Minggu ni Along, Angah, Beby dan Naurah akan duduki peperiksaan.
Kebetulan Naurah pun menduduki PBS serentak dengan kakak-kakaknya di IPTA.
Beginilah saban waktu ibu tidak putus-putus berdebar-debar bila anak-anak duduki exam.
Setakat ni syukur Alhamdulillah 3Farahs masih kekalkan prestasi cemerlang mereka.
Begitu juga Naurah yang terus cemerlang walaupun bergelar pelajar sekolah harian
di atas pilihan dia..
Sebagai seorang ibu pastinya ibu tidak akan pernah jemu bersujud
memohon doa agar anak-anak ibu menjadi
insan cemerlang dunia dan akhirat.
Tiada petua khusus yang ibu amalkan cuma sekadar
ibu mengamalkan petua yang mama berikan
dalam mendidik kami berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran... ...
Gud luck Along..
Along merupakan perintis untuk adik-adik melangkah ke IPTA.
Menjadi pembakar semangat adik-adik.
Gud luck Angah.
Ibu tahu Angah seorang yang tekun dan gigih belajar.....
Dan ibu pasti Angah mampu meraih pointer yang terbaik......
InsyaAllah......
Siap w.apps jadual exam.
Skema ibu sorang ni....he3x.....
Gud luck Beby....
Ibu bangga dengan Beby.
Sekarang Beby makin tekun belajar kerana course yang yang dipilih bersesuaian dengan cita-citanya.
Kekalkan kecemerlangan Beby dalam exam yang telah Beby duduki
sepanjang pengajian di sana.......
Puteri Bongsu ibu.
Gud luck Naurah.
Ibu tahu Naurah mampu kekalkan kecemerlangan seperti yang diraih semasa di tingkatan 1
dan peperiksaan yang telah Naurah duduki sebelum ini.
Semoga Naurah mampu kekalkan Anugerah Emas nanti.....
Ya Allah,
Permudahkan anak-anak ku dalam menjawab peperiksaan yang mereka duduki.
Lapangkanlah dada mereka..
Kuatkan ingatan mereka...
Terangilah hati mereka agar dapat memahami apa yang dipelajari.....
Kurniakan minda yang cerdas....
Semoga mereka mampu meraih kejayaan cemerlang dalam
setiap peperiksaan yang mereka lalui......
Sedikit berkongsi petua:
Ibu selalu pesan pada anak-anak setiap kali melangkah ke dewan peperiksaan
agar amalkan bacaan :
Al-fatihah pertama disedekahkan untuk ibu dan ayah
Al-Fatihah ke 2 disedekahkan untuk pemeriksa kertas (agar lembut hatinya)
Al-fatihah ke 3 disedekahkan pada diri sendiri agar dipermudahkan
menjawab soalan.
Al-Fatihah...
10 ulasan:
aminnn.. good luck untuk semua.. moga mudah menjawab exam nanti ...
Good Luck untuk 4Farahs..moga diberikan ketenangan & dipermudahkan untuk menjawab soalan..
Good Luck Buat semua Puteri2 kakak.
semoga tenang menjawab semua soalan.
nak gi baca petua mendidik anak yang akak kongsikan.
terima kasih tau~ :)
good luck all of 4farahs :)
Good Luck buat 4 Farah..
Tiba2 rasa.. touching..
Semoga berjaya 4farahs
Mak IM dulu, masa IM nak ambil exam dibuatkan air penawar untuk IM minum. Katanya biar terang hati...
Semoga 4F cemerlang dalam pelajaran masing-masing.
Juga buat lelaki F yang lagi sorang tu, semoga dapat mengikut jejak langkah kakak-kakaknya.
Amin.
Good luck untuk kesemua puteri akak. Semoga terus mengekalkan kecemerlangan dalam pelajaran masing-masing. Untungnya akak ni, anak-anak semuanya berjaya.
Semoga berjaya hndknya. Teringat kata2 srg motivator, sekolah harian ke sbp ke sama je. Kalau mmg dh keinginan utk berjaya, insyaAllah... sekolah biasa dgn guru2 yg ada pn mampu jadikn kita cemerlang.
Catat Ulasan