Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

29 Februari 2012

Insomnia?

Kesian Along a.k.a Farah Nabilah.
Dah 3 minggu rupanya dia mengidap insomnia..
Masa baca blog Along baru ibu tahu Along mengidap insomnia.

Tahu tak apa tu insomnia????
Sejenis penyakit yang tak boleh tidur malam tu.....
Ala-ala burung hantu!!!!!!

Budak along ni pun satu.
Suka sangat merahsiakan sesuatu dari ibu.
Terkadang ibu pun tak faham along ni.
Orang yang banyak tahu rahsia dia cuma angah.

Bila dapat tahu ibu terus angkut Along ke klinik.
Risau juga sebab dah memakan masa 3 minggu.
Tapi yang tak bestnya bila doktor bekalkan ubat tidur.
Banyak kesan yang tidak elok kalau kerap amalkan.

Ibu pun buntu juga.
Tak tahu cara terbaik untuk atasi masalah Along.
Langkah pertama ibu suruh Along amalkan minum horlicks.
Nampaknya agak berkesan.
Moga penyakit along cepat ok.

Kekawan ada tak petua untuk atasi masalah along nie?????

Jom Sarapan.

Meh semua bersarapan dengan Farouk.
Sebelum pergi sekolah mesti ibu paksa Farouk bersarapan.
 Pagi-pagi dah makan lontong.
Nasib baik ibu tak suka makan ketupat.
Kalau tidak maunya menambah lemak-lemak dibadan.

"Kenyang la ibu...!!!!!"
Alasan orang tak nak bersarapan.....

28 Februari 2012

TQSM My Dear Dinas

Hari Jumaat ibu terima memo dari pejabat pos.
Akibat kesibukkan melampau  baru semalam sempat pergi tuntut.
Itu pun Along yang tolong ambil di pejabat pos..

Suspen jugak tiba-tiba terima posto.
Berdebar-debar rasa hati...Cewah...rasa macam terima surat cinta....

Bila buka rasa teruja sangat...sangat...
Hati berbunga riang.
Tersenggeh sorang-sorang.....
Kamu terlalu memahami Dinas.
Thanks my dear sis kerana menambahkan koleksi kakakmu.
Taraaaaa...dapat FM dari Dinas.
Masa ni Dinas p bercuti kat Krabi, Thailand.....

 Antara koleksi FM yang ada dalam simpanan ibu.
Ni bahagian sisi petiais.
Abaikan kotak yang menganggu pandangan mata....
Dah cukup koleksi dari seluruh dunia kecuali Israel (hishhh!!!!nyampah sebut negara tu).
Next week ayah nak ke oversea lagi.
Jangan lupa belikan FM ye ayah!!!!!!!J
Jangan la semata-mata beli FM je ayah!!!!!

Ni bahagian depan peti ais....
Nampak tak Dinas FM ke 2 pemberian Dinas....
TQSM My dear.....
Sayang kamu!!!!!!Muah...muah!!!!

p/s:
Ada sapa2 lagi ke nak bagi ibu FM nie...??????
Ngeeeee......

Seharian @Jom Heboh Melaka.

Ni kisah outing hari Ahad.
Kesian tengok anak-anak dah lama kekurangan perhatian ayah dan ibu.
Malam Sabtu ayah baru sampai rumah setelah 3 hari outstation.
Pagi-pagi Naurah beria-ia ajak ke Melaka.
Ikutkan hati memang ibu penat sangat...sangat....sangat...
Begitu juga ayah.....
Demi anak, redha jelah.....

Ayah ni memang tak pernah menolak permintaan anak.
Dalam kepenatan seawal 8.00 pagi kami bertolak ke Melaka.
3 farah tak mau ikut.
Alasan, masing-masing dah ada program.
Ibu tahu sangat.
3 Farah tak tahan berjalan dengan ayah yang suka melayan
kerenah Naurah dan Farouk.
Kalau dah berjalan, confirm sampai lebam....he.he.he...

Jom layan gambar..

 Seawal 9.00 pagi kami dah sampai. Kelakarkan.

 Posing dulu.

 Deretan kedai di tapak ekspo.

Naurah sabar menanti Abang hensom Shers-dalam rancangan 5 Rencah 5 Rasa memasak lempeng.
Lempeng je ko masak!!!!!!!.....

Dah habis masak Naurah sempat posing kat belakang khemah.
Memang handsome la mamat nie...Muka mat salleh.
Kalau tengok dalam TV macam muka cina...Confius jap!!!!!!

 Tiba-tiba ayah dan Farouk hilang dalam lautan manusia yang semakin ramai....

 So Kakak Naurah jelah yang jadi model ibu....
Berdua lebih baik......

 Masa dok tengah sibuk-sibuk tiba-tiba ada orang mengulur salam.
Terpingga2 ibu...
La.....Ketua Menteri Melaka rupanya.
Maaf Tok, tak perasan tadi...Ha.ha.ha....
Naurah je salam ye Tok...Kita bukan muhrim....haram!!!!.
boleh ke gitu....

 Ronda-ronda lagi.
Setiap kali jumpa tabung anak2 ibu memang dah tahu.
Minta duit untuk derma sambil berniat untuk kejayaan mereka.
Tiba-tiba datang kakak ni laga-laga pipi dengan Naurah.
Punya la ibu blur..
Ibu tanya Naurah, kakak comel tu sapa.
Naurah kata  pelakon dan penyanyi kat TV la ibu...
Ooooooo...mana la ibu nak kenal sebab artis ramai sangat....
Maaf ye dik..ibu ni dah tak kenal artis2 baru....

Ni pulak pelakon utama Vanila Coklat Aiman Hakim Rizal....
Punyalah Naurah teruja.....

 Ramai gak jumpa artis kat sini.
Tengok dari jauh je...
Malas nak singgah-singgah.
Masa ibu pergi masih tak ramai orang.
Jadi peluang untuk bergambar terbuka luas cuma ibu yang takde mood hari tu....

Melodi live...Kami tak singgah pun..Masa ni orang dah ramai sangat...

 Playland...10 minit = RM2...mahai la kakak...baik kita pergi beli jajan je...

 Jajan yang sempat disambar....
Ini je yang kami beli...

Dah lapar singgah makan lunch kat Restaurant Ikan Bakar Malim.
Sedap juga makanan di sini.
Tapi agak mahal...

 Misteri kehilangan Farouk dan Ayah.
Memang 2 beranak ni tak de kerja lain.
Inilah juga yang dicarinya...
Bertambah lagi koleksi hot-wheels si mamat Farouk....

 Ini je yang ibu beli.
Ibu ni peminat silky-girl.
Macam remaja pulak orang tua nie.....he.he.he...

 Singgah solat.
Kat masjid MITC pun dah dibanjiri orang.

Balik rumah dah hampir Maghrib.

27 Februari 2012

Akhirnya Keperingkat Negeri ?????

Perkhabar yang ibu terima beberapa hari lepas:
Tahniah Cikgu, Calon Tokoh NILAM sekolah cikgu FARAH NAURAH
berjaya merangkul JOHAN Peringkat Daerah.
Tersentap ibu untuk kali ke 2 bila dimaklumkan oleh Pegawai Teknologi Maklumat (PTP)..
Kebetulan PTP hadir ke sekolah kerana hadiri program sekolah.

Dalam hati berbunga riang dan bangga namun dalam masa yang sama
hati ibu berbelah bagi.
Bukan ibu tidak bangga dengan pencapaian Naurah.
Ibu bangga sangat-sangat.
Naurah telah merangkul Johan Zon setelah berentap dan bersaing
dipusingan pertama
pemilihan dan melangkah ke peringkat Daerah.
Malah cikgu-cikgunya begitu berbangga kerana Naurah mengharumkan
nama sekolah dan Zon untuk ke peringkat yang lebih jauh iaitu 
peringkat Negeri Johor.
Kiranya Naurah bakal mewakili Daerah Muar/
Ledang bagi kategori sekolah luar bandar ke Peringkat Negeri Johor.

Ibu mula berfikir, perlukah ibu meneruskan langkah seterusnya
atau mengambil keputusan untuk menarik diri.
Banyak faktor yang perlu ibu fikirkan....
Banyak persiapan yang perlu dilakukan, banyak tenaga yang perlu digunakan.
Sedangkan saat ini ibu dilanda kesibukkan yang teramat.
Ibu rasa ibu tidak mampu untuk meneruskan semua ini.
BUNTU!!!!!

Farah Naurah...ibu bangga dengan pencapaian kakak 
tapi mungkin ibu terpaksa mengambil keputusan
menarik diri kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.......
Ibu harap Naurah faham dan mengerti..

Kisah perjuangan Farah Naurah untuk bergelar TOKOH NILAM.
Klik sinisini,  sini,  dan sini

Juga terima kasih untuk Along kerana bersusah payah
melatih Naurah berforum (BM/BI), berpidato,
bercerita , latihan temuduga dan sebagainya untuk persiapan ke pertandingan
TOKOH NILAM peringkat Daerah hari tu..
Berbaloi2 usaha Along dan Naurah.
Tahniah anak-anak ibu.
Ibu bangga dengan kalian.....

26 Februari 2012

Maafkan Daku Wahai Kakanda + Jahitan Manik.

Dah 2X ibu kena sound dengan kekanda mamaijat kerana tak reti duduk diam.
Maaf ye kekandaku sayang kerana adindamu ini memang spesis yang tak boleh duduk diam.
Ibu tahu kekanda mamaijat risau dengan kesibukkan ibu dan
menambahkan lagi kesibukkan dengan kerja-kerja sampingan...hu.hu.hu...

Amaran dari kekandaku mamaijat :
Amaran 1
.....salam adindaku.....
memang sungguh NzA ni jenis yang x reti duduk diam.....
.....sepatutnya rehatlah sekejap petang2 tu ,cos malam nak bertugas lagi....
.....x reti dah nak cakap!!!
what ever...asal hati bahagia..kan dik!!!!!!

Amaran ke 2
....Salam.....
Puan NzA,saya mencadangkan puan berehat ajelah dulu....
diharap mendapat sokongan dari rakan blogger yang lain...
mamaijat yang baca N3 ni pun dah x larat...tolonglah berehat ye...
pulihkan yang letih tu dulu...
okay....
good teacher..
ha ha ha..



Ha, amaran dari seorang kakak blogger untuk seorang adik.....
Bab kata orang, dalam marah ada sayang.....bahagia bila disayangi!!!!!!!
Ampun kak, memang adik akak ni degil dan tak reti duduk diam...hu.hu.hu...

Ibu akui, ibu ni seorang yang tak reti duduk diam.
Ada saja kerja-kerja sampingan yang akan ibu lakukan mengikut gerak hati.
Kalau kat sekolah, ibu sering ditegur rakan-rakan.
Sambil-sambil bersembang, ada je gerak tangan ibu.
Trkadang melukis, menanda buku, berFB, mengunting dan macam-macam aktiviti.
Dalam waktu rehat, ibu boleh pergi menconteng dinding2 di sekolah.

Semasa berdiri kat luar kelas pun sementara menunggu pertukaran guru
ibu masih boleh lakukan sesuatu.
Snap gambar, mengunting kertas2 atau melukis ditepi beranda....
Dalam handbag ibu bukan ada alat make-up tetapi
diisi dengan gunting, marker, kamera, pensel warna..
Macam budak tadikakan.......

Dan kali ini ibu lakukan lagi aktiviti setelah seharian bekerja dan
malamnya menyambung rewang dirumah jiran hingga hampir 12 tengahmalam....
Jangan marah ye kekandaku mamaijat...hu.hu.hu....

 Mata tak mahu lelap walaupun badan dah penat teramat.
Capai manik dan baju.....
Hobi terbaru ibu.... klik sini...
Jahit bunga-bunga manik untuk pujuk mata supaya lelap........

 Niat hati nak siapkan sekuntum bunga tetapi tiba-tiba jadi teruja dengan experiment warna baru...

 Hasilnya siaplah 3 kuntum bunga untuk malam ini sebelum melelapkan mata.
Semoga malam ini ibu mampu mimpikan si Auni kesayangan ibu.
Esok pagi, ibu perlu ke rumah jiran untuk sambung rewang.
Beginilah rutin ibu entah sampai bila.......


p/s:
Jap lagi nak outing dgn family.
Tenangkan fikiran...Jom!!!!

25 Februari 2012

Masih dilanda Kesibukan...

Seharian ibu kesibukkan tahap maksimum..
Seawal pagi dah terpacak di sekolah kerana menghadiri Kursus Kepimpinan.
Balik sekolah dah nak petang dan terus mengziarahi 2 orang rakan sekerja yang bersalin.
Balik ke rumah dah Asar.
Terus ke rumah jiran untuk rewang......
Maghrib baru terpacak kat rumah.
Baru sempat bersua dengan anak-anak.....
Ayah pun dah 2 hari outstation...hu.hu.hu....

Semasa menyampaikan ceramah dan bengkel PSS pagi tadi..
Nantilah ibu buat n3....

p/s:
Terima kasih semua kerana tak jemu berdoa untuk Sara Auni.
Hanya Allah yang mampu mambalas kebaikan kalian..InsyaAllah...

Semangat nak update blog tetap berkobar-kobar tetapi
penat teramat....zzzzzzzzzz.........

Semoga Auni Terus Sihat.

Semalam genaplah umur Qaisara Balqis @ Sara Auni 1 bulan.
Setiap hari ibu tidak jemu-jemu bertanya khabar dalam
erti kata lain memantau Auni dari jauh.

Alhamdulillah, ibu bersyukur kerana Allah makbulkan doa2 kita semua.
Auni semakin sihat walaupun masih alami komplikasi muntah-muntah dan paru-paru berkahak.
Si kecil Auni terus kuat melawan penyakitnya setelah 10 hari + 2 hari di ICU.
Ibu percaya Auni akan membesar menjadi kanak-kanak yang
kuat semangat dan tabah kerana diusia 4 hari Auni telah diuji dengan
berbagai penyakit.

Sentiasa lesu tidak bermaya kerana setiap kali minum susu Auni akan muntah-muntah.
Badan Auni sekarang cuma 2.6 kg berbanding semasa lahir beratnya 2.8 kg....
Lihatlah betapa kecilnya jemari Auni....
Tabahlah sayang...terus kuatkan semangatmu melawan semua ini......
Ibu tidak putus-putus mendoakan Auni.....

Gambar yang di mms oleh mama Auni malam tadi.
Wajah Auni agak cengkung.
Inilah kali pertama ibu melihat mata besar Auni.
Walaupun badan Auni susut, ibu tetap bahagia menatap wajah suci Auni.

Ya Allah, lindungilah Auni.
Kurniakan kesihatan yang baik buat Auni.
Kabulkan doa-doa kami Ya Allah....
Amin.....

Semoga sayang ibu terus sihat dan ceria.
Ibu tidak sabar-sabar ingin mengucup pipimu sayang.....
Kisah Auni , klik sini, sini , sini dan sini .

p/s:
Hari ni ibu tetap bekerja.
Perlu menyampaikan ceramah untuk Kursus Kepimpinan pula.
Sejak sekolah baru 2 kali ibu bercuti hari Sabtu.
Terima kasih anak-anak ibu kerana memahami kesibukkan ibu dan ayah.

24 Februari 2012

Hancur Musnah Segalanya.

Bunyi tajuk macam orang frust je.
Tapi tayang makanan.
Kisah malam tadi.
Ibu hadiri program bulanan...Solat Hajat UPSR.
Selesai solat hajat + tahlil biasanya jemaah  dibekalkan makanan sebagai buah tangan.
Makanan tu disedekahkan oleh orang yang berhajat.

Sampai rumah dah pukul 9.30 malam.
 Bila buka bungkusan ,rupanya nasi ambang.
Baunya membangkitkan selera ibu.
Apa lagi..makan tak hinggat.
Habis musnah program diet ibu..."malam tanpa nasi".....hu.hu.hu...
Makin mengembanglah kalau macam ni.....

p/s :
Mak aiiii...esok nak kena pantau la pulak.
Tak kisahlah!!!!!

23 Februari 2012

Sayang Kamu...

Balik sekolah ibu betul2 tersentap bila along maklumkan 'pen-drive' ibu tersadai dalam mesin basuh.
Bayangkan berhempas pulas 1 jam si pen-drive dalam mesin basuh.
Siap ditambah softlan bagai....
Ya Allah, rasa nak pitam ibu.
Maklumlah dalam tu berbagai-bagai bahan penting dan terkini yang ibu simpan.
Terus ibu buka lappy dan  Alhamdulillah, nyawanya masih panjang.
Syukur sangat-sangat...
Sayang kamu......

Pen-drive ditemani si kuning, hadiah pemberian Farouk sama besday ibu dulu....

p/s :
Malam ni ke sekolah lagi...Ada solat hajat bulanan untuk calon UPSR..

22 Februari 2012

Projek Jahitan Manik Kelopak Kuning

Semalam dalam timbunan kerja ibu cuba siapkan sepasang baju kurung.
Petang ni, masih dalam timbunan kerja yang tidak pernah selesai
 ibu cuba melakukan sesuatu diluar kawalan.....
Jahit manik!!!!!!

Sementara menanti solat Asar, ibu cuba juga bersengkang mata.
Semangat punya pasal ibu cuba juga.
Ingat nak sambung malam ni tetapi baru ibu ingat yang  malam
ini ibu perlu ke sekolah  kerana ada kelas tambahan Matematik.
So dengan gigih ibu cuba siapkan juga petang ni..
Mampukah ibu?????????

 Separuh siap.
Cuma ada kuntuman bunga tanpa daun.......

 InsyaAllah kejap lagi ibu nak sambung balik jahitan sebelum bersiap untuk ke sekolah.
Malam pun pergi sekolah ke?????
Itulah tugas seorang guru, bekerja tanpa mengira masa.......
Dan farouk pun dah pandai komen :
" Ibu ni malam2 pun pergi sekolah. Ibu tak takut hantu ek....?????
Hish!!!tiba-tiba berderau darah ibu. Teringat kisah 2 minggu lepas.
Oppss!!! lain kali ibu cerita ye...!!!!!

Maaf jika ibu masih tak dapat BW ke rumah kawan2.......
Miss you all........hu.hu.hu.....

21 Februari 2012

Menara Kain Batik Sarawak.

Bukan setakat kuih muih jadi menara kat rumah ibu,
tetapi sekarang kain batik Sarawak pun dah mula jadi menara.
Sejak mencuba kain batik sarong Sarawak dari ummiross, ibu dah mula jatuh cinta.
Suka sangat pakai kain batik ni yang amat selesa dan lembut.

Kali ni ibu order lagi.
Bukan untuk ibu aje tetapi untuk rakan-rakan.
Rakan2 kat sekolah ibu dah demam batik sarong Sarawak.

 Kain Batik Sarong yang baru sampai kelmarin....
Nasib baik ibu sempat rembat 4 helai.
Pergi sekolah pagi ni dah tak ada.
Mungkin sudah dibawa pulang oleh rakan-rakan......

Dan ibu dapat cenderahati dari Ummi yang baik hati..
Thanks my dear Ummiross...Suka 3X...

Projek petang tadi...menjahit setelah sepetang mengadap lappy menyiapkan minit mesyuarat semalam.
Fuh!!!! sekali buat minit sampai 6 muka surat.
Dasyatkan kami bermesyuarat....
Panazzzzz!!!!!
Petang ni gigih menjahit.
Release tension mengadap kerja yang melambak......

Menjelang Maghrib baju ibu dah siap.
Cantik tak Ummiross?????????ngee....
Percubaan ke 2 ibu menjahit baju pasang dari kain batik sarong.
Percubaan pertama ibu, sila klik sini .

p/s:
Masih dalam kesibukkan yang melampau.
Masih tak sempat nak BW sepenuhnya..
maaf ye wahai teman2 kesayangan ibu...hu.hu.hu...

Mereka Banyak Persamaan

Farah Nadiah a.k.a Angah dan Farah Naurah 
Terlalu banyak persamaan antara mereka :
Farah Naurah dan Farah Nadiah

*Mereka sama-sama di lahirkan di Bandar Mersing.
*Mereka disambut oleh bidan yang sama semasa ibu bersalin di Hospital Besar Mersing.
*Waktu kelahiran mereka hampir sama.
*Perwatakan mereka hampir sama. Nampak lembut tetapi tegas.
*Mereka sama-sama meminati dunia lukisan.
Mereka sering menang dalam setiap pertandingan lukisan yang disertai hingga ke 
peringkat Kebangsaan.
*Mereka punya watak yang sama:
-tekun belajar
-rajin berusaha
-melakukan sesuatu tugasan dengan segera tanpa bertangguh.
*Mereka sama-sama akan menduduki peperiksaan tahun ini.
Angah-SPM dan Naurah UPSR
*Mereka sering belajar bersama.
*Mereka sama-sama menjadi harapan sekolah.
*Mereka sering dijadikan contoh oleh guru-guru.
*Ayat yang hampir sama bila ibu berjumpa guru-guru mereka berdua:
"Cikgu jangan risau, anak cikgu seorang pelajar cemerlang."
"Dia tidak pernah mendatangkan apa-apa masalah, 
malah kami amat bangga dengan sikapnya..TAHNIAH!!!!"
*Sejak di tadika mereka telah menunjukkan potensi yang cemerlang hingga ke peringkat daerah..
*Mereka memilih untuk berkongsi bilik yang sama walaupun adik beradik yang lain punya bilik sendiri.
*Mereka amat peramah tetapi orang-orang sekeliling mengangap mereka seorang yang pendiam.
*Mereka mempunyai cita-cita yang sama.
*Dan mereka kedua-duanya penakutttttttt!!!!!!!

Dan banyak lagi persamaan yang mereka miliki yang tidak mampu ibu huraikan di sini....
Rupanya terlalu banyak persamaan yang ada antara mereka yang ibu tidak sedar.....

20 Februari 2012

Mural Dinding

Akhirnya projek conteng2 dinding ibu siap dalam masa 4 hari.
4 hari ke????
Sebenarnya bukan 4 hari.
Kalau diikutkan dalam beberapa jam kerana
ibu lakukan kerja-kerja ini semasa  ibu "free" dalam
erti kata lagi semasa ibu tidak ada kelas.

Projek yang ibu buat semasa stress + sedih + tertekan khas buat Qaisara.
Dan untuk pengetahuan semua, 
Qaisara terpaksa dimasukkan semula ke wad setelah 3 malam sahaja di rumah.
Dan semalam Qaisara telah discharge semula.....
Aduh, bertapa peritnya ibu rasa.
Ibu perlu kuat dan tabah.
Ibu tidak ingin lagi menitiskan airmata sedih ini....
Mampukah ibu????????.

Dan dengan rasminya ibu telah nekad untuk
menukar nama Baby Qaisara Balqis kepada Sara Auni.
Semua itu ibu lakukan di atas permintaan mama Qaisara.
Sara Auni bermaksud Puteri yang lemah lembut......
Semoga Sara Auni akan sihat seperti bayi2 lain.
Dan suatu hari nanti ibu akan bawa Sara Auni untuk melihat
coretan di dinding ini, InsyaAllah.....
Itulah harapan ibu.......

Hari pertama (Misteri Kehilangan ibu di BG).....
 Melukis secara terus tanpa lakaran di dinding....
Semua itu dilakukan dalam keadaan sedih........

Hari ke 2 (Misteri Kehilangan Ibu di BG)
 Ibu di sini lagi membawa hati yang sedih.
Menyendiri ditemani berus + cat air.....
Setiap lakaran adalah bersama harapan, doa-doa serta zikir-zikir ibu 
untuk melihat Sara Auni ceria di taman khayalan.....
Setiap yang terhasil lahir dari gerak hati ibu.

Hari Ke 3 dan Ke 4 (Misteri kehilangan ibu di BG)
Hari ke 3 tiba-tiba Guru Besar muncul di tangga.
GB: Patutlah dah 2-3 hari saya tak nampak awak di BG (Bilik Guru). 
Rupanya awak kat sini ye....
Ibu : Ye cikgu...Saja nak release tension......
GB : Tak sangka saya, awak berbakat melukis. Tahniah Z.
Nanti bolehlah kita buat projek besar-besaran dari dinding ke dinding....
Ibu : Terima kasih cikgu. Tak delah cikgu. Sekadar lukisan kartun yang tak seberapa....
InsyaAllah, saya akan cuba setakat termampu nanti......

Hari ke 4 projek conteng2 ibu siap.
Ibu ke sekolah hari Sabtu kerana ada kelas tambahan.
Selesai kelas ibu mengadap seketika untuk menyiapkan
kerja-kerja yang terakhir.


Disamping itu ibu masukkan literasi maklumat
sebagai tanda sokongan ibu pada program MBM/MBI (Panitia BM dan BI).
Juga hari ini ibu dapat permintaan dari Ustazah J-Qaf untuk
abadikan tulisan Jawi di dinding itu.
Sekurang-kurangnya tugasan ibu ini boleh memberi
manafaat kepada ramai orang disamping itu ibu berniat,
setiap mata yang memandang luahan hati ibu ini, 
ibu niatkan doa khas buat
buah hati ibu, Sara Auni .....
Semoga Sara Auni membesar sihat seperti kanak-kanak lain.
Ibu sayang kamu....SARA AUNI.....

p/s:
Petang ni meeting lagi..
Baru tiba rumah.
Maaf kalau ibu belum berkesempatan utk jengah rumah rakan2....

Gajet Baru Along

Dah bertahun-tahun Along mengidam hp baru.
Hp pertama adalah hadiah dari Ayah Mie (adik ibu)
 sempena result cemerlang Along dalam UPSR.
Hp kedua Along jenama Samsung hasil wang simpanannya .
Along dah beri hp tu pada ibu beberapa tahun lepas.
Dalam erti kata lain, Along lelong pada ibu....he.he.he......

Sejak itu ibu lihat Along tak kisah sangat pasal hp.
Pakai mana yang ada.
Sewaktu tahun mengambil exam PMR (2009) dan SPM (2011), 
dengan rela hati Along langsung tidak menggunakan hp.

Hari ini ibu nampak along begitu ceria.
Hp yang diordernya beberapa hari lalu telah sampai ke tangannya.
Lebih manis hp dibeli dari hasil titik peluhnya sendiri.
Duit hasil jualan aiskrim + penanda buku + upah binding buku PPIM + duit simpanan.

Bukan ibu nak menyusahkan anak-anak ibu.
Ibu nak didik agar anak-anak faham dan mengerti bertapa susahnya
untuk mendapatkan duit........

Gajet baru Along....

19 Februari 2012

Resepi Menara Kuih Ketayap

Menara???????
Kenapa "menara??????".
Saja tajuk nak buat gempak sikit.
Rumah ibu ni kalau masak apa-apa mesti akan jadi menara.
Maklumlah rakyat jelata ramai, jadi kalau masak mesti kena lebih.....

Petang semalam tiba-tiba ibu teringin nak makan kuih ketayap ni.
Kalau orang Kelantan panggil "kuih gulung".
Kebetulan dalam peti ais ada stok isi kelapa muda pemberian SIL sebelah rumah.
Dah beberapa hari terbiar sepi di situ......

Kebetulan gula merah tak ada pula dalam stok.
So sekarang ni ibu dah ada "kakak supir a.k.a Along".
Sekelip mata je suruh , dia terus pergi beli.
Alah, mini market pun sebenarnya dekat je dari rumah.
Orang tengah gian nak bawa kereta....
Kereta jugalah jadi mangsa Along......

Dengan gigihnya ibu masak inti kelapa tu.....
Along dengan gigihnya masak lempeng...
Naurah dengan gigih tukang gulung dan jadikan menara ketayap..........
Angah, Beby dan Farouk jadi tukang rasa.......

Taraaaa...menara ketayap ciptaan Naurah....he.he.he.....
Ni resepinya.....
  • Untuk Lempeng :
  • tepung gandum-sukatan ikut bilangan ahli keluarga la ye.....
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun pandan-dikisar dengan air dan ditapis..kalau xde pun tak kisah........
  • 1 1/2 cawan santan @ susu segar @ susu tepung @ susu cair.....
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Beberapa titik pewarna hijau

  • Inti
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula merah -mengikut citarasa..kalau nak manis tambah lebih sikit....
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Inti : kelapa parut + gula merah +daun pandan. 
  2. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti bertukar warna keperangan. 
  3. Lempeng :tepung + secubit garam + santan . Kacau sehingga sebati . 
  4. Kemudian masukkan telur + minyak + perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
  5. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan. masak seperti kita memasak lempeng.
  6. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.

Mesyuarat Agung PPIM

Rasanya dah hampir 5 tahun ibu tidak hadiri mesyuarat PPIM .
Petang Jumaat ibu dan M hadiri di atas jemputan.
Tempatnya memang jauh.
Memakan masa hampir 1jam setengah dari rumah ibu.

Balik dari sekolah dah pukul 1 petang.
Selepas solat Zohor terus bergegas ke sana.
Mengikut jadual mesyuarat bermula 2.45 ptg.
Biasalah, pukul 4.00 petang pun mesyuarat masih belum mula.
Adalah sedikit taklimat yang diberi memandangkan VIP belum tiba.
Banyak juga input yang ibu dan rakan-rakan dapat.
Sampai rumah dah Maghrib......

Banner Mesyuarat.

Lebih kurang 100 orang guru pemimpin seluruh daerah Muar/Ledang yang hadir.....

Ibu beli sehelai t-shirt PPIM dan sehelai seluar trek PPIM.
Sepasang tu berharga RM55.
Sekarang untuk guru pembimbing PPIM t-shirt dan seluar
dah berwarna purple.
Beria-ria ibu beli ni sebab hari Rabu ibu tak perlu lagi 
bersusah payah memakai baju kurung PPIM.
Saja mengelat nak ke sekolah ber t-shirt + berseluar trek......ha.ha.ha.
Baju koperat PPIM ibu tak beli sebab potongannya tak begitu menarik minat ibu.
He.he.he.....boleh ke macam tu?????

p/s:
Alhamdulillah sejak semalam header ibu dah kembali...
Juga terima kasih di atas nasihat dan cadangan rakan-rakan
terutamanya  affan yang bersungguh ingin membantu ibu....
Terima kasih semua.

About me