Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 Mac 2012

Karnival Ko-Akademik Zon Selesai.

Pagi Sabtu kaum guru yang terlibat berkampung di SKS 3.
Kami pergi Karnival.
Bukan Karnival membeli belah ye tetapi karnival akademik.
"Intan Terpilih" (hu.hu.hu...) yang kena hadir ke sana.
Yang pasti cikgu-cikgu yang ada MPV jadi mangsa utama mengangkut anak-anak didik.
Nak jimat belanja sebenarnya.
Maklumlah boleh sumbat 8 orang serentak.....
Itulah rutin ibu setiap tahun.
Dan kebetulan ibu pun dilantik jadi Ketua Hakim mewarna.
So dengan redha pergi ke sana.........

Macam-macam katogeri pertandingan diadakan.
Sekolah ibu memenangi beberapa acara termasuk :
Johan Saintis Muda
Johan Program Pemulihan
Ke 4 Mewarna Pra Sekolah
Ke 4 Sahiba Pemulihan.

Ini bilik Kuiz Kajian Tempatan yang Naurah sertai.
Kali ini Kumpulan Naurah  tidak berjaya merangkul hadiah utama.
Setiap sekolah di wakili oleh 3 orang peserta.

Naurah mengeluh tidak puas hati :
" Ibu kakak geram la dengan si Ad tu. Dia langsung tak jawab soalan.
Kakak dan Nana je yang jawab. Habis markah kumpulan kami tau...."

Ibu:
Tak pelah kakak, tak semestinya setiap pertandingan kita akan menang.


Luahan hati gadis yang menjadi rebutan.
Akhirnya dia kecundang akibat tiada kerjasama dalam pasukan.
Ibu tahu Naurah dan Nana amat kecewa dengan sikap Ad tu.
Bertukus lumus mereka berdua menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan.
Tapi dari jauh ibu memerhatikan Ad buat acuh tak acuh......
Guru-gurunya turut kecewa sebenarnya.

Markah ketiga2 peserta akan dicampur.
Yang pasti mereka banyak kehilangan markah
akibat sikap seorang rakan yang tidak bekerjasama.
Semoga ini dijadikan pengajaran dan penguat semangat mereka......
Tak semestinya setiap pertandingan kita akan sentiasa menang....
Tak gitu Kakak??????.

Ibu jadi Ketua Hakim mewarna Pra Sekolah.
Kelakar tengok gelagat anak-anak kecil nie.
Tengok peserta ni macam anak Puan Kutu si Aiman yang chubby tu.....ngee.....
Macam-macam gelagat yang ibu saksikan....
Ada yang tekun mewarna,
 ada yang sempat bergosip-gosip,
ada yang mewarna sambil baring-baring,
ada yang menangis...alahai comel je.....

Kertas mewarna yang terpilih......
Kecil2 dah kreatif.
Saksikan hasil kerja anak-anak umur 5-6 tahun.
Pening nak pilih pemenang.......
Semua pandai mewarna......

Cenderahati untuk hakim........

21 ulasan:

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....tahniah kepada skul NzA yang menang beberapa kategori....

buat Naurah & gang...
moral of the story.....
apa yang penting....
KERJASAMA.....

teruskan usaha..semuga akan ada kejayaan lagi nanti...

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Takpalah, kalah menang adat pertandingan. Sekurang2nya dema dapat belajar tentang pentingnya kerjasama. Mesti ada sebab kenapa si Ad tu tak jawab soalan. Kena buat post-mortem kot..

Joanna Yunus berkata...Reply To This Comment

Tahniah untuk semua....biasalah tu kakak memang dalam satu pasukan ada yang akan relaks cool je, kita yang menjawab ni memang le tension sebab kita menjawab dia pulak diam je, kalau menang ok kita tak marah kalah memang angin le....sabar je le

ckLah @xiiinam berkata...Reply To This Comment

Tahniah untuk semua cikgu dan murid. Macam macam pertandingan di sana sini....tengah musim, hehe.

(sebelum permisi...maaf zahir dan batin)

Norsalmi berkata...Reply To This Comment

Tahniah kpd yg berjaya..
Meriah ye karnival ko-akademik di sana. Kat sini program tak jalan serentak. Buat asing-asing di tempat & masa berlainan & buat pada hari persekolahan; bukan sabtu

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
thanks mamaijat..

2lh, moga semua tu jadi pengajaran buat mrk..kerjasama amat pnting dlm lakukan sesuatu.........

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
2lh, sbb seorg hancur brkecai segala harapan...bila di soal selidik si Ad ni xbrsedia....xdibacanya apa yg cikgu beri bahan utk dia....hu.hu.hu....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
2lh, dh adat dlm prtandngan, ttp yg trkilan tu bila sikap acuh xacuh murid bila diberi tugasan.......Sabar jelh....

NzA berkata...Reply To This Comment

to cklah
2lh, musim cikgu2 memerah tenaga n keringat......

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak mie
thanks k.mie..thn ni xbrapa menyengat sgt la...

thn nie depa buat serentak utk jimatkan masa, tenaga n kos..yg xbestnya abis dikutipnya duit2 cikgu2 nie.....

ummiross berkata...Reply To This Comment

Cantik2 sungguh anak2 kecil tu mewarna..tentulah pening NzA nak memilih.
Tentu rasa lega kan bila program besar macam ni berjalan lancar..

amna berkata...Reply To This Comment

meriahnya.. di sini (serdang) pun tgh sibuk dgn prtndgn n krnival akademik :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
budak2 kecik tu mmg kreatif ummi.....pening nk pilih...

NzA berkata...Reply To This Comment

to amna
musim karnival ni dik...

Zefa NorAsmara berkata...Reply To This Comment

Aik.. macammana anak Puan Kutu boleh terlepas ke Johor ni? Hehe..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

hehe bila Aiman masukpertandingan mewarna.pelik ibunya tak tahu.haha..

Aiman klu mewarna selalu keluar garis lg.klu ibu tgok baru buat elok sikit.mmg jenis yg nak cepat je,selalu kena marah dengan ibu.hikhik..

buat naurah, takpe..dh tak ada rezeki.tp geram gak dengan si ad tu kan.hehe..

NzA berkata...Reply To This Comment

to zefa
2lh, lbh kurg sama dgn aiman...cubby....ngee,,,

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
2lh, suka tgk, cubby mcm aiman...comel je tgk jejari nya yg montel mewarna...ngee.....

biasalh budak2 lelaki camtu PK...nk buat kerja mesti nk cpt je w.pn mrk kreatif...

2lh, dh kalah kali nie....

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

takde rezeki naurah nk mng tu yer... tak apelah... ada yg lain insyaAllah

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummi hanie
2lh, sekurg2nya dia dpt belajar dr pngalaman...

anisalya berkata...Reply To This Comment

tekunnya mewarna.

About me