Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan murtabak maggie. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan murtabak maggie. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

16 Mei 2011

Murtabak Maggie

Lama dah xmasak murtabak maggie.
Pagi tadi Naurah minta resepi dari ibu 
cz katanya lama dah tak makan murtabak maggie ni.


nilah rupa murtabak maggie yg Naurah masak utk b.fast

Murtabak ni senang dimasak dan sedap.
Ibu pernah ajar anak2 murid masak murtabak masa perjumpaan PPIM.
Memang mereka suka kerana katanya senang dimasak n sedap....

Kalu sapa nak cuba copy resepi ni:
2 bungkus maggie-rebus dan toskan
 3 biji telur 

Bahan A
1 biji bawang besar-dimayang
1 keping daging burger@sosej@daging cincang atau apa2 stok yg ada dlm petiais.
daun bawang/daun sup-dicincang
cili besar-dihiris nipis

Cara:
pukul telur + 1 paket perisa maggie(kari) + bahan A, 
kacau hingga sebati.
Masukkan maggie yg telah ditoskan ke dalam bahan yang telah siap dibancuh.
Panaskan ceper dan letakkan sedikit minyak.
Kemudian masak bahan tersebut mengikut saiz yang dikehendaki.
Dicadangkan saiz murtabak sebesar saiz yang biasa dibeli.
Masak hingga maggie sebati dengan telur.

Sos:
Sos cili + sos tomato + bawang putih yang diketuk + sedikit air suam.
Kacau hingga sebati. 
 Pastikan sos sedikit cair.

Selamat mencuba.....

22 Mei 2009

Resepi kegemaran anak-anak ibu

a.Ayam masak Yummyyy....
Bahan :
- 1 ekor ayam di potong 8
- selabu bawang besar dipotong nipis-nipis
- daun bawang dipotong.
- 1 sudu besar serbuk lada hitam
- 2 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar tepung jagung/gandum
- garam secukup rasa
- sedikit minyak masak.

Cara-cara :
1. Ayam diperap bersama lada hitam, sos tiram, kicap, garam.
2. Panaskan sedikit minyak masak dan masukkan ayam yang telah diperap.
3. Balik-balikkan ayam supaya tidak hangus.
4. Bancuhkan tepung jagung/gandum dengan air dan baki sos yang digunakan tadi dan
masukkan ke dalam ayam.
5. Akhir sekali masukkan bawang besar dan daun bawang.
6. kacau hingga sebati.


b. Ayam masak rose ( resepi dari mama kesayangan)
Bahan :
- Seekor ayam dipotong lapan
- 1 sudu besar serbuk lada hitam
- garam dan serbuk perasa secukup rasa.
- 10 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- minyak untuk menumis
- air.


Cara-cara :
1. Perapkan ayam bersama lada hitam, garam dan serbuk perasa ( 1-2 jam)
2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah & putih sehingga garing.
3. Masukkan ayam yang telah diperap.
4. Masukkan sedikit air dan tutup periuk.
5. Tambah air dan biar ayam masak.
6. Semasa menghidang, masukkan bawang besa(dipotong nipis), daun bawang dan bawang
goreng.


c. Ayam sweet sour 4F (resepi ciptaan ibu)
Bahan:
- Sebiji bawang besar - dikisar
- 3 ulas bawang putih - dikisar
- 5 sudu besar sos cili
- 5 sudu besar cili boh
- 3 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar kacang tanah yang telah dikisar
- garam dan gula secukup rasa
- minyak masak

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.
2. Masukkan ayam dan kacau sehingga masak.
3. Hidang dan hiaskan dengan daun bawang.


d. Murtabak Maggie (resepi dari kak long)
Bahan:
- 3 bungkus maggie perasa kari(direbus dan toskan)
- 2 peket perencahkari maggie( 1 peket simpanlah ye....)
- 2 biji telur( lebih lagi sedapp...)
- daging cincang/burger/sosej/apa-apa jerrr...
- sebiji bawang besar dicincang
- minyak masak
- daun bawang/bawang goreng atau apa-apa aje stok yang ada kat rumah.
- lada besar dipotong kecil.

Cara-cara:
1. Pukul telur bersama perencah kari maggie, bawang , cili, daging yang telah dicincang.
2. Masukkan maggie yang ditos.
3. Panaskan ceper dan letakkan sedikit minyak/majerin...ratakan.
4. Cedukkan bahan yang telah dicampur tadi dan letakkan di atas ceper .
5. Biar seketika dan balikkan setelah agak garing kemudian angkat.
6. Hidangkan bersama sos cili.

p/s : sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja kerana senang dan cepat dimasak....

9 Ogos 2011

Resepi Semalam-Puasa ke 8

Maaflah ye kerana sejak puasa ni ibu asyik tayang makanan.
Bukan niat nak menunjuk-nunjuk tetapi memang kewujudan  
blog ini pun untuk catatan atau dairy ibu sekeluarga.
Laipun ibu masak ala kadar mengikut selera 
anak-anak dan ayah.
Kategori simple dan mengelakkan pembaziran.
Dan mungkin akan jadi bahan atau rujukan anak-cucu ibu kelak.
InsyaAllah..Itupun kalau blog ni masih panjang umur........

Yelah, ada orang kata tayang-tayang makanan tak elok.....
Tidak kisahkan kerana ibu tahu rakan-rakan blogger
yang bertandan adalah rakan-rakan yang sudi berkongsi dairi kami...
Kita kena hormat niat masing-masing..
Setiap orang tidak sama.
Tidak syoklah kalau ada yang seolah-olah tidak puashati
dengan tema blog seseorang..

Ada orang wujudkan blog Politik, Keagamaan, Kekeluargaan, Bicara Artis
Isu Semasa, bisnes dan macam-macam...
Itu baru dinamakan perkongsian..
Dan semua itu ibu akan singgah demi mendapat ilmu....
Tak gitu?????....
Kata orang sentiasa "THINK POSITIF"....
Hish!!!! kesitu pula ibu nie...

Oklah, ibu nak tayang (tayang la sangat) hasil airtangan
ibu + Farouk semalam.
Sila jangan bosan ye......

 Semalam ibu masak murtabak maggie.Resepi di sini.
Ada kejadian disebaliknya.
Taulah Farouk tu, kalau ibu masuk dapur dia mulalah sibuk
volunteer nak tolong.
Terkadang ibu jadi rimas dengan "kerajinan" luar biasa dia.
Semalam punyalah sibuk nak tolong kacau bahan perencah.
Akhirnya!!!!!!!!....abis bahan-bahan tu jatuh dan tumpah.
Sempat juga kena marah dengan ibu yang tengah kepenatan ni....

Daging masak rose. Resepi di sini.

 Dah buntu nak masak ikan tongkol ni.
Akhirnya ibu bakar jelah.
Anak-anak ibu tidak begitu minat ikan tongkol padahal ikan ni baik untuk minda.
Klik sini.

dan lawannya air asam ini..
Sedap jugalah tetapi hanya ibu dan ayah yang makan.
Anak-anak tak layan....hu.hu.hu....

About me