Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

29 November 2016

Aktiviti Sekolah Ibu -November

Bulan penutup sesi persekolahan yang semakin sibuk dengan pelbagai program.
Ibu cuba recall setakat yang ibu ingat.

Lawatan Sambil Belajar ke Legoland
3.11.2016
Program yang paling mendapat sambutan anak-anak didik terutama murid Tahun 6.
Kisah lanjut klik SINI


Program Seribu Langkah
di Kg Parit Haji Idris
5.11.2016
Program bersama penduduk kampung berhampiran.
Program anjuran bersama Klinik Kesihatan BG dan disertai penduduk kampung dan murid-murid sekolah.
Ada pertandingan mewarna bagi murid Tahap 1, 1000 langkah dll.

Peperiksaan Akhir Tahun
7-10.11.2016
Berjalan dengan jayanya dan cikgu-cikgu sesak nafas menanda dan memasukkan data dalam SAPS.

Mesyuarat Badan Kebajikan Bilik Guru
8.11.2016
Banyak membincangkan tentang majlis persaraan GB dan family day SKPK.

Mesyuarat Profesional
10.11.2016
Meeting pra penutup sesi 2016.
Banyak program sedang menanti sebelum berakhir sesi persekolahan.
-majlis Khatam Al-Quran murid Tahun 6 (17.11.2016)
-Pengumuman keputusan UPSR (17.11.2016)
-Majlis graduasi dan hari Anugerah Kecemerlangan (21.11.2016)
-Majlis Persaraan Guru Besar ( 24.11.2016)

Kursus Semakan Pendidikan Kesenian
di SKBR
15-16.11.2016
Matapelajaran PSV digabungkan dengan Dunia Muzik maka terhasilah
matapelajaran Pendidikan Kesenian.
Ibu memang suka sangat kalau hadir kursus berkaitan dengan seni ni sebab rakan-rakan memang sporting.
Kami menghasilkan bahan seni....mencipta tarian dan membuat persembahan.
Tiada erti kata "malu atau segan" sebab kami harus aplikasikan semua tu pada anak-anak didik pula....

Hasil seni kami.
Dah siap kami buat pameran....
Pegawai PPD dijemput untk melihat hasil seni kami....

Kisah di sebalik tabir.
Balik kursus hari pertama......sampai rumah dah petang.
Malamnya menyiapkan bahan untuk persembahan keesokkan harinya...
Beginilah kalau cikgu-cikgu berkursus...kami sekadar berkursus di dewan sekolah...
Membawa balik bahan untuk present keesokkan harinya...namun kami tidak pernah mengeluh....

Disamping itu ibu menyiapkan bahan-bahan untuk hiasan dewan sekolah.
Maklumlah minggu-minggu terakhir banyak program sedang beratur menunggu giliran untuk diselesaikan......


Dan keesokan harinya.....dengan "rela hati" membuat persembahan di depan orang PPD.
Rakan-rakan semuanya sporting dan melakukan aktiviti tanpa mengira usia dan bangsa.
Kami lakukan semua ni demi anak-anak didik.
Buang rasa segan...malu....tebalkan muka dan Alhamdulillah kami mendapat ulasan yang sangat positif dan membina daripada mereka.

 Geng ibu yang sporting....pelbagai bangsa....

Hasil seni kumpulan ibu K6

Khatam Al-Quran
17.11.2016
Majlis anjuran Panitia Agama Islam bagi meraikan murid-murid Tahun 6 yang berjaya 
khatam Al-Quran.

Keputusan UPSR
17.11.2016
Seluruh Malaysia dikejutkan dengan pencapaian straight A UPSR 2016 yang hanya 1.10% sahaja.
Siapalah kita kan nak komen lebih-lebih.
Kami hanya pelaksana dan kena akur dengan arahan...
"SAYA YANG MENURUT PERINTAH".
Cuma ibu terkilan bila seorang VIP menunding jari dan seolah-olah guru yang bersalah.
Takpelah...kami terima walaupun pahit...
DI SANA nanti ALLAH akan memberi jawapan sebenarnya.
Bertapa cikgu-cikgu siang malam berkorban masa dan tenaga demi melihat anak-anak didik cemerlang hinggakan lupa anak-anak sendiri sedang bergelumbang dengan final exam di IPTA...huhuhu....
Meninggalkan keluarga menghadiri kursus yang diarahkan tanpa menuntut claim sesen pun.

Majlis Penyerahan Sijil Kecemerlangan SISC
Guru-guru Daerah Tangkak
20.11.2016 

Majlis diadakan di dewan SKL.
Alhamdulillah...terima kasih di atas penghargaan ini.


Menerima sijil penghargaan dan kecemerlangan daripada Pegawai PPD.

Antara guru-guru yang diraikan di majlis anugerah.

Majlis Gradusi Pra Sekolah
21.11.2016
Anugerah untuk anak-anak junior dibawah KPM menerima sijil menandakan mereka telah tamat pra sekolah dan bakal melangkah ke tahun 1

Anak-anak kecil yang tak sabar nak naik ke pentas.

Hari Anugerah Cemerlang Akademik
21.11.2016 (Isnin)
Anak-anak Tahun 1-6 yang cemerlang menerima penghargaan mereka.

Jamuan Akhir Tahun 6
22.11.2016
Alhamdulillah rezeki hujung tahun datang mencurah-curah.
Jemputan ke jamuan murid Thn 6.

Majlis Persaraan Guru Besar Bersama VIP
23.11.2016
Majlis Sesi 1 diadakan bersama MGB dan pegawai PPD.
Jamuannya kami tempah dari katering.
Menunya sedap dan berbaloi-baloi.
Kuih muih banyak yang cikgu-cikgu dan staf sponser.



Majlis Persaraan Guru Besar Bersama Warga SKPK
24.11.2016
GUru Besar beradu di atas pentas.
Redha jelah di solek oleh rakan ibu...ha3x..
Tema : Kesultanan Melaka.

So kami pun kena ikut tema. Biar nampak klasik.
Mak-mak dayang sempat posing sebelum berarak...Fuh..peluh sampai ke kaki.
Maklumlah berselubung dengan kain songket.

Guru Besar diarak dengan beca yang dihias oleh cikgu-cikgu perempuan.
Nanti ibu buat n3 disebalik tabir.

Bergambar kenangan terakhir bersama GB.
Saat terakhir GB sebak dan menitiskan airmata.
kami pun turut bersedih.....
Patah tumbuh hilang berganti.
Namun yang pergi tak akan sama dengan yang akan hadir.
Pasti selepas ini kami akan merindui senyuman manis Tn Hj..
lembut tutur kata....suka berjenaka..banyak memberi motivasi dan nasihat.
Selamat bersara Tn Hj Sahardin...Moga Tn Haji bahagia melalui kehidupan baru setelah mencurah bakti lebih 37 tahun kepada anak bangsa.


Keratan akhbar tentang persaraan GB kesayangan kami.

Alhamdulillah.....
Semuanya selesai dengan jayanya.
Lepas ini ibu boleh tumpukan kepada 1 lagi urusan besar yang bakal ibu lalui semasa cuti.....

26 November 2016

SAPS Tahniah Kakak dan Farouk

Bersua kembali.
Minggu terakhir persekolahan ni ibu amat-amat sibuk dengan pelbagai program.
Nak update status kat fb pun tak sempat apatah lagi kat blog.
Lama dah ibu tak buat n3 tentang 5F.

Kisah 3 minggu lepas.
SAPS Farouk dan Kakak Naurah.
Tinggal mereka berdua jelah yang masih bersekolah.

Adik dan Kakak.
Macam kembar walaupun usia mereka berbeza 3 tahun.
Sekarang Farouk dah lebih tinggi dari kakak...

Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana Kakak tetap kekalkan kecemerlangan walaupun
memilih untuk bersekolah di sekolah harian biasa.
Usaha gigih cikgu-cikgu dan kakak membuahkan hasil.
Kakak dapat 8A1B. 1B pun dah tinggal 1 markah nak ke A-.
Kedudukan dalam kelas 2/30 dan 2/285 orang keseluruhan tingkatan 4.
Semoga Kakak Naurah mampu kekalkan prestasi cemerlang sehingga SPM nanti.

Alhamdulillah...Farouk juga menunjukkan peningkatan dalam pelajaran walaupun dalam dirinya membiak penyakit "M" nya tu..
Adeh....
Namun ibu tetap bersyukur kerana disebalik "main hentam jelah" masa exam (mungkinlah kot sebab sepanjang exam tu ibu lihat sangat sedikit dia pegang buku.Lebih banyak melayan hp...),
Farouk mampu meraih tempat ke 3/30 di dalam kelas walaupun keseluruhan tingkatan dia tidak tersenarai dalam top pun.
Yang paling penting Farouk mampu melangkah ke kelas yang lebih baik tahun 2017.
Alhamdulillah...TERIMA KASIH ALLAH kerana sentiasa memberi ibu dan anak-anak rezeki
yang melebihi dari apa yang ibu minta.

Kisah disebalik tabir yang buat airmata ibu tumpah bila mendengar kata-kata Farouk.
Dibawah ini ibu printe screen dialog yang dialog Farouk yang meruntun jiwa ibu :
"Buka SAPS kakak naurah....tersenyum bahagia ibu. Alhamdulillah syukur pd Allah. Kakak mampu kekalkan prestasi cemerlang w.pn bersekolah di sk harian biasa. 8A1B dgn kedudukan 2/285 drp keseluruhan tingkatan 4. Jeng..jeng..jeng...baru nk buka yg farouk..tiba2 dgn lindangan airmata farouk brkata 'ibu..ibu jgn compare farouk dgn kakak..farouk xpandai mcm kakak..'...terkedu ibu..hilang kata2..mata ibu berkaca... Jantung bagai ditusuk sembilu. Alhamdulillah farouk dpt no 3/30 dlm kelas w.pn bukan keseluruhan tingkatan. Ibu pujuk farouk : 'farouk pn sama dgn kakaks semua..xde beza...Ibu bangga dgn pencapaian ank2 ibu..cuma kalau farouk usha lebih mcm kakak, farouk pn akn bijak mcm kakak2 semua..huhuhu... Ibu xpernah membezakan kalian berdasarkan prestasi. Kalian tetap yg trbaik buat ibu. Tahniah kakak dan farouk. Peringatan buat ibu...JANGAN SESEKALI MEMBANDINGKAN ANK2. Terima kelebihan dan kelemahan mrk seadanya."

Untuk Farouk :
Ibu tidak pernah sesekali membezakan kalian berdasarkan prestasi kecemerlangan.
Ibu sayang anak-anak ibu sepenuh jiwa ibu tanpa ada perbezaan.
Kalian adalah nyawa ibu.....
Kelebihan yang Farouk miliki bila setiap kali ibu bersua dengan rakan-rakan dan orang-orang kampung..mereka selalu memuji Farouk :
"Sejuk mata saya bila tengok Farouk..."
"Bagusnya Farouk...setiap waktu bersolat jemaah di surau. Subuh pun di surau.."
"Merdunya suara Farouk bila azan di surau.."
Farouk jadi kesayangan pakcik-pakcik di surau.
Jika Farouk pergi bercuti mereka akan tercari-cari gelibat Farouk..mereka akan rindukan Farouk....
Ibu kelebihan yang Farouk miliki yang tidak ada pada yang lain.....

Untuk anak-anak ibu :
Ibu menerima anak-anak ibu seadanya dan ibu amat-amat bangga dengan kalian terutama
dari segi akhlak kerana kalian tidak pernah sesekali meninggikan suara pada ibu.
Amat patuh dan mendengar kata tanpa bantahan.
Sentiasa bercakap dengan lemah lembut dan penuh sopan santun.
Memberi keutamaan kepada ibu dan ayah,.
Sentiasa menjaga solat dan adab.
Itu yang paling penting dan kecemerlangan kalian adalah satu bonus dan rezeki 
yang ALLAH berikan buat ibu dan ayah.
TERIMA KASIH ALLAH.
Syukur Alhamdulillah....

20 November 2016

Konsert Perdana 100 Tahun Pandu Puteri Malaysia 2016

Pada 12.11.2016 (Sabtu) yang lepas sekali lagi 
Naurah terpilih mewakili negeri Johor ke 
Program Pandu Puteri.
Kali ini Naurah bersama 4 orang rakan ke 
Konsert Perdana 100 Tahun Pandu Puteri Malaysia.

Bertolak dari rumah jam 9.15 pagi dan ibu tinggalkan aje dia kat tol.....
Bas agak lewat katanya.
Tiba di KL dah tengahari.

Inilah wakil-wakilnya.....
Depan tu teacher Lee dan teacher Lim.
Terima kasih banyak-banyak miss sebab selalu bagi peluang untuk Naurah dan menjaga Naurah sebaiknya setiap kali mengikuti program di luar kawasan....

Sebelum ke Angkasapuri mereka singgah dulu di GM.
Lebih kurang 2 jam mereka shopping2 dulu......dan barulah meneruskan perjalanan.
Inilah wakil Negeri Johor dari 10 buah daerah.

Posing dulu di depan Angkasapuri....


Naurah yang paling kanan bersama cikgu dan rakan-rakan...alahai kecik comel je kakak.

Antara tetamu VIP yang hadir ialah 
Raja Permaisuri Agong, Datin Rosmah dan beberapa orang lagi kenamaan.
Antara artis yang membuat persembahan : 
Datin Alya, Faziah Latif, Tomok, Aizat dan beberapa orang artis.


Bergambar selepas konsert.
Naurah kata memang best masa kat sana.
Konsert tamat dah pukul 11 malam.
Bertolak balik dan sampai rumah dah pukul 3 pagi lebih.

KIsah Lanjut tentang Konsert :












17 November 2016

Berhujung Minggu di Kuantan

Bersua
kembali di kala minggu-minggu terakhir persekolahan.
Kesibukan para guru berganda-ganda...Fuhhhhh...

Hari Jumaat 11.11.2016 ibu mencuri sedikit waktu untuk menziarahi Beby yang sedang menduduki final exam dan memunggah khazanah Beby.

Perjalanan Muar-Kuantan memakan masa lebih 3 jam.
Tiba di Kuantan terus menuju ke tempat Beby.
Kidnap Beby dan kami ke ECM..
Makan-makan....shopping-shopping sambil gosip-gosip.

Singgah kat expo berhadapan Stadium Kuantan.
Geram je ibu tengok pokok bunga orkid ni.
Cantik sangat tapi terpaksa ibu pendamkan hasrat nak beli sebab ibu bukanlah seorang yang rajin membelai pokok-pokok tu......

Lepas tu kami ke ECM.
Along belanja kami makan Kenny Roger's kat ECM.

Singgah shopping kat out-let branded.
Si bujang ibu dah mula bosan menunggu ibu dan kakaks bershopping....

Saat dah tiba untuk ibu berangkat pulang semua ke Johor.
Good luck Beby...
Moga terus cemerlang dan mampu kekalkan Anugerah Dekan pada final exam.
InsyaAllah.



14 November 2016

Cuti-cuti Kelantan

Sempena cuti Deepavali ibu ambil kesempatan balik kampung.
Dah hampir 4 bulan ibu tak bersua dengan Abah dan Mama...
Rindu sangat-sangat.....

Kami bertolak sebelah petang Khamis 27.10.2016.
Hari Selasa kami dah balik semula ke Johor....
OTW balik kaami singgah tempat Beby di Kuantan.

Hari 1
Ibu lepak-lepak kat rumah je...
Layan makan nasi kerabu  + ikan keli goreng bercili....
Sembang-sembang dengan mamadan abah....
Terubat kerinduan....

Hari ke 2:
Kami ke Floating Market di Pulau Suri
Kisah lanjut klik SINI

Hari ke 3:
Ibu mengikuti kursus Umrah di Restauran Al-Khatiri.
Restauran ni terletak di Kubang Krian.
Kalau tak silap ibu milik warga Plastin yang telah berkahwin dengan warga tempatan.
Ibu ke sana untik menimba ilmu akhirat...
Banyak in-put yang ibu perolehi.
Lagipun adik ipar ibu merangkap CEO Tursina Travel menjemput ibu ke sana...
InsyaAllah....moga Allah permudahkan urusan dan
 semoga ibu sekeluarga dijemput Allah ke sana dalam masa terdekat.........

Nasi mandy kambing dan ayam yang sedap. 
1 meja untuk 10 orang = RM500
Berbaloilah kan sebab banyak.

Bergambar kenangan dengan Abah, Adik Atie dan BFF arwah kak long.
Terserempak dengan BFF arwah kak long ( kanan ).
Bergenang airmata kami bercerita kisah2 silam arwah....

Petangnya ibu sempat mengziarahi ibu saudara yang terlantar sakit.
Sayu hati melihatkan keadaan mummy....
Moga mummy cepat sembuh....

Hari ke 4 :
"Melawat kawasan "di persisir Rantau Panjang-Sg Golok...he3x
Rutin kalau balik kampung....
Kompleks imegresen yang sentiasa sesak dengan kereta.

Aktiviti "wajib"...bershopping sampai lebam.

Malamnya sambung shopping kat Aeon Kota Bharu pula.

Hari ke 6 :
OTW balik ke Johor mesti singgah beli keropok getel di Jertih, Terengganu.
Keropok goreng makan panas-panas memang sedap....nyum

LPT 2 yang sentiasa lengang....
Bertolak dari pukul 8.00 pagi dan tiba di Johor pukul 5.00 petang
9 jam perjalanan yang memenatkan....

About me