Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

26 Mac 2012

Home Made Sata Ikan.

Mood nak berblog makin pudar ibu rasa akibat
kesibukkan yang melanda.
Hari Jumaat ni sekolah ibu akan dikunjungi Menteri Besar Johor pula.
Faham-faham ajalah bila tetamu VVIP nak berkunjung.....
Nantilah ibu cerita lain kali.....

Oklah kali ni ibu nak cerita kisah yang dah agak lama terperam.
Kisah 1st time mencuba sata ikan home made....
5F peminat sata ikan....
Kalau pergi pasar malam confirm kena beli sata dan otak2.
Bila anak-anak dah suka ibu mulalah intai-intai resepi kat internet.
Dan biasanya Beby yang selalu volunteer untuk masak.......

 Isi ikan bersama bahan-bahan digaul sebati.

 Sata yang telah siap dimasak.
Alahai Beby, ada yang gemuk,
Ada yang kurus,
ada yang panjang dan ada yang pendek.
Hentam jelah Beby........

Percubaan yang pertama.
Buruk sungguh rupa sata ikan kami.
Kalau jual agaknya tak siapa yang berkenan.
Tapi rasanya lebih kurang sama seperti yang dibeli di
pasar malam tu...cit!!!! perasan + syok sendiri......
Jemput makan.....

RESEPI SATA IKAN
BAHAN – BAHAN :
1 kg isi ikan kembung
1 biji kelapa parut – diambil patinya saja
500 gm cili merah – dihiris
500 gm bawang merah – dihiris
100 gm halia – dihiris
garam ,gula, dan sedikit serbuk perasa

BAHAN UNTUK MEMBUNGKUS
Daun pisang yang dilayur atas api

CARA MEMBUATNYA :
-Tumbuk isi ikan dan kelapa parut
-Campurkan dengan bahan – bahan yang dihiris
-Bungkus seperti bentuk kon
-Bakar hingga masak dengan api yang sederhana.
*Beby masak atas ceper je.....

39 ulasan:

sonata anak kancil berkata...Reply To This Comment

assalamualaikum - sedapnya sata ni...saya sangat2 suka...mintak izin nak C&P resepi (tk)- satu masa nanti nak cuba jg...he3x

azieazah berkata...Reply To This Comment

Tak kira ler rupa cemana pun. Bukan nak jual pun. Makan sendiri. Yang penting rasa yummy! I jeles okeh.

ariana berkata...Reply To This Comment

sata..sedapnya..akak suka sgt ni..tp x pernah buat..asyik beli je..sib baik kat Kuantan ni senang nak dapat..:)
Hasil buatan sendiri mesti sedap ni, x kira lah macam mana pun rupanya..:)

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

tak pandai nk mkn ni..wp duk ganu...huhu

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

nak cuba buat jugak la akak. saya suka gak sata tapi slalu beli ja. mesti try ni, tq

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

sata! i likeeee very much !

rajen betul beby... ;)

wah vvip nk mari..mesti akk super bizi...

ummiross berkata...Reply To This Comment

Sedapnya NzA, bestlah NzA kalau dah pandai buat sendiri.Ummi kalau bulan puasa selalu teringin nak makan sata ikan ni..

mamaijat berkata...Reply To This Comment

......kalau lah kalau kita dok setaman.....huh!dah merasalah mamaijat sata yang jadi pujaan hatiku ini....
apakan daya....

NzA berkata...Reply To This Comment

to sonata
boleh3X..silakan....sharing is caring....slamat mencuba....

NzA berkata...Reply To This Comment

to AA
mmg buruk no rupanya tu....hik.hik.hik...

NzA berkata...Reply To This Comment

to adriana
kat pntai timur mmg byk sata ni kan kak... senang nk dpt..kalau kt sini kena tunggu pasar mlm la dulu....

NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
he.he.he....biasalh tu, ada mknan yg biasa dpn mata ttp xkena dgn selera kita....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
selama ni pn akak beli je ttp beby request nk buat.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummi hanie
sedapkan hanie...Beby agak rajin ke dapur brbanding 2 kakak2nya tu....

2lh, kesibukkan yg tramat....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
prcubaan prtama ummi...he.he.he...ttp mmg sedap mknan ni....xjemukan....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
yelh mamaijat..alangkan bestnya jika kita dok setmn..mkn bersama2 smbil brkongsi kisah suka duka.......

amiey lee berkata...Reply To This Comment

aduihhh terliurrr tgk sata ni.... boleh pass sikit heeee

cheqna berkata...Reply To This Comment

wah..cheqna suka ni =)
kalau rajin boleh try =)

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Akak mesti singgah di Kuala Kemaman untuk makan sata dan otak 2 dalam perjalanan balik ke Terengganu.

Sekarang ni susah nak dapat sata sedap selalunya rasa kelapa saja, ikan entah hilang ke mana.

Baguslah NZA rajin mencukupi, dah beberapa kali mesti sedap.

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

wow!! kelas akak...buat sendiri hah sata...mmg rajin dan pandai....lieya first time mkn mase kat kemaman gi kursus...terus jatuh cinta ngan rase die...sedap sgt rupenyer!

Aziela berkata...Reply To This Comment

waahh...rajinnya akak.... Memang satu keunikan Malaysia yang sedap makanan nie..sayangnya ramai sungguh yang masih belum pernah makan sata di Malaysia nie...

Unknown berkata...Reply To This Comment

KAK IBU!!!!!!!!!! saya peminat sata.... Kejap nak tanya ni, i biji kelapa parut, diperah atau ditumbuk sekali kelapa parut dgn ikan tu.....

Nur berkata...Reply To This Comment

Rajinnya buat sata sendiri. :)

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Buruk pun takpa, janji boleh makan sebab kita pun nak makan sendiri ja, bukan nak jual kan. Rajin & pandai Beby masak, tinggi saham anak dara sorang ni! Way to go Beby!

Salmi berkata...Reply To This Comment

Soal rupa tolak tepi, Yah. Yang penting rasanya tu.. Kalau duduk dekat mcm dulu boleh juga mengintai2..

NzA berkata...Reply To This Comment

to amieylee
dh habis la...hu.hu.hu...

NzA berkata...Reply To This Comment

to cheqna
sedapkan...org2 pntai timur mesti la sukakan....ngee....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kunang2
yelh kak, skrg ni lebih kelapa dr ikannya..pulak tu trkdg manis. xsesuai dgn tekak..kalau buat sndiri boleh ikut selera.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to lieya
dh tringin nk makan, kena la buat lieya....mmg sedap...

NzA berkata...Reply To This Comment

to aziela
betul tu azie, akak ni pn awalnya xmencuba ttp lelama suka lak......

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
akak ambil pati sntannya n sedikit je letak kelapa.....ikut citarasa cz anak2 xsuka yg byk kelapa....

NzA berkata...Reply To This Comment

to yati
sekadar mencuba yati....he...

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
he.he.he...2 lh..kalau jual confirm org lari..
Oooo..gitu ke???? nk kena letak hrga tinggi sikit nie...wakaka....

NzA berkata...Reply To This Comment

to k.mie
he.he.he....kelakar je tgk rupanya tu..
Yelh k.mie, rindu saat itu....bestkan kalau mcm dulu2....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

wah sedap sata nie,kt johor je ada.area utara mmg tak jumpa..hehe..

bey la tiru resepi ni sbb kt rumah nie ikan kembung sentiasa tak laku..:)

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
kalau nk makan sata kena tunggu pasar malam..2pn kalau brnasib baik......

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Rupa belakang kra kan beby. Yg penting sedap.. :D

NzA berkata...Reply To This Comment

to zefa
apa nk buatkan.....he.he.he.....

sal ya berkata...Reply To This Comment

suka jugak dgn sata.

About me