Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

30 September 2015

Kisah Raya Haji #throwback

Bersua kembali.
Hari raya haji dah berlalu namun ibu baru terheggeh-heggeh nak update cerita.
Tahun ni ibu tak balik kampung walaupun sekolah bercuti panjang.
Maklumlah 3 Farahs cutinya tak sama.
Lagipun saat-saat akhir pihak universiti
memberi pelepasan cuti.
Emmm..redha jelah.
Yang penting dapat menyambut bersama family.

Raya pertama rezeki ayah untuk lakukan
ibadah qurban.
Rezeki yang Allah berikan saban tahun buat kami.
Alhamdulillah.

Pagi2 ibu masak nasi hujan panas + rendang ayam + kari terung.
Menu yang simple.

Awal pagi kami dikunjungi kak ipar ibu sekeluarga dari Kelantan.
Dah lebih 5 tahun kami tak bersua cuma
ibu sempat 2x bersua dengan anak sulungnya tahun ni sebab dia belajar di universiti yang sama dengan Angah.

Alhamdulillah..daging qurban bahagian ayah.
Ini pun dah diagih2kan..

Malam raya pertama tu kami buat bbq.
Kebetulan adik bongsu ibu pun beraya kat rumah ibu.
BBQ daging kambing + ayam + daging lembu + ikan dan sosej.....

Raya pertama Naurah sempat masak sebiji kek coklat.
Raya ke dua Angah masak sheperd pie dan puding karamel.
Ada lagi menu sampingan lain sampai lupa nak snap gambar.

Raya ke 2 ibu masak sup tulang.
Kebetulan ada rakan lama nak datang beraya jadi ibu sediakan meehon sup.
Dah lebih 4 tahun kami tak jumpa sejak dia mengikut suami bertugas di JB.
Dulu kami sering berkursus dan berbengkel bersama-sama. 
Walaupun berlainan sekolah kami rapat.

Menu yang simple...

Raya ke 3 adik bongsu ibu dah berangkat balik semula ke KL.
Dia baru habis belajar dan sedang jalani praktikal di sana.

Raya ke 4 giliran ibu pula melakukan ibadah qurban.
Tahun ni ibu buat ibadah qurban untuk farouk.
Saban tahun ibu buat giliran ibadah qurban untuk anak-anak.
Alhamdulillah..tand syukur dengan rezeki yang Allah berikan melalui anak2.

Farouk dan rakan2 gigih membantu cikgu.
Ibadah qurban bahagian farouk dilakukan di sekolah. 
Daging2 diagih2kan pada asnaf.
Tulang2 dan daging lebihan kami masak dan jamu anak2 murid. Alhamdulillah....
Berbahagi rezeki dengan orang lain membawa berkat.
Itulah kisah raya haji tahun ni....

26 September 2015

Resepi Laksa Johor versi Ibu

Jumpa lagi semua. 
Makin tebal sawang kat blog ibu...huhuhu.

Kali ni nak tepek resepi ibu yang sangat simple
dan ibu ni masak main belasah je.
Maaf ye rakyat jelata Johor sebab resepi ibu ni dah bercampur aduk ala-ala rojak...ha3x


Meh intai resepi ibu :
1/2 kg ikan selayang direbus bersama asam keping dan garam...(syissss...orang Johor guna ikan parang/tenggiri).
3 sudu besar serbuk kari ikan
1 kotak santan
Asam keping
Gula dan garam secukup rasa

Bahan kisar:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 inci halia
Sedikit lengkuas
Jintan dan ketumbar.

Ulam-ulaman dipotong halus:
Daun kaduk
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang hollen
dan pelbagai lagi ulaman yang disukai mengikut citarasa.

Cara-cara:
1. Kisar isi ikan dengan air..masukkan ke dalam periuk.
2. Tulang dan kepala ikan juga dikisar dan tapis.
Masukkan sekali ke dalam periuk.
3. Tumis bahan kisar dan masukkan serbuk kari.
 4. Setelah ditumis, masukkan kesemua bahan2 tadi berserta santan.
Masak dalam api sederhana dan kacau supaya tidak berketul.
Siap untuk dihidangkan.

*Biasanya orNg Johor makan dengan spageti tapi ibu lebih suka laksa biasa.



23 September 2015

Angah dan Anugerah Dekan

Alhamdulillah...terima kasih Allah
di atas kurniaanMu pada
kami sekeluarga.
Kehidupan yang sederhana tapi bahagia...
Dikelilingi anak2 yang menjadi penyejuk hati.

Tahniah Angah kerana terus kekalkan
kecemerlangan walaupun dah bergelar siswazah.
Setelah lalui peperiksaan 2 sem di universiti  dan kedua2nya Angah meraih anugerah dekan.
Syabas Angah. Ibu dan ayah sangat bangga.

Jangan sia2kan peluang yang ada.
Doa sentiasa mengiringi setiap langkah anak2 ibu.
Ibu bangga dan bersyukur memiliki kalian.
Alhamdulillah.



21 September 2015

Resepi Sambal Kicap versi ibu.

Bersua lagi hari ini.
Kali ni ibu nak share cara menyediakan sambal kicap versi ibu.
Kat rumah ibu stok sambal kicap memang
sentiasa ada dalam petiais.
Anak-anak suka makan cicah goreng pisang, tempe goreng dan masuk dalam kuah sup.

Meh intai bahan2nya dan cara membuatnya:

Bahan-bahan A ( digoreng):
Segengam cili padi..
(ibu campur dengan lada besar sebab kami jenis tak tahan pedas)
5 labu bawang putih..memang nak kena banyak.
Sepokok daun sup ( petua untuk tambah keenakkan)
Minyak untuk mengoreng,
*goreng semua bahan di atas dalam minyak panas sampai layu.

Bahan B:
Setengah botol kicap manis (botol besar)
Air asam jawa/cuka secukup rasa.
2 senduk kecil gula..(kena banyak untuk likatkan sambal)
Secubit garam,

Cara-cara2:
Masuk semua bahan A dan B ke dalam mesin pengisar.
Pastikan sebati dan tuangkan dalam bekas.
Boleh simpan dalam petiais untuk tahan lama.

*ada orang masukkan bawang merah tapi versi ibu takde bawang merah ye. 
Terpulang pada citarasa masing2. 


19 September 2015

Kisah Beby

Salam kerinduan semua.
Fuh...makin lama ibu makin sepi walaupun
banyak kisah kehidupan yang ibu lalui
setiap hari.
Makin lama jari ibu makin kaku nak menaip di sini.
SIBUK!!!!!....tu bukan alasan.....

Kisah tertangguh sejak bulan lepas.
Ibu pernah buat n3 yang Beby telah meraih
Johan taekwando peringkat kolej/Kebangsaan  dan melayakkan diri mara ke peringkat antarabangsa.
Apapun rezeki tidak menyebelahi.
Lawannya orang dari Jerman dan Grace..
Apapun ibu tetap bangga dengan pencapaian Beby.

Gambar yang Beby w.apps pada ibu  semasa pertandingan berlangsung.

Beby juga sudah bergelar jurulatih taekwando sejak 1 tahun yang lalu.
Dalam kesibukan belajar mengejar impian Beby membahagikan masa weekend sebagai seorang jurulatih di sekolah-sekolah berhampiran.

Beby sebagai jurulatih(berdiri) bersama 'pelajar2' di bawah bimbingannya.

Beby juga sering dilantik sebagai hakim dalam kejohanan taekwando.

Alhamdulillah....ibu tahu Beby mampu bahagikan masa belajar dengan aktiviti luar.
Buktinya Beby mampu meraih Anugerah Dekan dalam sem yang lepas.
Disamping itu Beby juga memegang jawatan sebagai 'pemimpin' pelajar, juga membantu rakan2
sebagai 'guru mengaji dan tarranum' di kolej.
Ilmu agama yang Beby dapat turut dipraktikan dan disalurkan pada yang memerlukan.
Semoga anak2 ibu cemerlang di dunia dan akhirat....insyaallah.

About me