Roti puri menu kegemaran anak-anak ibu.
Hasil airtangan en ayah.....he3x..
Sebab tu bila orang tanya resepi ibu tercengang seketika.
Bila ayah memasak di dapur ibu tak suka kacau dan malas nak ambil tahu...
Yang pasti ianya dah siap terhidang.....
So kali ini ibu tepek la "secret recipe" en ayah yang tak jadi rahsia lagi.
Itupun atas permintaan rakan-rakan jugak.
Menu simple dan sedap dimakan terutama untuk sarapan pagi.
Ayah akan buat banyak-banyak doh roti ni dan disimpan dalam petiais.
Pagi-pagi ibu gigih la mencanai dan goreng untuk sarapan anak-anak.
Meh kita intai resepinya:
Resepi :
Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil mauripan (yis)
4 sudu besar minyak masak/majerin
air
secubit garam
sedikit gula (*kalau tak suka tak perlu letak )
Cara-cara:
1. Masukkan tepung + mauripan dalam bekas dan digaul rata.
2. Masukkan gula + garam + minyak masak/majerin ke dalam periuk dan panaskan seketika saja.
3. Kemudian masukkan bahan yang dipanaskan ke dalam bekas tepung sedikit demi sedikit
dan kacau sebati.
4. Gaul dengan mengunakan tangan hingga terbentuk seperti serbuk roti.
5. Kemudian tambah air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
6. Tutup dengan kain lembab macam kita buat donut tu dalam masa 40-50 minit..
7. Bila doh dah kembang, bentukkan bulat-bulat sebesar bola ping-pong.
Macam nilah bentuknya.
Ini en ayah siap bungkus satu persatu dengan plastik untuk
buat restok dalam peti ais.
Ianya tahan lama kalau disimpan dalam petiais.
Bila nak goreng baru canai.
8. Sebelum digoreng canai dulu doh tu nipis macam kita nak buat kulit karipap.
9. Goreng dalam minyak yang panas (*pastikan api dalam keadaan sederhana sebab ia mudah garing)
10. Boleh dimakan bersama sambal tumis/ kari dan sewaktu dengannya.
Selamat mencuba.
p/s:
Ni resepinya mama QS.
5 ulasan:
Tq kak ibu nza... Nanti akan ku cuba dan up Mr Ayah kak ibu nza .... Love u very the ketat... Kalau beby baca ni sure dia ckp... Oh my mama qs english
Boleh try nii...
Saya buat lempeng jee sarapan pagi ni..
Ada lebih tak? Boleh kongsi dengan saya roti tu... Hehehe...
Biasa masak telur je... Tapi suka duduk sebelah tengok orang lain masak kat dapur...
teringat dulu time sekolah pernah masak2 roti puri ni time kelas ERT..haha..tp skang tk pernh buat pon..tak reti dah kot..T_T
Bestnya kalau suami pandai memasak di dapur. So sekarang ni takdalah secret recipe lagi, dah tersebar di alam maya :)
Catat Ulasan