Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 Ogos 2011

Kerja Tetap Diteruskan-Puasa ke 16

Alahai mata, kenapa dan mengapa?????
Teruklah kalau setiap hati macam ini.
Tetapi tugasan mesti diteruskan macam biasa.
Jangan bagi alasan kerana puasa kerja-kerja tertangguh.

Hari ini ibu menghabiskan masa dengan buat 
proses pelupusan@hapus kira buku PSS.
Banyak buku-buku yang dah lembik dikerjakan anak-anak murid ibu.
Tak pelah, itu tandanya mereka rajin pinjam buku, rajin baca buku,
tak pun mereka sepah-sepahkan buku-buku itu.
Asalkan mereka pegang buku pun dah ok.
Nak terapkan budaya sukakan buku bukan senang.

Dan hari ini ibu mampu lupuskan lebih kurang 150 buah buku.
Dah tak daya nak teruskan kerja-kerja itu.
Agaknya cikgu ni kalau bagi kerja-kerja macam ni memang tak tahan lama.
Maklumlah, kerjanya bercakap...bercakap dan bercakap....
Kalau sekadar duduk diam-diam dan mengadap kerja-kerja
tanpa bercakap mata mula layu dan kuyu....

.Berserabut dok tengok buku-buku yang dah lunyai + lembek nie.....
Akhirnya dapat siapkan 1 kotak buku untuk proses perlupusan tu..

 Rehatkan diri seketika. 
Nilah kerja ibu kalau dah bosan...
Melukis atau mewarna.....he..
Terapi minda juga ni....

22 ulasan:

ummiross berkata...Reply To This Comment

Banyak pahala tu NzA,kerja pun ibadah jugak. Lukisan tu cantik,pandai rupanya melukis

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
2lh ummi....kerja2 tu semua ibadah....

xdelh ummi...sikit boleh la....

Ena berkata...Reply To This Comment

hehe..

banyak gak buku yg nak dilupuskan tu..

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

hehe..cantik gak akak mewarna tu.. ;)

amna berkata...Reply To This Comment

assalam :)
rajin cikgu.. then buku2 tu dilupuskan mcm mana? akan dikitar semula atau bgimana?

anggunpesona berkata...Reply To This Comment

Cantik lah lukisan tu. nampak mendamaikan. Pn NZA ni cikgu PSV ye. Tentu kreatif tentang seni2 kan. Saya ni langsung tak ada bakat melukis. setakat lukis orang lidi tu boleh le juga.

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

selamat melupuskan buku tetapi mempertahankan puasa ..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

pandai akk melukis..oh yer org kidal kan.hehe.mmg kreatif!

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Banyak jugak buku yg dilupuskan tu naa. Dah lembek, takkan nak simpan lagi kan.

zaty luvlianncez berkata...Reply To This Comment

wow! pandai lukis,pandai warna ye ibu ne.

:) nice


S a l a m r a m a d h a n~
Jum hayati di sini (^o^)
balik KAMPUNG!!

NzA berkata...Reply To This Comment

to ena
2 baru sebahagia je ena, sbnarnya byk lagi tu....

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
main hentam je lily..nk hilangkan bosan....

NzA berkata...Reply To This Comment

to amna
dh kerja amna so kenalah buat..
buku2 tu ada proses..lepas senaraikan utk pelupusan kena hntar surat prmohonan ke Jabatan..bila disahkan barulah boleh dibakar atau dijual..tu pn hasil jualan kena catatkan...rumit juga prosesnya.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to anggun
sejak posting mmg sy jadi pengerusi panitia PSV..nk kata pndai xlah ttp mmg minat melukis sejak kecil....

NzA berkata...Reply To This Comment

to IM
InsyaAllah.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
saja je PK utk layan mata yg mengantuk ni......

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
skali buat mmg menimbun la dinas..budak2 tgk pn dh xselera...

NzA berkata...Reply To This Comment

to zaty
xdelh pndai zaty ttp sekadar mengisi masa.....

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

wahhhh akak pun lebih kurang cam en. abah gak, kalo tension balik keje, sebelah mlm, mesti dia kusyuk melukis n mewarna, betul tu akak, terapi minda

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
2lh,lain org lain cara hilangkan stresskan...akak mmg minat melukis n mewarna su......bila dh mula mcm dok dlm dunia trsendiri....

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

sabor je le kan kak ... haih~

kitar semula kot buku2 tu ?

NzA berkata...Reply To This Comment

to hanie
sabo jelah....

nk kitar semula kena tunggu kelulusan JPNJ dulu hanie....

About me