Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label A-SINGAPORE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label A-SINGAPORE. Papar semua catatan

22 Jun 2020

UNIVERSAL STUDIO SINGAPURA

Alhamdulillah bersua kembali.
Agaknya ada lagi ke yang sudi membaca coretan diary ibu yang makin lama makin berkubur.
Post pertama untuk tahun 2020.
Fuh...otak pun dah loading nak up date sebab dah berbulan-bulan dibiarkan sepi.

Kisah percutian pertama ke oversea tahun 2020.
Tak jauh mana pun tapi projek asyik tertangguh-tangguh.

Kali ke 2 kami jejaki ke USS.
14 Februari 2020
Pergi pun sebab tiket dah booking beberapa bulan lepas.
Tempoh tamat semakin menghampiri.
Dalam keadaan dunia dikejutkan dengan virus Covid-19.

Semasa kami ke sana keadaan masih terkawal.
Namun kebimbangan tetap ada.
Kami mengambil langkah-langkah keselamatan yang ketat.

Memakai 'musk' sepanjang masa...sentiasa sapu tangan dengan sanitizer...mencuci tangan setiap kali tangan berpegang pada objek-objek tertentu.

Kali pertama ke USS dulu segalanya berjalan lancar.
Kali ke 2 pergi banyak dugaan yang kami lalui:

1. Virus Covid-19 melanda.
Dikala dunia dilanda musibah virus Covid-19....

2. Kami ditipu driver bas-
Kami diturunkan di tengah-tengah jalan di Vivo City....Terkapai-kapai di situ sedangkan kami bayar tikut untuk ke Pulau Sentosa.

3. Kami ditipu ulat tiket
Kami membeli tiket LRT dengan seorang lelaki berbangsa Cina.
Semasa scan tiket, ibu dan Farouk kena blok. 
Naurah dan Beby je terlepas. 
Nasib baik.

4. Kami tersilap naik LRT.
Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya kerana 
ramai insan baik di sana membantu kami sewaktu kami dalam kesusahan.

Akhirnya kami selamat juga tiba di sini.
Mercu Tanda USS




A. Far Away




B. Eygpt
Kali pertama dulu ibu dah ke sini so kali ke 2 ibu dah serik nak masuk ke sana.
Beby dan Farouk je masuk in door, ibu dan Naurah.
Muka Farouk pucat lesi semasa keluar....ha3x....







C. Holly Wood
Kali ini tak banyak pun kami bergambar.
Masa kali pertama  datang dulu memang sangat teruja...
Kali ke 2 dah kurang feel nya.
Lagipun hampir 80% in door dan out door sama masa yang kami datang kali pertama.


Dua kali kami masuk ke Transfomer.
Kalau dulu kena beratur panjang tapi kali ni tak perlu beratur.
Memang terlalu beza bilangan pengunjung yang datang disebabkan masalah Covid-19.



Menjelang petang kami beransur keluar.
Semasa itulah kami tersalah naik LRT dari Vivo City....
Akhirnya kami perlu pusing 1 negara Singapore yang mengambil masa lebih 2 jam.
Entah berapa banyak station yang kali perlu lalui.
Akhirnya kami tiba di station terakhir dan menukar LRT untuk ke Woodlands....

Alhamdulillah menjelang malam kami tiba di Malaysia.......

p/s : Rindunya nak pergi travel. Percutian ibu ke Perth Australia pada 14.3.2020 pun terpaksa ditangguhkan disebabkan wabak Covid-19 semakin serius ketika itu.

6 Februari 2014

Universal Studio Singapore (USS)-Part 2

Kita bersambung lagi siri ke 2 dan terakhir siri jelajah ala-ala explore race di Singapore.
Di dalam USS ni bahagi kepada 7 bahagian :

Siri 1 ibu dah bawa ke
Hollywood, New York, dan Sci-Fi City
Siri ke 2 kita lihat apa yang ada di
 Madagascar,
Far Far Away,
The Lost World
dan
Ancient Egypt......

A. Madagascar
Depan pintu masuk.

Kami naik benda alah nie untuk mengembara ke alam fantasi.....

Tempat yang seronok bagi ibu dan amat sesuai untuk anak-anak kecil.
Di sini keadaan seperti meneroka ke sebuah perkampungan yang menarik.
Ibu tidak melepaskan peluang menaiki "bot A Crate Adventure."
Sepanjang menyusuri "sungai" kami temui pelbagai watak
kartun Madagascar dalam bentuk 3D.
Cuma dipenghujug jalan keluar ada sedikit suspen bila gua tu
terbakar dan turun air yang begitu deras dipintu gua..
masing-masing menjerit sebab risau kena air.
Along punyalah risaukan ipadnya basah.
Sebenarnya tu gimik je sebab kami melalui pintu gua tanpa
air setelah aliran air tu berhenti tiba2...aduyai....semput dada mak........

Ni dihadapan gerai makanan.
Binaanya sangat unik.

Sekeping ni je gambr ibu berdua dengan Along di sini.
Ini pun ada seorang adik ensom dari Indonesia yang tolong snapkan
gambar.....


Ni depan rumah Sherk.
Suram je.
Ibu rasa tidak ada yang berani masuk ke situ???

B.Far Far Away
Bila masuk ke sini Along exited sebab macam kat Disneyland sebab ada castle.
Bagi ibu, castle disneyland di sini lebih besar dan cantik berbanding
castle Disneyland di H.Kong.


Pintu masuk ke castle yang menayangkan movie 4D.

Sherk 4D Adventure
yang sangat best.
Kita dapat see, hear and feel
princess fiona n shrek di fairytale adventure.
Ibu rasa teknologi di sini lebih canggih kerana kita dapat tonton movie
dalam bentuk 4D.
Bukan sekadar menonton , kita dapat rasai apa yang berlaku.
Contohnya bila Sherk baling labah-labah, kat kaki kita pun dipenuhi labah-labah,
masing-masing terjerit2 sebab geli teramat..
Bila shrek naik kuda, kita pun sama2 dapat rasainya..
Paling mengelikan bila Sherk buang hingus.....errrrrkkkkkk terasa2 lagi
hingusnya terpercik kat muka......weeeekkkkkkkk

Enchanted Airways,Junior roller coaster.
Bila nampak orang beratur kami pun berkejar-kejar ke situ
Tanpa baca penerangan kami sanggp beratur selama 20 min.
Sampai je di barisan hadapan...muka ibu pucat lesi.
Alamak nak patah balik dah tak boleh.
nak tak nak terpaksa jugaklah ibu naik roller coaster tu.
Sepanjang perjalanan ibu pegang tangan Along erat-erat.
Rasa nak pengsan je.
Mata ibu pejam rapat-rapat...
Addeiiii...tobat dah tak nak naik benda alah tu.......


Magic potion spin dan Donkey Live
tak sempat kami terjah sebab kesuntukan masa.

C. The Lost World
Dalam area sini ada beberapa bahagian iaitu
WaterWorld
Canopy Flyer
Dino Soarin
Amber Rock Climb
Jurassic park rapids Adventure.

Tak semua ibu masuk memandangkan orang
sangat ramai dan jenuh menunggu giliran.
Ada juga yang tidak sesuai untuk orang dewasa dan ada daripadanya
terlalu adventure......

 Jurassic park rapids Adventure.

Dino Soarin ni sesuai untuk kanak-kanak saja.
Tapi ayah kepada kanak-kanak pun ada jugak
naik benda alah nie...comel je.


The Lost World
Replika dinasour yang besar.....

D.Ancient Egypt
Inilah tempat yang paling menarik dan amat menyeramkan.
Seni binanya membuatkan ibu terasa seperti berada di Mesir.
 Mengongak-dongak kejakunan ibu dibuatnya.
Maklumlah tinggi......

Sekeping lagi gambar ibu bersama Along.
Ni pun ada seorang pemuda berbangsa Cina volenteer nak snap gambar kami
berdua.....
Along kata muka orang sebelah tu macam sedara ibu...muhaha....


Revenge of The Mummy
Pada mulanya ibu dan Along dah jelajah ke sini.
Tiba-tiba kami batalkan hasrat untuk masuk ke sini.
Tiba-tiba dah OTW keluar Along ajak ibu ke sini semula.
Sanggup kami berpatah balik.
Padahal jauh juga nak menapak ke sini......


Pintu masuk.
Pada mulanya ibu tak pasti kenapa semua beg dan kamera
perlu disimpan di dalam loker.....

 Masih mampu bergumbira lagi ni......

Nasib baik posing dulu sebelum masuk ke dalam.....


Dengan gembira dan riang ria kami masuk ke dalam.
Makin lama makin rasa pelik.
Ada sesuatu yang tidak menyenangkan dari segi seni bina dan bau.
Diiringi bunyi-bunyian yang menyeramkan......hish..hish....

Makin lama kami jelajah makin pelik dan menyeramkan.
Rasa nak berpatah balik je.
Dasar penakut.
Lebih seram bila dikelilingi mummia yang nampak macam ori.
Adehhhh.......serammmmmm.
Rupanya bukan kami je tersesat tapi ada beberapa pelancong sama
dengan kami.
Tak jumpa pintu keluar....
Masing-masing pucat lesi......
Rupanya dibelakang kami ada seorang guard.
Saja je dia ni nak takutkan kami.
Tiba-tiba muncul sambil tersenggeh-senggeh...
Lega rasa hati ibu nie.....

Rupanya tu baru setengah siri jelajah.
Kami perlu menaiki rollar coaster.
Awalnya mampu menarik nafas lega dan tersenyum sebab rollar coaster
tu bergerak perlahan.
Dan tiba-tiba roller coaster tu meluncur laju dan dalam kegelapan,
berpusing-pusing dan bergerak laju.
Apa lagi, masing-masing menjerit tak hinggat.
Ibu rasa macam dok dalam lubang kubur..
Tiba-tiba rasa kecut sangat-sangat.
Mula terbayang yang bukan-bukan.
Jantung rasa macam nak tanggal dan terkadang rasa kepala berada dibawah
terbuai-buai.......
Tobat...serik sungguh ibu rasa.
Tiba di penamat masing-masing muka pucat lesi.
Ada yang termuntah-muntah.
Kepala ibu diserang migrin.
Saja je kan cari penyakit.
Bagi yang suka adventure mesti seronok tapi ibu yang
lemah gemalai ni rasa lembek semacam.....aduyaiiiiiii..Sabar jelah.
Tapi kalau ke sini kena cuba pengalaman yang menyedarkan kita.
Ibu bayangkan macam manalah bila kita berada diliang lahat nanti.
Dalam gelap gelita dan dikelilingi jeritan yang menakutkan...Fuh!!!! ada pengajarannya....

Treasure Hunters

Tempat ni kita diberi peluang memandu jip sendiri dikawasan
berdebu dan dikelilingi bukit batu...
Ibu tak singgah pun sebab hari dah petang.
Lagipun kepala dah mula berdenyut-denyut setelah keluar dari
Revenge of The Mummy.

Lebih kurang pukul 6 petang kami bergerak keluar.
Mengejar bas yang membawa ke imegresen.
Jalan mula jem.
Selamat Tinggal USS.
Selamat Tinggal SIngapore.
Yang pastinya kami seronok di sini.
InsyaAllah, jika ada rezeki ibu nak angkut
semua kaum kerabat datang ke sini dalam masa terdekat........

5 Februari 2014

Universal Studio Singapore (USS) -Part 1

Bersua kembali.
Dua n3 yang lepas tu adalah auto publish sebab masa tu ibu cuti-cuti
Malaysia..
Terima kasih di atas ucapan hari lahir untuk Naurah.
Juga mohon maaf kerana masih tidak berkesempatan menjengah ke rumah rakan-rakan.

Hari ni ibu nak sambung kisah percutian singkat ke Singapore.
N3 yang lepas ibu dah bagi cara-cara nak terjah ke USS ala-ala explore race ye.
Hari ni kita pergi melancong dan sama-sama tengok apa yang menarik kat sana.
Manalah tahu ada rakan-rakan blog yang berminat nak habiskan cuti di Singapore....

Pertama sekali ibu amat-amat terharu dengan sikap orang-orang
sana yang baru ibu kenali.
Sangat baik dan friendly.
Tidak sombong dan banyak membantu......TQSM....

Ok jom kita jelajah ke USS
Pot wajib tangkap gambar di sini.
Bukti kita dah jejak kaki ke sini.
Trade mark USS......

Ada  7 tempat yang akan kita jejaki.
Antaranya ialah: 
Hollywood,
New York,
Sci-Fi City,
Madagascar,
Far Far Away,
The Lost World
dan
Ancient Egypt......

Ibu rasa saiz USS tidak sebesar Disneyland Hong Kong tapi
kecanggihan teknologinya setanding malah lebih maju.

Hollywood
Hollywood ni berada di pintu masuk.
Tak banyak yang menarik di sini.
Sekadar bergambar dengan "super star" jadian...hehehe....
Ada jugak terjumpa "Marilyn More" yang comel dan seksi.
Masa OTW keluar ada persembahan nyanyian ala-ala bintang Hollywood.
Bila tengok map ada tertulis Monster Rock.
Ibu tak pasti apakah benda ada kat situ.....
Papan tanda Hollywood.
Tiba-tiba berangan berada di sana.....

New York
Lights, Camera, Action pun best.
Mula-mula masuk terasa kebosanan sebab kami cuma diberi penerangan.
Masa tu rasa rugi je beratur lama.
Bila dibawa masuk ke studio baru rasa kecanggihan teknologinya....
Kita ditunjukkan bagaimana berlakunya ribut taufan dan kebakaran.
Melopong mulut ibu.
Memang nampak real sangat.
Tiba-tiba rasa tak rugi beratur lama-lama.....

Sesame Street Spaghetti Space Chase
Mula-mula tengok kat sini ingatkan restaurant jual spaggethi...muhaha...
Aduyai, rupanya tempat permainan yang best jugak.
Memang rugi rasanya tak masuk ke situ.
Sempat bergambar kat gerai kecik depan je....huhuhu.....

Jom layan gambar bangunan yang ada di sekitar New York.

Reka bentuk klasik...

Ni dah penghujung jalan.

Berlatar belakangkan bangunan berseni bina Eropah.....

Kereta klasik.

Sci-Fi City
Accelerator ni roller coster yang sangat mengerunkan.
Tapi semasa ibu beli tiket, pekerja disitu dah maklumkan RS ni ditutup
untuk sementara kerana sedang diselenggarakan......

Transformers The Ride
 yang sangat best.
Perjalanan meneroka ke alam transformers.
Ibu yang dah tua ni pun seronok, apatah lagi anak-anak.
Penerokaan dalam dunia 4D yang membuat kita berasa seolah-olah berada
di dunia transformers yang realiti...
Ibu begitu kagum dengan kecanggihan teknologi yang digunakan.
Along tersangat teruja sebab dia sedang belajar dalam bidang teknologi ICT nie....

Kat sini pun ibu tak masuk.
Tak tahu apa kebenda kat dalam tu.....

Nanti ibu bawakan ke part 2 di zone 
Madagascar,
Far Far Away,
The Lost World
dan
Ancient Egypt......
yang lebih best.....

About me