Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 Ogos 2014

Kursus Yang Buat Ibu Teruja.

19-20 Ogos ibu perlu hadir kursus Pendidikan Seni.
20 Ogos juga sekolah ibu adakan sambutan Hari Raya.
Perancangan yang dibuat sebelum raya terpaksa ibu lupakan.
Tugas hakiki perlu ibu utamakan.
Saban tahun ibu konon-kononnya merangkap Ketua Panitia Pendidikan Seni 
perlu hadir atas arahan BTP.

Jika tahun-tahun sudah kursus ini berjalan 4 hari tapi
tahun ni dipendekkan selama 2 hari.
Bayangkan bertapa padatnya aktiviti yang perlu kami lalui.
Walaupun padat namun keseronokan tetap ada.

Macam biasa kami sekadar berkursus di dewan sekolah.
Berlapikkan kerusi plastik dan didinginkan dengan kipas.
Namun kami tidak pernah merunggut.
Tak apalah..tetap bersyukur..yang penting ilmu yang kami timba untuk dibekalkan
pada aset negara....Anak-anak didik kami..cewah....
Sebenarnya ibu pun tak sangka sejak bergelar cikgu ibu mampu
terima segala kekurangan dengan seadanya.......

Soalan sinonim yang akan diajukan pada ibu :
"Ni cikgu Z ye....."
Saya selalu tengok blog PSV cikgu...
Saya banyak rujuk bahan cikgu untuk buat assigement.
Saya selalu gunakan blog PSV cikgu untuk PdP.....
Alahai, tak sangka blog PANITIA PSV/DSV ibu yang
 terpinggir ibu rupanya jadi bahan rujukan kawan-kawan sealiran.
Sharing is caring..

 Cikgu cikgi yang hadir.
Biasanya orang yang sama saban tahun....
Ada muka-muka baru...adik-adik junior yang baru posting...

 Masyarakat majmuk.
Dalam group ibu ada 2 orang bangsa Cina, seorang India dan 3 orang Melayu.
Kami lakukan kerja bersama-sama tanpa mengira bangsa.
Penuh dengan gurauandan gelak ketawa.....


Hasil seni yang kami aplikasikan sepanjang 2 hari berkursus.
Kebanyakkannya daripada bahan-bahan terpakai.

Bila cikgu-cikgu seni berkumpul ,maka macam-macam idea kami
dapat kongsi bersama.
Walaupun nampak simple namun ianya amat berguna untuk kami.
lImu itu akan diaplikasikan kepada anak-anak didik.

Dan yang penting, kesedihan dan kerinduan pada arwah kak long dan abang long
terubat seketika bila berada di sini.

24 Ogos 2014

Resepi Ringkas : Bubur Lambuk

Antara pelbagai resepi bubur , bubur lambuk adalah
feveret ibu.
Dan biasanya kak Longlah bahan rujuk ibu bila
perlukan resepi kerana kak long merupakan pakar
masak dalam family kami.
Emmmm..sekarang Kak Long sudah tiada dan tiadalah
sumber rujukan utama ibu.....

Semangkuk bubur lambuk yang menjadi santapan ibu bersarapan pagi ini........

Ni Resepi Bubur Lambuk versi ibu:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
*ketiga bahan dikisar

1 cawan beras yang siap dibasuh.
2 sudu besar serbuk lada hitam
sup bunjut
1 cawan santan pekat
rempah menumis ( kuit kayu manis dan seangkatan dengannya)
daging (ibu malas nak rebus daging so ibu guna bebola daging...boleh ke macam tu????)

sayur-sayuran ibu main belasah je mana yang ada dalam petiais.
Kebetulan yang ada cuma bayam dan kentang.
Itulah yang menjadi mangsa ibu.
garam dan perasa secukupnya.

Cara-cara:
Tumis bahan yang dikisardan masukkan sekali rempah menumis.
Masukkan beras berserta air secukupnya dan biarkan mendidih.
Masukkan daging/bebola daging, serbuk lada hitam dan perasa serta garam.
Akhir sekali masukkan santan dan biarkan mendidih seketika.

Bila dah masak terpulanglah nak tabur bawang goreng ke, daun sup/bawang ke.
Yang penting sesuai dengan tekak.

22 Ogos 2014

Resepi Ringkas : Laksa Kelantan

Hari ini genap 9 hari pemergian Kak Long dan Abg Long.
Al-Fatihah.
Dan salam takziah kepada semua ahli keluarga MH17.
Juga terima kasih di atas ucapan TAHNIAH buat Angah.

Laksa/laksam Kelantan memang makanan kegemaran ibu dan Kak Long.
Kak Long merupakan pakar masak dalam family ibu.
Kak Longlah tempak rujukan ibu bila nak masak sesuatu resepi....
emmmmm...rindu Kak Long sangat-sangat.

Minggu lepas ibu rancang nak adakan 'open house'.
Rancangan ibu terpaksa dibatalkan disaat-saat akhir
walaupun pada sebelah malamnya ibu dah prepare hampir 70%.
Ikan dah rebus..
Ketupat segera dah siap direbus..
Satey siap ditempah (otw ibu call untuk batalkan tempahan).
Stok laksa dah siap ibu beli sehari sebelumnya.
Hari yang sama dengan tragedi meragut nyawa kak long dan Abg Long.
Kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya......

Sementara stok laksa banyak dalam peti ais, so ibu masakkan kuahnya.
Bukan main berselera anak-anak makan sampai licin kuahnya.
Ibu pun dah lama mengidam nak makan laksa Kelantan nie.

Ok, ibu share resepi simple kuah laksa/laksam.

Resepi 
A. Kuah Laksa/Laksam:
 1 kg ikan selayang yang direbus.
4-5 ulas bawang merah
 2 sudu serbuk lada hitam
asam keping
garam dan gula secukup rasa.
Santan pekat (1 biji kelapa)
*ada juga orang masukkan bawang putih,serai dan halia tapi
terkadang bahan-bahan tersebut hilangkan rasa asli kuah.

Kisar isi ikan yang telah direbus bersama bawang merah.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masak hingga mendidih.

B. Sambal garam
cili merah/cili kering ditumbuk bersama garam.
Bakar sedikit belacan dan potong kecil2.

C. Ulam-ulaman:
kacang panjang
kobis
tougeh
daum kesum
*ulam-ulaman ni terpulang nak masukkan apa.

Siap untuk dimakan.


18 Ogos 2014

Tolak Tawaran ke Australia, Malaysia Tetap di Hati

Terima Kasih semua atas ucapan takziah
di atas pemergian Kak Long dan Abg Long.
Hingga ke saat ini kami masih bersedih di atas pemergian
arwah...
Kehidupan perlu diteruskan.
Cuma doa yang mampu kami kirimkan buat arwah berdua....
Tenanglah kalian di sana....

Hari ni ibu nak buat n3 tentang Angah.
Nak ubat kesedihan dan kelukaan hati.
Ibu pasti kak longlah orang yang paling gembira dan bahagia
di atas kejayaan anak-anak ibu.
Kak Long dan Abg Longlah orang yang pertama
akan memberi ucapan tahniah buat anak-anak ibu.
Terkilannya ibu tak sempat nak maklumkan penempatan
Angah kepada arwah berdua...
Ya Allah.......

Minggu lepas debaran bekas pelajar-pelajar Asasi, Matrikulasi dan STPM
berakhir bila penempatan ke universiti telah diketahui.

Tahniah kepada yang berjaya dan kepada
yang tidak berjaya jangan bersedih kerana ada hikmah disebalik yang Allah aturkan.
Tak semestinya tidak berjaya jejak kaki ke menara gading segala-galanya berkecai......

Angah salah seorang pelajar Asasi Penerapan,
cuma bezanya debaran Angah tidak sehebat rakan-rakan lain kerana
Angah berada dalam kumpulan yang selamat.
Angah antara pelajar yang
secara automatik diserapkan terus ke UiTM kerana
selama 1 tahun Angah dibawah tajaan  MARA.

Ibulah paling gembira kerana Angah pun ditempatkan agak dekat
dengan ibu.
Rasanya dari Muar ke Seremban tak sampai 2 jam.

Ibu tahu ramai family terkilan kerana Angah menolak
tawaran ke Australia.
Kak Long juga pernah meluahkan rasa terkilannya itu.
Tapi ada hikmah disebaliknya.
Kalau Angah terima tawaran itu pastinya saat ini Angah dan terbang ke sana.
Angah dah tidak sempat menatap wajah uminya (Kak Long) buat kali terakhir.

Hati ibu mana tak sedih bila melihat anak dengan berat hati
melepaskan peluang keemasan itu.
Peluang yang tidak semua orang dapat.
InsyaAllah, akan ada rezeki Angah dimasa akan datang untuk
menyambung belajar ke oversea.


Angah berada dibawah program sarjana muda
"Penerapan Pelajar Asasi/Trek Pantas UiTM.
So Angah tidak terlibat dengan UPU.
Terus diserap masuk secara automatik ke UiTM berdasarkan result akhir asasi.....

Alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan doa ibu agar anak-anak ibu tidak
dipisahkan jauh daripada ibu.
Pelajar2 Asasi Law kebanyakan diserap ke sini kerana
di UiTM ini banyak kursusnya dalam bidang perundangan.

Ibu doakan moga anak-anak ibu terus cemerlang...InsyaAllah..

p/s: 
Saat ini terlalu RINDUkan Kak Long.
Al-Fatihah....

15 Ogos 2014

Kak Long, Begitu Cepat Kak Long Pergi

13.8.2014
12.15 tengah malam- Ibu menerima call daripada Beby di Kuantan.
 Katanya dia terima call daripada seseorang yang tidak dikenali 
melalui telefon umi (K.long)  yang memberitahu mereka kemalangan.
Ibu call semula hp kak long dan ternyata suara lain yang mengangkatnya. 
Ibu dengar suara Yaya (anak tunggal k.long) menangis semahu-mahunya. 
Orang itu mengesahkan kak long dan abang long kemalangan.

Ibu call abah, ibu w.apps group family.
Adik2 ambil tindakan segera cari lokasi.
Call balai polis,call hospital.
30minit kemudian polis dah jumpa tempat kemalangan.

12.40 tengah malam-Kami dapat pengesahan dan mangsa disahkan meninggal
ditempat kejadian.
 Inna lillah wa inna ilayhi raji'un ( إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)
Ya Allah....saat itu ibu rasa dunia gelap.
Terkejut,binggung, tergamam....rasa macam mimpi.
Masih tak percaya dengan khabar yang diterima.
Anak-anak semua dah menangis teresak-esak.
Ibu buntu.
Ayah bertindak pantas.
Packing keperluan penting.
Kami tunggu pengesahan polis kemana jenazah akan dibawa.

1.00 pagi masih menunggu pengesahan.
Urusan polis masih belum selesai ditempat kejadian.
Akhirnya polis beri pengesahan jenazah di bawa ke hospital berhampiran
di Hospital Changkat Melintang.

2.00 pagi- Ibu masih kebinggungan.
Ayah arahkan kami masuk kereta.
Bertolak ke Perak.
Perjalanan Johor-Perak lebih kurang 6 jam.

8.00 pagi-Kami tiba di Hospital Changkat Melintang Bota.
Ibu saksikan begitu ramai orang menunggu depan bilik mayat.
Ibu lihat Abah, Adik Mie dah sampai dari Kelantan..
Adik Kie dari Rawang menyusul di belakang kereta kami.
Abah peluk ibu..menangis.
Adik mie peluk ibu menangis.
Kie cium tangan ibu dan menangis.

Agak lama kami menunggu siasatan polis.
Ibu tak pasti pukul berapa kami dibenarkan masuk ke bilik mayat.
Ya Allah....Ibu menangis semahu-mahunya bila kali pertama
menatap wajah terakhir Kak Long.
Ibu dipeluk adik Kie dan adik Mie...
Kami sama-sama menangis.
Keluarga pujuk ibu....tenangkan ibu...
Ibu tidak mampu menahan kesedihan.
Ayah turut menitiskan airmata...Along,Angah, Naurah dan Farouk
tersedu-sedan....

Kami ke bilik sebelah.
Sekali lagi kami menangis melihat wajah tenang abang long.
Senyuman terukir dibibirnya.
Ya Allah, adakah mereka sedang tidur?

Ibu tidak mampu lama di situ.
Tidak sanggup melihat kak long dan abang long sedemikian.
Ibu ke tempat Yaya dirawat.
Ibu peluk Yaya...ibu suapkan dia makan.
Ibu tak sanggup nak beritahu Yaya yang umi dan baba telah tiada.
Yaya kata dia call umi guna tabnya tapi umi tak angkat..Ya Allah...

12.00 tengahari- Urusan penyiasatan, post mortem (adik mie lakukan bersama doktor di sana),
mandi jenazah dan kafan.
Pihak hospital memangil ibu untuk ikut serta.
Ya Allah, ibu tiada kekuatan untuk masuk.
Ibu lemah..ibu trauma...ibu terlalu sedih....
Ayah, Farouk, adik Mie bersama mandikan jenazah abang long.
Adik kie seperti ibu...tidak kuat untuk berada di sana.

Ibu dan keluarga masuk ke bilik mayat.
Mengucup dahi kak long untuk kali terakhir.
Sejuk...kaku...Ya Allah...betulkah apa yang ada depan mata ibu......

12.20-Kedua-dua jenazah dibawa balik ke rumah arwah
di Ayer Tawar.
Begitu ramai kenalan Kak Long dan Abg Long.
Ya Allah...ibu terus berlari naik ke tingkat atas.
Ibu masuk bilik kak long.
Ibu peluk baju-baju kak long.
Ibu tak mampu menahan kesedihan.
Lama ibu berada di atas.
Ibu mula merindui Kak Long...

Selepas solat Zohor,jenazah dibawa ke Behrang 
untuk dikebumikan di sisi arwah ayah abang long yang meninggal sehari sebelum kejadian.

Diperkarangan rumah arwah.
Ramai rakan taulan sedang menunggu.

Berita online dan Keratan-keratan akhbar






Pemergian arwah berdua secara tiba-tiba mengejutkan kami sekeluarga.
Baru raya lepas kami habiskan masa bersama.
Tiada tanda-tanda yang ditinggalkan.
Cuma Kak Long tidak banyak cakap....asyik sibuk minta bergambar.
Katanya nak buat kenangan.

 Bebylah orang yang paling sedih kerana Kak Long dan Abang Long pernah
membelanya masa kecil.
Menurut kata Beby, sejak akhir-akhir ni setiap hari
umi dan baba (k.long dan a.long) call, sms dan w.apps dia.
Setiap hari beri nasihat suruh dia belajar...suruh dia ingatkan mrk.
Semasa menerima khabar berita ini Beby sedang menduduki exam sem.
Agak lewat ibu maklumkan pada Beby sebab takut dia hilang fokus.
Bila terima berita sedih ni Beby menangis semahunya....dia pengsan di bilik kuliah.
Demam panas..mengiggil dan dah 3 kali terpaksa dikejarkan ke hospital.
Ya Allah.....

Menurut 4Farahs, semasa raya umi kata: Jomlah posing dengan umi. 
Mungkin ni raya terakhir kita bersama. 
Mungkin tahun depan kita dah tak sambut raya sama-sama..
Ya Allah....

Ya Allah...
Walaupun Kak Long anak tiri abah namun kasih sayang
abah pada kak long tiada berbeza dengan kami malah
abang long merupakan menantu kesayangan abah.
Kak Long seorang kakak yang terhebat.
Menyayangi kami sepenuh jiwa raganya, 
sanggup berkorban demi keluarga terutama adik-adik.
Seorang kakak yang periang, penyayang dan perihatin.

Ya Allah...satu-satunya kakak kandung yang ibu miliki di dunia ini.
Seorang kakak,seorang sahabat yang sering berkongsi rahsia.
Antara kami tiada rahsia...sering menangis dan ketawa bersama.
Susah senang kami kongsi bersama.
Ibu tak pasti bagaimana hidup mendatang tanpa kak long.
Terasa sebahagian jasad dibawa pergi bersama.

Saat ini ibu terlalu merindui kak long.
Setiap saat kak long hadir.
Hilang segala kekuatan yang ibu miliki.
Airmata masih deras mengalir dan mengalir.....
Ibu terlalu RINDU pada kak long.

Ya Allah...
Moga Kak Long dan Abang Long ditempat para soleh dan solehin.
Kalian tetap hidup subur diingatan kami sekeluarga....
Al-Fatihah.....

13 Ogos 2014

Riang Ria Raya 2014-Ratu Selfie

Wabak yang makin kritikal melanda dunia hari ini ialah 'selfie".
Rasanya 'selfie'dan 'monopod' antara yang terfemes musim raya 2014.
Bagi generasi Y mungkin sudah sinonim tapi camne kalau ibu dan ayah
pun turut terjebak sama.
Adeh ...tua2 pun nak berselfie bagai.
Angkara Beby a.k.a Farah Najdah kami secara paksa rela memenuhi
permintaan dia ala-ala paksa...Adeh, sabar jelah.

Sorry ye sebab banyak jugak gambar ye ibu tepek kat sini.

 Ce tengok gambar-gambar ni.
Ibu, atok mama, Angah, Farouk, Naurah dan Ayah jadi mangsa selfie Beby.
Lebih kritikal bila Beby dapat hadiah handphone baru daripada ayah
2 hari sebelum raya..

Makcik, pakcik, sepupu sepapat jugak tidak ketinggalan jadi model selfie Beby.....
Sabar jelah.
Sebenarnya banyak lagi stok gambar yang ada tapi naik berpinar mata ibu
memilihnya......

 Tak habis-habis wabak ni menular.....

 Dan lagiiiii.....

Suka tengok gambar nie.
3Farahs bersama pakcik kesayangan yang hampir sebaya....Ayah Yu dan Ayah Su.
Semuanya bergelar pelajar dipusat pengajian tinggi dalam bidang berbeza tapi
mempunyai misi dan visi yang sama.
Seorang dalam bidang perubatan, ICT networking, Multimedia, Law dan English in Comunication.
Seorang di oversea, sorang di Melaka, 2 orang di Kuantan dan seorang
di Selangor...Akhirnya Hari Raya menyatukan mereka.
Tidak hairanlah mereka  banyak habiskan masa bersama-sama....
keluar bersama dan window shopping bersama-sama.
Menghabiskan masa berkualiti bersama-sama.

Riuh rendah gelak ketawa yang membuat ibu merangkap seorang ibu dan seorang kakak
yang paling bahagia dan bangga dengan kejayaan mereka berlima.
Eh...cerita dah keluar tajuk niii.....muhahaha....


Kak long a.k.a Ummi menyelit....

 Along dan Angah.

Along dan Balqis....kecik2 dah pandai selfie budak gedek nie.

Angah dan Ayah Yu.
Mereka berdua paling rapat.
Rasanya mereka ni punya perangai yang sama kot....

Along dan Ayah Su

Along dah Ayah Yu.

Agak2nya sapa yang jadi RATU SELFIE dalam family ibu????????

11 Ogos 2014

Riang Ria Raya 2014-Marhaban

Hari Sabtu ( 9.8.2014) macam biasa sekolah ibu anjurkan program marhaban.
Saban tahun ibu tak pernah miss join program nie.
Amat seronok sebenarnya...he3x.

Sambil berkunjung..dapat bermesra dengan keluarga pelajar dan
yang paling best
boleh 'mencekik' sampai tak hinggat....

Alhamdulillah, area sini hubungan ibu bapa dan cikgu-cikgu
memang sangat mesra alam.
Kami dah umpama saudara mara.
Disambut penuh mesra dan meriah.

3farahs bersiap sedia untuk menjadi pengiring ibu kali ini.

Tahun ni Farouk tak nak masuk group ibu.
Katanya nak join group cikgu M dan Teacher Ina.
Dalam keterpaksaan ibu lepaskan dia berbasikal bersama-sama rakan-rakan
dan dipantau oleh cikgu-cikgu....
Sesekali ibu biarkan dia berdikari.

Rumah pertama kami masuk.
Seorang ushawaan ternama di sini.
Baik, ramah, merendah diri dan dermawan.
Kumpulan ibu bermula pukul 8 pagi.
Ahli kumpulan ibu dalam 20 orang terdiri daripada anak-anak murid
dan 3 orang guru pengiring.
Kami dihidangkan dengan martabak dan menu sampingan lain.
Ngam-ngam perut semua tengah kosong.
Si cikgu dah pesan kat anak-anak murid supaya kosongkan perut dari rumah
Mengadap pulak murtabak yang sangat sedap.

3Farahs dan kumpulan marhaban ibu sedang menjamu selera...

Memang sedap semuanya.
Maunya tak 'mencekik'....ha3x

Selesai rumah pertama kami berkejar ke rumah seterusnya.
Target nak abiskan 7 buah rumah sebelum pukul 12 tengahari.
Mampukah???????
Pastinya mampu sebab dah 12 tahun pengalaman ni ibu
lalui.......



Rumah ke 2 dan ke 7 kantung dah penuh..
Walaupun jamah sikit-sikit untuk ambil hati tuan rumah tapi
kalau dah 7 buah rumah maunya tak melimpah ruah.

Selesai urusan kerja ibu dan rakan-rakan berkumpul
dan bertemu di rumah rakan sekerja yang buat open house.
Kat sana kami dah tak mampu nak jamah makanan berat
walaupun menunya amat best.
Ibu sekadar makan koktil dan makan buah.
Penutup marhaban hari tu jemputan kenduri
di area situ.
Masing-masing memandang menu dengan rasa berbelah bagi.
Itu belum lagi 'berkat" yang dibawa balik.
Penuh bonet kereta.

Itulah rezeki yang Allah kurniakan buat anak-anak didik
di sini dan ibu serta rakan-rakan guru pengiring
menumpang rezeki anak-anak.....Alhamdulillah
Terima kasih yang tidak terhingga buat penduduk
sekitarnya kerana saban tahun menyambut kami dengan begitu mesra.
Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kalian......

Riang Ria Raya 2014- Ziarah.

Ibu sambung kisah raya siri ke 2 dan tak pasti ada lagi ke tidak
sambungannya.
Sebenarnya ibu buntu kerana terlalu banyak gambar yang ada dalam stok.
Gabungan dslr Ayah, adik2 dan kakak..juga stok gambar daripada ipad dan tab juga menimbun.
Adeh...pening jugak nak teliti satu persatu.
naik berpinar biji mata ibu....


Sepanjang 22 tahun perkawinan ibu dan Ayah memang kami menyambut raya
selama 1 minggu di kampung ibu.
Bukan ibu yang mengada2 dan mendesak ayah tapi semua tu di atas kehendak Ayah.
Lagipun Ayah dah masak dengan perangai ibu beraya
mengalahkan budak-budak kecil.
Dapat cuti 1 minggu pun masih rasa tak cukup......
Yang pasti ibu dan anak-anaklah orang yang paling bahagia bila nak menyambut raya.

Biasanya selepas solat sunat raya kami mulakan program ziarah.
Lagipun menu raya 1-3 kami dah siap tempah awal-awal.
Tak adalah ibu 3 beradik perempuan ni bergasak dan berpeluh kat dapur.
Pinggan pun kami sediakan yang polisterin je...Ha..ha..ha..dasar pemalas.

Raya Pertama
Macam biasa kami kena blah awal-awal sebelum rumah diserbu.
Destinasi pertama dalam jadual ziarah kami saban tahun rumah
pakcik ibu.
Sedih dan sebak kerana kami beraya tanpa pakcik kesayangan.
Ibu pernah buat n3 tentang kehilangan pakcik tersayang yang merupakan seorang ulamak terkenal
di Kelantan. Klik SINI.
Al-Fatihah buat pakcik...moga pak muda haji tenang di sana.....Amin.

Selesai makan nasi beryani di rumah arwah pakcik kami bergerak ke rumah ibu saudara ibu,
Mummy.

Kat sini kami dijamu dengan spaggethi dan nasi minyak yang sangat nyummy.
Perut ibu dah penuh, so ibu jamah sedikit spaggethi.

Selesai menjamu selera rumah mummy kami ke kampung mama ibu
di Bunut Susu.
Kami berkonvoi dengan 5 buah kereta memeriahkan lagi suasana di rumah makcik sepupu ibu.

Anak-anak sekarang dah tidak lasak macam dulu kalau berkumpul.
masing-masing sibuk dengan tab dan ipad...generasi Y punya bahana....adeh..

kat area sini kami pergi 3 buah rumah.
Lagipun rumah saudara ibu ni letak berhampiran.
Yang paling ayah suka beraya di Kelantan sebab katanya setiap rumah dihidangkan
dengan menu berbeza.
Bukan main exited muka ayah menjamah setiap hidangan walaupun
dalam kuantiti yang sedikit.
Di sini saja kami dapat merasa makan nasi dagang, soto dan satey.

Kaum lelaki sekadar bersembang...kaum ibu tak habis-habis 'melantak'...ha3x...

Petangnya selepas Asar kami ambil kesempatan dan curi masa singgah rumah adik ibu
Dr Zakimi yang tidak jauh dari rumah mama/abah.

Kiri : Adik ipar merangkap tuan rumah , Yu (bakal bergelar doktor awal thn depan), kak long,
Adik bongsu ( bakal menamatkan pengajian tahun depan) dan Adik Mie (doktor di KB)

Hari Raya pertama berlalu begitu cepat.
Itupun banyak jugak gambar yang tak sempat kami snap.
Rumah maksu kesayangan pun sekejap je ibu sempat singgah memandangkan
kaum kerabat dah lama menunggu kami di rumah mama/abah.

Raya Ke 2
Kami bergerak dah agak lewat.
Macam biasa Ayah dah mula puasa 6.
Tapi yang paling best, ayah ni amat sporting melayan kerenah si isteri
yang over beraya sana sini.
Kesian jugak tengok Ayah dok telan air liur melihat kami 'menelan' hidangan tu.

Destinasi pertama di rumah sepupu ibu.
Kedua ibu bapa sepupu ibu ni menetap di Naratiwat Thailand.
Maklong dan Paklong yang ibu panggil "cik dan abah" dah meninggal
beberapa tahun lalu..
Anak-anaknya seramai 3 orang masih menetap di Naratiwat dan jadi warga negara sana..
Posing kejap.....

Bukan main gembira kanak-kanak riang ria ni di sini.
Maklumlah rumahnya sebuah vila 3 tingkat.
Luas dan selesa untuk main kejar-kejar....
Mereka melupakan seketika ipad dan tab..
Seronok pulak tengok mereka nie makan-makan dan bergelak ketawa.

Agak lama juga kami lepak di sini.
Bujang terhangat ibu bersama Along, Kak Naurah dan kak Ya.


Along dan su tie (adik perempuan bongsu ibu)
Jangan terpedaya, sutie ni dah ada2 orang anak dan yang sulung dah
darjah 1.
Sutie berbadan kecil dan awet muda.....

ibu bersama 2 orang kanak-kanak rebina kesayangan kami semua.
Rindu pulak pada mereka berdua.....
Di hadapan rumah cousin ibu. Di bawah tu kolam ikan tetapi dah kering airnya.
Kalau ada air rasanya ada yang berenang kat situ.....

Rumah impian ibu. Dah 15 tahun usianya.

Kami singgah di rumah paksu.
Paksu menyewa di rumah yang ibu bina 15 tahun lalu.
Rumah yang tidak  sempat ibu duduki.
Setiap kali tengok rumah ni hati ibu sayu dan sedih.
Entahlah, belum rezeki kami untuk tinggal di sana.
Alhamdulillah, paksu menjaga rumah itu sebaiknya.
Bersih dan ceria..

Selesai makan nasi minyak rumah paksu kami bergerak ke Kutan rumah
anak angkat mama/abah.
Anak-anak dah kepenatan menempuhi jalan yang sesak.
Hari pun dah beransur petang dan kami bergerak balik ke rumah.

Raya ke 3
Tak banyak tempat kami ziarah sebab ramai
tetamu datang bertali arus ke rumah abah/mama..
Tengahari kami ambil kesempatan sekali lagi ke rumah mummy kerana ada majlis
pertunangan cucu mummy.
Makan tengahari dengan hidangan yang sangat sedap.
Kat majlis ni lupa pula nak snap gambar.
Maklumlah kalau dah jumpa saudara mara..terus lupa segala2nya.

Sempat je Beby posing atas pelamin untuk majlis pertunangan.
Ni pun dia snap pic masa pergi raya pertama.
masa hari ke3 kami dah tak sempat nak snap bagai sebab dah kelaparan.


Antara sepupu ibu, anak kepada mummy.
Ditengah tu adik ibu, adik yu,.

Raya ke 4
Kami ke rumah awrah pakcik, abang kepada Abah yang terletak
di area Rantau Panjang.
Kami bertolak awal bagi mengelak kesesakan.


Along je yang sempat snap gambar masa ke sini .


Abah (kiri) and the geng.
Yang sebelah abah tu YB a.k.a saudara abah.
Tiba je kat sana dah ngam-ngam makan tengahari.
Gulai kawah + umbut kelapa sawit yang sangat sedap.
Lebih menyelerakan bila ada ikan masin masak tumis.
Ibu makan tak hinggat.


Sepupu ibu di majlis persandingannya.
Dua2 mengajar di Sabah.

Fuh...boleh tahan panjang kisah raya ibu.
Malamnya ibu keluar ber'dating" dengan Ayah kerana
raya ke 6 kami dah bertolak balik ke Johor.

About me