Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 Oktober 2014

JJCM Restauran Sampan

Kalau balik ke kampung, aktiviti utama kami anak-beranak pasti JJCM dan bershopping.
Maklumlah Kelantan terkenal dengan syurga makanan dan pusat menghabiskan duit.
Kisah ni sebenarnya dah lama terperam dalam draf.

Anak-anak riang ria.

Misi utama mencari menu feveret ibu dan Angah.."meehoon celup".
Tempat yang biasa kami tuju ialah Kampung Tunjung yang menghala
ke Wakaf Che Yeh.

Restauran yang terletak di tepian sawah padi.
Ibu dan anak-anak panggil restauran sampan je sebab
kat situ ada replika sampan sebagai hiasan.

Pekerja dan tukang masaknya kebanyakan terdiri daripada
orang Siam.
Airtangan orang Siam ori memang boleh tahan sedaplah.

Menjamu selera.....

Feveret ibu 'meehoon celup' versi gear box.
Puas hati dapat hirup kuahnya.....

Somtam yang pedas berasi tapi sedap.
Selesai makan kami terus ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh tapi malangnya
hujan turun dengan lebatnya...
Emmmm basah lencun dan akhirnya kami balik tanya sempat
membeli belah...

Selang 3 hari kami ke restauran tu lagi.
Kali ni angkut mama sekali.

Bukan senang nak bawa mama JJCM bersama sebab mama dah lama tidak dapat
berjalan seperti orang lain dan penglihatan mama pun terganggu..
Walaupun mama tidak sihat dan pengidap beberapa jenis penyakit kronik namun
ibu sangat kagum dengan ketabahan mama.
Sedikit pun dia tidak pernah tunjukkan dia sakit terutama pada anak-anak.

Banyak-banyak menu, 2 orang kanak-kanak rebina ni memilih megi goreng...adeh....

3Farahs

Menghitung hari nak balik ke Kelantan pada cuti nanti......

3 ulasan:

AtieYusof berkata...Reply To This Comment

Samalah kita...klu balik kampung ja mesti misi utam JJCM.. hehe.. sedap2 makanan kampung ni...sedapnya 'meehoon celup" tu..( pernah smpai Kelantan, tapi blm pernah cuba)...
salam perkenalan ya..follow sni #572 :)

Unknown berkata...Reply To This Comment

sama lah kak~
kalo balik kampung, kalo boleh nak carik semua makanan yg susah nak dpt kat shah alam. kalo x dpt makan memang rasa x puas jer balik kampung kan~

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Aduh, kak... tak sanggup nak tengok lama-lama meehoon celup tu. Menggelupur rasa dalam perut memberontak teringin jugak. Hahaha...

Tak sabar nak cuti panjang ya kak? Nanti bolehlah enjoy shopping2 dan makan2 kat kampung halaman.

About me