Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label A-ARAB SAUDI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label A-ARAB SAUDI. Papar semua catatan

19 Januari 2017

Kota Madinah 2-Lawatan Sekitar Madinah

Assalamualaikum semua.
Fuh dah nak penghujung bulan Januari tapi ibu masih lagi sibuk dengan pengurusan di sekolah.
Maka terabai jugalah dairy ibu ni.
Dah lebih 1 bulan ibu balik dari mengerjakan umrah.
Catatan belum lagi selesai.
Namun kenangan di sana masih terpahat indah jauh di sudut hati.

Ibu rasa ni catatan terakhir untuk siri Mencari Redha Ilahi.
Mampu membuat 3 catatan saja walaupun banyak kenangan indah terpahat di hati.
Klik SINI, SINI dan SINI
Banyak sebenarnya kenangan nak ibu luahkan di sini namun keadaan dan masa tidak mengizinkan.

Mehlah kita baca serba sikit catatan ibu :

A. Masjid Quba
Pada 11.12.2016 Rombongan ibu memulakan lawatan di Kota Madinah.
9.00 pagi Mdh : Lawatan ke Masjid Quba
Inilah Masjid Quba.

bahagian dalam masjid.
ibu naik ke tingkat atas untuk menunaikan solat.
Orang memang tak perlukan ibu cerita.
Berhimpit-himpit dan tolak menolak.
Bila keadaan macam tu memang masing-masing mementingkan diri sendiri.
Kalau kita ke Mekah atau Madinah, kita perlu kuat...tahan lasak..kena sihat dan banyak bersabar..

Diluar masjid memang ada jualan buah-buah kurma, cenderahati dan pelbagai jenis makanan tempatan.

B. Ladang Kurma Fahad
Selesai sesi awatan dan solat sunat di masjid Quba kami di bawa ke Ladang a.k.a Kebun Kurma.
Jaraknya tidak begitu jauh.
Barisan bas sudah tersusun semasa kami tiba.

Rombongan ibu bergambar kenang-kenangan di hadapan pintu masuk.

ibu dan Beby  di depan pagar.


orang memang ramai di dalam kedai jualan kurma ni.
Pemandu pelancongan dah ingatkan kami yang harga di sini agak mahal.
Mungkin sebab jadi tumpuan pelancong.
Cuma kita boleh makan buah-buah kurma tu sebanyak mana yang kita larat tanpa bayaran.
ibu cuma rasa sebiji dua sahaja.

 
Air teh pun di sediakan


Dikelilingi pepohon tamar.

C. Bukit Uhud
Destinasi ke 3 kami.
Dalam perjalanan kami melalui beberapa buh masjid dan diantaranya masjid 2 Kiblat.


berlatarbelakang Bukit Uhud.


Kat sini agak panas.

pasar yang ada di sana.

Kubur para sahabat nabi.
Semasa ibu mendekati kawasan ini tiba-tiba ada semerbak bau wangian menerpa hidung.
Ibu pandang Beby dan kami saling berpandangan.
beby berbisik : "Ibu ada bau harum tak...harum sangat..."
Ya Allah.......itulah nikmat yang Kau berikan buat insan terpilih......


Selama 7 hari di Kota Mekah dan 5 hari di Kota Madinah maka
tibalah saatnya untuk ibu kembali ke tanah air.
Ya Allah....sedih...sayu...sebak dan pelbagai perasaan datang.
Berat hati dan berat kaki untuk melangkah.
Semoga ALLAH menjemput ibu sekeluarga datang lagi sebagai tetamuNya.
InsyaAllah....

6 Januari 2017

Kota Madinah 1

Dairy Mencari Redha Ilahi

10.12.2016
Perjalanan Mekah-Madinah = 5-6 jam melalui lebuh raya di padang pasir.
Tanah gersang dan tandus.
Lebih kurang 460km.
Kami memulakan perjalanan setelah melakukan tawaf  widak.
Sebelum solat Asar (2.00 ptg) kami brtolak ke Madinah

Menitis airmata ibu bila mengenangkan bagaimana Baginda Rasulullah saw bersama para sahabat
berhijrah dari Mekah ke Madinah.
Ibu naik bas yang selesa...berhawa dingin...ada makanan dan minuman pun masih mengeluh penat.
Bayangkan bagaimana Rasulullah meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dan berjalan kaki 
di padang pasir yang panas dan gersang.
Perjalanan memakan masa berhari-hati...
Ya Allah terasa kerdilnya diri ini.

Kami singgah disebuah masjid di tengah padang pasir.

Selpie dalam bas.

Kami tiba di Madinah lebih kurang pukul 8..30 malam.
Kami menginap di Hotel Royal In.
Hotrl 4 bintang ni berhampiran dengan Masjid Nabawi.

Bandar Madinah lebih besar dan maju dari Kota Mekah.
Bangunannya pun tersusun rapi dan lebih moden.


Inilah hotel penginapan kami....


Di  Masjid Nabawi lebih tersusun sebab jemaah lelaki dan perempuan di asingkan berbanding
di Masjidil Haram jemaah lelaki perempuan bercampur aduk.



Ya Allah...Indahnya pemandangan di malam hari....
Semasa ibu sampai, cuaca di sini mencecah 10-14 darjah celcius.
Memang sejuk dingin.
Maklumlah kami ke sini musim sejuk.....



 Malam yang indah

 Bahagian dalam Masjid Nabawi.


TOng-tong air zam-zam disediakan di setiap sudut...
Sama seperti di Masjidil Haram.



 Pintu masuk ke Rawdah.
Untuk jemaah perempuan, cuma 3x sahaja sehari di buka.
Itupun bergantung pada nasib.
Biasanya selepas Zohor, Selepas Asar dan Selepas Isyak.
Nak masuk ke sana pun terpaksa bersesak dan mengikut katagori.
Biasanya diberi peluang untuk penduduk tempatan dulu.
Kita warga Asia selalunya yang paling akhir diberi peluang.....

Pintu Rawdah untuk jemaah lelaki.
Mereka lebih bebas masuk ke sana bila-bila masa sahaja.....

Alhamdulillah Allah memberi ibu ruang dan peluang untuk bersolat di sana.
Ya Allah tanpa sedar airmata tak mampu ibu tahan.
Memang airmata sentiasa mengalir bila berada di sini.
Hati mudah tersentuh........

28 Disember 2016

Lambaian Kaabah 2-Jejaki Kesan Sejarah

Assalamulaikum.....Disember makin dipenghujung.
Ibu tahu cikgu-cikgu mula sibuk dengan pelbagai program espc meeting.
Ibu pun dah mula meeting dan prepare bahan-bahan untuk ambang 2017.

Oklah ibu nak sambung 1 lagi siri "Mencari Redha Ilahi".
Moga terus diberi kekuatan untuk menulis di sini.

Hari ke 3 di Kota Mekah barulah rombonngan kami di bawa untuk ziarah.
Lawatan yang mampu meruntun jiwa..mampu buat airmata tumpah bila kita hayati kisah
sejarah para ambiya.....Ya Allah.

7.12.2016 ( Rabu )
9.00 pg Mkh : Lawatan Pertama di Kota Mekah.
Ibu lihat sekitar.
Sempat lagi beby selpie sementara menungu bas datang.

Bangunan di sini kebanyakkan bentuk kotak-kotak je.
Tanahnya pun berbukit batu..
Jauh beza dengan Malaysia.

A . Jabal Khair
Rombongan kami di bawa ke Jabal Khair
Tempat Rasulullah SAW di kepung musuh.
Di sinilah Baginda membaca yasin hingga ayat ke 9.
Mengaburi mata musuh dari di kesan jejak.

Ibu memandang ke atas puncak bukit.
Satu perasaan sayu jauh di sudut hati.
Bila berada di Kota Mekah ibu jadi cepat touching.
Peninggalan sejarah Nabi dan sabahat membuatkan hati sangat sedih.`
Di belakang ibu tulah bukit Jabal-Khair
Gambar pun ni je kot.
Masa berada di mekah dan Madinah ibu dah lupa tentang bergambar.
Kebanyakan gambar adalah ihsan Beby dan pakcik saudara ibu...

Menurut ketua rombongan, mungkin 1 hari nanti bukit ini akan di robohkan untuk tujuan
pembangunan.
Sedihnya rasa hati Ya Allah.
Selamatkanlah kesan sejarah peninggalan Nabi dan Sabahabat2 untuk tatapan generasi akan datang.

B. Jabal-Rahmah-
Tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa.
Di sinilah katanya mustajab berdoa untuk kebahagian rumah tangga.



Kami juga dibawa ke Mina,Muzzalifah, Padang Arafah, Jamrah dan
 tempat-tempat penting umat Islam mengerjakan ibadah haji.

Ladang Unta Hudaibiah
Tergamam juga ibu bila melihat dijualnya "air kencing unta" (15 Rial sebotol).
Bila ibu search rupanya ada tercatat dalam hadith sahih tentang khasiatnya....
Emmmmm......tak sangup nak beli.
Ibu cuma beli 2 botol susu unta. Sebotol 2 Rial.
Tu pun ibu mampu minum seteguk je sebab rasanya sangat hamis.
Akhirnya abah yang tolong habiskan. He3x....

Muzium Exhibition Of The Two Holy Mosques 
Architecture
Muzium yang banyak menyimpan khazanah dari Kota Mekah.
Kalau nak masuk ke dalam muzium kita tak perlu risau pasal bayaran ke...
pasal dilarang bergambar ke...
Tiada bayaran dan dibenarkan bergambar secara bebas.
Cuma ibu je yang dah tak ingat pasal bergambar.
Kalau boleh setiap satu kesan sejarah tu ini nak teliti betul-betul.

Di hadapan muzium.
Banyak khazanah brharga dipamerkan di sini.
Abah juga banyak memberi info tentang khazanah2 itu pada ibu.


 Adalah beberapa gambar kenangan ihsan dari hp Beby....



Selesai lawatan kami masih sempat balik ke  Kota Mekah dan menunaikan solat Zohor.
Sangat ajaib ibu rasa.
Perjalanan masanya yang sangat perlahan..sangat tenang...sangat cool.
Kita tidak rasa dikejar masa....perjalanan dan urusan kita rasa lebih tenang dan santai.
Ibu dapat bayangkan kalau di Malaysia, tempoh masa 2 jam sangat singkat.
Nak bershopping rasa terkejar-kejar.
Tapi percayalah kuasa Allah...di Kota Mekah tempoh 2 jam umpama 5 jam kita di Malaysia.
Dalam masa 2 jam kita mampu lakukan pelbagai aktiviti.
Ajaib sungguh.
Dan bayangkan dalam masa 7 hari ibu di Kota mekah..kuku ibu tidak panjang.
Kalau di Malaysia sudah pasti dalam tempoh 7 hari kuku ibu terpaksa di potong sebanyak 2x.
Ya Allah....hebat sungguh kuasaMu.

26 Disember 2016

Lambaian Kaabah 1-Kota Mekah

Dairy Mencari Redha Ilahi
Assalamulaikum semua.
Bersua kembali di penghujung Disember.
Alhamdulillah berkat doa semua Allah permudahkan perjalanan ibu ke Tanah Suci.
Ibu dan keluarga diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan di sana.

Ibu cuba recall semua untuk catatkan dairy di sini.
Maklumlah faktor usia, segalanya mudah lupa....

4.12.2016 ( Ahad )
12.30 ptg : Ibu sekeluarga tiba di KLIA
Di KLIA

7.40 mlm : Check in di balai menunggu.

8.40 mlm : Penerbangan dengan Qatar Airway ke Doha memakan masa selama 7-9 jam

3.40 pagi Msia /10.45 mlm Doha: Tiba di Doha
1 jam transit-masing-masing terkejar-kejar bersiap dengan pakaian ihram.
(*Beza waktu Malaysia dan Saudi Arabia : 5 jam)

4.45 pg Msia /11.45 mlm Doha : Meneruskan penerbangan Doha-Jeddah.
Perjalanan mengambil masa selama 2jam.

5.12.2016 (Isnin)
8.00 pg Msia/3.00 pagi Jeddah : Tiba awal pagi di King Abdulaziz Internasional Airport
tapi pengurusan imigresen yang ketat di sini melambatkan kami check out.

Alhamdulillah, selamat jejak kaki di airport.

Fuh...lega setelah beberapa jam berurusan dengan imegresin.
Bertabahlah hati. Solat Subuh di airport.

Sabar menunggu bas ke hotel selama 2 jam.
Alhamdulillah bila tiba di sini ibu jadi seorang yang sangat penyabar....

2.00 ptg Msia/9.00 pg Mekah - Check in di Hotel Saraya Iman.
Jarak hotel ni dengan Masjidil Haram = 250m
Di lobi hotel

11.30 pagi Mkh : Bersiap ke Masjidil Haram.
Saat yang tidak dapat nak luahkan dengan kata-kata.
Ya Allah..kali pertama mata memandang KAABAH.
Debaran hati tidak dapat di gambarkan.
Kaabah tersergam indah di depan mata.
Terima Kasih Allah kerana menjemput aku sebagai tetamuMu kali ini.
Kerdilnya terasa diri ini.
Airmata gembira tak dapat ditahan....


Hari pertama dan ke 2 ibu di Mekah keadaan tidak begitu sesak.

Masuk hari ke 3, jemaah bertambah sesak berganda-ganda....

Pamandangan selepas subuh.....

Setiap kali keluar masjid, Abah akan bercerita tentang kisah silamnya.
Menurut Abah dicelah-celah bangunan pencakar langit inilah terletaknya
rumah arwah atok dan nenek.
Di celah-celah bangunan inilah abah dilahirkan 73 tahun yang lalu.
Diusia 7 hari Abah dah bergelar Haji Kecil.
Atok Ayah merupakan "guru mengaji" kepada anak-anak raja di Mekah.
Ya Allah...sayunya hati.
Akhirnya Allah beri ibu ruang dan peluang ke Mekah bersama-sama Abah dan dapat mendengar kisah hidup atok dan nenek di Tanah Kelahiran Abah.....
Tanah tumpah darah Abah.
Al-Fatihah buat arwah atok ayah dan nenek.

12.09 tgh Mkh : Azan Zohor berkumandang....
Hati tersentuh. Jiwa rasa tenang dan damai....
Ya Allah..sudah banyak tempat sudah ibu jejaki di bumiMu,
 tapi jiwa tak setenang ini bila berada di rumahMu.....

3.15 ptg Mkh : Selesai solat Asar, kami melakukan Umrah 1.
 Tawaf

Saie

Ya Allah...Tenangnya rasa jiwa ini....rindunya hati ini untuk ke sana lagi....

Keindahan di dalam Masjidil Haram.

Bersama Abah, sepupu dan pakcik.

7 hari di Mekah memberi banyak ruang untuk ibu muhasabah diri.
Mengabdikan diri sebagai hamba yang lemah.
Mengutip sebanyak mungkin pahala dan membersih diri dari dosa-dosa lalu.
Bersujud tanpa rasa jemu......

*Insyaallah kalau ada ruang ibu akan buat dairy Lawatan sekitar Kota Mekah dan Kota Madinah....

About me