Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

26 Februari 2021

Petua Pokok Subur

 

Petua untuk pokok hidup subur.
Petua Pertama
* 2 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 3 liter air
*Kisar semua bahan hingga sebati.
Siram pada pokok seminggu sekali sahaja.

Petua Kedua
*Air basuhan beras-siram pada pokok

Petua Ke 3
*Lebihan nasi-tabur pada tanah.

Petua ke 4
*Air basuhan ikan atau ayam-siram pada pokok.






24 Februari 2021

Spesis Keladi


Hobi musim PKP ibu berjinak menanam pokok hiasan.
Ibu tanam apa saja spesis pokok.
Tak ada taksub pada satu-satu spesis.
Sekarang spesis keladi bukan main lagi harga kayangan.
Ngeri je ibu tengok harga kat media sosial.
Bagi yang berminat tak salah belikan.
Itupun satu kepuasan.
Masing-masing punya hobilah kan.

Ibu ada la beberapa spesis keladi ni.
Tu pun takde yang beli.
Ibu tanam je tanpa tahu ID pokok tu.
Ada yang ambil dari rumah along dan ada yang dapat daripada kawan-kawan.
Itupun rezeki jugak kan.

Koleksi 1 : Daun warna putih.
Daunnya agak keras.
Ni dapat dari rumah cousin eb suami.
Dari sepokok dapatlah 2 pasu sekarang.
Tu pun masih baby lagi.


Koleksi ke 2.
Yang dapat dari staf sekolah ibu.
Baru 3 hari tanam.
Daunnya macam ada bintik-bintik hitam.

Dapatlah 4 pasu.

Koleksi ke 3
Spesis ni ibu ambil dari rumah Along.
Sekali tengok banyak tumbuh meliar di dalam kebun sawit sepanjang perjalanan ibu nak ke sekolah.
Amat mudah dijaga.

Koleksi ke 4
Keladi ni ibu dapat dari staf juga. 
Awalnya susah juga nak membiak.
Sekarang dah mula membiak.

Koleksi ke 5
Keladi ni paling senang membiak. 
Ini pun ibu dapat dari staf.
Dah beranak pinak.
Senang dijaga dan tahan lasak.

Setakat ini itu jelah koleksi keladi yang ibu ada.


13 Februari 2021

Kejayaan Farouk

 

Baru sempat ibu tepek penyertaan Farouk dalam aktiviti Ko-Kurikulum di peringkat negeri dan kebamgsaan.
Aktiviti ini berlangsung sebelum pandemik setahun yang lalu.
Semasa pandemik pun farouk berjaya meraih kejayaan di peringkat kebangsaan dengan ciptaan Sanitizer Automatik.
Terima kasih cikgu Nasihirin serta rakan guru yang menjadi pembimbing Farouk dan rakan-rakan sehingga ke peringkat tertinggi.
Banyak tenaga, wang ringgit dan masa Cikgu curahkan bagi menjayakan setiap projek.
Semoga Allah memberi ganjaran pahala buat cikgu


















Si Adik Tuah

 

Adik Tuah dilahirkan pada 23 Disember 2020. 
Adik lahir bersama 4 kembar tetapi 3 ekor kembar Adik telah dibunuh oleh momi Grey. 
Tinggallah Adik sekor. Itu pun beberapa kali momi Grey cuba bunuh Adik. 
Alhamdulillah nyawa Adik masih panjang. 
 
Tinggallah Adik sekor je

Raut wajah Adik sedih je kan

Sendirian

Namun Adik disayangi kakaks dan abangs.
Kakak Tamtam yang sangat manjakan Adik.
Sentiasa menjaga dan memantau Adik.

Adik banyak habiskan masa bersama Kak Tamtam

Ni Adik bersama momi dan abang Corona.
Abang Corona pun sayang sangat kat Adik.

Tapi usia adik tidak panjang.
Akhirnya Adik pergi jua digilis kereta diusia Adik masuk 5 minggu.
Kesian Kak Tamtam. Seminggu mencari Adik sana-sini. Tak selera makan. 
Rindu Adik sangat-sangat tu.
Tenanglah Adik.


About me