Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

30 November 2013

Penawar Denggi.

Salam ceria semua.
Syukur Alhamdulillah kesihatan ibu bertambah baik berkat doa rakan-rakan.

Semasa di wad, adik ibu Dr Zek banyak memantau perkembangan ibu melalui rakan doc dan postkan gambar dan artikal berkaitan dengan denggi.
Dan ibu juga telah tempuhi saat-saat kritikal bila platlet ibu jatuh merudum tiba- tiba.
Melalui 10 hari amat-amat menyakitkan.

Setelah ibu alami sendiri, baru ibu tahu bertapa peritnya diserang demam denggi.
Mungkin antara pesakit berbeza kesakitan yang dialami....
Aduh...rasanya cukuplah sekali ibu diuji dengan demam denggi nie...
Amat-amat perit untuk ditangung dan pahit untuk dikenang.

Ada hikmah disebalik setiap kejadian.
Dari sejak ibu tidak sihat pelbagai penawar dan petua yang ibu dapat daripada
keluarga , rakan-rakan malah daripada doktor dan nurse.

Di sini ibu akanberkongsi beberapa penawar yang ibu dapat :

1.Sup ketam.
Amat-amat mujarab untuk pesakit denggi.
Paling elok makan 2 ekor sehari.Ianya sangat membantu terutamanya untuk
naikkan platlet yang akan sentiasa menurun......
Setiap hari Angah masakkan untuk ibu sup ketam.
Syukur Alhamduillah anak-anak banyak membantu ibu.

2. Air Masak dan Jus
Minum air sebanyak mungkin.
Tak kiralah 100+ ke, jus ke atau apa-apa saja minuman.
Paling bagus minum jus kiwi atau oren.
Ianya sangat membantu untuk membuang air dalam badan.

3. Air Kelapa Muda.
Petua ni diberikan oleh seorang jururawat semasa ibu di wad.
Ianya juga berkesan untuk menurunkan panas badan.
Alhamdulillah rakan-rakan banyak membantu mencarikan
buah kelapa muda yang fresh untuk ibu.
Begitu bersusah payah rakan-rakan ingin melihat ibu sembuh.
Amat-amat terharu....

4. Jus Tembikai.
Penawar ini ibu dapat daripada salah seorang pesakit berbangsa Cina.
Katanya jus tembikai amat baik untuk pesakit denggi.
Kalau boleh habiskan sebanyak 1 biji tembikai sehari.
Ibu sekadar makan buah tembikai.
Alhamdulillah platlet ibu cepat meningkat
setelah ibu kritikal selama 3 hari.

5. Daun/Pucuk Betik.
Ramai juga kaum keluarga dan  rakan-rakan syorkan ibu meminum
air rebusan betik atau memakan pucuk betik sebagai ulam.
Cuma ibu tidak berkesempatan untuk mencuba memandangkan agak sukar
mencari pokok betik masa tu.
Menurut auntie ibu, air daun betik juga amat serasi untuk yang
mendapat demam kencing tikus.
Pernah dicuba pada salah seorang saudara kami dan alhamdulillah ianya amat berkesan.

Syukur Alhamdulillah kerana ibu dikelilingi keluarga yang mengambil berat.
Sehingga ke hari ini ayah masih mengambil alih tugasan di rumah, dari memasak, membasuh
dan segala-galanya. 
Ayah terpaksa membahgikan masa bekerja dan mengurus ibu.
Ayah menjaga ibu sebaik mungkin sehingga sanggup berjaga malam demi memastikan ibu
benar-benar sihat dan selesa....
Ayah juga bekejar balik dari Sabah setelah
Kesihatan ibu makin serius.

Ibu juga amat bertuah kerana memiliki 5F.
Along dan Angah banyak membantu di saat sukar yang mana semasa ibu sedang kritikal, Beby menghadapi SPM, 
Naurah menduduki peperiksaan kelas khas Agama.
Mereka berdualah mengantikan tempat ibu.

Dan syukur alhamdulillah Farouk tidak menyaksikan keadaan ibu kerana
dia berada di Kem Smart Al-Quran semasa ibu sakit..
Ibu cuma trkilan Angah dan Along terpaksa balik ke U tanpa lambaian dan pelukan
dari ibu....huhuhuhu....sebak je rasa dada ni bila terkenangkan mereka berdua
yang banyak berkorban demi untuk adik-adik.....

Juga ibu bertuah punya mama, abah dan adik beradik yang begitu mengambil berat.
Setiap waktu memantau keadaan ibu...berdoa tanpa jemu.
Berkongsi segala kesukaran bersama.
Terlalu mulianya hati2 mereka semua....
Perancangan yang Allah aturkan begitu baik.

Dan disaat begini barulah ibu ketahuai dan dapat rasai bertapa
ibu dikelilingi sahabat-sahabat yang begitu baik, penyayang, begitu hebat dan mengambil berat.
Mereka terlalu baik.....sanggup bersusah payah kerana ibu..
Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa-jasa mereka semua.....


27 November 2013

Farouk dan Kem Smart Al-Quran

Bersua kembali.
Keadaan ibu masih belum pulih sepenuhnya.
Mungkin faktor umur yang menyebabkan
proses pemulihan agak perlahan.

Sejak 17.11.13 (Ahad) Farouk masuk Kem Smart Al-Quran.
Dia berada di sana selama 2 minggu. Sekurang-kurangnya awal cuti farouk diisi dengan ilmu akhirat.
Persediaan awal untuk farouk.
 Ayah merancang untuk hantar farouk bersekolah tafhiz bila naik tingkatan 1 nanti. Mungkin ayah nakkan satu-satunya waris kami mengikuti jejak langkah atok sebelah ibu yang bergelar ulamak dan tok guru. Insyaallah semoga suatu hari nanti farouk mampu merealisasi impian kami menjadi seorang anak yang soleh, penuh dengan ilmu agama.
Seorang anak yang mampu menyebarkan ilmu agama pada masyarakat.
Seorang anak yang mampu mendoakan ibu dan ayah bila kami telah tiada..,....amin.

Program ini berjalan selama 2 minggu dengan bayaran RM350. Ibu rasa ianya sangat berbaloi kerana semuanya termasuk penginapan dan makan minum.

Muka sedih bila kali pertama terpaksa berpisah dengan ibu. Seorang anak manja yang sentiasa disisi ibu.
Sebenarnya ibu lagi sedih.
 Rindu farouk sangat2...huhuhu.

Semoga farouk mampu lalui saat2 ini dengan tabah dan sabar.
Ibu tidak sabar menanti 30.11.13 untuk memeluk farouk erat2....
Rasanya tak tertanggung menahan rindu pada farouk.....

25 November 2013

Ibu dan Denggi.

Assalamulaikum...lebih 10 hari ibu menyepi .
Rindu rakan-rakan semua.
Syukur Alhamdulillah ibu masih diberi kesempatan menghirup udara dibumi Allah
10 hari ibu terlantar sakit menanggung sedikit ujian dariNya.
Kali ni ibu buat catatan selama 10 hari ibu menyepi.

Catatan dairi ibu :
17.11.13 ( Ahad ) - Tiba-tiba ibu diserang demam dan sakit kepala yang amat teruk.
Ayah membawa ke klinik swasta. Suhu badan ibu mencecah 40.8○C.


18.11.13 (lsnin) - Keadaan demam, sakit kepala dan bisa-bisa badan tidak berkurangan w.pun dibekalkan dengan antiabiotik dan ubat tahan sakit. Keadaan ibu saat tu mengiggil dan alami kesakitan yang amat sangat. Tak dapat nak digambarkan dengan kata2. Mungkin antara pesakit berbeza kesengsaraan yang ditanggung.

19.11.13 (Selasa)-Sekali lagi ibu dibawa ke klinik memandangkan keadaan semakin teruk. Doktor check darah. Namun tiada apa yang dapat dikesan. Doktor nasihatkan esoknya datang lagi ke klinik.

20.11.13 (Rabu)-Ke klinik n check darah. Platlet ibu mula menurun. Keadaan darah ibu bermasalah.

21.11.13 (Khamis)-Check darah lagi dan platlet ibu jatuh mendadak.

22.11.13 (Jumaat)-Ibu dikejarkan ke unit kecemasan sebuah hospital berhampiran.
Badan ibu dah sangat lemah dan sakit.
Akhirnya ibu dimasukkan 2 botol air garam yang pekat dan menyakitkan. 2 jam menanggung kesakitan yang teramat sangat.
Ibu dibawa ke wad, dimasukkan sebanyak 10 botol air, dijalankan beberapa lagi ujian dan dikuarantin.

23.11.13 (Sabtu)-Makin hari platlet ibu jatuh mendadak dan akhirnya ibu berada dalam fasa kritikal selama 3 hari. Diberi rawatan dan perhatian khusus. Kaum keluarga, rakan2 tidak putus2 berdoa untuk ibu. Berkongsi kesakitan dan kesedihan. Membantu mencari pelbagai penawar. Anak2 banyak berkorban dan membantu. Setiap hari angah masakkan sup ketam.. Dan pelbagai petua rakan kirim melalui fb dan whatsaap. Ibu mula dihantui dengan pelbagai persoalan. Airmata tumpah bila memikirkan 5F. Mampukah ibu untuk terus disisi mereka. Mampukah ibu untuk terus berbakti bersama rakan2....macam2 yang melintas difikiran.

25.11.13 (Isnin)-Setelah 10 hari bertarung dengan dengan kesakitan akhirnya ibu bangkit dengan semangat keluarga dan rakan2. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa2 semua, akhirnya keadaan ibu pulih dari fasa kritikal. Perkembangan ibu mula nampak positif. Dan akhirnya setelah 4 hari di wad, ibu dibenarkan pulang.

 
Hari pertama .

Terima kasih kepada ahli keluarga terutama 4F yang begitu banyak berkorban untuk ibu, ayah, adik ibu Dr zek yang memantau dari jauh dan mengikuti perkembangan ibu melalui rakan doc di HT, rakan2 yang dekat dan jauh kerana tidak jemu berada disisi disaat kesukaran dengan mengirim doa2 dan pelbagai petua.
Terima kasih Allah kerana masih beri ibu peluang untuk terus hidup disisi insan2 tersayang.

17 November 2013

Majlis 3 in 1

Minggu terakhir persekolahan memang tak menang tangan cikgu cikgi nie.
Namun kami tetap senyum walaupun stress.
Ada kala bertegang urat, berbahas, bergaduh2 manja,
berselisih pendapat dan diakhiri dengan gelak ketawa....
Itulah kami umpama 1 keluarga......

Orang nampak majlis berlangsung sekejap je tapi 
persiapan memakan masa berminggu-minggu.
Dari mesyuarat, perancangan, surat menyurat, persiapan tempat dan 
macam-macam perlu dibereskan.
Tenaga dan wang ringgit tak perlu diceritakan.......
Ada kalanya berlaku beberapa kesilapan teknik tanpa disengajakan....
Maklumlah kami juga manusia biasa yang banyak kekurangan......


Majlis 3 in 1 berlangsung pada 13.11.13.
Cantik pulak tarikh tu......ngeh..ngeh..ngeh....
Pagi diadakan Majlis Khatam Al-Quran murid-murid Tahun 6.
Sebelum berlangsungnya majlis, latihan demi latihan diadakan bagi memastikan segalanya
berjalan lancar..
 Peserta khatam seramai 17 orang.
Kebanyakan bunga pahar tu dihadiahkan kepada pihak sekolah.
Maka kenduri sakanlah kami dengan telur-telur yang banyak tu.
Yang pasti menu di rumah ibu esoknya, telur masak sambal....he3x.......
Terima kasih kepada ibu bapa di atas ingatan pada kami semua.
Rezeki yang diberikan Allah merimpah ruah......Alhamdulillah.....

Ibu salah seorang wakil sekolah menerima bunga pahar daripada pihak ibu bapa
yang disampaikan oleh anak didik.....

Majlis ke 2 berlangsung Majlis Graduasi Pra Sekolah.
Alolo....comel je tengok budak kecik ni.
Setiap keletah mereka amat menghiburkan terutama melihat persembahan tarian dan nyanyian.
Jenuh cikgu-cikgu Pra SK melayan kerenah mereka.
Dah beberapa kali buat raptai menerima sijil pun masih haru biru....Aduyai..
Anak-anak kecil memang begitu..apapun mereka tetap comel dimata ibu.....

 Pra Sekolah 5 Tahun bersama cikgu dan pembantu pra.....

 Pra Sekolah 6 Tahun bersama cikgu dan pembantu pra.....
Nak susun macam ni pun berpeluh-peluh jurukamera nih.
Itupun dapat la tengok mereka diam dalam 5 minit......he3x.....

Majlis kemuncak Hari Anugerah Cemerlang.
Dah 12 tahun ibu menyaksikan 4Farah turun naik pentas menerima hadiah sewaktu
bersekolah di sini.
Naik turun bergilir-gilir hinggakan ibu tak sempat nak snap pic setiap satu..
Tahun ni hati agak sayu dan terkilan kerana Farouk tidak langsung
menerima sebarang hadiah.

Tapi ibu redha bila baca blog Kakcik.
Betapa sabar, tabah dan tenangnya kakcik bergelar seorang ibu.
Ibu memang respect sangat dengan kakcik.
Rasa malu sendiri.
Terkadang diri ini terlalu tamak dan ingin melihat anak sentiasa berada di atas.
Mungkin setiap tahun anak-anak sentiasa hadiahkan ibu kecemerlangan,
ibu seolah-olah lupa tentang kesedihan hati ibu lain yang anak-anak
yang kurang bernasib baik....
Alhamdulillah, Allah menyedarkan ibu tentang itu..
Terima kasih kakcik kerana n3 kakcik buat ibu sedar.......

Apapun ibu tetap bangga dengan prestasi Farouk yang satu-satunya
anak bujang ibu..
Farouk : Farouk janji tahun depan Farouk akan naik pentas terima hadiah.
Sambil cium tangan ibu..Ya Allah...sayu dan sebak hati ibu.....
InsyaAllah...ibu tahu Farouk boleh buktikan.......

Setelah penat berhempas pulas dan diakhir program macam biasa kami akan
lepaskan geram posing ramai-ramai.

 Gaya bebas......
Tengok gambar baru ibu sedar teguran rakan-rakan.
Mereka kata kebelakangan ini muka ibu nampak pucat......mungkin belum sihat sepenuhnya.
Mungkin terlalu penat.....atau mungkin usia semakin tuaaaa.....huhuhu....

Inilah keluarga ibu...merekalah sumber kekuatan ibu,
 merekalah yang banyak beri dorongan,
merekalah yang banyak membahagiakan ibu..
merekalah yang banyak berkongsi kisah suka duka..
merekalah madu dan racun....
Terima kasih kerana sentiasa mewarnai hidup ibu setiap hari.

Petangnya ibu memecut ke sebuah sekolah setelah menerima
"on call"..........huhuhu..(tunggu n3 akan datang)....

p/s:
Walaupun cuti sekolah dah bermula namun ibu dan rakan2 guru tetap hadir ke sk kerana masih banyak tugasan menunggu...
Senyum....jangan kata apa2...

14 November 2013

Along dan Ipad

Sebelum masuk U Along dah dapat laptop Asus Window 8 daripada Ayah.
Terpaksa beli laptop jenama tu kerana perisiannya memenuhi keperluan 
pembelajaran Along.
.
Ni dapat iPad pulak.
Nak buat macam mana, Along perlu semua tu kerana Along ambil bidang 
bahagian pengkomputeran Networking.
Semua tu memang diperlukan dalam pembelajaran dia di sana.
Yang agak perit, setakat ni pengajian Along di taja oleh ayah 100%.
Walaupun belajar di IPTA namun perbelanjaan lain perlu ditanggung.
PTPTN???? setakat ni kami masih bertahan untuk menaja Along sendiri.
Tunggulah sem depan macam mana.
Kalau rasa tak larat nak tanggung, Along akan mohon, kalau larat kami KIV dulu...
Setakat ni masih larat kot....huhuhu......

iPad hasil Along pow ayah.....

Ayah sanggup berhabis demi melihat kejayaan anak-anak....InsyaAllah.

13 November 2013

Lawatan Sambil Belajar-Melaka

Terima Kasih semua yang mengucapkan Tahniah di atas kecemerlangan
Angah dalam keputusan Asasi Sem 1.
TQSM

Hari ni n3 yang ibu peram lagi.
Kisah Hari Khamis (7.11.2013) .
Farouk ikut lawatan sambil belajar ke Melaka.
ROmbongan ini terdiri daripada murid-murid Tahun 6 dan
Farouk menyelit antara abang-abang senior......
Kali ini ibu tidak menyertai rombongan.
Biasanya ibu tidak pernah 'miss' join lawatan sambil belajar
murid-murid sekolah ibu.....

Farouk mewakili ibu sebagai photografer cilik.
Maklumlah, biasanya ibu yang jadi juru gambar yang tidak bertauliah
kerana di sekolah ibu merangkap guru perpustakaan dan media.

Sebelum pergi macam-macam ibu pesan:
Jaga kamera ibu elok2 ye...
Tangkap gambar cantik-cantik ( padahal ibu pun tangkap muat je....he3x.)
Jaga barang-barang Farouk elok2..
Jangan nakal-nakal dan dengar cakap cikgu-cikgu.....
Jangan beli yang bukan-bukan....
Bla..bla..bla....
Biasalah ibu jadi mak nenek bila anak nak kemana-mana.
Ayah diam membisu dan leka tengok si ibu membebel.......

Farouk bersama abang-abang senior.

Jom tengok tempat-tempat yang Farouk pergi bersama rakan-rakan.

Farouk ada belikan ibu air madu berperisa.
Sedap jugak rasanya.

Mereka juga ke area Muzium Samudera.

Masa Farouk kecil dulu, sinilah tempat paling dia suka.
Setiap kali ke Melaka pasti ayah kena bawa dia ke sini.
Pantang nampak kapal ni dia akan terjerit..Kapal lanun..kapal lanun......

Ni gambar di dalam Muzium Samudera.
Farouk dengan abang Tahun 5.
Farouk lebih tinggi.....he3x....


Bergambar diluar Muzium.
Berkerut je muka farouk.

Bersama abang-abang senior.

Di Taman Buaya.
Kat sini banyak replika yang dibina.
Banyak juga gambar yang Farouk snap di sini.
Sang buaya.

Sekeping ni je gambar yang ada Farouk.
Yang lain semua Farouk snap gambar replika.




Mereka juga ke Taman Seribu Bunga


Model "mamat bunga".......ngeh..ngeh..ngeh...

Farouk bersama rakan-rakan dan guru-guru pengiring.

Dan Farouk tidak lupa beli souvineer FM untuk ibu.
Mahal katanya....he3x.....

Farouk tiba di rumah lebih kurang pukul 10 malam.
Balik rumah mmandi dan terus ..........zzzzzzzzzzzzz....

p/s:
Minggu akhir persekolahan merupakan minggu yg amat-amat sibuk.
Hari ini berlangsung Majlis Kecemerlangan di sk ibu.

11 November 2013

Angah dan Result Asasi

Kisah 2 minggu lepas yang ibu peram dalam draf...huhuhu...
2 minggu lepas bukan main kalut Angah dengan MUETnya.
Sibuk ajak ibu dan adik beradik berlatih speaking...walah...
Yang pasti Angah perlu dapat sekurang-kurangnya Band 4 untuk melayakkan
dia untuk sambung degree dalam bidang guaman.
Angah pilih pusat MUET di sekolah lamanya kerana sekarang angah sedang bercuti semester 1.
Alhamdulillah sesi pertama selesai dengan jayanya.

Malam Khamis 2minggu lepas, result Sem 1 keluar.
Bukan main kalut lagi si Angah.
Katanya risau sangat-sangat.
Itulah Angah.....Berbeza dengan Along yang lebih Cool.
Maklumlah budak-budak Asasi ni memang sentiasa perlu bersaing
dan kena buktikan result yang cemerlang kerana
mereka antara pelajar-pelajar cemerlang SPM.
Persaingan memang hebat.

Ibu tahu Angah inginkan yang terbaik dalam setiap peperiksaan yang didudukinya.
Malam Jumaat lebih kurang pukul 9 malam result pelajar Asasi seluruh negara keluar.
Ya Allah, terpekik bukan main Angah sebab risau.
Siap usung lappy masuk bilik ibu.
Bila ibu tanya kenapa usung bawa bilik ibu.
Katanya dia nak share kesedihan atau kegembiraan bersama ibu.

Dalam debar Angah membuka email.
Terjerit lagi.
MasyaAllah, kalaulah ibu pengidap penyakit jantung maunya kena heart attack...
Senyum panjang terukir dibibirnya dengan lafaz: 
Ya Allah, Ya Allah, Syukur Ya Allah... Alhamdulillah.
Siap cium tangan ibu tanda syukur dan ucap terima kasih.
Lega hati ibu.
Syukur Alhamdulillah, ibu tahu Angah mampu peroleh kejayaan yang cemerlang.

TAHNIAH Angah...
TERIMA KASIH ALLAH.
Tiada yang mampu ibu luahkan selain daripada menadah tangan dan mengucap kesyukuran.
Itulah hadiah yang paling indah buat ibu dan ayah
Semoga Sem ke 2 Angah mampu membuktikan kecemerlangan yang lebih gemilang
untuk mengapai impian dimasa depan........InsyaAllah.

p/s:
Hari ni Along exam.
Good luck Along..
Ibu doakan agar Along terus cemerlang.....Amin....

9 November 2013

Projek Hujung Minggu.

Selamat berhujung minggu...
Ibu tak kemana-mana hujung minggu nie.
Memerap di rumah sambil menternak lemak-lemak.....he3x...

Sejak tak begitu sihat beberapa minggu lepas dan ditambah kesibukan program sekolah
yang tak pernah surut, 
sistem on9 yang membuat ibu diserang penyakit darah tinggi..
projek menjahit ibu berkubur seketika.

Terpaksa memendam rasa dan akur.
Minggu ni tiba-tiba mood rajin datang berkobar-kobar.
Lagipun minggu ni ibu "free" walaupun program sekolah semakin menimbun.
Ayah pun dah 2-3 hari terbang ke seberang lautan....
Along pun dah balik semua ke U setelah bercuti selama 1 minggu.
Cuti hujung minggu ibu habiskan menjahit....

Projek yang terbengkalai beberapa bulan yang lalu.
Kain batik hadiah daripada Ummiross yang 
sweet tu ibu padankan dengan kain polos berwarna pink pekat.
TQSM ummi....Muah3X.....
Nanti bila dah pakai nza snap gambar ye...

Dibahagian bawah baju dan tangan ibu tampal kain net bersulam.
Kalau tak silap ibu 1 meter = RM28.
Untuk sehelai baju ibu beli 2.5 meter.
Ni projek belum siap sepenuhnya.
Niat hati nak tambah lagi butiran mutiara.
Tak tahulah berjaya ke tidak......


zoom sikit jahitan manik....

Baju ni lagi dasyat.
Dah hampir 1 tahun ibu peram tak siap-siap.
Ibu pun dah lupa akan kewujudannya...huhuhu...
Bila buka kotak jahitan rupanya baju ni dah siap cuma kainnya yang tak siap.

Konon-kononnya nak jahit kebarung.
Orang yang tak ada skill macam ibu ni main belasah je.
Entah jadi ke tidak baju tu......
Kat tengah ibu jahitkan bunga daripada manik blink-blink Vietnam.

Kain batik Sarawak ni ibu order daripada Ummiross.
Kainnya amat-amat lembut dan selesa dipakai.
Dah banyak juga ibu order daripada ummiross untuk dibuat baju....
Selesa sangat-sangat.....


8 November 2013

Ikan Patin Masak Tempoyak

Terima Kasih ibu ucapkan kepada rakan-rakan yang
memberi ucapan sempena Ulang Tahun perkahwinan ibu ke 21.
Juga terima kasih di atas doa-doa kalian...

Hari ni nak tayang kisah masak memasak daripada chef yang tak begitu pandai memasak....he3x.
Kali pertama ibu mencuba memasak resepi daripada Pahang.
Ini pun setelah terliur tengok kat blog Lizz dan kebetulan Angah pulak request resepi ni.
Angah minta resepi daripada rakannya yang berasal dari Temerloh Pahang
yang terkenal dengan keenakan Ikan Fatin Masak Tempoyak.

Tanpa berlengah ibu suruh ayah beli ikan patin saiz XXL.
Besar gedabak ikan tu.
Si ayah pulak beli ikan kat EconSave ....terpaksalah ibu bersilat siang ikan tu..Aduyai tension betul.

Maka dengan gigihnya ibu memulakan misi memasak.

Resepi  dan bahan-bahan:
1 ekor Ikan patin.
2 senduk tempoyak ( suka suki je kan ibu cedok tempoyak banyak-banyak)
Daun kesom
Serbuk kunyit ( kunyi hidup lebih sedap kot)
Cili padi ( kalau yang suka pedas tu letakkan banyak-banyak ye)
2 batang serai dititik.
Asam keping ( kalau nak lebih masam)
garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Air.

Cara-cara ( ibu belasah je...hahaha....) :
Kisarkan tempoyak + cili + sedikit air.
Campakkan ikan patin ke dalam periuk.
Masukkan air + kunyit.
Agak-agak dah agak panas masukkan bahan-bahan kisar.
Masukkan daun kesom + serai + asam keping + bahan perasa.
Biarkan mendidih.......
Siap untuk dimakan....

Resepi ni memang sedap.
Ini belum orang Temerloh ori yang masak.....


7 November 2013

21 Tahun Berlalu.

Pejam celik, pejam celik dah 21 tahun ibu hidup bersama ayah.
Terasa baru semalam kami disatukan.
Syukur alhamdulillah walaupun ayah tidak romantik seperti orang lain 
tetapi ayah seorang suami yang amat-amat sporting, understanding,
bertimbang rasa, cool dan menerima ibu seadanya.
Ayah lebih kepada seorang abang kepada seorang adik kepada ibu.
100% kepercayaan dan kebebasan yang ayah berikan tak pernah ibu persiakan.

Terima kasih ayah kerana menjadi seorang ayah yang  penyayang,
seorang ayah yang sporting,
seorang ayah yang tidak pernah mengongkong,
seorang ayah yang cool,
seorang ayah yang terbaik pada 5F.

Ya Allah
Panjangkan jodoh kami,
lindungi kami dari segala hasutan dan godaan syaitan,
Kekalkanlah kebahagiaan yang kami miliki.
Semoga kami kekal bahagia hingga ke jannah....
Terima Kasih Ya Allah di atas setiap kurniaanMu pada kami sekeluarga....
Amin.....

5 orang cinta hati yang tidak ternilai harganya yang Allah kurniakan buat kami....
Alhamdulillah....

6 November 2013

Selamat Menduduki SPM Anaknda Farah Najdah.

Selamat menduduki SPM kepada puteri ke 3 ibu FARAH NAJDAH.
Tiada apa yang mampu ibu lakukan selain dari mendoakan kecemerlangan Beby dalam SPM.
Semoga Beby mampu buktikan kecemerlang seperti yang telah
Beby buktikan dalam UPSR dan PMR dulu.

Ya Allah,
Permudahkan anaknda Farah Najdah dalam menjawab peperiksaan SPM..
Berikan anaknda Farah Najdah kelapangan, ketenangan, ingatan yang tajam dan kekuatan minda.

Ya Allah,
Jadikanlah anaknda Farah Najdah seorang yang kuat ingatannya,
seorang yang cerdas mindanya,
seorang yang dapat mengingati setiap apa yang telah dipelajari, di baca dan didengarnya.
Berikanlah kesihatan yang baik..
Jauhilah dari segala kecelakaan.....

Ya Allah,
Kurniakan kecemerlang buat anaknda Farah Najdah dalam SPMnya.
Semoga dia mampu memperolehi kejayaan yang cemerlang dan
berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminatinya...
Amin...amin..amin.......

Al-Fatihah.


5 November 2013

Resepi Chicken Bread Crumb Roll.

Selamat Tahun Baru buat semua.
Semoga tahun ini menjanjikan sesuatu yang
lebih indah sambil memperbaiki diri
kearah yang lebih baik.

Cuti 4 hari ibu tak bercuti kemana-mana , sekadar memenuhi undangan majlis perkhawinan.
Keluar makan-makan, shopping...
Lagipun 5F berkumpul sudah cukup buat hati ibu bahagia.

Bila anak-anak berkumpul ditambah musim hujan perut asyik minta diisi.
Bila kerajinan ibu datang maka ibu akan sediakan
minum petang.
Dan yang penting simple dan sedap
untuk 5F tapi kalau kemalasan melanda, pandai-pandailah 5F cari altenatif sendiri.
Lagi pun dalam peti ais ayah dah isi dengan bermacam-macam fast food.
Cuma masak nasi dan lauk tu ibu tak pernah miss lah....

Kelmarin ibu terpandang resepi dari seorang kakak, rakan lama ibu di FB.
Mengancam pulak.
So ibu tergedik-gedik minta resepi.....

Permulaan ibu sediakan inti.
Bahan-bahan yang ibu gunakan isi ayam, karot dan kacang panjang.
Ibu ubah mengikut bahan yang ada di rumah.
Tumis bawang besar,
Masukkan isi ayam, pastikan ayam masak.
Masukkan sayur, lada hitam dan perasa.

Lepas tu masakkan lempeng.
Dah siap, masukkan inti yang telah sejuk dan gulung.
Hambik, dahlah besar...panjang pulak tu...
Hahaha....

Dan siap celup dalam telur.
Golek-golek dalam serbuk roti.
Ibu tak ada serbuk roti so belasah cream creaker....ramas sampai hancur berkecai jadi serbuk...

Kemudian goreng dalam minyak panas.
Akibat ibu buat besar dan panjang,
ibu terpaksa potong sebelum masuk mulut.
Anak-anak suka. Sedap katanya...

3 November 2013

Kerabu Mangga

Sejak tak sihat hari tu sampai hari ni tekak ibu rasa nak makan buah-buah je.
Beberapa hari lepas ibu ada buat kerabu mangga.
Menambahkan lagi derita gastrik ibu....huhhu......

Kerabu mangga yang membuka selera....

Bahan-bahan :
Mangga
Bawang besar
Bunga kantan
Cili padi
Serai
Cuka ( kalau tak suka boleh ganti dengan air asam jawa  dan sewaktu dengannya)
Buah tomato
garam dan gula secukup rasa
*boleh tambah bahan-bahan lain yang sesuai dengan selera.

Mangga disagat dan bahan-bahan lain dihiris nipis-nipis.
Gaulkan semua dan siap untuk dimakan.....

2 November 2013

Bebelan Farouk dan Melaka

Semalam selepas habis sekolah ibu terus ke Melaka untuk jemput Along.
Along akan bercuti mid-sem selama 9 hari.
Selepas ke UTeM, Along dan Angah request nak ke Dataran Pahlawan.
Memang tak ada kerja la tu anak-anak dara ibu nie...shopping kat F.O.S.
Hobi yang diwarisi dari ibu..........
Ibu senyum...."Senyum , jangan kata apa-apa.."

Ibu tak ikut mereka bershopping akibat ada sibujang Farouk.
Mamat ni bukan suka aktiviti kami.
Dia tak sporting macam ayah.
Kalau ayah berapa lama sanggup tunggu
tapi si mamat ni membebel tak habis-habis....

 Nak tutup mulut Farouk ibu belikan ais krim corneto.
Diam sekejap mulut dia sebab nak habiskan ais krim..
Lepas tu dia layan game kat tab.
Lama-lama membebel lagi..
Farouk : "Hish, Farouk tak suka la orang prempuan nie...suka habiskan duit..."..
Hamboi-hamboi...terasa ibu tau.....
Dah bosan menunggu kat tepi kolam, ibu ajak dia ke McD.
Dah tak ada pilihan sebab nak ke pizza-hut agak jauh menapak.
Rasa bersalah pulak makan McD.

Suruh dia pilih nak order apa.
Macam biasa Farouk suruh ibu pilih.
Itu satu kelebihan Farouk.
Dia akan tanya : " Ibu ada duit ke?..Ibu tak kisah ke?..Ibu nak ke?...Farouk ikut je..bla..bla..bla...
Macam la ibu tak biasa belanja dia makan......

Diam kejap mulut dia.
Yang Along dan Angah ni pun shopping sampai tak hinggat dunia.
Sampai Farouk siap pergi refill air lagi.

Lama jugak kat sini Farouk dah mula membebel semula.
Aduyai...Ayah tak pernah membebel macam Farouk tau walaupun ibu lelama shopping.
Tapi Along dan Angah tu boleh tahan lamanya.
Sejak dari lepas solat Zohor bershopping sampai azan Asar tak keluar-keluar lagi......
Dah lebih dari ibu nie....

Ibu ajak Farouk ke Taman Bunga Merdeka yang terletak berhampiran DP.
Ramai pengunjung masa ni terutama rombongan sekolah.
Minggu depan pun Farouk akan ke sini dalam lawatan sambil belajar.
Posing kejap.

Hilang la sekejap kebosanan Farouk bila ibu bawa ke sini.

Kapal terbang perang.....

Depan keretapi Tanah Melayu.

Depan deretan Muzium.
Niat hati nak masuk muzium setem tapi rasa malas pulak nak ke sana.
Lagipun ibu tengah penat maklumlah dah seharian di sekolah, lepas tu lalui trafik yang
sesak di highway. 
Masuk Bandaraya Melaka bertambah sesak sebab hari Sabtu nak raya Deepavali....

Pusing-pusing dan tangkap gambar.
Dah penat kami rehat kat taman.
Si Farouk dah penat + moody.

Mulutnya bising lagi membebel sorang-sorang..
Tiba-tiba terkeluar ayat dari mulutnya buat ibu sentap dan gelak besar :
"Hish..kalaulah Farouk dapat isteri macam kakak2 ni memang Farouk cerai je.."
Ibu : Hamboi muluttttt.....Tak baik tau cakap perkataan tu.
Nanti kalau Farouk dah kawin Farouk kena sayang isteri.....
Allah tak suka orang lelaki yang
ceraikan isteri. 
Ayah pun tak kisah tunggu ibu lama-lama....
Farouk : Yelah...tapi ibu jangan cakap kat sapa-sapa tau.
(Mungkin rasa bersalah sebab terlepas cakap....)
Tak berapa lama Along dan Angah muncul.
Kami solat Asar di surau berhampiran.

Masa dalam kereta ibu ceritakan tentang bebelan Farouk.
Masing-masing sentap dan terbahak2 kami ketawa.
Farouk moody + malu je masa tu....
Farouk : Alah ibu ni...ibu kan janji tak nak bagitau sapa2.....Tak baik tau...
Dia buat-buat tidur.......Hahaha......
Tak tahan dengar kata-kata dia tu......
Kalau la Farouk baca n3 ni habislah ibu.....he3x......

About me