Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

29 November 2021

Sembuhkan Sakit Secara Cepat

 Assalamulaikum.

Hari ni ibu nak share tip cara Islam untuk kita nak hilangkan sakit dengan cepat dengan izin Allah.



1. Sedekah Subuh.
Selepas solat Subuh, pegang duit tak kiralah RM1, RM2, RM5 ikut kemampuan.
Baca selawat 3x dan niat untuk kesembuhan tempat sakit. Ulang 3x.
Masukkan duit dalam tabung.
Selawat lagi 3x.
Paling berkesan kita jadikan amalan berterusan atau rutin selepas solat Subuh. Inayaallah segala doa dan hajat cepat Allah makbulkan.

2. Letak tangan ditempat sakit.
Baca YA LATIF tak kira berapa bilangan.
Lagi banyak lagi bagus.
Insyaallah dengan izin 
ALLAH. 
Yang penting keyakinan kita memohon kesembuhan secara bersungguh-sungguh. 
Akhiri dengan selawat sebanyak 3x.

Kedua-dua tu ibu dah amalkan. Alhamdulillah Allah beri keajaiban dengan izin dan limpahan kasih sayangNya. 

17 November 2021

Petua Halau Serangga Perosak

 Assalamulaikum. 
Kali ini ibu nak kongsi petua menghalau serangga perosak daun tumbuhan.

Cara-cara memghapuskan ulat dengan mudah.
1. Tapis air basuhan cili kering.
2. Masukkan air itu ke dalam botol penyembur.
3. Sembur pada daun-daun.



Semoga bermanfaat untuk semua.

16 November 2021

Amalan Harian Untuk Wanita

 Assalamulaikum.
Bersua kembali setelah bersawang blog ibu.
Kali ni ibu nak kongsi amalan yang amat mudah mengalirkan pahala yang sangat banyak terutama untuk kita kaum mak-mak ni...
Yelah kan...kita ni sibuk dengan kerja..pastu sibuk juga menguruskan rumah tangga. 
Sekurang-kurangnya aktiviti yang kita lakukan tu terisi daripada kita membisu je kan.
Sambil masak boleh baca....sambil lipat baju pun boleh baca...sambil drive pun boleh baca.



1. Selawat:
minimum 10x pagi dan 10x malam setiap hari. Nak lebih banyak baca selawat 10x selepas solat. Kalau 5 waktu dah 50x kan. Nanti lama2 kita bolehlah upgred lebih banyak.
Kalau lebih banyak lagi baik.

2. Istifar-
seberapa yang mampu

3. Zikir-
Subhanallah hiwabihamdihi subhanallah hilazim

Itu je ibu nak kongsi. Amalan ini pun ibu dapat daripada siri ceramah2 yang ibu dengar.
Semoga amalan yang sedikit ini mampu memberi manfaat yang besar untuk kita di "sana" nanti. 
Insyaallah.

14 Oktober 2021

Petua Doa Dimakbulkan

 Assalamulaikum.

 Hari ini ibu ingin berkongsi petua doa-doa kita dimakbulkan dengan izin ALLAH SWT.

1. TABUNG SUBUH.
Sediakan sebuah tabung di tempat kita solat. Bukan apa kan. Ianya untuk senangkan kerja kita. Sekurang-kurangnya bila terpandang tabung tu kita tidak lupa. Setiap lepas solat subuh dan doa-doa lazim kita. Masukkanlah duit ke dalam tabung tu ikut kemampuan..RM1..RM2.. atau seberapa yang kita mampu. Setiap hari jangan skip. Sebelum masukkan duit tu "SELAWAT" sebanyak 3X. Niatkan hajat sebanyak 3X berturut-turut-turut. Selesai masukkan duit baca lagi selawat sebanyak 3X. Genab seminggu Hari Jumaat kita kumpullah duit tu dan kirimkanlah pada suami untuk masukkan ke dalam tabung masjid sewaktu solat Jumaat. Insyaallah dengan izin Allah akan termakbul doa-doa kita jika itu yang terbaik untuk kita.

Ni tabung ibu....comel kan....

2.  ISTIFAR.
 Amalkan membaca istifar selesai solat fardu sebanyak 200X secara istiqamah. Lakukan tanpa jemu dan bersungguh. Insyaallah dengan izin Allah juga doa-doa kita Allah makbulkan.

*Gambar kredit dari google

3. ZIKIR NABI YUNUS.
 Baca 10X. Niatkan hajat kita. Insyaallah dengan izin Allah.

*Gambar kredit dari google.

4. SURAH AL-KAUSAR.
Baca surah Al-Kausar sebanyak 3X. 
Lebih afdal sewaktu hujan turun. Niatkan hajat. Insyaallah dengan izin Allah.

*Gambar kredit dari google

5. SEDEKAH.
Banyakkan bersedekah. Setiap kali bersedekah niatkan hajat-hajat kita.

Sedikit amalan ibu kongsikan. Semoga bermanfaat untuk semua. Yang penting bila kita lakukan ianya mesti istiqamah dan penuh yakin akan kebesaran dan kekuasaan Allah. 

9 Oktober 2021

Spesis Keladi

 Assalamulaikum.

Bersua kembali. Ibu nak tepek lagi spesis pokok keladi hiasan milik ibu. Koleksi ni ibu tanam bermula PKP 1.0 hingga la hari ni...

Rak biru tu ibu tempah dari bapa anak murid.
3 tingkat dengan harga RM180



Rak biru yang 2 tingkat ni ibu beli secara COD.
Harga RM170.






Pokok-pokok bunga keladi ni ibu tak pernah letak baja pun. Sekadar siram dengan air beras. Ada kalanya dengan air basuhan ikan.

Alhamdulillah pokok-pokok tu hidup subur dengan izin Allah.


7 Oktober 2021

Petua Akar Pokok Sihat

 Assalamulaikum.

Kali ini ibu ingin berkongsi petua yang ibu lakukan pada pokok bunga terutama keladi.

2 minggu sekali ibu akan kisar 4 ulas bawang putih bersama 1.5 liter air. Siram pada pokok-pokok untuk jauhi akar atau ubi pokok rosak terkena serangan binar atau serangga perosak.








Selamat mencuba.


6 Oktober 2021

Resepi Ikan Celup Tepung

Assalamulaikum.
Bersua kembali.
Kali ni nak kongsi resepi feveret suami dan anak-anak.
Ikan goreng celup tepung.
Resepi ibu memang simple je.


Bahan :
1 kg ikan selayang
2 senduk tepung gandum
1 senduk tepung jagung
Sedikit serbuk kunyit
Secubit garam.

Cara-cara :
1.Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit garam.
2. Toskan ikan rebus.
3. Panaskan 1 senduk minyak.
4. Curah ke dalam bancuhan tepung-tepung tadi.
5. Kacau secepat mungkin sewaktu minyak masih panas.
6. Tambah air agar bancuhan menjadi cair ala-ala nak goreng pisang.
7. Celup ikan rebus satu persatu dan goreng ke dalam minyak panas. 

Selamat mencuba resepi versi ibu.

5 Oktober 2021

Zombie

 

Zombie salah seekor anak bulus ibu yang manja.
Setiap kali ibu dilaman rumah, Zombie lah yang akan datang bertepek.
Paling suka duduk bawah kain ibu.

Walaupun Zombie tak secomel anak-anak bulus lain tapi Zombie tetap ada aura tersendiri. 

Renungan mata Zombie sangat tajam.

Pot feveret Zombie.
Setiap kali ibu berehat bawah pokok, atas meja batu nilah tempat Zombie lepak.

Setia menemani ibu setiap masa.


Allahhu...rindunya ibu pada Zombie.
Setiap hari ibu berharap Zombie kembali.
Seandainya Zombie telah "pergi" ibu redho.
Seandainya Zombie menjadi milik otang lain ibu doakan agar tuan baru menjaga Zombie sebaik mungkin.
Ibu tetap berharap Zombie kembali kepangkuan ibu 




Koleksi Zikir Harian

 Assalamulaikum semua. Kali ini ibu nak kongsi amalan zikir ibu setiap hari.








Selamat beramal.😍😍😍

4 Oktober 2021

Resepi Patin Masak Tempoyak Simple

Resepi ni ibu dapat daripada Angah.
Angah a.k.a memang teror masak asam tempoyak.
Angah dapat resepi ni semasa belajar Asasi di UiTM Kuantan dulu.

Bahan-bahan :
1 ekor ikan patin-sederhana
1 inci kunyit hidup
Seikat daun kesum
10 biji cili ( mengikut kepedasan masing-masing
1 cawan tempoyak
Garam dan perisa
5 cawan air

Cara-cara :
1. Tumbuk kunyit dan cili.
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
3. Masak sehingga mendidih.
4. Siap untuk dihidangkan.

Resepi cara ibu. Selamat mencuba.


2 Oktober 2021

Resepi Mandai

 Assalamulaikum.

Hari ini ibu nak share 1 resepi unik.
Kebetulan musim buah cempedak jadi ibu cubalah buat "mandai" yang menggunakan kulit cempedak.


Cara jeruk mandai :
Kulit cempedak ( anggaran 1 biji buah sederhana )
3 sudu besar garam
Air suam secukupnya.

1. Buang kulit cempedak yang berwarna hijau kekuningan.
2. Potong kuib atau ikut kesukaan.
3. Gaul bersama garam
4. Masukkan ke dalam balang.
5. Isi air suam separas kulit cempedak.
6. Jeruk selama 14 hari. Simpan di dalam kabinet. 
Maksudnya tempat gelap gitu.

Setelah 14 hari maka siapalah kejadian "mandai".

Ibu masak ikut suka hati jelah.
Biasalah resepi "derhaka" ibu ikut citarasa sendiri.

Resepi ibu :
1. Keluarkan "mandai".
2. Basuh bersih-bersih.
3. Potong nipis-nipis dan goreng garing.
4. Potong bawang hollen, bawang putih, lada besar,
5. Tumis bahan no 4.
6. Bolehlah masukkan alternatif lain seperti bilis @ udang @ sotong dan sewaktu dengannya.
7. Masukkan sedikit perisa dan mandai yang siap di goreng.
8. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
Selamat mencuba. 

Ni mandai yang ibu order dari jiran sekampung.


30 September 2021

Ubat Sakit Mata Kucing

Assalamulaikum. Kali ini ibu nak kongsikan ubat sakit mata kucing yang paling berkesan setakat ini.
Ibu telah guna ubat Terramycin atas saranan seorang doktor haiwan semasa anak-anak kucing jalanan yang datang ke rumah ibu dalam keadaan mata mereka bermasalah.
Alhamdulillah sangat berkesan. 
Ubat ini boleh di dapati di farmasi.
Kalau tak silap ibu harga di sekitar RM8 gitu.


 Selamat mencuba.
 Insyaallah dengan izin Allah sakit mata kucing akan pulih dalam masa yang singkat.



5 Jun 2021

Koleksi Keladi


Bersua kembali.
Sejak PKP 1.0 hingga 3.0 ibu mula berjinak-jinak tanam keladi.
Ada juga ibu join group keladi kat FB.
Fuh...mampu telan air liur je tengok harga.
Harga kayangan.
Keladi ibu ni spesis kampung je.
Ini pun pemberian rakan-rakan.
Cukuplah jadi terapi minda pagi petang.
Bosan-bosan berkurung dalam rumah..kat sinilah tempat ibu tenangkan fikiran.
























About me