Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

31 Julai 2011

Salam Ramadhan


Ya Allah,
Seringku terdengar,
Tentang kebesaran bulan Ramadhan,
Di dalam Al-Quran dan Sabda Junjungan,
Hanya aku yang sering lupa...

Di bulan yang mulia ini,
Laut pengampunan Mu tiada bertepi,
Ramadhan nikmatmu tiada terbilang,
Syurga terbuka dengan seluas-luasnya...

Tuhan, 
Ku sedari kelemahan diri ini,
Yang tidak istiqomah dalam ibadat,
Ramadhan berlalu,
Ibadat pun berkurangan,
Begitulah diriku,
Yang sering lalai.....

Semoga di Ramadhan kali ini,
Dapatku perbaiki kelemahan diri,
Akanku cuba mendidik nafsuku,
Agar subur kehambaanku terhadapMu...

Bimbinglah aku menuju jalanMu,
Tingkatkan iman dan ketakwaanku,
Agar baktiku tetap padaMu,
Biarpun Ramadhan telah berlalu pergi..............

Salam Ramadhan buat :
semua ahli keluarga,
rakan-rakan blogger
dan seluruh umat Islam di seluruh dunia.
Semoga Ramadhan ini bukan yang terakhir buat kita....
InsyaAllah...

Penutup Syaaban.

Bulan Syaaban dah menghampiri penghujung dan 
esok InsyaAllah kita mula berpuasa.
Anak-anak sibuk ajak ke MarryBrown.
Katanya makan FastFood untuk terakhir bulan ni.
Memang  dah hujung bulan Julai pun.
Pandai aja budak-budak nie.
Tidak sah kalau tidak pekena fastfood.

 Mula-mula makan 'fish n chips' dulu.....

 Habis seketul 'fish n chips' makan pula ' chicken mushroom' seketul....

 Naurah pun sama......

Along pun sama.....

dan semuanya sama..............

Ini jelah tempat kegemaran anak-anak ibu!!!!!

dan ini makan kegemaran ibu 'cheeze Wedges'..
Smlm sempat singgah KFC masa pergi hantar anak-anak ke taekwando...

30 Julai 2011

Main Pondok-pondok...

Petang semalam Naurah suggest nak buat kek.
Bukan main lagi dia.
Macam teror benar la dia tu masak.

Untuk tidak menghampakan si puteri ke 4 tu,
ibu pun cubalah buat kek yang bahannya ada stok kat rumah.
Kebetulan ada kaya dalam peti ais...
So ibu masukkan sekali ke dalam adunan.
Rupanya kaya boleh melembutkan adunan kek dan
menjadikan kek lebih sedap.

Naurah dan Farouk bergilir-gilir guna mixer.
Siap berebut-rebut..
Geram tengokkan budak berdua ni.....

Hasilnya
Sebiji kek lapis kukus siapppppp..
Hasil campur-tangan Naurah + Farouk tetapi adunanya ibu yang masukkan...
Depa berdua tu tukang kacau jer.....hi.hi.hi.......

 Kek lapis versi Naurah dan Farouk...
itu pun gaduh nak bancuh pewarna...jadinya adunan tu ibu bahagi 2.
Merah untuk Naurah,
Hijau untuk Farouk.
Masing-masing khusyuk menjalankan tugas....

Kek lapis kukus "Naurah + Farouk".
Sedap juga rasanya tetapi ibu pun tak tahu nak letak nama apa resepi ni.
Sebabnya bahan-bahan dalam kek tu main campak-campak je apa yang ada.
hi.hi.hi......

Cuti 4 Hari ....

Ibu cuti 4 hari sempena puasa tau...
Sila jangan cemburu ye.
Sebenarnya 4 hari tu ibu campur dengan cuti 
weekend Sabtu dan Ahad.
Hari Isnin cuti sempena 1 Ramadhan.
Hari Selasa, cuti berganti acara larian 1Malaysia hari tu.
Campur, tolak, darab dan bahagi dapatlah 4 hari.

Dalam hati berbunga riang.
Konon-konon ada perancangan.
Demam pun demamlah, janji enjoy.
Balik sekolah semalam:
Along : Ibu, esok along terpilih mewakili SK ke SMKTun Mamat.
Ada program kat sana.

Angah: Ibu, Angah ada latihan drama dan tuisyen esok..
Balik tengahari.

Beby: Ibu, Beby ada tuisyen kat sekolah...Cikgu cakap balik pukul 1 petang.

Farouk: Farouk pun ada tuisyen Jawi kat sekolah Agama esok..
Farouk rasa malas la nak pergi esok Ibu, Esok Farouk penat...
(Amboi-amboi, esok dah tau dia akan penat..jangan nak mengada!!!).

Alahai...anak-anak penuh dengan aktiviti.
Jawabnya hari ni ibu tinggallah berdua dengan Naurah.
Habis program ibu tergendala.
Ayah tu pun belum tentu ada ke tidak tu...
Entah-entah ada meeting juga...hu.hu.hu...

29 Julai 2011

"Ngunjung"

Pagi tadi kami bersarapan dengan nasi minyak + gulai daging + acar nenas/timun.
Sebabnya malam tadi ibu terima "Ngunjung".
Ngunjung ni amalan orang Jawa.
Biasanya dekat dengan puasa tradisi orang Jawa memberi makanan kepada jiran terdekat.
Ada setengah tempat 'Ngunjung" ni bermula dibulan puasa 
tetapi ditempat ibu bermula seminggu sebelum menyambut puasa.
1 minggu meriahlah dengan kunjungan makanan dari jiran-jiran..
Seperiuk nasi minyak.
Masalahnya 'ngunjung' ni ibu dapat pukul 10 malam.
So ibu postpone untuk sarapan pagi....

Seperiuk gulai daging.....

Untuk lunch ibu masak ikan percik....

Kurang Sihat!!!

Sejak semalam tekak rasa perit, hidung berair, kepala sakit @migrin
dan hari ini rasa tak sedap badan.
Aduhai, yang paling tak tahan bila hingus cair menitik-nitik tanpa kawalan.
Sambil menanda kertas exam, ada aliran air menitik-nitik.
Aduhai, kertas sapa yang jadi mangsa tu.....

Ikutkan memang tak larat sangat nak bangun pagi tadi.
Mata mula bengkak dan sakit + migrin.
Namun ibu gagahi juga diri ini.
Tengoklah macam mana nanti......
Moga mampu bertahan sehingga tengahari.....

28 Julai 2011

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

 Tiba-tiba ibu kena migrin.
Rasa nak menjerit dan meraung sekuat hati....


Salah siapakan ini?
Salah murid?
Salah cikgu?
Salah PPSMI?

Entahlah.
Setiap kali exam,
ada saja ibu terima jawapan "mix" macam ni.
Kekeliruan antara penggunaan 2 bahasa.
Ibu tidak salahkan murid.
Mereka masih mentah.
Mereka anak-anak kampung.
Mereka antara bahan eksperimen.
Bahan kajian dalam dasar.
Sejak tahun 1 mereka belajar Matematik dan Sains
dalam Bahasa Inggeris.
Dan sekarang mereka sedang lalui Fasa perubahan,
untuk kembali ke Bahasa Melayu yang tercinta.
Tahun depan mereka akan duduki UPSR dalam Bahasa Melayu.
Dan cikgu-cikgu sekali lagi dikerah hadiri kursus..
untuk hitamkan kembali mataku yang dah hijau!!!!!!

27 Julai 2011

Kerana Terpaksa!!!!

Sambungan n3 bertajuk "Selamat Tinggal Sayang".

Sedih kerana terpaksa berpisah dengan cik Silver kesayangan ibu.
Dah 5 thn 8 bln ibu bersamanya.
Panas2 produk dari kilang.
Terpaksa bertukar tangan.
Segalanya tidak dirancang.
Perancangan ibu, 2012 baru nak tukar kereta tetapi
Ayah beria-ia dan bersungguh-sungguh.
Ibu terpaksa mengalah melihat kesungguhan ayah.
Selamat tinggal sayangku.
Semoga kau selesa disamping orang baru.
Terima kasih di atas segala jasa2mu.
Dan sesungguhnya ibu bangga kerana
sepanjang bersama, kau jarang meragam.
Cuma sejak akhir2 kita bersama ,
kau seolah-olah merajuk dengan ibu....

Selamat datang Cik Hitam.
Walaupun tidak pernah terlintas di hati untuk memilikimu 
tetapi ibu terpaksa mengalah kali ini.
Mengalah dengan pilihan ayah dan
ayah terpaksa mengalah dengan warna pilihan ibu.
Kenapa ibu pilih hitam???
Kerana sudah bosan dengan warna silver.
Kereta Ayah silver, Cik Silver pn sama.
Kedua-dua kereta kami silver.....

Niat hati ingin memiliki Estima tetapi
bila berbincang dengan ayah, ibu kena mengalah.
Kata-kata ayah yang membuatkan ibu berfikir:
"Y, kita beli ikut kemampuan...."
"Lagipun kita tidak boleh pakai kereta dalam jangkamasa
melebihi 6 tahun..tak selamat!!!!.."
Entahlah Ayah tu....

Ayah xsuka  hutang lama-lama.
Paling lama 5-6 tahun.
Bila dikira congak,
sebulan RM2000 +...
Mampukah....?
Kena membuat pilihan..
Habiskan 1/3 gaji pada kereta atau....perkara lain????
Anak-anak makin membesar....

Dan perancangan ibu,
semoga inilah MPV terakhir ibu.
Sudah bosan memandu MPV
Kerana 5-6 tahun akan datang,
Ibu sudah berhenti dari jadi makcik supir.
Insyallah 3 Farah dah melanjutkan pelajaran.
Tak pun dah kawin...ha.ha.ha..
Macam tidak sabar nak bermenantu...
Yelah, ibu kawin seawal usia 22 tahun.
Tidak salah anak-anak ibu ikut jejak langkah ibu.kan..kan.kan.
Jangan marah Along, Angah n Beby........

Yang tinggal hanya Naurah dan Farouk.
Dan ibu teringin melaram dengan kereta biasa.
Berangan nak memandu kereta...tut.....
InsyaAllah!!!!!

p/s:
Thanks Ayah kerana memenuhi impian ibu.
Jawabnya raya ni tidak adalah gelang emas...hu.hu.hu..

Wordless Wednesday : Penandaan.

26 Julai 2011

Selamat Tinggal Sayang...

Selamat berpisah sayangku 
walaupun berat dihati untuk melepaskan 'kau' pergi.
Sedih, pilu, pedih, perit....
Tapi apakan daya...
Sudah tersurat, setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan.
Relakan perpisahan ini walaupun ianya amat pahit.
Ketahuilah sayang, Kau tetap mekar dihatiku......

*Kisah selanjutkan tunggu sehingga jiwa ibu tenang.....
Tengah bersedih ni...huk..huk..huk....

Exam Week.

Minggu ini boleh rehat sikit peti suara ibu
kerana minggu peperiksaan bermula.
Masuk kelas sekadar memantau murid-murid menjawab soalan.
Kalau masuk kelas A, anak-anak murid akan siapkan
menjawab soalan seperti waktu yang ditetapkan.
Tetapi yang dasyatnya bila masuk kelas B,
15 minit dah siap....
Macam manalah cikgu tak kena heart attack
bila tanda kertas mereka tu....

 Tekun.....

p/s:
Petang ni meeting lagi.......aduzzzz!!!!

25 Julai 2011

Kerinduan.

Rindu pada kampung,
Rindu pada mama,
Rindu pada abah,
Rindu pada family.

Namun ibu perlu berkorban.
Demi anak-anak.
Demi family ibu.
Walaupun dalam hati sarat dengan kerinduan.

Bertambah rindu ingin menetap wajah adik kesayangan ibu.
Yang akan kembali malam ini.
Dari perantauan.
Demi mengejar cita-cita.
Menjadi seorang doktor yang sarat dengan ilmu agama.

InsyaAllah dik,
jika diizinkan Allah, kita akan bertemu.
Dihari lembaran nanti....
Amin.

Gandos????

Pernah dengar nama kuih GANDOS?
Dah berbelas tahun ibu kahwin dengan ayah yang berketurunan Jawa.
FIL yang memang datang dari seberang dan MIL memang
berketurunan Jawa juga.
Dan dah 10 tahun ibu tinggal di kampung ayah,
semalam 1st time ibu tengok rupa kuih gandos nie.
Itu pun setelah Tuan Pengarah Matrikulasi yang beria-ia
ingin menyediakan resepi kuih gandos.

 Ini rupa kuih gandos.
Kalau tak silap ibu, 
bahan yang digunakan ialah tepung , santan, air kelapa dan parutan kelapa.
Rasanya lebih kurang macam lempeng kelapa 
cuma dibakar dalam acuan berbentuk separuh bulatan.
Dari apa yang ibu dengar, ini kuih tradisi masyarakat Jawa dari seberang.
Lebih sedap dimakan bersama-sama sambal tumis.

Yang menariknya, kuih gandos ini disediakan oleh pelajar matrik semalam.
Memang unik nama kuih nie.
Berkali-kali ibu terpaksa menghafal untuk mengingati
namanya.....
Unikkan.......

24 Julai 2011

Program Khidmat Masyarakat dari Matrikulasi Johor

Hari Ahad pagi-pagi dah bergerak ke sekolah.
Ada Program Khidmat Masyarakat dari Matrikulasi Johor.
Sekolah ibu dipilih sebagai anak angkat matrikulasi.
Tak kisahlah walaupun weekend.
Kami warga guru tetap memberi sambutan pada tetamu dengan senyuman...

Program bermula seawal 8.00 pagi dan berakhir hampir pukul 2.00 petang.
Penat tetap seronok.
Aktiviti memang padat.

 Kaum guru dan ibu rewang untuk lunch.

 Farouk pun ibu angkut sekali.
Program ini  untuk murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja.
Ibu suruh Farouk join sekali.
Kiranya peserta paling mudalah tu...
Farouk ok je..Dia jenis cepat mesra..

 Abang fasi bagi adik-adik makan sandwish dulu sebelum aktiviti LDK bermula......

 Naurah and the group........

Aktiviti LDK bermula selepas adik-adik diberi sarapan.

 Ini group ke 2. Mereka berbasikal dari Matrikulasi ke SKPK.
Adalah lebih kurang 8 - 10km.

 Macam biasa, ibu jadi tukang cedok lauk....hi....

 2 group pelajar matrik buat mural...
Ada yang masak bubur lambuk,
ada yang handle LDK,
Ibu bapa join motivasi oleh pengarah matrik...

 Lunch timeeee!!!!!!...
Pengalaman pertama Naurah dan Farouk 
makan dalam dulang secara berjemaah.
ZTengok dulang Naurah dan kawan2 bersihnya makan.
Bila ibu tengok dulang Farouk..
MasyaAllah, bersepah depa makan...
Macam ayam mengais makanan pun ada..hu.hu.hu....

Ibu pun makan dalam dulang.
Lama dah tak makan macam nie...
Seronok pula rasanya......
Rindu saat mengajar di Mersing kerana setiap kali 
ada jamuan mesti kami makan dalam dulang....

Tautan Kasih.

Hari Jumaat Sekolah ibu ada Majlis Tautan Kasih.
Majlis sempena perpisahan dengan 2 orang rakan guru yang bertukar 
dan menyambut 2 orang rakan guru yang baru.
Musim pertukaran guru-guru yang dah lama
berhijrah ke sekolah baru.....

Memang meriah majlis tu.
Lagi meriah dengan sumbangan berbakul-bakul
buah durian, rambutan dan manggis.
Sampai tidak habis makan......

Inilah orangnya yang diraikan, Cikgu Osman (baju hijau)
Abang senior ibu.
20 tahun berkhidmat di SKPK.
Semasa ibu masih bergelar student, 
dia sudah posting ke Sarawak.
10 tahun ibu mengenali dia di SKPK.

Dialah:
Kawan bertekak ibu.
Kawan tempat ibu mengadu.
Kawan tempat ibu bergosip.
Kawan tempat ibu bergaduh.
Kawan tempat ibu mengusik.
Kawan tempat ibu melepaskan perasaan.
Kawan yang amat sporting.
Kawan yang selalu jadi pembangkang dalam setiap kali mesyuarat.
Memang kami rasa kehilangannya.
Dan sudah tidak lagi kedengaran sapaan "Hai, ZEK..."
bila dia bertembung atau mencari ibu.....

Majlis hari tu penuh dengan sesi airmata.
Cikgu Osman ni  nampak aje agak ganas tetapi
hatinya lembut umpama ais.
Sewaktu tiba di sekolah dia mula nangis,
masa makan nangis,
masa berucap lagilah nangis..
masa sesi bersalaman terus nangis...
Lambaian terakhir terus menangis...menangis dan menangis.....

 Menu yang ditempah..Nasi minyak.....
Memang sedap. Lupa ibu nak snap pencuci mulut 
dadih jagung yang sedap dan bubur durian....

 Buah durian yang disponser oleh Cik Zana.
Masih ada lagi 1 bakul kat sekolah..
Konon-kononnya KIV untuk dimakan pada program Hari Ahad nanti.
Entah-entah dah jadi tempoyak.....
Sibuk snap gambar, nak makan pun tak sempat......

 Cikgu Osman ,ex-GPK-Hem kami yang bertukar, Ustazah Zainura tidak dapat hadir.
GKP Hem baru kami, Cikgu Ramasiah (berbaju unggu-paling kiri) dan seorang lagi Ustazah yang diraikan Ustz Azalina meminta diri awal kerana ada urusan yang belum selesai di sekolah lama.

Salaman terakhir Farouk dengan "Sir"nya....

Doa kami agar Cikgu Osman terus suksess dlm kerjayanya...
Juga terima kasih kerana mendidik anak-anak ibu.
Terutama 3 Farah yang berjaya meraih A dalam B.Inggeris dan
sehingga sekarang 3 Farah terus cemerlang dalam subjek
Bahasa Inggeris
berkat bimbingan Cikgu Osman sedari mereka di Tahun 1..
Thanks a lot SIR!!!!!..


p/s:
Sat lagi nak ke sekolah kerana ada 
Program Bersama Pensyarah dan pelajar dr 
Matrikulasi Cawangan Johor.
Program Sekolah Angkat Matrik.

23 Julai 2011

Resepi Sambal Tempoyak Yang Sedap.

Pagi-pagi BW  kat blog Areef  terpandang resepi  Sambal Tempoyak.
Tiba-tiba meleleh air liur macam orang mengidam.

Tanpa berlengah ibu copy resepi itu.
Ibu ubah sikit resepi Areef berdasarkan stok bahan yang ada di rumah....hi.
Semangat berkobar-kobar nak masak sambal ini kerana kebetulan kat rumah ada 
tempoyak yang ibu buat 3 hari lepas.

 Masih panas-panas dalam kuali...
Memang sedap dan membuka selera...
Kalau makan ni confirm boleh tambah berat badan......


Resepi Sambal tempoyak 
Bahan-bahannya : 
Cili padi dan cili merah -ditumbuk
Bawang merah dan bawang besar -ditumbuk
Serai -tumbuk
Daun kunyit (xde di rumah so ibu abaikan..)
Ikan bilis/udang kering
( ibu ganti dengan ikan kering yang ibu beli siap dipotong halus).
Tempoyak
Garam dan gula
Minyak untuk menumis 
Cara-caranya : 
Tumis bahan yang ditumbuk.
Kemudian, ikan bilis/udang kering/ikan kering
Akhir sekali masukkan tempoyak dan tambah sedikit gula dan garam.


 Hari ini ayah beli ikan tongkol.
Anak-anak ibu tidak begitu suka sedangkan ikan ni bagus untuk minda..
Klik sini.
Buntu nak masak apa.
Tiba-tiba teringat ibu makan ikan bakar ikan tongkol masa
kat Sabah.
Sedap sangat.
Lagipun kat Sabah, ikannya segar-segar dan besar-besar....

Lawannya air asam nie..
Tetapi ibu tambah kicap pekat manis....

Terjumpa gambar masa ibu makan ikan  tongkol bakar
di Pasar Pilipina, Sabah.
Abaikan gambar model tu dan sila fokus pada ikan bakar yang tergolek dalam pinggan.
Masa ini ibu ikut ayah berseminar kat Sabah.
Pergi pun tidak dirancang.
Ayah Pengerusi Seminar  merangkap Bos ambil kesempatan berfoya-foya dengan ibu...
Dasyatkan....!!!!!...he.he.he....

Program Ilmu.

Malam tadi sempat ibu menghadirkan diri dalam 
Forum Semarak Zakat dan Lambaian Ramadhan.
Alhamdulillah banyak ilmu yang ibu dapat.
Syukur Alhamdulillah, dengan menghadirkan diri
dalam program-program keagamaan macam ini
Secara tidak langsung kita dapat menambahkan pengetahuan terutama
isu berkaitan dengan zakat..
Mungkin selama ini kita agak lalai dalam menunaikan
zakat pendapatan dan harta.
Dan sesungguhnya zakatlah yang akan membersihkan
segala harta-harta yang kita miliki....
Sama-samalah kita mengeluarkan zakat pendapatan.
Kalau di Johor ini, kakitangan kerajaan di permudahkan
dengan mengadakan potongan gaji setiap bulan......

Majlis bermula selepas Isyak dan tamat lebih kurang 12.00 mlm.
Tapi memang tak rasa masa berlalu.
Ahli panel terdiri daripada Tuan Kadi Kota Tinggi dan
Tuan Kadi Daerah Ledang.

Cara penyampaian kedua-dua ahli panel mampu menarik perhatian hadirin.
Budak-budak kecil pun tidak berganjak.

 Ahli panel Forum.....

Naurah pun bukan main kusyuk lagi sampai tongkat dagu.
Nak snap gambar farouk pun tidak berjaya kerana
 farouk berada di barisan hadapan menjadi pengiring 
ayah sbgai MC...hi....

22 Julai 2011

Buah Ini.

Buah ini.........

 Boleh buat ibu lupa diri.
Bila nampak buah ini,
 ibu mula tidak boleh fokus.
Bagai ditarik-tarik......

Bayangkan seawal pagi tadi ibu bersarapan dengan buah ini dulu
sebelum menyediakan lunch.
Menikmati kelazatan buah rambutan di awal pagi.

Pergi sekolah, Cik Zana bawa lagi buah ini.
Diri ini digoda lagi.
Tidak dapat mengawal keinginan yang membuak-buak untuk 
makan...makan..makan dan makan buah rambutan.
Ibu boleh habiskan sebakul jika mengadap buah rambutan ini.
Semua rakan-rakan sudah tahu perangai ibu.

Bayangkan rakan-rakan lain bukan meriah lagi mengerjakan
berbakul-bakul buah durian 
tetapi ibu tetap mengopek satu persatu buah rambutan.
Tidak menghiraukan godaan kawan-kawan 
untuk menikmati kelazatan buah durian.
Kerana dimata ibu, rambutan yang TERBAIK!!!!!
Kenapa ko sedap sangat RAMBUTAN???????

21 Julai 2011

Minggu Ini Tiada Cuti...

Hari ini kesibukkan melanda lagi.
Esok ada majlis perpisahan 2 orang rakan guru.
Jadinya hari ini kena buat persiapan dan kemas dewan.
Hari Sabtu ada program teknik menjawab soalan untuk calon UPSR.
Hari Ahad ada program bersama Matrikulasi Cawangan Johor.
Jawabnya minggu ini ibu bekerja 7 hari dan memang tiada cuti ok..

Biasalah cikgu, bekerja tanpa had masa.
Bila diperlukan kami perlu bersedia.
Tidak kira siang, malam..
Tenaga dan wang ringgit.
Tidak pernah jadi masalah.
Yang penting.....ENJOY!!!!!!

Jom, pekena aiskrim + kek perisa coklat/pandan untuk kurangkan stress...hi...

Semoga DIA Terus Berubah.

Tahun lepas budak ini, Muhammad Farouk amat merisaukan ibu.
Sejak melangkah ke PRA Sekolah 2 tahun lepas
Farouk berubah.
Dari seorang anak yang tidak lasak dan baik perilaku, 
Farouk menjadi terlebih lasak di sekolah.
Mungkin di rumah dia tidak ada kawan.
Di sekolah dia melepaskan perasaan n jadi superhero.

Melangkah ke Tahun 1.
Sikap M*l*snya makin ketara.
Banyak kerja-kerja di sekolah tertangguh.
Apa tah lagi homework.
Hati ibu risau dan teramat risau.
Farouk tidak sama dengan 4 Farah.

Prestasinya pun tidak cemerlang seperti 4 Farah.
Dia dalam kategori sederhana sahaja.
Walau pun otaknya cepat menangkap apa yang di ajar
terutama subjek Matematik.
Dan Farouk mampu huraikan apa saja yang dipelajari
secara lisan dengan petah.
Terkadang ibu terpegun dengan huraiannya itu.
Sejak Tahun 1, Farouk sudah mampu menghafal sifir 2-6.

Tapi itulah, sikapnya yang buat Farouk sering tewas 
untuk mengejar rakan-rakannya
yang cemerlang.

Tetapi syukur Alhamdulillah ,
sekarang dia banyak berubah.
Sikapnya melegakan hati ibu.
Setiap kali balik mengaji sebelah petang,
tanpa perlu ibu suruh dia sudah siap mengeluarkan beg sekolah.
Tanpa perlu ibu menyemak lagi beg sekolahnya dia sudah
sedia untuk menyiapkan segala tugasan yang cikgu berikan.

Bila azan maghrib bergema, cepat-cepat dia melangkah ke surau.
Dan akan menyambung HWnya yang bersisa......



Dan prestasinya mula meningkat terutama di SKAgama.
Dia mampu meraih TOP 3.

Dan yang pastinya DOA SEORANG IBU yang sering di dengari oleh Allah.
Tidak putus-putus ibu berdoa untuk anak-anak terutama Farouk.
Setiap kali solat, ibu tidak pernah lupa untuk 
sedekahkan Al-Fatihah untuk anak-anak.

Setiap kali memandu ke sekolah seawal pagi,
ibu tidak putus-putus berselawat dan beristifar.
Dan ibu akui, itulah yang terbaik untuk anak-anak.

Juga ingatkan ibu2, sekiranya kita singgah ke masjid,
bersedekah setakat termampu.
50 sen, RM 1, RM2 atau beberapa saja yang termampu.
Sebutlah nama anak-anak dan niatkan hajat kita untuk mereka.
Dan sekiranya anak-anak ada bersama kita di situ, 
hulurkan duit itu pada mereka.
Suruhlah anak-anak kita membaca Al-Fatihah, 
berniat dan menderma.
InsyaAllah...
Jangan kita cepat berputus asa....

Bukan ibu ingin menunjuk-nunjuk tetapi sekadar berkongsi ilmu.
Kata orang, sebagai ikhtiar kita demi anak-anak.
Mungkin hari ini, kita dikurniakan anak-anak yang pintar, 
mungkin esok atau mungkin 2 tahun atau beberapa tahun lagi...
Semua itu rahsia Allah.
Cuma sebagai ibu, kita dikurniakan kelebihan oleh Allah SWT.
Kelebihan doa ibu mengatasi segala-galanya.....

20 Julai 2011

Berapa Sorang???

 2 biji pizza.
Angah yang volunteer nak masak.

pizza 1

pizza 2

2 biji pizza punya rasa yang sama cuma bentuk dan inti yang agak berbeza....
Cuma Angah saja yang tahu kenapa dan mengapa.....

Dan akan keluarlah perkataan yang biasa ibu dengar sejak along mula pandai berkata-kata
hingga ke hari ini jika anak-anak nampak makanan.
"BERAPA SORANG IBU...??????"
Pertanyaan itu sudah sinonim dengan kami.
Dan selalu jadi bahan gurauan keluarga di kampung.
Kerana mereka sudah dilatih untuk bersikap adil dan saksama.

Tetapi kenapa pizza itu dipotong 6 aja???
Kerana Ayah tak suka makan pizza.
Ayah suka makan tempe....hi.hi.hi...

About me