ramainya kaum hawa mengambil tempat di IPTA.....bangga tak..bangga tak...
Tapi ibu nak tarik perhatian kepada 3 buah universiti di monopoli oleh kaum lelaki.
UPNM = sudah semestinya ramai lelaki sebab universiti  tu lebih khusus untuk melahirkan pegawai tentera.
UTeM ditempat ke 2 dan UTHM ke 3sebab kedua-dua universiti ni bakal melahirkan pekerja-pekerja
profesional dalam bidang khususnya kejuruteraan.

Sudah semestinya kebanyakan pelajar lelaki amat teror dalam 
subjek Fizik dan Add-Maths...
Bila ibu dan  rakan-rakan perempuan terkial-kial nak faham subjek tu mereka
dengan slamber je dapat result yang umph!!!!!....adeh....

Oklah..sebenarnya ibu nak cerita tentang Along.
Bergelar pelajar tahun ke 2 di UTeM.
Dan Along salah seorang warga perempuan yang hanya seramai 30-38% sahaja.
Terkadang ibu rasa nak gelak dan terkadang kesian bila
mendengar cerita Along.

Along :
Ibu Along nak nangis ni.....abang2 group Along asyik membuli je...
Ibu...Along selalu kena buli dengan abang-abang senior...
Ibu....Along tension la kawan2 group Along yang main-main je buat projek...
Adeh...sabar jelah nak......

Kebetulan Along antara pelajar yang muda lepasan Matrikulasi
dan bergelar siswazah diusia 19 tahun..
Yang paling tak tahan Along sekuliah dengan abang-abang
senior lepasan diploma yang berusia antara 23-26 tahun dan
menyambung degree........


Gambar yang Along w.apps....
Inilah rakan group discussion Along untuk sem nie.
5 lelaki dan Along seorang perempuan.
Terkadang dibuli kaw2 dan terkadang Along membuli dia orang....he3x
Tak kisahlah.....ibu pesan pada Along pandai-pandailah bawa diri.
Kena belajar jadi  seorang yang tahan kena kutuk, tabah, kuat,
 jangan cepat melatah, jangan cepat merajuk,
 jangan mudah menangis dan yang penting sabarrrrrrr....
bla...bla..bla.....macam mak nenek ibu mula memberi nasihat...ha3x.

Walaupun sentiasa dikelilingi kaum lelaki Along juga punya rakan-rakan baik yang mengambil berat.
Terkadang rakan lelaki ni ringan tangan untuk membantu walaupun terkadang 
gurauan mereka agak  kasar.
Sewaktu kereta Along alami masalah merekalah bersusah payah membantu...

Maklumlah selama ini Along dikelilingi adik beradik perempuan....
Mereka tidak lasak, manja, lembut tutur kata,
dan yang paling ibu tekankan bahasa yang mereka
gunakan terutama sesama adik beradik penuh kesopanan dan tatasusila gitu.........
Tiada istilah "kau" dan "aku" yang mereka guna sesama adik beradik.
Masing-masing mengunakan gelaran along, angah, beby a.k.a kak nana,
Naurah a.k.a kakak dan Farouk..
Situasi yang berbeza membuatkan mereka kurang selesa pada awalnya.

Syukur Alhamdulillah Along terus suksess dalam pelajaran.
Jarang ibu dengar dia mengeluh.
Lega hati ibu kerana Along cepat dapat suaikan diri dengan situasi.

Syabas Along.
Moga Along mampu mengengam segulung ijazah
yang menjadi impian Along selama ini dan menjadi pembakar semangat adik-adik
untuk cemerlang......

P/s:
Hujung tahun rasa 24 jam tidak mengcukupi.

11 September 2014

UTeM dan Along

Selesai urusan pendaftaran Angah di UiTM Seremban, 
kini tiba giliran Along pulak daftar di tahun ke 2 di 
UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka).
Sepatutnya mereka kena daftar serentak pada hari yang sama tapi Along mengalah dan
memberi laluan kepada Angah dulu.
Maklumlah kalau anak perempuan barang-barang keperluannya
memang menggununglah.
Bayangkan teddy bear merangkap bantal busuk dah 2-3 ekor.....
MPV melimpah ruah .....adeh....

Hari Ahad sepatutnya Along ke kolej kediaman tetapi terpaksa
ditunda kerana tiba-tiba demam panas dan migrin.
Akhirnya Along terpaksa akur dan ke klinik.
Along diberi cuti dan rehat.

Hari Selasa barulah kami bergerak ke Melaka.
Itupun Beby yang terpaksa drive kereta Along dan kami follow dari belakang.

 Pelajar degree tahun ke 2 ditempatkan di kolej kediaman Bunga Raya.
Apartmen 5 tingkat disediakan  oleh pihak UTeM.
1 aparment tu ada 4 bilik dan setiap bilik berkongsi 2 orang setiap bilik.
Memang selesalah.
UTeM merupakan IPTA yang baru dan banyak kemudahan disediakan untuk pelajar.
Pelajar-pelajar senior tidak perlu bersusah payah mencari rumah sewa sendiri
kerana pihak u dah ada penempatan sendiri.
Cuma jarak kolej kediaman ke universiti lebih kurang 12 km jugak.
Menurut pelajar kat sini bas U sentiasa lalu 1 jam sekali.
Alhamdulillah Along dah ada kereta sendiri so tak perlulah bersesak-sesak.

Body guard kakak2nya.
Sibuk je dia nak ikut.

Gud luck Along.
Tinggal lagi 2 tahun setengah untuk Along tamatkan degree di sana.
Sejak akhir-akhir ni kesihatan Along tidak begitu memuaskan.
Mungkin faktor makanan yang tidak menentu dan badan yang penat.
Take care ye Along.
Ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk semua buah hati ibu.....

Tak sabar rasanya menanti saat anak-anak ibu konvo....
Mayb Along, Angah dan Beby tamat belajar dalam jangkamasa yang
lebih kurang sama nanti........
Semoga Allah permudahkan segala-galanya....Amiin.

9 Jun 2014

Baby Baru dan Along.

Dah beberapa hari ibu menyepi.
Dah bersawang rumah ibu.
Sekarang ni pun ibu masih bercuti dan line tenet macam siput.
Ni pun n3 dalam draf yang dah nak basi..huhuhu...

Kisah hadiah birthday Along.
Segalanya tak dirancang.
Kebetulan ada sedikit rezeki lebih.
Rezeki Along.
Sempena hadiah hari lahir yang ke 20.
Kebetulan pangkal no kereta tercatat tahun
kelahiran along 94.
Semoga ianya mampu berkhidmat untuk
Along sepanjang pengajiannya di universiti.

P/s:
Maaf ye ibu tidak mampu jejalan ke rumah rakan2 blog sebab sekarang ibu sedang bercuti dan line tenet macam siput sedut.

14 Mac 2014

Along dan UTeM

Seawal 6.50 pagi ibu dah turun dari rumah.
Meredah h.way menghala ke Melaka.
Bertambah senang sekarang kerana plaza tol
cuma 3km saja dari rumah ibu.
Begitulah kerinduan seorang ibu pada anak-anak.

Tiba di UTeM agak awal tapi lalu lintas dah mula sibuk.
2-3 buah bas u termasuk kenderaan pelajar
menuju destinasi  masing-masing.
Siswa siswi dah mula keluar untuk memulakan kuliah.
Seronok melihat anak-anak remaja cemerlang
mencari ilmu.
Sebahagian besar mereka bakal bergelar engineer...
Alhamdulillah, sem 1 dan sem 2 kuliah Along off bermula hari Jumaat-Ahad.

Di sinilah ibu meminjam Along seketika bagi melepas rindu.

Senyum lebar dapat balik ke rumah....

17 Februari 2014

Pulangkan Along

Hampir 2 bulan Along cuti Sem dan tibalah masanya untuk ibu pulangkan
Along semula ke Utem.
Sedih tidak mampu digambarkan maklumlah sepanjang cuti Along sentiasa di sisi ibu.
Sepanjang cuti sempatlah Along di bawa bercuti ke 
Universal Studio Singapore (SINI, SINI dan SINI ), Teluk Cempedak dan Kelantan.
Sekejap je masa berlalu.

Kami melalui lebuh raya yang baru dibuka awal Februari.
Perjalanan makin cepat , lebih kurang 35 minit kami dah sampai di Utem.
Bayaran tol adalah RM5.40.

Setibanya di sana Along terus daftar untuk masuk asrama.
Masih dapat bilik dan roomate yang sama...

Bilik Along di ground floor.

Selesai mengemas serba sedikit di bilik kami singgah sini sekejap.
Tengok tu Farouk pun dah terikut berselfie.....aduyai.
Yang sadisnya, OTW balik skrin tab farouk pecah..
Kesian ibu tengok bila airmata Farouk berjurai dalam senyap.
Dia sibuk dok mengelap airmata....huhuhu....

Posing kejap.

Singgah isi perut dan shopping-shooping di Mydin..
Selesai urusan disini, terus hantar Along balik semula ke u.
Mulalah Along berdrama airmata..
Itulah Along....Manja mengalahkan adik-adik....
Ibu pun sedih sebenarnya.
Sunyi rumah tanpa Along.
Kalau along ada meriah rumah dengan suara ketawa dan usikannya....huhuhu.....
 

11 Disember 2013

Syukur Alhamdulillah.

Hampir sebulan ibu bercuti dan hampir 1 bulan masa ibu banyak dihabiskan ulang alik
ke hospital dan wad.
Bermula seawal cuti ibu tidak sihat dan disambung pula dengan Along.
Namun ibu tetap syukur dan terima dengan redha ujian Allah.
Setelah 1 tahun Allah berikan ibu dan anak-anak kesihatan yang baik dan
cuma seketika Allah uji dengan sedikit kesakitan.
Tidak terluah perasaan lega dengan kata-kata
bila Along dibenarkan keluar dari wad pada pukul 3 petang 10.12.2013.
Syukur sangat-sangat.
Allah telah perkenankan doa-doa kita semua.......Alhamdulillah.

Setelah hampir 1 bulan hidup ibu tak menentu.
Mengukur jalan antara BG ke HT sejauh 48km pergi balik.
Tanpa mengira masa dan ketika..tanpa mengira hujan dan panas.
Tidak langsung terasa penat dan lelah.
Terkadang pukul 11.00 malam pun Ayah muncul di wad.
Mencuri waktu antara kesibukkan bekerja.

Hari ke 4 hari hati ibu agak gundah bila doc maklumkan along belum boleh balik
sedangkan rakan-rakan yang senasib semuanya dah discharge..
Ada satu ujian yang perlu dilakukan.
Ibu mula memikirkan yang bukan-bukan.
Ya Allah, hati seorang ibu yang mula risau.

Bila melihat Along lelap, ibu meninggalkan seketika.
Ayah pula mengambil alih menemani Along yang lena tidur..
Ibu terus menuju ke Masjid Jamek dengan hati yang risau dan sedih..
Bersolat...bersujud...menadah tangan....berdoa tanpa pernah jemu...
memohon dan terus memohon...
Hanya padaNya ibu mampu memohon dan berserah.

OTW ke hospital, Along call ibu.
"Ibu doktor dah benarkan Along balik."
Nada suara Along masih lemah.
Ya Allah, begitu pemurah dan penyayang.
Setiap apa yang ibu pinta akan dimakbulkan.
Terasa bertapa hinanya diri ini.
Walaupun terkadang lalai dengan kesibukan dunia tapi Allah
tetap menyayangi hambaNya...
Terima kasih Ya Allah di atas segala rahmat dan kurniaanMu.

Dan Along masih belum pulih sepenuhnya...
Masih lemah dan tidak bermaya.
Sudah 1 minggu kuliah tertinggal.
Tapi yang penting sekarang ibu mampu berada disisinya setiap saat dan ketika......

Syukur Alhamdulillah........

9 Disember 2013

Doa Buat Along.

Salam Isnin semua juga terima kasih di atas doa-doa rakan semua.
Sudah 3 hari ibu berulang alik ke hospital.
Pada 7.12.13 along telah warded setelah demam panas dan sakit kepala.
Akhirnya along di sahkan denggi.
Ya Allah, ibu terus diuji.
Namun ibu perlu kuat dan tabah lalui semua ni.

Pagi Sabtu ibu bawa Along ke unit kecemasan HT.
Ibu maklumkan pada doc yang Along dah demam 4 hari. 
Dah 2X pergi klinik tapi demamnya on off .
Ibu maklumkan juga tentang ibu yang kena denggi 2 minggu lepas 
dan ada fogging kat universiti Along.
Terus doc ambil tindakan segera.
Check darah tapi platlet Along normal cuma ada sedikit kelainan pada ujian yang lain
yang menyerupai denggi.....
Akhirnya doc arahkan Along warded untuk pemantauan lanjut.
Lama juga kami di unit kecemasan.
Bayangkan dari pukul 11.30 pagi hingga 5 petang baru Along warded...
Jenuh menunggu...Ayah pula OT dan ibu sendiri menguruskan anak-anak...
Tapi demi anak tersayang ibu tak perduli semua itu..

Di awal along demam ibu dan ayah dah buat persediaan.
Ibu cuba penawar denggi yang telah diberikan rakan- rakan.
Alhamdulillah ianya amat berkesan.
Bila doc check darah, platlet along tetap normal cuma turun sedikit.
Dan along juga tidak kritikal seperti yang ibu alami.
Cuma doc nak pantau along.
Setakat ini dah 6 botol air dimasukkan.
Doakan moga along cepat pulih.
Kesian along kerana hari ini dia sepatutnya duduki exam.

Ya Allah permudahakan segala-galanya.
Hanya padaMu tempat kami menadah tangan memohon doa....

2 Disember 2013

Along dan Berkayak

Salam Isnin yang dingin.....
Lama dah tak bercerita tentang anak-anak.
Sejak masuk u Along mula meminati aktiviti berkayak.
Kalau ada masa lapang dia akan habiskan masa berkayak bersama rakan-rakan.
Ibu pun tak pasti bila minat berkayak mula
sebati dengan jiwa along.
Tak kisahlah kan asalkan along habiskan masa dengan aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan setelah seharian mengadap komputer di bilik kuliah..
Mungkin cara ini along dan rakan-rakannya dapat release tension.

Seronok pulak ibu tengok gambar along dikelilingi air yang tenang.
Gambar-gambar ni along kirimkan melalui whatsaaps.

P/s:
Rindu along dan angah sangat2 sampai terbawa2 ke dalam mimpi...hukhukhuk..

14 November 2013

Along dan Ipad

Sebelum masuk U Along dah dapat laptop Asus Window 8 daripada Ayah.
Terpaksa beli laptop jenama tu kerana perisiannya memenuhi keperluan 
pembelajaran Along.
.
Ni dapat iPad pulak.
Nak buat macam mana, Along perlu semua tu kerana Along ambil bidang 
bahagian pengkomputeran Networking.
Semua tu memang diperlukan dalam pembelajaran dia di sana.
Yang agak perit, setakat ni pengajian Along di taja oleh ayah 100%.
Walaupun belajar di IPTA namun perbelanjaan lain perlu ditanggung.
PTPTN???? setakat ni kami masih bertahan untuk menaja Along sendiri.
Tunggulah sem depan macam mana.
Kalau rasa tak larat nak tanggung, Along akan mohon, kalau larat kami KIV dulu...
Setakat ni masih larat kot....huhuhu......

iPad hasil Along pow ayah.....

Ayah sanggup berhabis demi melihat kejayaan anak-anak....InsyaAllah.

23 September 2013

Along dan Minggu Orientasi.

Dah hampir 1 bulan Along bergelar siswi di UTeM..
Ibu baru terheggeh-heggeh buat catatan dairy tentang kehidupan awal Along di sana.
Boleh ke dipanggil dairy kalau macam nie????????

Hari ni ibu nak tepek tentang kisah minggu orientasi Along
selama 1 minggu bermula 1.9.2013.
Banyak kisah pahit manis yang Along lalui.
Pengalaman sebegini sebenarnya akan menjadi sejarah yang manis untuk dikenang.

Minggu orientasi Along berjalan dengan jayanya.
Pengalaman  yang pernah ibu lalui sewaktu bergelar pelajar suatu masa dulu.
Terlalu banyak bezanya.
Zaman ibu dulu nak dekati public phone pun dah ngeri tapi anak-anak sekarang
sempat ber "sms", ber "whatsapp" dan berinterasi secara "skype" dengan ibu bapa di rumah.
Sekurang-kurangnya ibu dapat ikuti perkembangan anak-anak secara lebih dekat.....

Along send gambar-gambar ni di whatsapps.
Berbaju budak sekolah...hehehe.
Baju yang sama dipakai oleh Angah semasa minggu orientasi di UiTM.
Dan ibu dah siap pesan kat along agar simpan elok2 baju tu untuk Beby pulak.

Sempat posing di dewan besar...
Cepatnya masa berlalu...dah besar anak ibu.

Menurut Along, pelajar-pelajar muda berusia 19 tahun sepertinya dianggap
adik-adik kecil @ bongsu kerana
ramai diantaranya menyambung degree di usia 20 tahun untuk pelajar Tingkatan 6 dan
22 tahun selepas tamat diploma.

Wajah kepenatan tapi masih mampu tersenyum........

Semasa melalui minggu orientasi Along juga diuji dengan athma attack dan tekanan darah rendah.
Along memang pengidap athma dan mungkin disebabkan makan tidak teratur
dan agak penat Along diserang tekanan darah rendah.

Tinggal 2 hari berbaki Along pitam dan pengsan di dewan.
Dengan dibantu oleh kakak-kakak fasi Along dibawa dengan ambulans ke klinik U.
Diberi mc selama 2 hari.
Walaupun dapat mc, along tetap kuatkan diri hadir program yang sedang berjalan.
Saat ini hati ibu risau...hati ayah gundah gulana.
Kebetulan semasa kejadian ini berlaku ayah sedang berseminar di P.Langkawi.

Selesai minggu orientasi ibu terus memandu ke UTem untuk menjemput Along.
Kebetulan Along cuti selama 4 hari bersambung dengan cuti Hari Malaysia.
Terus ibu membawanya ke klinik.
Tekanan darah along jatuh hingga ke 93/60.
Suhu badan mencecah 39.9 celcius disusuli batuk, asthma dan selsema.
Menurut doc, keadaan ini membuatkan Along asyik rasa mual dan pitam.
Doc juga melakukan ujian darah dan urin.
Alhamdulillah, result yang diterima dalam keadaan baik cuma ada sedikit jangkitan
kuman dalam darah.....
4 hari Along habiskan masa terbaring akibat demam yang tidak kebah-kebah.....

Terperanjat juga ibu melihat bil klinik yang agak tinggi.
Tapi tak kisahlah, yang penting Along sihat.....

Ubat-ubat yang dibekalkan untuk Along.
Alhamdulillah, keadaan Along sekarang dah beransur baik.

Sehari 3-4 kali ibu check tekanan darah Along mengunakan alat ujian tekanan darah
yang memang tersedia di rumah......
Alhamdulillah tekanan darah along makin meningkat ke paras yang lebih baik.

Saat ini Along masih diserang batuk yang berpanjangan.
Doakan moga Along terus sihat dan kuat untuk
jalani hidup di kampus.....InsyaAllah.....

2 September 2013

Pendaftaran Along Sebagai Siswi UTeM.

Ahad merupakan tarikh pendaftaran Along di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Sebuah IPTA yang baru berusia 5 tahun namun dah berada disenarai top 10 Malaysia.
Sebenarnya ibu pun tak begitu tahu kewujudan UTeM ni sehingga
ada 2 orang anak rakan ditawarkan ke sini tahun lepas....hehehe......
Kebanyakan pelajar disini dalam aliran sains tulin dan bidang kejuruteraan/elektronik.
Lebih kurang kembar UTHM gitu........

Sepanjang tempoh persiapan, Along tidak kalut seperti Angah.
Sikap yang amat berbeza antara mereka berdua.
Semasa Angah dapat tawaran ke Asasi UiTM bulan 6 lepas,
seawal bulan 5 Angah dah mula prepare macam-macam.
A-Z mesti perfect tapi Along ni seorang yang "cool".
Esok hari pendaftaran baru mula packing barang.
Itupun ibu yang sibuk + bising2 suruh dia packing.

Akhirnya siap juga Along packing barang.
Mungkin ini pengalaman ke 2 Along untuk keluar menyambung pelajaran,
keterujaannya agak kurang sikit.
Lagipun masih ada barang-barang semasa kat Matrik boleh diguna pakai
dan masih elok dipacking...

Ayah bergegas balik dari meeting di KL.
Dah 2 hari ayah di KL.
Seawal 6.30 pagi kami bertolak ke UTeM.
Sebenarnya bukan jauh sangat pun.
Lebih kurang 40-45 minit je dari rumah melalui highway Utara-Selatan.
Ayah tak suka tergesa-gesa, lagipun pendaftaran along di sesi pertama (8.00 pagi).
Kami tiba di UTeM lebih kurang pukul 7.20 pagi.
Itupun dah ramai ibu bapa dan pelajar yang tiba.

Posing dulu di depan dewan besar.
Pendaftaran di jalankan di situ.....

 Pendaftaran dijalankan di dewan besar.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Ibu bapa berada ditingkat atas dewan sambil memerhati anak-anak
sementara anak-anak mendaftar di dewan.
Kagum ibu dengan kecekapan sistem di sana.
Tak sampai 15-20 minit pendaftaran Along selesai.....
Tahniah pada pihak pengurusan UTeM yang begitu cekap dan sistematik.

 Farouk dipaksa posing......hehehe....

 Dan seperti biasa, ayah yang paling "over" merakam setiap peristiwa bersejarah.
Ayah seolah-olah macam wartawan pulak......
Sanggup angkut segala peralatan kamera bagai..aduyai, kelakar pulak ibu tengokkan.......
Ibu tahu ayah amat-amat bangga dengan kejayaan anak-anaknya.
Kalau boleh ayah tidak ingin terlepas merakam setiap detik bersejarah dalam hidup anak-anak....

Kelakar pulak tengok pic yang Farouk snap nie.
Ibu sempat WhatsApp gambar ni dalam group family.
Adik ibu tanya siapakah pakcik disebelah Naurah tu yang kalut semacam tu...
Aduyai........kesian ayah.....hehehe.....

Akhirnya selesai proses pendaftaran dan dengan rasminya Along 
bergelar siswi diusia 19 tahun....
Bangga menunjukkan kad matrik yang menjadi miliknya kini....

Selesai urusan pendaftaran, kami bergerak ke asrama.
Memang agak jauh kerana UTeM ni memang luas.
Maklumlah tempat baru.
Jalannya agak jem jugak tapi terkawal dengan bantuan polis.

Akhirnya kami tiba di kolej kediaman.
Lupa pulak ibu nama kolej tu.....
Alhamdulillah, Along dapat ground-floor sama macam di matrik dulu..
Makin membiaklah lemak anak ibu nie.
Bilik dan perabut serba baru.
Setahu ibu, kolej kediaman ni baru siap dalam 2 tahun je.
Masih ada bau perabut baru.....Selesa sangat.
Roomate along juga merupakan kawan sekolej semasa di Matrikulasi Melaka dulu
dan mereka dalam kursus yang sama di sini...Syukur....

Posing sebelum ibu berangkat balik.
Saat itu muka Along mula berubah.
Air mata bergenang di pipi.
Lebih 4 bulan Along berkepit bersama ibu dan tibalah masa
untuk along menjalani kehidupan yang mencabar di sini.
Ibu doakan moga Along terus cemerlang dan berjaya
dalam impian.

Jauh disudut hati ibu, terselit rasa rindu pada Along dan Angah saat ini.
Hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan yang ibu rasai....
Apapun ibu amat-amat bangga memiliki kalian.
Semoga Along dan Angah menjadi pemangkin untuk adik-adik terus
cemerlang....
Tahun ini ibu dan ayah menyaksikan dua orang anak bergelar siswi...
Syukur padaMu Ya Allah.....

12 Julai 2013

Ramadhan 2- Dalam Gembira Terselit Duka.

Semalam semakan upu telah keluar.
Hati ibu bergedup kencang, gelisah dan tak tentu arah......
Kerisauan seorang ibu mengalahkan yang empunya diri.

12 tengahari Along call ibu.
Nada sayu dihujung talian.
Dada ibu makin berdegup kencang.
Macam-macam bermain difikiran.
Along khabarkan berita gembira buat ibu.
Cuma dia sedih dan terkilan sebab tidak mendapat tempat
di universiti dan course idaman hatinya.
Ibu memujuk dan memberi kata semangat buat along.

Sebenarnya semasa form 4 Along ditawarkan ICT subjek tambahan
dalam aliran sains tulen tetapi ayah meminta along mengambil
subjek tambahan perakaunan.
Along akur.
Selepas SPM Along ditawarkan dalam
bidang yang sama di UiTM tetapi atas pandangan
keluarga along memilih ke matrik.
Lagipun  ibu rasa matrik yang terbaik sebagai persediaan untuk
menyambung degree memandangkan waktu belajar
yang singkat berbanding diploma.
Kali ini along ditawarkan bidang yang sama.
Memang "jodoh" along dengan course ni agaknya.

Syukur Alhamdulillah, Along akhirnya berjaya ke IPTA
untuk menyambung pelajaran diperingkat degree diusia 19 tahun..
Kegembiraan berganda pada ibu dan ayah pada tahun 2013
bila 2 orang anak berjaya ke universiti.
Bulan 6 angah meninggalkan ibu untuk ke IPTA dan tidak berapa lama lagi Along pula
melangkah meninggalkan ibu setelah beberapa bulan tamat belajar di Matrikulasi Melaka
dengan cemerlang..

Ayahlah orang paling gembira kerana Along ditempatkan
di universiti yang agak dekat.
Lebih kurang 1 jam perjalanan ke sana.


Dalam gembira terselit kesedihan dan kesayuan di hati.
Bahagia melihat satu persatu anak mengatur langkah ke universiti...
sedih bila memikirkan diri
ini bakal  ditinggalkan untuk kesekian kalinya.

Namun ibu bersyukur kerana Allah permudahkan perjalanan anak-anak ibu.
Ibu bahagia dan bersyukur dikurniakan permata seperti mereka.
Terima Kasih Allah kerana sentiasa makbulkan setiap doa-doa ibu.
TAHNIAH dan TERIMA KASIH anak-anak ibu kerana sentiasa
membahagiakan dan membanggakan hati ibu dan ayah
dengan hadiah kecemerlangan kalian......

Semoga Along dan Angah menjadi penguat semangat adik-adik untuk terus cemerlang.
Juga terima kasih kepada rakan-rakan blog yang tidak pernah putus-putus
berdoa untuk kami sekeluarga.
Hanya Allah yang mampu membalas segala-galanya.

1 Mei 2013

KMM Dalam Kenangan.

Setelah genap setahun along belajar di Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) akhirnya along
kembali ke pangkuan ibu dan keluarga.
Masih terbayang lagi semasa kami sekeluarga hantar along
untuk mendaftar di sana... Klik SINI .
Mungkin 1 tahun tidak lama tapi bagi ibu ianya begitu lama....

Akhirnya 5F berkumpul kembali untuk seketika kerana
bulan depan Angah pula akan melangkah pergi meninggalkan
ibu dan keluarga untuk mendaftar sebagai salah seorang pelajar matrik .
Angah di tawarkan ke Matrikulasi di Gopeng Perak.
Itulah pilihan Angah dan family.
Walaupun keputusan UPU belum keluar
tapi bagi ibu Matriklah tempat terbaik bagi pelajar aliran sains yang dapat keputusan cemerlang
menyambung pelajaran sebelum anak-anak ibu
menyambung degree nanti.....InsyaAllah.
Pengalaman adik-adik ibu menguatkan lagi semangat untuk melihat
kejayaan anak-anak.

Terperanjat dan tersentak ibu bila melihat barangan yang along angkut dari kolej.
Mak aiiiii....macam orang pindah rumah.
Sebahagian kotak-kotak berisi buku belum dikeluarkan dari kereta...Fuh!!!!
Dasyat sungguh.
Rasanya masa pergi hantar 1 tahun yang lepas along bawa 2 buah beg besar tapi bila balik
penuh 1 MPV dengan barang-barang yang entah dari mana.
Patutlah malam sebelum bertolak ayah tak benarkan kami ikut.
Rupanya ayah dah dapat agak anak daranya angkut barang 1 lori.....aduyai..anak manja ayah.


 Gambar kenangan Along bersama pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tenaga pengajar yang banyak mencurahkan ilmu
buat along.
Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Harapan ibu, ayah dan family agar Along mampu memperolehi keputusan cemerlang
sebelum melangkah ke university pada bulan 9 kelak.
InsyaAllah, along akan bersaing dengan kakak2 dan abang2 seniornya di sekolah dulu
nanti kerana along 1 tahun lebih awal melangkah ke universiti........

p/s:
Selamat Hari Pekerja.
Hari ni jom kita bekerja kat dapur pulak......

About me