Kisah weekend ibu berdating dengan ayah kat service therapy Ceragem.
Dah seminggu ayah sibuk dok ajak ibu ke sana tapi disebabkan kesibukan ibu
mengalahkan PM maka temu janji ibu dan ayah terpaksa ditangguhkan.
Maka terpaksalah ayah pergi keseorangan.
Hujung minggu dengan "Akta Paksaan" ayah suruh ibu
bersiap seawal pagi.
Disuruhnya ibu berpakaian serba putih....
Hai.....tetiba ibu jadi pelik dengan ayah sebab sebelum ni
Ayah tak kisah ibu melaram pakai baju warna apa...fesyen apa....
Lagi ibu confius bila Ayah pun berseluar dan ber t-shirt putih....
Kali ini ibu ikut perintah ayah walaupun dalam hati tertanya-tanya.
Bila masa Ayah paksa ibu untuk pakai baju sedondon dengannya
sedangkan selama ni ayah terpaksa akur dengan perangai ibu yang tak suka
pakai sedondon dengan sesiapa....
Bila masa Ayah paksa ibu untuk pakai baju sedondon dengannya
sedangkan selama ni ayah terpaksa akur dengan perangai ibu yang tak suka
pakai sedondon dengan sesiapa....
Jenuh menyelongkar nak cari t-shirt putih + berseluar putih....Hish....
Lepas tu ayah suruh ibu bertudung putih...
Ibu mana ada koleksi tudung putih dan t-shirt putih so ibu belasah jelah tudung biru
maching dengan lengan t-shirt warna biru......
Ayah bawa ibu ke Muar.
Tiba disuatu tempat ibu lihat ramai makcik2 berpakaian putih sedang beratur.
Hairan bin ajaib....ada kematian ke apa...tertanya-tanya ibu sendirian...
Ibu mengikut arahan ayah tanpa banyak soal.
Setelah gigih beratur untuk dapatkan no akhirnya kami berjaya masuk.
First kena bersenam dalam panas tanpa aircond...
Sengaja aircond ditutup agar kami rasa macam dok dalam ketuhar.
Maka ibu yang masih blur turut bersenam dengan perasaan malu-malu kucing.
Makcik2 kat situ semua sporting....bersenam dan goyang-goyang ikut rentak
dari lcd yang ditayangkan.....
Fuh!!!!! memang berpeluh sampai ke kaki......
Lepas bersenam barulah aircond dibuka...Wah rasa nyaman macam dok dalam petiais...
First kena bersenam dalam panas tanpa aircond...
Sengaja aircond ditutup agar kami rasa macam dok dalam ketuhar.
Maka ibu yang masih blur turut bersenam dengan perasaan malu-malu kucing.
Makcik2 kat situ semua sporting....bersenam dan goyang-goyang ikut rentak
dari lcd yang ditayangkan.....
Fuh!!!!! memang berpeluh sampai ke kaki......
Lepas bersenam barulah aircond dibuka...Wah rasa nyaman macam dok dalam petiais...
Ni nombor yang kami dapat....
Itupun kami dalam kumpulan ke3.
Setiap kumpulan yang nak dapat rawatan dalam 20 orang....
Di sini mengajar ibu menjadi seorang yang sabar dan cool.
Lagipun ceramah yang disampaikan sangat-sangat berguna.
Banyak ilmu baru yang ibu dapat.
Ni ibu ambil dari en google.
Inilah benda alahnya.
Katil canggih a.k.a "berhantu" yang buat ibu sangat-sangat kagum.
Bukan kagum kerana ianya cantik tapi kagum dengan teknologinya yang
sangat maju dari Korea.
Cuma 20 minit je ibu baring atas tu selama 2 hari @ 2sessi
dan semua sakit belakang dan pinggang yang ibu alami hilang.
Alhamdulillah....rupanya cerita makcik2 kat situ
sebuah kisah benar........
Semasa di sana ibu sempat "interview" beberapa orang kakak
dan makcik yang sanggup beratur semata-mata untuk dapatkan rawatan alternatif.
Dari cerita yang ibu dengar semuanya pulih dari lumpuh/strok/sakit tulang belakang
dan beberapa jenis penyakit kronik setelah beberapa kali datang ke situ.....
Kesembuhan yang Allah bagi setelah mereka berusaha.....
Semasa di sana ibu sempat "interview" beberapa orang kakak
dan makcik yang sanggup beratur semata-mata untuk dapatkan rawatan alternatif.
Dari cerita yang ibu dengar semuanya pulih dari lumpuh/strok/sakit tulang belakang
dan beberapa jenis penyakit kronik setelah beberapa kali datang ke situ.....
Kesembuhan yang Allah bagi setelah mereka berusaha.....
Ibu cubalah usha ayah tanya berapa sebenarnya sebuah katil ni.
Dengan muka tak ada perasaan ayah cakap RM12K je.
Haaaaaaa.....melopong mulut ibu 360%.
Mahalnya....Ayah jeling gelang yang ibu pakai.
Alah 2 utas gelang tu pun dah lebih RM12K....
Tak pernah kata mahal pun..sanggup beli bila berkenan......
Adeh...terkena batang hidung sendiri.
Sabar jelah......
Dan paling ibu kagum...motivate pusat ni bekas seorang pensyarah lulusan
luar negara....
Sanggup berhenti kerja setelah dia sendiri buat rawatan menggunakan Ceragem ni
dan sembuh dari penyakit yang ditanggung sejak berusia 9 tahun....
Dari situ dia berkongsi pengalaman pahit dengan kami.
Dan lebih ibu kagum.....pusat ini tak pernah promosi katil ni
bagus ke apa...tak pernah promosi suruh cuba beli...
tak pernah sebut pun pasal harga macam yang biasa ibu lihat
orang promosi produk pemakanan or kosmatik....
Yang pasti kami pengguna secara percuma macam dah jatuh cinta
dan jauh disudut hati ingin memilikinya........
Itulah kelebihan yang dimiliki Ceragem.
Dan ibu tidak sabar menanti weekend seterusnya untuk\
pergi ber"dating" lagi dengan ayah ke sini......
10 ulasan:
salam singgah kak.. lama tak blogging..
ada kawan ayu dia share adik beradik beli utk ayah dia yg x brp sihat..kat sini xde kalau nak kena ke bandar melaka..
first time tau pasal benda ni..menariknya kak kalau sume sakit belakang leh hilang..berbaloi2 lah pergi kan..klu dtg rawatan kat sini berapa pulak cajnya ya..
Wow...menakjubkan.... tkde plk promosi besar2an ye kak, baru tau niih... klu mampu, nakjugak 1..hiii...byk manfaatnya tuh...
menarik kak...baru tau....
tapi tang suh pakai putih tu suspen jek kan kak...lieya kalo kene mcm tu mau gelabah sbb takde stok seluar panjang putih2 ni hahaahahaha
Kalau ada katil yang boleh menguruskan yang gemuk dan mengempiskan yang boroi, bolehlah IM [i dengan ibu_suri ... he..he..
MENARIK..
bru tahu ttg ni..
dapat tambah ilmu
Kenapa ya kak kena pakai serba putih? Saya kalau disuruh begitu, haruslah rasa syak wasangka. Tak sedap hati betul nak pergi.
Tak pernah dengar pasal katil ni. Tapi 12K tu kalau emas permata memang tak perasan mahal sebab leh jual balik. Hihihi...
Percuma ya kak nak gunakan katil ni. Ini sudah bagus.
kat muar dimana ya locationnya
Sy join dah 3kali..sy suka sgt2 sedap..rasa lega badan..umur 32 tahun..xyah nak tunggu tua baru pergi..
Catat Ulasan