Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 Oktober 2014

Aidil Adha-Part 2

Bersua kembali siri ke 2 Raya Haji.
Mood berblog makin suram walaupun banyak cerita dalam draf ibu.....
Ibu nak sambung kisah Aidil Adha kami.

Aidil-Adha Pertama
Alhamdulillah kami diberi rezeki lagi untuk berkongsi dengan insan lain.
Ayah melakukan ibadah korban pada raya pertama dan ibu pada raya ke 3.
Gambar kredit daripada anak saudara Muhd Wafi (Tqsm)
 7 ekor lembu ditumbangkan pada raya pertama di taman perumahan ibu....
Ayah merangkap orang kuat surau menjalankan amanah dengan begitu baik.....

Gambar kredit daripada anak saudara Muhd Wafi (Tqsm)
Aktiviti melapah lembu-lembu yang dah siap di sembelih.
Tahun ini Ayah perkenalkan cara lebih sistematik yang mana
setiap isi rumah diberi keratan kertas untuk diisi bagi mengambil daging-daging agihan.
Kalau tahun-tahun terdahulu daging diagihkan dengan cara mengantung disetiap pintu pagar
rumah....Ada kes tuan rumah balik bercuti dan daging tu membusuk.... 

Ini 1/3 bahagian daging untuk peserta kurban.
Rezeki melimpah ruah.
Penuh satu singki besar.
Ini pun dah diagih-agihkan kepada saudara mara....

Aidil-Adha Ke 3
Giliran ibu pula melakukan ibadah korban.
Ibu join ibadah korban anjuran sekolah ibu.
Dah dua tahun berturut-turut sekolah ibu adakan ibadah korban untuk
guru-guru dan staf.
Tahun ni ibu  niatkan ibadah korban tu untuk Naurah pula.
Begitulah saban tahun ibu korban untuk anak-anak mengikut giliran.
Syukur dengan rezeki yang Allah berikan buat kami sekeluarga....

 Awal pagi diadakan dulu tahlil untuk disedekahkan kepada ahli keluarga terdekat 
rakan-rakan guru dan staf yang meninggal dunia.
Sayu hati bila nama arwah Kak Long dan Abg Long disebut.
Ya Allah...bergenang airmata ibu...sayu, sedih dan rindu yang teramat sangat.
Hari ini genap 57 hari pemergian arwah berdua.......
Al-Fatihah...moga K.long dan Abg Long tenang di sana......


Majlis tahlil diadakan didataran perhimpunan.

Selesai tahlil, ibu dan rakan-rakan yang melakukan ibadah kurban bergerak
ke pusat pemeliharaan/penyembelihan lembu yang terletak berhampiran.
Gambar kredit untuk rakan ibu Cikgu Ismail.
Ladang ternakan milik seorang pengusaha terkenal di situ.

Gambar kredit untuk rakan ibu Cikgu Ismail.
Alhamdulillah....dipermudahkan.
2 ekor lembu dikurbankan tahun nie.
Lagipun di sini penyembelihan dilakukan dengan peralatan yang lebih canggih dan
sistematik.
Selesai ibadahkurban ibu dan rakan-rakan begerak kembali ke sekolah...

Selesai lembu-lembu dilapah dan dipotong,
daging-daging tudihantar dengan lori ke sekolah.
Ibu dan rakan-rakan bergotong royong memotong dan mengagih-agihkan daging-daging
kepada anak-anak murid yang kurang bernasib baik, 
rakan-rakan guru dan staf serta penduduk-penduduk kampung.....

Aidil-Adha ke 4
Seperti yang dirancangkan kami mengadakan jamuan sup + roti + meehoon
kepada seluruh warga sekolah.
Program ni diadakan waktu rehat.
Kami bergotong royong memasak dan menghidang makanan kepada murid-murid....

Ini mangkuk ibu....Ha3x.....dasyatkan.
Tapi ibu takadalah sampai menyedut lemak-lemak tu.

Anak-anak murid menikmati hidangan sup airtangan cikgu-cikgu dan staf nie.....

Like mother like son.....
Si bujang ibu sedang bergomol dengan sup gear-box.....he3x....
Comel je Farouk dan rakan-rakan menikmati  sup gear-box bersama-sama.....

Syukur Alhamdulillah...rezeki yang Allah berikan kepada
kami sekeluarga.
Stok-stok daging dalam petiais melimpah ruah...
Berbahagi dengan orang lain dan Allah gandakan rezeki
yang lebih berganda...

Semuga Allah masih memberi peluang danruang untuk ibu dan ayah
bernafas di bumi ini bagi melakukan ibadah kurban untuk tahun-tahun seterusnya.
InsyaAllah.......


6 ulasan:

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Syukur alhamdulillah.. Semoga kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki utk meneruskan ibadah qurban ditahun2 hadapan. Amin..

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah.....moga ibadah korban family akak diberkati Allah taala...

seronok tgk anak murid dpt makan masakan cikgu n staf sekolah kak...rezeki yg ade di kongsi bersama....

safurara berkata...Reply To This Comment

#JalanJalanKlikIklan

Unknown berkata...Reply To This Comment

seronoknye Zura tengok..
meriah sgt bila majlis macamnih di sertai dgn anak2 murid dr semua golongon. mungkin ade dr kalangan mereka yang kurang bernasib baik kan~ saat2 macam nih lah mereka boleh merasa hidangan daging. itulah Hikmahnye dari ibadat korban. mudah2an Zura pon di beri peluang utk melakukan ibadah korban macam akak.. aminnnn~

Kak~ maaf yer.. zura baru dpt reply soklan akak pasal chq nuffnang tu.. selalunye.. kalo kita dh cash outkan duit nuffnang.. dalam masa sebulan nuffnang akan bayar. selalunya amik masa sebulan lebih sehingga ke 2 bulan utk terima chq dari nuffnang. akak boleh cek sama ada claim akak dah di bayar ke blom kat akaun nuffnang akak. tau kan camner nak cek?? tgk kat kita punye earning. payment history. :)

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, murah rezeki akak sekeluarga. Dapat melakukan korban kali ni. Tahun masih dapat lagi daging korban tapi tak ambil bahagian kali ni.

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

IM first time buat korban tahun ni. tahun depan insyaAllah kalau ada rezeki buat untuk ibui_suri pula...

About me