Salam rindu semua.
Ibu muncul lagi setelah 5 hari menyepi.
Bukannya ibu pergi mana pun cuma sehari dua ni agak sibuk dan saja-saja
menyibukkan diri..
Bahagia melayan permata hati yang balik bercuti....
Itu yang buat ibu sibuk sangatttt.....he3x....
Itu yang buat ibu sibuk sangatttt.....he3x....
Hari ni hari ke 4 Aidil-Adha.
Ibu tak balik kampung pun raya kali ni kerana menanti kepulangan
anak-anak dari perantauan.
Lagipun cuti anak-anak tak sama, agak sukar nak beraya nun jauh di Kelantan.
Posing selepas balik solat sunat Aidil-Adha.
Cuma ada 3 Farahs...Beby tidakdapat bersama kerana sibuk untuk persediaan peperiksaan mix-sem...
Kami cuma ke rumah MIL dan SIL ibu.
Lepas tu kami lepak-lepak dan makan-makan je di rumah...
Hanya berempat je.....
Ayah dan Farouk awal-awal dah keluar nak ke surau.
Tak sempat nak bergambar bersama.
Mereka berdua sentiasa sedondon....berjubah putih..kopiah pun sama......
Ibu masak laksa versi Kelantan.
RIndu kampung punya pasal....huk.huk.huk....
Alhamdulillah licin...tetamu terakhir yang habiskan laksa ni.
Ibu jugak masak nasi entah versi apa.....hehehe......
Main belasah jelah.....
Angah macam biasa masak sherpherd pie feveret kami sekeluarga......
Ok..ini saja nak cerita kali nie....
Ada satu siri lagi tau tentang Aidil-Adha.....
8 ulasan:
Saya suka tengok Farouq berjubah sedondon dengan ayahnya tu...
Kesian Farouq posing sorang-sorang, ayahnya pula sedang baca mesej...
Nampak sedap semunye tu..selamat hari raya kak... :)
Waaa..laksaaaa. Sedapnyaaaa
kak ibu... lapar la... nampak semuanya sedap sahaja
yg penting makanan semua buat terliur..sy pulak nikmat makan kena tarik masa raya..telan air liur je la tgok org mkn.hehe
Yati suka laksa kelantan.
Besar dah anak-anak kak Nza.
Alhamdulillah.. seronokkan bkumpul dgn ank2 smua.
Salam aidiladha kak
Tenang je bila tengok muka Farouk berjubah. Suka tengok tau, kak. Saya pun raya kali ni tak balik ke BP. Raya di KL je empat beranak. Makan tidur makan tidur jelah kerja kami. Puas terbongkang.
Catat Ulasan