Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label KUCING. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUCING. Papar semua catatan

30 September 2016

Update Kisah Si Bingo

Dah hampir nak masuk 6 bulan Bingo menjadi ahli keluarga ibu.
Bingo menjadi kesayangan semua.
Manja dan sangat mengada-ngada.
Bingo juga semakin sihat dan ceria.....

Keadaan Bingo 6 bulan yang lalu...
Sangat menyedihkan.....
Kisah  Bingo Siri 2

Dan Bingo pada hari ini...
Sangat manjaaaaa...

Kalau memasak di dapur dan menyiram pokok, Bingo setia jadi peneman.
Makan bukan main pemilih.
Bingo tak layan makanan segera yang kering ke yang basah.
Setiap hari ikan rebus jadi makanan rutin Bingo.
Bertabahlah ayah pergi pasar beli makanan Bingo dan bertabahlah ibu setiap hari rebuskan ikan untuk Bingo.

Gaya tidur Bingo
Kuat tidurrr....

ceria

Suka kacau orang buat kerja.

Bingo paling teruja bila ibu buka printer.
Sanggup tunggu berjam-jam di situ...
Entah apa la yang menarik minatnya..

Semoga Bingo mampu bertahan lama dengan kami.....

9 Jun 2016

Genap 1 Bulan Usia Binggo

Bersua kembali setelah ibu menyepi.
Selamat berpuasa semua...
Alhamdulillah hari ni masuk hari ke 4 kita berpuasa..

Alhamdulillah 9.6.2016 genap 1 bulan Binggo menjadi sebahagian daripada keluarga kami.
Sekarang Binggo seekor kucing yang sangat manja, ceria dan comel berbanding hari pertama Binggo hadir di depan rumah .
Kisah awal kehadiran Binggo yang menyedihkan boleh klik SINI .
Bila ibu sibuk pakcing kain baju..Binggo pun sibuk jugak.
Siap baring-baring atas beg.

Aksi yang sangat disukai Binggo bila bersama kami.

Suka berangan......

Gaya Binggo bila berehat...memang tak sopan langsung.
He3x....

Moga Binggo terus sihat dan ceria....
Binggo sihat ibu gembira......

20 Mei 2016

Milik Siapakah Gadis Ini?

Pada malam 9.5.2016 kami didatangi seekor kucing.
Keadaan kotor...kurus kering....selsema....
Kesian sangat ibu tengokkan.
Pagi esok ada lagi si kucing ni di depan pintu.
Sebelum ibu pergi kerja, ibu letakkan makanan di luar rumah.
Balik sekolah ibu lihat si kucing ni masih ada di depan rumah
Lantas ibu mandikan...bagi makan dan bersihkan hidungnya yang kotor dan tersumbat.

Sayu hati melihat keadaan si comel ni.
Hari ke 2 ibu lihat si comel berak berdarah.
Ya Allah..sakit apakah si comel ini...
Kakinya bengkak dan jalan terhinjut-hinjut....
Ibu cuma mampu sapukan ubat..masih tidak punya masa untuk bawa ke klinik vetarina.
Makan pun tak selera.....macam sakit tekak nak menelan makanan.

Ibu sepakat dengan 2F namakan si comel ni Binggo.
Penganti Si Binggo yang hadir hanya seketika dalam family kami beberapa bulan lalu..

Beginilah keadaan si comel semasa kali pertama hadir...
Ni pun setelah ibu bersihkan mata dan hidungnya yang sangat kotor.

Ni selepas ibu dah mandikan....bersihkan mata dan hidungnya
(tu pun belum sempat dibersihkan sepenuhnya sebab Binggo mengelak).

11.5.2016-Belum sihat sepenuhnya....nampaknya hari ni najisnya dah ok.
Si Binggo pun dah mula nak makan walaupun sedikit.

Pelbagai jenis jenama makanan kucing ibu beli namun Binggo masih tak ada selera nak makan.
Akhirnya Along belikan Power Cat ni.
Sekali hadap 2 bungkus...
Lega rasa hati ibu lihat Binggo berselera makan.

Kakinya masih membengkak.
Binggo berjalan mengunakan 3 kali.
Cepat sembuh ye Binggo......Kesian tengokkan.
Walaupun Binggo bukan milik kami tapi atas rasa simpati dan belas ikhsan
ibu merawatnya..........

18.5.2016- Gambar yang ibu snap setelah 9 hari Binggo di sini.

19.5.2016- Genap 10 hari Binggo di sini....
Ekor dan bulu Binggo mula nampak kembang dan gebu.....

Pot yang Binggo mula teroka...Bilik air jadi pilihan.

Alhamdulillah Binggo makin sihat, ceria dan badan dah nampak berisi sikit.
Cuma kaki Binggo masih sakit walaupun bengkak dah berkurangan.
Moga cepat sembuh ye Binggo.
Jika ditakdirkan Binggo ingin kembali kepangkuan tuannya ibu relakan........
Yang penting ibu dah lakukan yang terbaik untuk merawat Binggo..



18 April 2016

Hanya Seketika

15.4.2016.....sehari sempena ulang tahun en ayah kami
dapat ahli baru dalam keluarga.
Setelah lebih 2 bulan Oyen hilang akhirnya kami dapat penggantinya.

Biras ibu bawakan "Tuah" ni untuk Farouk.
Kami namakan "Tuah Bingo".....berusia 4 bulan.
2 hari Binggo bersama kami.
Terkadang dia ceria...tapi lebih banyak termenung...
Pot yang Binggo paling suka di sudut tingkap.
Hari ke 2...Binggo mula tak selera makan.....banyak termenung...
tercari-cari sesuatu....
Sayu dan sedih ibu tengokkan si Binggo.
Mungkin Binggo rindukan ibunya...abangnya....adik beradiknya....
Rasa bersalah setiap kali ibu lihat Bingo termenung...
Walaupun Bingo hanya sekadar seekor kucing kecil tapi
hati dan perasaan rindunya siapa yang tahu....

Akhirnya ibu mengambil keputusan yang berat.
Kami sepakat pulangkan semula Tuah @ Bingo kepangkuan keluarganya.
Biarlah Bingo bahagia disisi keluarganya...ditempat asalnya.........

 Muka sedih.....

 Pot tempat Tuah Binggo melayan perasaan rindunya....

Bila ibu tatap gambar ni..airmata ibu menitis....
Sebak dan sedih....
Beginilah keadaan Bingo menanggung rindu pada keluarganya.

Takpelah ye Tuah Bingo....jodoh kita tak panjang.
Kalau ada masa terluang ibu akan datang menziarahi Bingo.

26 Mac 2016

Kucing Bengal

Kucing Bengal????
Kisah seekor pendatang kat rumah ibu.
Rasanya sejak bulan 2 lagi si kelabu ni datang.
Masa tu Oyen masih ada........
sering datang di awal pagi meminta makanan.
Stok makanan Oyen masih banyak dan Si Kelabu inilah yang makan setiap hari.
Rezeki si Kelabu.

Kelabu memang montel dan bulunya cantik cuma mukanya agak garang.
Walaupun Kelabu lebih "ensom" dari Oyen namun hati ibu belum terbuka
untuk memanjakan Kelabu.
Hati ibu tetap merindui Oyen.
Cuma ibu tidak pernah lupa membeli dan memberi Kelabu makan.
Ibu pun tak pasti Si Kelabu ni milik siapa cuma ibu sekadar berkongsi rezeki
dengannya....

Si Bengal

Beginilah rupa Bengal...garanggggg.....tapi manja.

p/s:
Aik...rajin pulak ibu update n3 ye...he3x....

2 Mac 2016

Kisah Kehilangan Oyen

Kehadiran Oyen menjadi sebahagian family dalam hidup kami.
Patutlah Nabi Muhammad saw amat menyayangi kucing sebab makhluk ni merupakan minda terapi 
yang paling berkesan dikala kita sedih atau kesunyian.

Oyen menceriakan hari-hari kami walaupun adakalanya Oyen buat hati ibu gundah gulana.
Oyen seekor kucing yang sangat "cool"....mendengar kata dan tidak
banyak kerenah.
Banyak habiskan masa "tidur" dan berehat.....jarang ibu lihat Oyen 
berlari ke sana sini....Oyen boleh dikatakan seekor kucing yang sopan dan pemalu.

Semasa kami bercuti CNY selama seminggu..Oyen hilang tanpa dapat
dikesan.
Bertapa kami sekeluarga bersedih di atas kehilangan Oyen.
Menurut jiran ibu ( yang sering menjaga Oyen setiap kali kami bercuti) sepanjang kami
bercuti seminggu hanya sekali je Oyen balik makan.
Lepas tu dia dah tak nampak gelibat Oyen.
Bertapa rindunya ibu dan anak-anak pada oyen.

Hampir 2 minggu Oyen hilang.
Ibu memujuk hati agar bersabar.
Ibu tidap putus berharap agar Oyen selamat.
Ibu berdoa agar Oyen baik2 saja ditempat baru....

Suatu petang tiba-tiba Oyen muncul depan pintu...
Badan kurus tidak bermaya.....
Ya Allah..tidak dapat nak ibu gambarkan kegembiraan ini.
5F turut gembira dan bersyukur dengan kehadiran oyen.

Dan minggu ini Oyen hilang lagi.
Hingga saat ibu menaip n3 ni dah masuk 9 hari Oyen hilang.....
Ibu cuma berharap agar Oyen baik2 saja dan kembali ke pangkuan kami dengan selamat...
Sekiranya Oyen sudah temui penganti kami,
Ibu berharap 'tuan baru' menjaga Oyen baik.
Ketahuailah Oyen saat ini ibu amat merindui Oyen.
Jauh disudut hati ibu tidak pernah putus berharap
agar Oyen kembali kepangkuan ibu.
Ibu sangap rindu untuk memeluk dan mendakap Oyen.
Ibu rindu bila saat lapar Oyen mencium dan menjilat muka ibu.

Selalu abang Farouk buli Oyen baca buku setiap malam....

Bila abang Farouk ke surau..sedap je oyen berdengkur atas buku.....

Ginilah muka bila kena bebel dengan ibu...
macam mana hati ibu tak cair tengok muka oyen....

Manja sangat dengan abang farouk

Suka juga teman ibu tengok TV.....

Gaya tidur oyen....Suka peluk bebear...

Bilik Kakak Naurah pot yang paling oyen suka....

Juga di ruang rehat......tempat lepak Oyen...

Kembalilah oyen....Ibu sangat merindui Oyen.....

25 November 2015

Kisah Kucing Bernama Oyen

Salam rindu semua.
Lama sangat ibu tak jengah rumah ni.
Penuh dengan sawang dan habuk...adeh
Banyak sebenarnya kisah yang ibu ingin kongsikan.
Kisah2 percutian pun ada dalam draf namun rasa buntu nak update.
Ni pun malam tadi ibu baru balik dari bercuti.
Tengoklah kalau ada kekuatan dan kerajinan nak update.

Kali ni ibu nak berkongsi kisah si kucing yang bernama Oyen.
Lebih 3 bulan yang lalu rumah ibu
dikunjungi seekor kucing berwarna oren.
Kurus...kotor...suka mengiau...
suka gesel-gesel badannya hinggakan buat
ibu rimas dan geram.
Selalu jugak Si Oyen kena sekeh dengan ibu..he3x

Namun setiap hari ibu beri makan 
sebab rasa kesian dan simpati.
Seekor makhluk yang pernah jadi kesayangan 
Rasulullah....

Lama kelamaan timbul rasa sayang pada si kucing ni dan ibu namakan Oyen.

Tidak banyak yang Oyen mintak,
cukuplah sesuap nasi.
Berkongsi sedikit rezeki yang Allah berikan buat kami.
Kalau berkesempatan ibu rebus ikan
selayang. 
Makanan kegemaran Oyen, nasi digaul bersama ikan rebus.
Kadang kala ibu bagi Oyen makan whiskes , ayam dan ikan bilis...
Oyen tidak pernah memilih....

Sejak Oyen jadi sebahagian ahli keluarga kami,
2x Oyen ditinggalkan bersama jiran semasa kami pergi bercuti.

Kisah yang sangat tragis semasa ibu bercuti di Pulau Langkawi selama 4hr 3 malam.
Hari ke 2 di sana jiran ibu call.
Katanya dia terdengar Oyen mengiau2 dalam rumah.
Ya Allah..rasa nak gugur jantung ibu.
Farouk menangis sepanjang malam.
Sangat bimbang dengan keadaan Oyen.
Macam mana Oyen nak hidup tanpa makan...minum...
Rasa nak je ibu balik masa tu..
Ibu mohon jasa baik jiran untuk keluarkan Oyen melalui sebuah lubang angin yang kecil .
Dan hari ke 3 jiran ibu sms yang menyatakan Oyen selamat dikeluarkan.
Ya Allah...tak dapat nak ibu bayangkan rasa syukur.
Ibu jugak tak dapat bayangkan macam mana Oyen cuba keluar sedangkan lubang itu sangat tinggi dan kecil...

Oyen memang seekor kucing yang sangat bijak.
2 hari di dalam rumah langsung Oyen tak usik apa-apa.
Cuma dalam singki ibu dapati Oyen memakan sisa-sisa makanan yang ada di dalam bekas buangan.
Oyen juga meneruskan kehidupan dengan memakan telur mentah.
Oyen buang najis di atas alas kaki....
Kesian Oyen....ikhtiar untuk terus hidup.

Pantang nampak handphone.
Mula lah Oyen buat muka comel.

Sangat manja dengan farouk.




Tidur macam baby kecik. 
Suka sangat dikelilingi macam2 mainan

Pot kegemaran Oyen di sofa berwarna merah.

Wajah terkini setelah hampir 5 hari kami tinggalkan Oyen.
Mungkin Oyen sangat-sangat merindui kami juga.

Terima kasih tidak terhingga kepada jiran ibu yang banyak bersusah payah kerana Oyen.
Jasamu tetap dikenang.
Hanya Allah saja yang dapat membalasnya.

About me