Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label KERATAN AKHBAR KELUARGA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KERATAN AKHBAR KELUARGA. Papar semua catatan

9 Ogos 2016

Berita Akhbar dan Marhaban

Kisah basi lagi.
Kisah raya yang belum habis.

Pada 23.7.2016 (Sabtu)-Sekolah ibu mengadakan kunjungan marhaban ke rumah-rumah anak2 murid.
Program wajib bulan Syawal anjuran Panitia Agama Islam.

Tahun ni ibu bawa kumpulan 3.
Tahun ni kami berkunjung cuma 6 buah rumah berbanding tahun-tahun lepas .
Alhamdulillah program berjalan lancar.
Anak-anak didik bawah jagaan ibu dan rakan-rakan pun baik2 belaka.
Ni antara gambar yang sempat ibu snap.

Berita Harian 28.7.2016 ada menyiarkan kisah kunjungan kumpulan ibu.
Ceteka mana ibu dan farouk?

Harian Metro 29.7.2016 pun ada jugak...he3x...
Gambar yang sama tapi akhbar yang berlainan.
Terima kasih rakan wartawan ibu iaitu En Hairunzaman.

28.7.2016-Raya kat sekolah pulak.
Kebetulan ibu demam teruk dan mood raya dah ke laut. 
Sempat bergambar dengan anak2 didik yang ibu latih untuk persembahan hari raya.

Semasa persembahan.

20 September 2014

MajlisTautan Silaturrahim MPKTBR 90/92-Keratan Akhbar Kosmo

Salam rindu semua.
1 minggu ibu menyepi dan hari ni cuma nak tepek sekeping dua gambar kisah dalam cuti.
Nanti kita bercerita panjang lagi ye.
Masa belum mengizinkan ibu untuk berceloteh dan menjengah ke rumah kalian....

Surat Khabar KOSMO 20.9.2014 ( Sabtu )


Cuba teka mana ibu??????
Sudah semestinya ibu akan menjadi penanda aras bila bergambar....he3x....

C
Ni yang on9 punya.
Zoom sikit.....
Tepek-tepek sebagai koleksi peribadi dan jadi kenangan.

26 Mei 2014

Sinar Harian dan Harian Metro

Saja ibu nak tepek keratan akhbar yang ada gambar ibu...
Kisah basi yang berlaku minggu lepas.
Macam biasa sekadar dipinggiran dan menempel.. ...he3x...

Kalau tak silap ibu ni koleksi keratan akhbar yang ke 19 dan 20
tertepek muka ibu anak beranak.

SINAR HARIAN 19 MEI 2014.
 keratan akhbar.
Nampak tak minat yang berbaju serba hitam dan bertudung kuning menoleh ke belakang.

Ni pulak gambar yang sama tapi di dalam Sinar Harian on9
Frust pulak bila tengok gambar ibu (baju hitam + tudung kuning) yang menempel tu menoleh ke belakang...adeh....

HARIAN METRO 23 MEI 2014
Ke'frust'an ibu terubat bila rakan wartawan pm keratan akhbar Harian Metro nie....
Macam orang gila glemer pulak ibu..ekeke...
Menyelit jugak tu.....

3 Februari 2014

Berita Harian la Pulak

Saja tepek2 buat kenangan koleksi keratan akhbar ke 17 kot
yang ada muka family kami.....
Kecoh je ibu nie....aduyai.....
Keratan akhbar ni masa Majlis Tautan Kasih/Persaraan Tn Haji Mohamad (GPK 1).
Ceteka mana ibu????????

28 Oktober 2013

Tepek Keratan Akhbar Berita Harian.

Sekadar tepek keratan akhbar yang rakan ibu tag kat FB.
Sekadar buat kenangan.
Keratan akhbar ni semasa Kejohanan Padang dan Balapan sekolah ibu.

Farouk berbaju t-shirt hijau kat tengah-tengah tu...Kepala lentuk semacam je.
Ibu pulak terselit kat belakang bertudung biru......jumpa tak???? walah kecik no.....

p/s: TQSM kepada rakan wartawan Hai Rozzaman @ "Wak Jaman" di atas penerbitan keratan ni.
Jasa Wak tetap dikenang.

10 Ogos 2012

Sila Pilih Jejaka Terhangat + TAHNIAH!!!!......

Sila pilih mana jejaka yang berkenan dihati..
Semua tu bakal bergelar doktor tau....
Hihihi....jangan marah ye adik yu a.k.a Muhammad Khairul Anuar Abdullah....

Si kakak ni sibuk la nak tepek keratan akhbar yang ada muka adik tersayang tu.
Keratan ni dalam akhbar hari Ahad.
Kalau tak silap dalam Mingguan Malaysia kot.
Ibu pun tak terperasan sehingga kawan sekolah Angah yang bagi keratan ni.....
Hamboi2, mentang2lah si kakaknya keluar paper, adik pun tak nak kalah ye...

Ce teka mana satu adik ibu......??????????
Adik ibu berdiri 2 dari kiri tuuuuu.......
Ada iras-iras tak dengan kakaknya nie?????
Hehehe.....Perasan lak si kakaknya.
Tak tertanding kulit adik ibu yang putih mulus tu dengan si kakaknya nie.....
Depa semua ni dah selamat tiba kat Malaysia pun untuk cuti akhir semester
selama 3 bulan.
InsyaAllah tahun depan dah masuk tahun 5.
Umur adik yu 24 tahun dah bergelar doktor..InsyaAllah.....
Doktor ke 2 dalam family ibu........

Tak sabar nak balik kampung.
Menghitung hari untuk terbang ke sana..........
Tunggu akak ye dik.........

p/s: Update terkini:
Baca status Adik Yu di FB pagi nie,
pagi ni dpt check result online,kak tie yg tolong masukkan nomber pin tangan ketar2 berdebar...ALHAMDULILAH lulus naik ke tahun 5 perubatan!!!!!!!!!!!!!
segala kesusahan,kepayahan,keperitan,doa mama,abah,keluarga family....lepas dpt tahu,terus peluk mama dan abah...

*TAHNIAH dan syukur Alhamdulillah, kami amat bangga dengan Adik Yu......ameen.

17 Julai 2012

Masuk Berita Harian Lagi.....

Sila jangan jeles + muntah ye bila baca tajuk n3 tu ......
Alahai ibu ni, siapa la nak jeles sekadar menempel kat surat khabar tu .
Bukan berita sensasi pun....

Hari Sabtu ibu terima mms dari rakan ibu seorang wartawan.
Katanya ada keratan berita di Berita Harian tentang kejohanan olahraga sekolah ibu
Padahal kejohanan olahraga tu dah beberapa minggu berlalu.
Hari Kejohanan Olah raga...klik SINI .
Ini cerita basi la....hu.hu.hu.hu.....
Basi pun basilah..... 


Keratan Akhbar BERITA HARIAN 14.7.2012
 Ce teka, mana muka ibu......
Ibu sekadar menempel...
Ibu bukan dari pasukan purnama tetapi suka suki menempel kat situ......lalalala.....

Oklah kalau tak jumpa....
Ibu yang pakai tudung hijau tu....yelah ibu guru penasihat pasukan hijau @ saujana,
mesti la kena sokong rumah hijaukan..Baju + tudung ibu berwarna hijau tau..
Tapi sayangnya rumah pasukan ibu kalah teruk tahun ni tau......huhuhu....

Kalau nak tengok koleksi berita kami di surat khabar sila klik SINI ....
Dah banyak jugak tau...
Semua tu secara kebetulan...
Cuma ibu terkilan kerana keratan akhbar tentang ayah semasa
mewakili Cuepecs dalam persidangan hilang..
Besau  gambar ayah dan jadi berita utama tau.......hehehe......

3 Januari 2012

Naurah @Harian Metro...

N3 yang dah basi dan berlapok ni.
Ibu nak buat n3 tetapi tak sempat-sempat....

Kali ni Naurah pula masuk Harian Metro...
Kalau tak silap ibu pada 6.12.2011...
Sudah lama ma........

Sama juga dengan ibunya yang menempel hari tu..
Klik sini ....
Perasan je lebih....ha.ha.ha.....
Takpelah, sekadar abadikan kenangan ni untuk dairy family kami....
Menambahkan KOLEKSI KERATAN AKHBAR KELUARGA kami...
Rasanya dah lebih 20 kali kot....
Orang perasan gelemer macam tulah.....
hi.hi.hi.......
Cuba teka mana satu Naurah.
Gambar sebesar semut pun sibuk ibu ni nak suruh teka....?????
Lagipun keratan akhbar ni bukan kisah Naurah pun.
ha.ha.ha....

Naurah cuma masuk  3 acara aje hari tu.
Itu pun 1 acara 4X200 dapat naib Johan je dan lompat tinggi no 4..
Acara lompat jauh langsung tak dapat masuk final pun....

Alahai ibu nie....over la.

Naurah kat tengah-tengah tu...Bertudung Hitam.
Punyalah dia bangga sebab hari  tu dia jeles dengan ibu.
Katanya penat kakak jadi Bendahari Pasukan Samudera tau.
Masuk acara lagi..Penat sangat2 (penat la sangat!!!!)
Pasukan Kakak Johan pulak tu tapi ibu pula masuk surat khabar.
Yelah kakak..kita dah seri..Anak-beranak spesis menempel...
Dah puas hati tak???????

p/s:
Lega sangat2 bila misi menyiapkan uniform anak2
sebanyak 8 pasang dah siap..
Baju ibu bila pulak ni???????

22 November 2011

Perasan Glemer Lagi...

Pagi-pagi buta dah terima mms dari kawan.
Hantar keratan akhbar Berita Harian.
Lepas tu terima sms dari rakan-rakan.
Ingat apa la yang depa kecoh sangat.

Rupanya ni ha, menempel je pegang dulang masa 
Hari Kejohanan Olahraga minggu lepas.
Sibuk je ibu nie.kan..kan..kan..
Perasan!!!!!!
Budak yang terima medal tu yang patut bangga.
Ni ibu yang dok tempat teduh dan sekadar
usung dulang pula over acting.......wakaka..

Ni sekadar tepek untuk koleksi peribadi.
Ada beberapa keratan akhbar kami sekeluarga.
Kalau nak tengok sila klik SINI......

p/s:
TAHNIAH pasukan Harimau Malaya
kerana berjaya meraih pingat emas di
Sukan SEA.......
"Proud to be Malaysian..."

22 Jun 2011

Masuk Sinar Harian Lagi?????

Sila jangan muntah bila tengok keratan surat khabar nie..
he.he.he..
Kalau alergik sila cepat2 pejam mata ok...
Ni kali ke 2 Beby a.k.a Farah Najdah masuk paper bulan nie...
Kali pertama kt Surat Khabar Sinar Harian pada 4 Jun 2011.
Keratan Akhbar ni kt Surat Khabar yg sama gak tapi pada 16 Jun 2011.
Ibu pun xpasti kenapa 2X masuk paper yg sama...
Tapi pd 16.6.2011 tu cuma 1 gambar je n xde artikal.
Yang 4.6.2011 tu 2 keping gambar Beby bersama artikal...

Beby a.k.a Farah Najdah kt tengah2 (tudung hitam yg gambarnya cinonet + kabur tu)
bersama pelajar2 Cemerlang SDKA.

20 Jun 2011

Beby @ Sinar Harian

Minggu lepas ibu terima MSS dr seorg rakan wartawan yg mengirim 
keratan akhbar Sinar Harian nie...
Lepas tu kwn ibu tag lak kt FB.
Memang ibu xbeli surat khabar bertarikh 4.6.2011 tu.
Keratan berita akhbar ni dh 3 minggu lepas.
Maklumlah sejak kebizian melanda ni nk baca paper pn xsmpt.

Ni masa Majlis Konvokesyen Beby a.k.a Farah Najdah hari tu.
Gambar Beby menerima sijil dan piala dr YB Ir Hamim B Samuri
masuk Surat Khabar Sinar Harian gitu..
Ibu yg trover lak....he....

 Keratan Akhbar Sinar Harian yang ditag oleh 
En Hai Rozzaman a.k.a WakJaman kt FB ibu...
Gambar kt penjuru belah kanan tu Beby sedang menerima sijil kecemerlangan
dan gambar bawah ni Beby yg brtudung hitam kt tengah2 tu....
Thanks wak!!!!

gambar ni pun ditag oleh Wak Jaman minggu lepas.....
Thanks a lot...
Nk wat camne, masa majlis ni ibu xde...hu.hu.hu....
Beby cuma ditemani makciknya...

Sekarang lengkaplah gambar kami sekeluarga masuk paper..
he.he.he....perasan glemer!!!!
Klik sini.

6 Mei 2011

Masuk Sinar Hariankah????

Ni cerita weekend lepas.
Kisah basi sebenarnya.
Kalu xsilap ibu ni kisah hari Sabtu lepas.
Ada berita tentang Mesyuarat Agung PIBG SK ibu masuk
Akhbar Sinar Harian.
2 X masuk surat khabar utk
Mesyuarat Agung PIBG tu..
1 keratan tu entah ke mana menghilang.
1 keratan nie "en kantin" yg bagi.

Meh tengok jap apa yg menarik sgt tu........

zoom sikit....

lagi dekat....
sebenarnya ada org menempel kt situ.
Si tudung biru..ngeh...ngeh..ngeh....
Sibuk jerrr nk tayang2 keratan akhbar nie.
Bukan cerita tentang minah tu pn.
Minat tu sekadar tukang pegang dulang.
Nk wat camnekan, tu le kerja minah sorg ni.
Usung dulang!!!!!!!
Malahan si minah tu pn xtrperasan
dia ada dlm pic tu masa belek surat khabar..
Bila ada kwn sms, belek2 n renung baru perasan....
Sekadar menempel bak seperti lagu Franc "Sekadar Dipinggiran".
VIP n artis hari2 masuk paper xkecoh pn.....he.he.he...
Ni koleksi ke 8 keratan akhbar ttg muka2 tembok kami sekeluarga keluar surat khabar.
Klik sini.

Alahai, kecoh semacam je ibu nie.....ha.ha.ha....

Selingan!!!!!!
 masa belek2 fail SK baru trjumpa keratan akhbar Naurah terima 
Hadiah Kecemerlangan.
Ni dh lama...thn 2007. 
Masa ni Naurah baru Year 1....


16 Oktober 2009

Yeah!!..minggu ni 2X msuk paper!!

Pagi2 tadi ada lg kwn msg.
Ktnya hr ni muka ibu ada lagi kt dlm surat khabar.
Kt Berita Harian lak.....
Oh ye ke???kekonon wat suara ala2 trperanjat + ngada2.
"Eee.menyampah la tgk muka kau tu"..
"hr 2 dh kluar s/khabar, hr ni lagi dasyat, 
bukan main besar lg..penuh 2 m/s beb".
"Kau dh guna2kn wartawan tu ke?"
or

" kau beri rasuah kt s/khabar????
"Eeee..xkuasa daku.
"Baik bagi derma duit tu kt ank2 yatim yg brlambak tu...dpt pahala!!!"
hi.hi.hi..bahgianya daku dgar ayat2 power tu dr "seorg" tu!!!


Ibu xambik hati pn cz dh biasa dia ni suke
kutuk mengutuk n ibu pn dh pndai balas balik kutukan2 tu
dgn lebih pedas lagi.
Yelh, dia gak yg ajar ibu jg gitu...
Mulut pedas brapi + brasap...
ha,ha,ha.....happynya ibu bila dia jelous lagi.
Ttp yg bestnya bila kekwn2 lama call n msg ibu dgn ucapan yg baik2....
Oh, syahdu sungguh rasanya.
Terus ibu suruh @ paksa Beby g kedai beli.cepattttttt!!!!!nnti abis lak!!!
Ttp artikal n pic ni dlm edisi Johor je.
Ha sesapa kekwn blogger dok kt negeri Johor dpt le tgk berita tu
( eh, promosi lak suruh org beli s/khabar BH tu!!!!)........
Layanzzzzz!!!!!!!!!!!!!!!

Petikan Artikal Dalam Akhbar Berita Harian
Jumaat (16.10.2009)


 

Farouk-depan 2 dari kiri
Naurah- berdiri paling kanan
Ibu-he.he.he...yg plg tinggi tu la....

Pic ni sama dgn artikal yg kluar dlm Akhbar Harian Metro tu.....
***********************

15 Oktober 2009

Alahai.....Prasan Glamor Lak!!!!

2-3 hari lepas kekwn dok cbuk ckp group marhaban vs meraban
(kalu msh ingat n3 ibu 2 minggu lepas)
masuk Akhbar Harian Metro(12.10.09-Isnin).
Ibu ni sesaja le wat gempak nk suruh depa
meluat + menyampah + jelous
tgk muka ibu n the geng tu kt dlm surat khabar tu....
Org lain tiap2 hr msuk surat khabar pn xcbuk cam gini.
Nk wat camnekn.....ala2 prasan glamor lak!!!!....
Ha,ha,ha....ada lak yg jelous. Mmg ibu suke je tgk muka 'seorg' tu jelous thp kritikal.
Alah bkn crita besar pn. Sekadar menempel kt dlm surat khabar.
Org xprasan pn ada berita tu kecuali ibu n org2 yg mengenali kami.
Saja je ibu nk wat kecoh.
Kekadang ni ibu suke gak wat2 kecoh n kepoh dgn kekwn tu.
Suke2!!!!!!.
Kekdg ibu suke mengenakan 'seorg' tu yg mmg suke jelous n x bolh tgk org lbh ckit .
Nk wat camnekn, dia ni ditakdirkan menjadi sorg pengkritik yg profesional ttp xdiiktiraf oleh kekwn....
p/s :
sory ye kalu kau trguris dgn daku..
mmg daku suka tgk hati kau trluka...hi..
ttp kekdg kau baik mcm ala-ala Robin-hood.....
entahlahhhh!!!!!!.
Keratan Akhbar Harian Metro....

Farouk no 2 kt depan tu berbaju Melayu purple
Naurah brdiri paling hujung pakai baju purple n
ibu??????(segan la...cr le ye yg mana satu??????)


* TQVM utk En Hai Rozzaman (kenalan ibu yg juga seorg wartawan bebas) di atas penerbitan artikel ini...

23 Julai 2009

Saja Menempel....


Hari ni sesaja jer ibu prasan glemer lak..
Kebetulan pada Hari Rabu 22.7.09
sorg wartawan kenalan ibu msj kt blog sk.
Ktnya ada berita Lawatan PRA Sekolah hr tu.
So ibu pn liminate le.
Saja2 simpan buat kenang-kenangan.
Masa ibu nk simpan keratan tu dlm fail, jupe le artikal2 lain yg ibu simpan...
Rupa2nya kami sekeluarga dh pernah masuk surat khabar
biarpn sekadar menempel jerr.....
so saja2 le letak ibu keratan tu kt blog nih sbgai kenangan nnti..
Bukan nk cari publisiti murahan tau!!!!!..
mana le tahu kot2 cucu2 ibu nnti trbuka blog nenek prasan sorg nihh
( eh!eh! bila lak ibu ada cucu nihhh....?????.....)

Ni ibu masuk akhbar kali ke 2 tahun nih...
alahai over2 lak ibu nih...
Org lain xhairan pn tiap2 hr masuk surat khabar.....
Org xprasan pn kalu tgk gmbar tu.
Entah2 org xprasan pn ttg tu......
kecik bebenor.
Kalu si Murat n Murady(kucing ibu) tgk pn sure ketawa trgolek2...
hi,hi,hi...

i-Metro

Alahai...gambar ibu yg pakai tudung oren 
(mcm promosi lak tu..kalu pakai 'spek mata' kira 
oklh ttp yg mata agak kabur, tolong2 le genyeh n 
gosok le ckit mata tu...ttp sure xnmpk punya...)
Farouk lak 12 dr kiri. 
Keratan dari I-METRO.

Berita Harian 13.7.2009
Berita tentang lawatan Pra SK Farouk bersama kawan2.

Harian Metro 10.7.2009
 

Harian Metro 25.2.2009
Nih keratan akhbar Harian Metro(25.2.09)
time Hari Olahraga kt sekolah ibu. 
Kekonon Pasukan Hijau dpt Johan Keseluruhan. 
Ibu menempel le kt ctu 
(belah kanan, pakai tudung kuning n tgh angkat tgn tuhh- yg plg over..). 
Eee..eeleh, bebudak penat brlari, 
ibu lak over2..
Mestilah over cz ibu ni juruletih pasukan Hijau tau..he.he.he..
Ibu zaman sk dulu kalu lari mmg sure dpt tmpt pertama dr belakang.

Utusan Malaysia 28.8.2008
Ni keratan Utusan Malaysia pd 27.8.08.
Ni time Along n Angah sertai  
Pertandingan Taekwando Peringkat Negeri kt Muar.
Along dpt tmpt ke 3 peringkat negeri n Angah xdpt pn..
Muka Along ibu bulatkn dgn marker tuh...


Harian Metro 29.4.2008
Ni lak keratan akhbar Harian Metro ( Selasa-29.4.08) .
Time tu Angah terima  
Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR (5A)
dari YB Ir hamim B Samuri ( Ahli Parlimen Ledang).

Ada 2 lagi keratan akhbar yg ibu simpan ttp xdpt dkesan.
Satu keratan tu kt Harian Metro (2007) .
Pd keratan akhbat tu ada gmbar Naurah sdg trima
hadiah Kecemerlangan Akademik dr seorg YB.

Satu lg keratan akhbar brita ttg ayah
sedang menyampaikan hadiah sempena  
Pesta Sukan NUTP Peringkat Kebangsaan 
di B.Pahat, Johor.

Eee..eeleh, mcm promosi keluarga lak...!!!!!!!huk.huk.huk...


About me