Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label A-HONG KONG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label A-HONG KONG. Papar semua catatan

6 Januari 2014

Hong Kong Part 3- Disneyland (In Door)

Siri pertama siri jelajah Disneyland( "out door" ),
hari ni ibu buat siri ke 2 pulak.
Siri ke 2 di Disneyland dan mungkin terakhir sebab banyak lagi destinasi lain
yang sedang menanti untuk diterbitkan...
Ibu pun tak begitu rajin nak menulis akibat kesibukan yang sedang melanda
umpama taufan tsunami....huhuhu.....

Selain aktiviti "out door" di sini juga ada banyak aktiviti "in door".
Itupun kami pilih-pilih je sebab orang teramat ramai.
Ramai juga pelancong dari Malaysia dan rupanya ada 1 family makcik ibu
 pun datang ke sini pada tarikh yang sama...
Tau-tau bila baca FB dia.......

Aktiviti in door yang pertama kami terjah kat sini.
Sebenarnya 2 kali jugak kami masuk ke sini..
Tujuannya nak kurangkan kesejukan di luar sana......muhahaha......

Kat dalam memang bestlah sebab kami dibawa ke alam fantasi.
Seolah-olah berada di dalam sebuah big book....
Animasi 2D dan 3D amat menarik....diiringi dengan sesi cerita dan lagu-lagu yang menarik....
Yang paling kat dalam ni kami tidak mengiggil kesejukan....

Keluar je dari sini kami dihulur dengan sekeping kad kecil.
Tuntutan untuk mengambil gambar.
Ada beberapa saiz gambar yang boleh dipilih semurah (?) RM60-RM200.
Mula-mula nak jugak beli tapi bila tengok muka kami dalam gambar tu tak senonoh terus cancel.
Memang tak hinggin pun nak beli.....Hahaha....
Selamat duit mak jemah.....

Kemudian merayau-rayau lagi.
Jumpa pulak tempat nie.
Terus beratur ke depan sebab kebetulan orang belum ramai.
Kat sini cinema 3D cerita animasi mickey and the geng....

Pakai cermin mata 3D dulu ye anak-anak......
Movienya memang menariklah bila dalam bentuk 3D
Bila mickey masuk dalam air, kita pun turut direnjis dengan air....eeeeeee....tak suka betul.
Sejukkkkkkk tau.......

Kemudian kami juga masuk ke sini sebanyak 2X.....

Posing dulu.
Masa ni Farouk sedang sedih sebab berebut dengan kakak nak drive kereta masa kat atas tadi.......
Aduyai..mamat air mata nih...
Kakak senyum je tanpa rasa bersalah.....

Best jugak kat dalam nie.
Penerokaan beserta game yang sangat-sangat buat ibu lupa diri.
Lupa seketika diri ini dah tua....
Terasa macam kanak-kanak rebina pulak.....

Main tembak menembak yang sangat best.
Kereta yang kita naiki boleh dipusing2 360 darjah.
Sampai naik pitam.......

Bila Farouk tengok markah ibu dah ratusan ribu dia mula jeles.
Katanya ibu ngelat la, ibu overlah..ibu itulah..inilah..
Yang pasti ibu menang.........ha.ha.ha.... 

 Ada beberapa tempat lagi kami pergi.
Ada juga tempat-tempat yang anak-anak tak nak masuk sebab setengahnya 
ada yang terlalu adventure dan menakutkan.
ibu redha jelah sebab ibu pun spesis yang sama......hik3x.....

Lebih kurang 9.30 malam kami mula bergerak keluar dari Disneyland
setelah menonton pertunjukan bunga apa dan perarakan.
Dah tak tahan menanggung kesejukan yang makin menjadi-jadi....

Selamat tinggal Disney...
Insha Allah, ada rezeki kami datang lagi.
Dan Farouk berjanji bila dah kerja nak bawa ibu dan ayah ke sini
bersama isteri dia...
Aduyai..larat lagi ke ibu dan ayah nak menapak ke sini masa tu.......

Malamnya kami menuju je sebuah destinasi @Daerah ke 3  yang lebih sejukkkk.
Shenzen kami datangggggggggggg.......

p/s:
Tahun 2014 ibu menabung dalam tabung ayam untuk ke destinasi
lain pulak.........

2 Januari 2014

Hong Kong Part 2-Disneyland (Out Door)

Disneyland..Kami datang.
Ramaikan tak sabar-sabar nak baca kisah kami di Disneylandkan..kan...
Citttt....prasan...he3x....
Naurah, Farouk dan Iman Amsyarlah yang nak sangat ke sini.
 Ibu pun sebenarnya sama jugak....he3x.....
Maklumlah ibu pun membesar bersama kartun disney.
Walaupun belum mampu terbang ke Paris, ke HK pun jadilah.
Kebetulan kami datang suhu mencecah 8 darjah celcius...
Tidak berapa lama gerimis pula turun.
Ditambah dengan angin sejuk.......
Aduyai, sejuk sampai ke tulang hitam.
Nasib kami agak kurang baik kerana bila sampai
di sini hujan turun...huhuhu....
Masa ayah ofer suruh ibu bawak baju bulu tebal dan sarong tangan buat sombong.
Ibu kata bukan nak ke Beijing pun.....
2 tahun lepas Ayah ke Beijing suhu -5 darjah celcius...
Ada salji turun tapi kami ke tempat lain.
Kononnya cukuplah baju tebal sehelai sebab sebelum datang ajen cakap suhu 
sekitar 16-20 darjah celcius macam kat dalam aircond je,
rupanya masa kami tiba suhu jatuh menjunam ke 5-8 darjah celcius.......
Datang sini baru rasa menyesal..sejuk beku dibuatnya.....
Ha baru padan mukakan......

Ok jom ikut kami meneroka
di Disneyland....

Bahagian depan.
Masa ni Farouk dah sibuk tanya mana castle mickey mouse....
Tak sabar-sabar dia.
Sebenarnya ibu pun sama...hik3x.....
Castle tu rupanya terletak jauh ke dalam dan tak sebesar yang ibu bayangkan.....

Pintu gerbang menyambut kami...
Rupanya jauh juga kena menapak ke dalam.
Sabar jelah.....
Bergambar lagi di dalam gerimis yang amat sejuk.....

Tiket masuk dan baucer makan kat restauran Halal Disneyland.

Muka Farouk dah fedup sebab baru nak 
melangkah setapak dah kena posing...baru melangkah setapak kena posing...
ha.ha.ha......
Bukan senang nak datang sini anak oiiiiiii.....
Semput ibu cari duit menabung kat tabung ayam tu tau......

Pemandangan di bahagian dalam.
Deretan kedai menjual souvineer......

 
Ok stop!!!!!! klik lagi dan lagi....hahaha....
Naurah sporting tapi Farouk ni terkadang suka juga membebel sorang2....


Yeahhhhhh,....akhirnya baru nampak bayang  castle mercu tanda Disneyland.....
Ibu bayangkan castle tu tinggi dan besar rupanya sekadar
setinggi bangunan 3 tingkat je kot...walah...tertipah tertipu mak jemah....

Ok wajib posing sini sebagai kenangan kami dah jejak Disneyland HK....
Geram je tengok Farouk buat muka....hish2x....

Naurah yang sporting so view gambar pun cantik.
Pakai baju dah macam anak orang Korea pulak.
Dia dah mengiggil kesejukan tahap beku....
Baju sejuk tertinggal dalam bas......huhuhu.....
Nasib lah kakak.
Tak mampu ibu nak beli baju sejuk kakak di sini sebab terlalu mahal...


Naurah lagiiii.....

Dannnn Farouk....
Gambar ibu..? Tak pelah, gambar ibu menyelit-nyelit celah anak-anak.

 
Singgah beli baju hujan sebab gerimis bermula.
Mak aiiii......barang-barang kat sini mencekek darah betul.
Kalau tak hujan tak hinggin ibu beli baju hujan tu.
Sehelai dalam RM30...nipis je plastiknya.....
Kat depan kosong je , cuma kat belakang tu ada gambar mickey mouse..
Kalau kat Malaysia agaknya dalam Rm5-6 hinggit je kot.....


Lepas tu singgah sini sekejap.
Jengah-jengah tengok souvineer.
Aduyai...tak mampu rasanya nak beli.
Semuanya mahal......

Sempatlah kami menjelajah ke beberapa tempat yang ada di sini.
Masa sampai kat Toys Story Land ibu tak benarkan Naurah dan Farouk
naik buaian yang besar tu sebab hujan dan licin.
Risau, tak pasal-pasal tergelincir jatuh...huhuhu....

Posing jelah......
Singgah pulak kat sini.
Farouk dan Naurah naik kereta di atas jenjatas, 
Ibu dah tak larat nak menapak.
Ditambah dengan kesejukan yang dah makin mengcengkam jiwa raga....huhuhu...
ibu tunggu kat bawah je.....

 Yang peliknya tiba-tiba makhluk kecil ni ramai-ramai datang mendekati dan menemani ibu.
Segan pulak rasa bila mata-mata memandang hairan + pelik ke arah ibu.
Ada yang siap tangkap gambar.
Ibu pun pelik kenapa makhluk ni begitu jinak dan makin dekat dengan ibu......
Rupanya kat tangan ibu ada bekalan biskut...muhahaha.....


Kemudian kami ke Adventureland.
Mula-mula rasa malas nak ke area sini sebab nampak suram dan kami
disambut dengan bunyi-bunyi yang agak menyeramkan.

Di pintu masuk.....

Ok, beratur dulu nak naik river cruise....
Keadaan dah makin gelap ditambah dengan dekorasi dikawasan itu yang
surammmm.....

 Tak sabar nak menerokai alam yang penuh misteri.........

Beberapa keping je gambar yang ibu sempat snap sebab risau dslr basah
sebab air memancut-mancut masuk ke dalam perahu kami.....

Ni gambar dari en google yang ibu edit.
Kalau pergi HK disneyland, jangan lupa ke sini.
Rasa macam real sangat-sangat.
Macam-macam pengalaman ngeri, takut, risau, suspen dan seronok di sini.
Bayangkan ibu terpaksa sorokkan kamera sebab risau basah disimbah oleh
belalai gajah buatan yang tiba-tiba keluar dari dalam air sungai
Nampak macam real sangat...
Sepanjang perjalanan menyusuri sungai macam-macam kejadian yang
tidak dijangka berlaku.
Dan penghujungnya bot kami seolah-olah disambar api.
Bahang api terasa dan amat-amat buat kami ketakutan.
Asap berkepol2 keluar hingga rasa lemas pulak dalam asap.
Peristiwa di sini amat-amat mencabar dan menyeronokkan.....

                   
 Datang ke sini jangan risau sebab ada sebuah restauran halal disediakan.

 Kami dinner di sini lebih kurang pukul 6 ptg.
Keadaan di sana dah macam pukul 8 malam.
Ada pelbagai menu pilihan..
1 set makanan kalau tak silap ibu dalam RM30-40.
Rasa makanan tu biasa-biasa ajelah.....

  Farouk yang tak suka makan nasi..makan kais-kais....
membazir betul order nasi untuk farouk.
Naurah pun tak habis makan.
Katanya kebab kambing rasa pelikkkk.....
Tapi memang pelik punnnnnn....

Lepas makan sambung lagi aktiviti out-door.
Sejuk makin mengcekam.
Kadang-kadang kami masuk tandas untuk kurangkan kesejukan...
Kami selesa berada di tandas......hahaha....

Kami berada di sini sampai ke malam.
Keadaan cuaca di sebelah malam makin sejuk namun kami redha jelah sebab bukan
senang nak datang ke sini....

Macam-macam permainan outdoor kami naiki sebelah malam sebab gerimis mula reda
menjelang petang..

Terjerit-jerit ibu dan anak-anak naik benda alah nie...aduyai......
rasa macam nak tercampak keluar je...kecut perut.

Singgah cuci mata kat kedai-kedai souvineer.....
Telan air liur jelah tengok tapi ada jugak ibu terjebak sebab "terpaksa" beli tanpa kerelaan.
Kegilaan pada fm tak dapat dikawal.
Dengan berat hati ibu beli juga 2 ketul
sebagai kenangan.
Seketul HK178 =RM89.
RM89 x 2 = RM178.
Kalau kat Malaysia ibu dah boleh melaram
dengan sepasang batik sutera....huwaaaaa

Bebear yang mengancam jiwa raga ibu.
Seekor dalam area HK200=RM100.
RM100 x 4 = RM???
Kecik je saiznya.
Kalau kat Malaysia dah dapat sebentuk
Cincin emas....huk.huk.huk...
Redha jelah demi sebuah kenangan....

Merayau-rayau tanpa arah tujuan.....

Menanti detik-detik 9.00 malam....

Muka budak dah penat habiskan masa berkualiti di Disneyland....he3x...

Tiba-tiba je makhluk ni muncul untuk ajak bergambar.....

Saat yang ditunggu hampir tibaaaaaaa....

Gambar ibu pinjam dari en google.
Inilah saat yang ditunggu-tunggu......
Tayangan bunga api di castle.
Masa ni diiringi salji buatan di turunkan.
Memang amat-amat cantik.
Ada juga ibu snap beberapa keping  gambar tapi hampeh...........
Maklumlah ibu nie main blasah je........

Ok nanti sambung versi "in door" pulak ye.
Itupun kalau ibu rajin....huhuhu...

Sekarang kesibukan melandaaaaa...

About me