Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label PERKONGSIAN ILMU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERKONGSIAN ILMU. Papar semua catatan

19 Mac 2015

Penawar Batuk dan Sakit Tekak.

Bersua lagi setelah ibu jadi "chip more".....
Kebelakangan ni agak liat nak buka blog.
Buka sekejap lepas tu termenung panjang......
Mungkin faktor kesihatan ibu pun tak begitu baik dah lebih 3 minggu ni.

Semasa ibu diserang batuk dan sakit tekak yang teruk,
banyak petua-petua yang ibu dapat daripada rakan-rakan dan saudara mara..
Alhamdulillah...ibu kumpulkan dan simpan di sini untuk kegunaan bersama.
Ibu akan kongsikan di sini.
Manalah tahu salah satu penawar tu sesuai.
Semua tu ikut keserasian...

1. Bawang Putih Bakar.
bakar bawang putih bersama kulit.
Ibu guna kuali ajaib je.....senang sgt.
*kredit untuk adik atie.

2. Jus Buah Lai
Kisar 2 biji buah lai guna slow juicer.
Minum sebelum tidur.
*Kredit untuk Kak Melorwatie

3. Kicap + asam limau nipis/kasturi
Sesudu kicap diperah air asam limau ke dalamnya dan minum.

4. Limau Nipis + Kapur makan
Sebiji limau nipis dibelah dua.
Sapukapur makan dan bakar pada dapur.
Perah air dan minum suam2.
*Kredit untuk Kelmawati

5. Lemon + madu sidir + serbuk cili
Perah 1/2 lemon + 1 sudu madu sidir + secubit serbuk cili.
Selawat keatas Rasul dan Nabi Ibrahim (macam baca dalam tahiyyat)-3X
Minum 3X sehari..
Diakhiri dengan doa2.
*kredit untuk Auntie Zah

6. Rumpai Laut
*kredit untuk Mayana

7. Madu + Limau Nipis
Perah limau nipis bersama sesudu madu.

8. Rawatan Hospital.
Sudah semestinya jika tidaksihat tempat pertamayang dituju ialah klinik dan hospital.
Rasanya dalam 3 minggu ni dah 3x ibu ke klinik dan akhirnya dirujuk
ke hospital untuk ujian x-tray.
Itupun disebabkan hari terakhir persekolahan ibu pitam dan hampir jatuh di sekolah.
Dapat mc 2 hari pun tetap hadir ke sekolahan.
Akibat kedegilan ibu so hari Khamis tu  doktor suruh ibu terus pulang ke rumah
untuk berehat.
Ayah yang OTW ke JB terpaksa berpatah balik ke rumah bila terima w.apps ibu.
Alhamdulillah kesihatan ibu bertambah baik.
Sedikit ujian Allah buat hambaNya.....


4 Disember 2014

Petua Pisang Tahan Lama

Hari ini ibu nak kongsi sedikit petua dapatan dari internet jugak.
Kat rumah ibu ni cuma Ayah seorang peminat pisang.
Anak-anak semua ikut ibu...tak begitu gemar tapi bukan langsung tak makan.
Kalau ikutkan kajian  pisang ni bagus untuk otak dan minda....
Dah tak minat nak buat macam manakan..
Nak  paksa anak makan tapi ibunya pun tak suka macam mana.
Kalau goreng pisang masing-masing bukan main laju..
Ibu dan 5F suka sangat....
Lagi-lagi cicah sambal kicap....
Tapi bukan semua jenis pisang boleh goreng....

Ibu nak kongsi sedikit petua.
Kalau nak hayat pisang tu bertahan, pastikan hujung bahagian
atas sikat pisang yang dipotong tu dibalut dengan plastic wrap/plastik polietilena.
Ibu cuba bereksperimen dan ianya nampak berjaya.
Bolehlah pisang tu bertahan lebih lama untuk stok Ayah......

Satu lagi cara,kita simpan dalam petiais bahagian sejuk beku.
Yang difrozen tu boleh buat smoothies....
Baik untuk kesihatan....
Itu saja kisah hari ni........


24 November 2012

Kelebihan Al-Fatihah...Jom Kita Kongsi Rahsia....

Ibu tulis n3 ni di atas permintaan ramai...Cit perasan!!!!
ramai la sangat.....
Takdelah ramai tetapi ada beberapa orang rakan-rakan blog
 minta petua macam mana nak mendidik anak-anak cemerlang..
Terima kasih semua, anak-anak ibu macam anak-anak orang lain juga...
Anak-anak kita semua ada kelebihan dan kekurangan tersendiri......begitu juga anak-anak ibu.
Mungkin Allah bagi kelebihan dari segi IQ buat mereka...
Yang pastinya anak-anak ibu bukan yang jenis kuat study.........

Ibu risau juga untuk buat n3 nie.
Nanti dikatakan ibu nak mendabik dada..
Tapi niat ibu ikhlas untuk berkongsi sesuatu yang "mama" perturunkan pada ibu.
Bak kata orang putih sharing is caring.....

Petua ibu amat simple dan senang.
Ibu pastikan setiap hari selepas solat, ibu akan mengambil sedikit masa untuk
sedekahkah "Al-Fatihah" buat anak-anak ibu.
Ibu akan sebut satu persatu nama anak-anak ibu.
Al-Fatihah adalah penghulu segala ayat.
Dan sebelum terlelap....masa ibu tengah tergolek-golek kat atas katil,
ibu akan sedekahkah Al-Fatihah buat anak-anak sampai ibu terlelap.
Entah berapa kali pun ibu tak pasti tapi yang pasti sampai ibu terlelap....

Sejak anak-anak lahir, ibu pastikan mereka makan dari hasil airtangan ibu.
Ibu tahu, sebagai seorang ibu yang bekerjaya masa kita amat terhad.
Tapi ibu cuba sedaya upaya agar tidak 'termiss" masak untuk ayah dan anak-anak.
Sesibuk mana pun ibu, tiada istilah makan di luar atau dibeli.
Ayah pun tidak suka makan di luar atau makan makanan di beli.
Ibu akui memang penat.
Ibu terpaksa bangun seawal 4.30-5.00 pagi demi mereka.
Sambil membasuh beras, sambil memasak..dibibir ibu tidak putus-putus
 membaca zikir, selawat dan Al-Fatihah.
Sebut satu persatu nama mereka, hembus pada masakan itu.
Alhamdulilah anak-anak lembut hatinya..mereka mendengar kata, tidak melawan cakap,
tidak lasak dan bonusnya mereka mudah menerima pelajaran yang diajar oleh guru-guru.....

Semasa anak-anak sedang menduduki exam, ibu akan sedekahkan Al-Fatihah
sepanjang exam berjalan.
Ibu berpesan pada anak-anak agar memulakan exam dengan
1. sedekahkan Al-Fatihah pada ibu dan ayah..
2. Sedekahkan Al-Fatihah pada diri sendiri..
3. sedekahkan Al-Fatihah pada pemeriksa kertas
(agar lembut hatinya dan akan ada perasaan belas ikhsan).......
Alhamdulillah mereka sentiasa amalkan.....

Satu lagi surah yang "mama" ibu amalkan untuk anak-anaknya.
Menurut kata mama ibu, surah ni perlu diamalkan.
Baca surah ni setiap malam dan semasa membacanya gosok ubun-ubun kepala anak-anak kita.
Lepas tu hembus di dahi mereka.
Masalahnya, ibu sendiri pun tak amalkan sebab ibu ni kalau dah Maghrib akan berkurung kat bilik
sampai solat Isyak dan terus....zzzzzzzzzzzzzzz.....huhuhu.....


Surah Al-Insyirah
Adalah Surah yang  ke-94 dalam Al Quranul-kareem 
Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyah 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
 Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, 

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ 
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, 

الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ 
yang memberatkan punggungmu? 

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ 
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. 

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, 

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ 
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan
sungguh-sungguh (urusan) yang lain, 

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ 
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

صدق الله العظيم
Maha Benar Allah swt Yang Maha Agong/Maha Besar

Ibu ni walaupun bergelar guru tapi tiada masa untuk mengajar anak-anak di rumah. 
Cuma ibu sekadar memantau mereka dalam membuat homework.
Ibu dan ayah tidak memaksa anak-anak belajar..belajar dan belajar.
Mereka di beri kebebasan dan belajar ikut cara tersendiri.
Mereka akan rasa enjoy dan tidak tertekan.
Alhamdulillah, walaupun mereka tidak pernah mengikuti tuisyen luar,
 mereka mampu meraih kecemerlangan dalam akademik dan dalam  peperiksaan sekolah agama......
Yang penting mereka mendapat pendidikan seimbang dunia dan akhirat...
Itulah yang sebaiknya.....

Wah panjang juga karangan ibu kali nie....hehehe...
Selamat beramal.
Maaf jika ada ayat ibu tunggang langgang ye.
Ibu bukan seorang penulis yang baik.......

4 Disember 2011

Tarikh Lahir dan Keperibadian Kita

TARIKH LAHIR…..
Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.


no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

p/s: Ada tak persamaan dengan kawan-kawan..Bila ibu suaikan tarikh2 lahir kami sekeluarga memang ada persamaan walaupun tak 100%.

25 November 2011

Lihat dan Berfikir.....

Entah kenapa hati ibu begitu tertarik dengan sekeping gambar ini.
Gambar ni ibu ambil dari FB adik yang berada di Eygpt.
Gambar orang Kristian membuat 1 bulatan melindungi 
orang Islam yang sedang solat ditengah-tengah perhimpunan rakyat Mesir 
di Tahrir Square, Cairo.

Alangkah bagusnya jika semua insan di dunia ini bersatu
tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan fahaman politik......
Yang pasti kita hanyalah makhluk lemah
ciptaan Allah......
Fikir-fikirkan lah.....

p/s:
Sekejap lagi nak ke sekolah......
Banyak timbunan fail yang perlu dibereskan.
Banyak program yang perlu difikirkan sebelum
anak2 murid melangkah ke tahun2012.......

1 November 2011

Bertuahnya Kami

Bila menatap gambar-gambar Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra,
hati ibu benar-benar rasa bangga.
Bangga menjadi rakyat Kelantan di bawah naungan Baginda.
Seorang Sultan yang begitu sederhana dan penuh dengan keimanan.
Baginda memang layak memegang gelaran "Ketua Agama Negeri".......

Dan ibu pernah belajar 1 sekolah dengan baginda Sultan
di Maktab Sultan Ismail (Sultan Ismail Collage) di Kota Bharu.
Sebuah sekolah tinggi/elit  di Kelantan.
Sejak zaman persekolahan Baginda seorang
rakan dan murid yang sangat disenangi semua.....

Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati
pemerintahan Baginda yang menjadi 
kesayangan dan kebanggan
rakyat Kelantan.
Dan semoga baginda dijadikan contoh dan idola
kepada pemerintah dan pemimpin tertinggi Malaysia.....

Alangkah indahnya jika semua pemimpin tertinggi Malaysia 
boleh menjadi imam solat seperti Baginda Sultan.
Sejuk mata dan hati ibu menatap gambar-gambar ini....

BICARA BUAT SEORANG SULTAN
(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)

pada kerendahan dalam pakaian
pada penampilan dalam keramaian
perasaan tertawan kepada sang sultan

pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..

inilah nasihat raja dan rakyat…
raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang
raja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat'
raja dicinta bukan kerna kuasa
raja dihormat bukan kerna pangkat

raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat

raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah
raja dilupa kerna tinggalkan agama,

apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..

tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah
kepada raja kasih tertumpah

Dr MAZA, 160211
Penulis adalah bekas mufti Perlis

p/s:
Petang ni ada mesyuarat penandaan kertas pula di Muar.....

8 Oktober 2011

Mari Kita Sama-sama Belajar....

Semalam ibu BW dan terjumpa sebuah blog dan 
artikelnya amat menarik minat ibu.
Klik sini.
Isu yang jadi berita terhangat dan sensasi kebelakangan ini
disebabkan kurang ilmu dan kejahilan kita sendiri.
Ibu bukan nak salahkan sesiapa kerana
ibu juga tergolong dalam kalangan yang masih kurang dalam
ilmu agama....

Tapi yang ibu hairan, bila kita ni tak tahu atau
tak pasti tentang sesuatu perkara terutama dalam 
soal hukum hakam agama baik kita berdiam diri
atau mencari jalan untuk belajar.
Itu lebih baik dari kita dapat dosa
"free" diatas kejahilan kita...
Setiap hukum yang datangnya dari Allah
adalah yang sebaik-baiknya.
Tidak ada sedikit pun cacat cela.

Mesti kawan-kawan dah tahu
isu bagaimana artis yang memberi komen
tentang hukum hudud dan yang peliknya
si wartawan (tidak semua) pula bertanya
pada orang yang tidak sepatutnya.
Patutnya pergilah interview ustaz2, ustazah2 atau ahli
bijak pandai agama.....

Amboi panjang pula ceramah ibu.
Meh kita sama-sama baca petikan santai
yang ibu copy paste dari sebuah blog....

POTONG TANGAN SAJA?
"Hudud tak sesuai di Malaysia laa..." komen Cikgu Lee [bukan nama sebenar] dalam bilik guru.
Saya dan Cikgu Aziah [juga bukan nama sebenar] saling berpandangan.
"Mengapa kata begitu, Lee?" Cikgu Aziah bertanya.
"Kalau semua ikut hudud, nanti ramai la yang akan dihukum potong tangan sebab mencuri," Cikgu Lee menyuarakan pendapatnya.

Saya tersenyum, lalu memberi signal kepada Cikgu Aziah untuk terus berhujah.
"Sebenarnya Lee, hudud itu bukan setakat potong tangan, tau. 
Menurut hukum hudud, sebelum dijatuhkan hukuman potong tangan pada pencuri, 
kita kena selidik dulu mengapa dia mencuri. 
Bila dah sah dia tak ada sebab munasabah yang menyebabkan dia mencuri, 
dia curi sebab seronok atau nak balas dendam, 
barulah kita jatuhkan hukuman potong tangannya. 
Tapi jika didapati dia mencuri sebab dia kelaparan 
atau sebab dia tak ada kerja untuk beri makan kepada anak-anak di rumah,
 kita tak boleh hukum dia dengan potong tangan. 
Sebaliknya pemerintah mesti berikan dia pekerjaan 
supaya dia boleh dapatkan wang cara halal untuk sara keluarga," 
terang Cikgu Aziah secara panjang lebar.

"Oh, macam tu kah? 
Kira kalau dia mencuri sebab nak bagi anak dia makan,
 tak kena potong tangan laaa?"
"Betul, tapi kita mesti berikan dia pekerjaan supaya dia boleh berdikari. 
Tapi jika sudah diberi pekerjaan dan dia tak mahu kerja, 
masih tetap mencuri, maka barulah hukuman itu boleh dijatuhkan ke atasnya."
"Potong tangan mana, kanan atau kiri?" tanya Cikgu Lee lagi.
"Tangan mana yang dia gunakan untuk mencuri," jelas Cikgu Aziah lagi.
"Potong di mana, ya? Di siku kah?" nampaknya Cikgu Lee semakin berminat nak tahu.
Cikgu Aziah yang mengajar Sains itu tetap sabar melayan soalan Cikgu Lee.
"Potong pergelangan tangan."
"Guna apa potong? Pisau atau pedang?"
"Pisau yang paling tajam," jelas Cikgu Aziah lagi.
"Mengapa mesti pisau tajam?"
"Supaya tak sakit dan sekali potong saja. 
Jika guna pisau tumpul, ia akan mengambil masa 
dan akan menyeksa orang yang dihukum," saya menjawab.
"Betul, mesti pisau tajam. 
Sama seperti menyembelih binatang, mesti pisau tajam. 
Tak boleh pisau tumpul," sokong Cikgu Aziah.

Hanya kami bertiga dalam bilik guru. Perbualan semakin hangat.
"Kalau ikut undang-undang sivil, 
orang yang ditangkap mencuri akan dihukum penjara 
walaupun dia buat begitu kerana anaknya kelaparan dan dia takde duit membeli makanan. 
Kasihan bila baca tentang ibu tunggal dimasukkan ke penjara 
beberapa bulan kerana mencuri setin susu untuk minuman anaknya. 
Jika ikut hudud, ibu itu akan diberi pekerjaan, 
tak perlu masuk penjara, 
dan tangannya juga tak perlu dipotong," saya sambung lagi.
Cikgu Aziah mengangguk setuju.
"Betul, hudud bermaksud mencegah, 
dan ia sebenarnya sebagai langkah pencegahan, 
bukan untuk menghukum. 
Jika kita kaji betul-betul, hudud sebenarnya lebih bersifat perikemanusiaan. 
Malangnya ramai orang salahfaham 
dan hanya memandang hudud dari satu sudut saja,
 iaitu mesti potong tangan jikalau mencuri. 
Ia sebenarnya lebih kompleks."

"Betul, dalam beberapa situasi, 
Islam membenarkan seseorang mencuri. 
Tak percaya? 
Misalnya seorang isteri dibenarkan mencuri wang suaminya yang kedekut 
sehingga gagal memberi nafkah kepada keluarga, 
dengan syarat jumlah yang dicurinya itu tidak lebih daripada yang perlu.
Seorang pekerja dibenarkan mengambil upah daripada 
majikan jika beliau gagal dibayar gaji untuk kerja yang dilakukan. 
Dalam kedua-dua situasi, mereka tidak akan dihukum potong tangan, tau," 
saya sambung lagi.
"Oh, begitukah?" Cikgu Lee kelihatan terkejut dengan penerangan kami berdua.
"Ya, betul. Hukuman hudud berniat untuk mencegah jenayah."
"Tapi jika berzina, tentu tak sesuai kerana ia menganiayai kaum wanita. 
Wanita dirogol akan dihukum sebagai penzina."
"Lee, jenayah hudud ada beberapa saja iaitu berzina, 
minum arak, mencuri, merompak, dan tuduh orang lain berzina.
 Orang yang menuduh seseorang itu berzina mesti 
kemukakan 4 saksi yang boleh dipercayai, yang lihat 
berlakunya kejadian itu dengan mata mereka sendiri; 
bukan boleh tuduh suka-suka saja.
Jika timbul keraguan pada salah seorang daripada 4 saksi itu bahwa 
tertuduh itu tidak berzina, 
dia tidak boleh dihukum ikut hudud lagi sehinggalah 
dapat tampil saksi baru yang menuduhnya."
Cikgu Lee mengangguk perlahan-lahan,
 nampaknya semakin faham selepas penerangan kami yang panjang lebar.

"Lee, you jangan risau. 
Hudud wajib untuk orang Islam saja kerana ia hukum Allah, 
bukan ciptaan manusia sendiri.
 Orang bukan Islam tak perlu takut sebab kamu takkan 
dihukum ikut hudud walaupun bersalah. 
Yang perlu takut hanyalah orang Islam 
yang suka melakukan perbuatan terkutuk itu iaitu 
penzina, pemabuk, perompak, pencuri dan penyebar fitnah. 
Lagipun belum tentu akan dapat dilaksanakan hudud 
sebab hanya pemerintah saja yang boleh jalankan hukum hudud. 
Kami rakyat biasa beragama Islam tak boleh jalankan hukum hudud."
Alhamdulillah.. 
dua guru bukan opsyen pendidikan Islam, 
akhirnya berjaya menyakinkan rakan sejawat kami yang 
nonMuslim untuk tidak takut dengan hudud.

23 Ogos 2011

Roselle-Puasa ke 23

Sejak bulan puasa ini, pokok roselle ibu bukan main lebat lagi berbunga.
Dalam seminggu dapatlah petik 2 kali.
Orang yang sangat rajin mengendap bunga roselle ni
Naurah dan Farouk.
Pantang tengok bunga dah mekar dan besar, mulailah dituai hasilnya.
He.he.he....macamlah tanam kat ladang rupanya.
Ibu nak simpan untuk buat benih baru pun tak ada peluang.
Habis dikerjakan dua beradik ni.

nilah bunga roselle yang masih dipokok dan jap lagi akan
jadi mangsa Naurah untuk dipetik.

 Bunga-bunga roselle yang telah selamat jadi mangsa Naurah dan Farouk.

jus roselle yang telah siap diproses.
Tak de la susah mana pun.
Cuma buang biji ditengah-tengah bunga dan bersihkan.
Lepas itu rebus bersama gula.
Rasanya hampir menyamai air rebina.



Khasiat Jus Roselle:
*Menghilangkan selsema & sakit tekak
* Meredakan batuk & mencairkan kahak
* Menyihatkan & mencerdaskan minda
*Mengurangkan stress & sukar tidur
* Mencegah kanser & penyakit kronik 
*Menstabilkan tekanan darah tinggi
* Meningkatkan daya tahan tubuh
*Membantu proses pencernaan
* Mencantikkan kulit & awet muda
*Mengurangkan kolesterol yang berlebihan NUTRISI ROSELLE

15 Julai 2011

Amalan Harian Untuk Minda Anak

Di sini pula ibu nak share tentang amalan harian yang boleh kita lakukan
sebagai ikhtiar untuk melahirkan anak-anak 
yang cemerlang dari segi akademik dan akhlak..
Input ini pun ibu dapat semasa
ke Program Bugar Potensi Cemerlang SK 3 Farah.
InsyaAllah, kita sama-sama berusaha demi anak-anak.
Cuba lakukan yang termampu......

1. Baca surah An-Nur ayat 35- baca 7X pagi dan petang.

2. Istifar- 1000X

3. Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW-1000X

4. Sebut  "Ya- Khalid" sebelum subuh.

5. Ya-Qayum

6. Ya Allah- 4X

7. Ya Latif -129X

8. Selawat Nabi Khidir -3X
ALLAHUMMA SHALLI ‘ALAA SYAIYIDINA MUHAMMADIN 
WA AALIHI KAMALA NIHAYATA LIKAMALIKA WA’ADADA KAMAALIHI

9. Surah Toha Ayat 25-28
klik sini....

p/s:
Mungkin kita tidak mampu untuk mengamalkan semua yang tersenarai, 
sekurang-kurangnya kita amalkan sebahagian drpnya sebagai rutin....
InsyaAllah..yang penting niat dan naiwatu sebagai seorang ibu dan ayah.

14 Julai 2011

Pemakanan Memori Anak-Anak.

Seperti yang telah ibu janjikan,
di sini ibu akan berkongsi input yang ibu perolehi semasa 
Program Bugar Potensi Cemerlang di SK 3 Farah.

Slot untuk menghasilkan anak-anak cemerlang melalui pemakanan.
Pemakanan untuk Memori n Minda anak-anak yg
senang kita perolehi...
Ini ikhtiar demi untuk anak-anak kita.........
Semoga ianya menjadi amalan harian kita atau
sebagai makanan rutin.....

1. Kurma

Memang kita sudah sedia maklum kurma memang banyak khasiatnya.
Kurma amat baik untuk ibu-ibu mengandung bagi
perkembangan minda janin dalam kandungan.
klik sini.

2. Kismis

Ini pun memang kita sedia maklum.
Antara doa-doa yang kita baca pada kismis:
Istifar 7X
Selawat 7X
Al-Fatihah 7X
Al-Ikhlas 7X
Al-Falaq 7X
Al-Nas 7X
Ayat Qursi 7X
klik sini.
Kismis ni boleh beli banyak-banyak dan sertakan bacaan di atas.

3. Pisang

Salah satu buah-buahan yang sangat baik untuk perkembangan minda.
Sebaiknya di makan setiap hari atau semasa sarapan pagi sebelum pergi sekolah..
klik sini.

4. Ikan Tongkol

Daging ikan tongkol amat baik untuk minda jika diambil sekerap mungkin.
klik sini.

5. Daging

Amat baik untuk perkembangan minda juga.

6. Kacang Badam

Anti oksida yang tinggi.
Klik sini.

Selamat mencuba!!!!!


19 Jun 2011

Khasiat Budu


Sapa pernah makan budu, sila angkat tangan.
Ibu rasa skrg ni kat mana2 budu dijual. 
Kat pasaraya pn adakan.
Xperlu nk p Kelantan or Terengganu nk dapatkan budu.
Budu ni feveret ibu n Abah.
Kalau blk kg mulalah 2 beranak ni lawan2 makan budu cicah ulam.

Kalau kena cara penyediaan n kena lak jenama yg sesuai mmg best la.
Mak mertua lalu pn xsedar.
Makan pula dgn pucuk ubi kayu yg dicelur lembut....
Fuh!!!!!Nikmat xterhingga......

Masa search internet ibu jumpa ttg khasiat budu nie.
Dah lama sebenarnya ibu perap n3 ni dlm draf.
Kalau nk tau dh 3 thn...he.he.he...
Tah camne boleh peram begitu lama.
Sama la proses nk buat budu nie la.....

Meh kita share khasiatnya:
· Berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, dan kanser pada peringkat lebih awal.

· Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diarrhoea cirit (diarrhoea) , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

· Memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.

· Mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

· Mempertingkatkan IQ kerana ia merangsangkan sel-sel otak, memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

· Bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

· 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks- vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin)) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

· Penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

· Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu.

· Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon juga merupakan antioksidan untuk menghentikan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel..Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

· Pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

· Sumber serat (dietary fiber) yang baik. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Ia mudah untuk dicernakan.

· Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

p/s:
Sapa2 nk anak bijak bagilah mereka makan budu ye puan2...he.he.he...
Betul jugalah kot cz kebanyakan calon2 cemerlang byk dtg dr Pantai Timur..

27 Mac 2011

Berkongsi Tip Kecemerlangan....

Hari ni ibu nk berkongsi tip sikit yang ibu dapat dr program motivasi.
Perkara yg baik elok kita sebarkan demi kebaikkan bersama.

Konsep berdoa untuk kecemerlangan anak2 dan penyembuhan penyakit kita:
A. Solat Wajib perlu dilakukan tepat pada waktunya.
B. Perbanyakkan solat Tahjud dan Solat Duha.
C. Jika tidak mampu lakukan solat Duha boleh digantikan dengan amalan:
1. Buka pintu di awal pagi 
(semasa melangkah ke tempat kerja)
2. Baca:
-Bismillah....
-Selawat ke atas junjungan 21X
-Baca Al-Fatihah 1X...
Semasa ayat ke 4 berhenti seketika dan menadah tangan serta berdoa. 
Mohonlah apa hajat yg kita inginkan..
Con: semoga anak2 terang hatinya....
-baca Surah Al-Ikhlas 3X
-Pegang ubun2 anak..
-ucapkan Ya Qa'wi (nama Allah) 11X
-Hembus diubun2 anak2 kita..

D.Amalkan selama 40 hari berturut2 atau jadikan rutin harian......
Insyallah, anak2 akan mudah menerima pelajaran dan lembut hatinya...

E.Selalulah berdoa di awal pagi sebelum menjelang subuh. 
Insyallah Allah akan memperkenankan doa2 kita.
F.Banyakkan bersedekah. 
Semasa bersedekah kita berniatlah utk keluarga dan anak2 kita.
Con: Ya Allah, aku berniat ikhlas bersedekah kerana tanda syukur di atas segala nikmatMu dan Kau berilah kecemerlangan buat anakku (sebutkan nama anak dan jenis peperiksaan yg akan mereka tempuhi...)

p/s: moga kita sama2 mengamalkan demi ikhtiar untuk anak2...
Doa kaum ibu 3X kelebihan berbanding doa Ayah.

6 Mac 2011

Menuai Hasil , Cekur

Fuh!!!!!
Kekonon nk wat n3 outing smlm ttp line tenet mcm siput terus postpone...
Nk tunggu gambar masuk brjam2....
Kebetulan ibu ada n3 yg trperap 4 hari yg lepas..
Ni ttg pokok cekur yang ibu tanam dlm pasu.
Bukan main membiak2 lagi.

Adalah dalam 2 pasu ibu tanam.
Senang nnti kalu nk buat ulam, buat urap atau masak lemak Jawa stail.
(Nk resepi di atas klik sini)

nilh pokok cekur yang ibu dh cabut...banyak juga rupanya isi cekur.

ok...ibu zoom lagi..
Nilh rupa isi cekur.
Lebih kurang mcm halia cuma ia kecil2.
Baunya mmg sgt2 wangi.



KHASIAT CEKUR-..
-Sering dijadikan ulam oleh kaum wanita, terutamanya selepas bersalin.

-Selain dimakan begitu saja, amalan merebus pokok dan akarnya juga dilakukan di mana air rebusan ini diminum oleh penggemar herba tradisi ini.

-Khasiatnya dikatakan boleh mengembalikan tenaga terutama bagi wanita-wanita selepas bersalin dan mereka yang merasa kurang bermaya.

-Kepada mereka yang mengamalkannya secara berterusan, ulam ini dikatakan boleh mengekalkan keremajaan.

-Satu lagi khasiatnya ialah ia boleh mencegah keguguran bagi wanita-wanita yang bermasalah.

-Ia juga boleh menghilangkan gatal tekak dengan mengunyah umbisinya.

22 Disember 2010

Pokok Lada Hitam idaman kalbu....

Ibu nie peminat ulam.
Kalu blk kg mmg seronok sgt cz jika tringin nak makan ulam
pergi saja petik di blakang rumah,
tepi rumah,
dan depan rumah abah.
Mcm2 ulam yg ada n semua tu abah yg tanam.
Kalu kt sini jengah blakang simen, jengah dpn pokok2 bunga.
Nk wat camne dok rumah taman.
Redha jelh.

Kalu kt kg, pot yg selalu ibu jengah ialah pokok lada hitam.
Mmg confirm xmengecewakan.
Mmg ada je buah lada hitam yg masih muda n kehijauan.
Xputus berbuah..lebat pulak tu.
Dan ibu la tukang petik buah2 tu every day.....

Sedap dibuat ulam.
Rasa pedas2 ckit n lemak2 n ranggup.
Cicah lak dgn budu + cili + perahan asam limau nipis....
Fuh!!!!nikmat xtrkata.

Dan atas permintaan ibu,
abah siap semai benih pokok lada hitam nie sedari awal thn lg.
Blk kg asyik lupa je nk bw kemari.
Blk hr tu awal2 abah dh ingatkn cz pokok tu dh mkn membesar.
Mana la tau kot2 nnti dh xleh masuk kereta.
Jauh prjlnan pokok tu merentasi 3 buah negeri....

Dan smlm mula la operasi ibu bercucuk tanam.
Yelh tu...Hnya sebtg pokok dh bercucuk tanam ke????
Dgn gigihnya ibu tanam pokok lada hitam tu dlm

V

V

V

V

V


pasu!!!!!
Agak2 hidup ke pokok tu dok dlm pasu.
Minta2 pokok lada hitam tu terima la seadanya lokasi br.


ni pokok lada hitam kt belakang rumah abah....
renek je pokoknya ttp lebat berbuah......


ni daunnya seiras daun sirih.....

ni la buah lada hitam yg muda...mmg sedap dibuat ulam.....


tara......pokok lada hitam yg ibu tanam semalam di belakang rumah..
Alahai dok la kamu dlm pasu tu ye...

Kalu nk tahu khasiatnya klik sini...

10 Disember 2010

Pokok Katak Puru @ Nam-nam.


Pernah dengar tak nama pokok katak puru tu?????.
Kalu xsilap ibu pokok nie juga dikenali dgn nama pokok nam-nam.
Sebenarnya pokok katak puru ni abah tanam dh lama.
Rasanya masa ibu sekolah dulu pokok tu dh ada abah tanam.

Dulu ibu geli sgt tgk buah katak puru ni cz rupanya agak2 sama dgn katak puru binatang yg paling ibu takut + geli tu.
Kulitnya mengerutu n mmg xmenyelerakan bila dipandang.
Ttp bila lama2 kiranya dh xkisah tang rupanya yg hodoh tu..
Rasanya masam2 manis n rangup.
Bila blk kg ibu suka la dok petik buah2 katak puru tu.
Dulu saja2 kutip cz byk sgt ttp skrg ibu dh mula minat utk makan gitu je or wat "colek".
Mmg boleh hilangkn rasa loya2 tekak ibu nie..

ni la pokok katak puru @ Nam-nam...
pokoknya xla besar sgt.......


buahnya pulak keluar disepanjang batang pokok dr atas sampai jejak tanah.
Mmg senang la kalu nk petik......


ni la rupa buah katak puru yg dh masak..Berwarna kuning n kulitkan mengerutu mcm katak puru. Buah muda berwarna hijau n rasanya agak kelat n masam2....
Sedikit Info ttg buah katak puru
Nama Botani : Cynometra Cauliflora
Famili : Leguminosae
Pokok katak puru atau nam nam dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan India. Pokok dan buah katak puru ini tergolong dalam kumpulan nadir kerana ianya semakin sukar untuk dijumpai. Pokok katak puru mempunyai ketinggian yang sederhana iaitu kira-kira 3 meter. Ia jenis tumbuhan yang membesar dengan kadar yang sangat perlahan. Untuk mencapai ketinggian 2 meter ia mengambil masa lebih kurang 20 tahun. Pokok ini berbunga dan berbuah sepanjang tahun. Bunganya keluar secara berjambak pada bahagian pangkal batang, batang dan dahan. Semasa kecil, buahnya berwarna hijau gelap dan setelah masak ia menjadi hijau kekuningan. Apabila masak, buah katak puru atau nam nam akan gugur. Ia mempunyai rasa masam manis.

7 Mac 2010

Wahai Suami2......


Hari ni ibu nk wat n3 yg ibu ambil dr blog Umiliya. Cam menarik je bila baca artikal ni. Artikal ni sebenarnya ditujukan buat suami2 diluar sana. Manalh tau ada yg terkena batang hidung sndiri. Kalau ada suami2 yg terbaca n3 ni, agak2 berapa byk yg terkena di atas batu jemala kalian.....
Jom baca......
*Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
*Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
*Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
*Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
*Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
*Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
*Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!
*Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
*Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin diri sendiri.
*Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
*Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
*Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
*Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
* Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke....
*Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
* Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
*Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
* Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat
*Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
*Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.
*Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
*Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
*Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
* Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif.
Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

About me