Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 Oktober 2014

Farouk dan Cheesekut

Tiada sambutan Hari Lahir.
Tiada lagi kakak-kakak meraikan birthday bersama-sama.
Kesiankan.....
Apa nak buat...masa dan keadaan memisahkan Farouk dengan kakak-kakaknya.

Balik sekolah ibu cuba mengembirakan Farouk.
Bawa ke MBrown pot kegemaran dia.
Emmm....sedih je muka dia..langsung tak ceria.
Biasanya 5F meraikan birthday bersama-sama.....
Kini tinggal Farouk bersama ibu.
Apa nak buatkan...redha jelah.
Farouk : Ibu...Along suka makan ni..angah suka yang ini...
kak nana suka ini...kakak suka ini......
Satu persatu Farouk menunjukkan menu kegemaran kakak-kakaknya.
Mungkin rindu terbuku dihati......
Sayu hati ibu...dah terbayang diruangan mata ibu..suatu hari
nanti Farouk pula akan meninggalkan ibu..Ya Allah...sedih.....

Keesokan harinya Farouk terima Cheesekut yang sedap daripada daddy angkat 5F.
Macam biasa Sir Lee tak pernah lupa dan sangat alert dengan tarikh istimewa kami....
Terima kasih berjuta2 lemon Sir Lee...Jasamu tetap dalam ingatan.
Terharu kami di atas ingatan Sir yang tidak pernah luput......
Baru minggu lepas Sir Lee kirim cheese marshmelow cake  untuk birthday Beby,
ni Sir Lee kirim kek untuk Farouk pulak....

 Sebelum potong kena posing dulu ye anak.
Suka sangat Farouk dapat kek nie.
Tersenyum lebar dia.
Sibuk suruh ibu w.apps gambar tu pada Along, Angah dan Kak Nana....
Tinggallah kami bertiga mengadap kek sedap tu.
Farouk : Ibu nanti simpan sikit untuk Along dan Kak Nana ye...
Along dan Kak Nana kata balik cuti  Deepavali ni.

p/s:
Kesibukan melanda kebelakangan ni.
Dah 1 minggu berpanas di padang untuk sukan tara dan minggu depan
kejohanan olahraga balapan...Hari Sabtu lepas berkursus,
sibuk dengan ujian saringan LINUS....emmmmm...tak sempat
nak jengah rumah rakan-rakan.....

9 ulasan:

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

ye la kak..dah biase sambut ramai2 hiruk pikuk kene usik tetibe tgl sorang2...alahai....heheheh takpe2 nanti cuti deepavali leh sambut lagi ramai2....

bagus sir lee tu kan kak...lieya ingat pasal die akak penah citer dulu....

Iela Fazielah berkata...Reply To This Comment

alahai..sian farouk.... xpelah.. nnt deepavali meriah semula sbb kakak balik. hepi bday to farouk...
... xterfikir buat cheesekut as kek... sgt menarik....anyway

Aziela berkata...Reply To This Comment

Lembut dan halus sungguh hati Farouk yer kak....

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Allah... tersentuh pula bila baca Farouk boleh sebutkan satu persatu makanan kegemaran kakak-kakak dia...

Masya berkata...Reply To This Comment

ciannya kakak² dah xde kat rumah, sunyi dia... xpelah dapat kek tu dapat terubat sikit hati dia... walaupun msh jgk ingat kat kaka soh simpankan.. nanti cuti depavali blh enjoy .. selamat hari lahir farouk

Unknown berkata...Reply To This Comment

Alahaiii.. sayu pulak baca kesah ini.
takpe Farouk.. cuti Depavali nih ajak kakak2 farouk celebrate lagi sekali k~

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

happy birthday farouk

Nur berkata...Reply To This Comment

Happy birthday to farouk. Takpe, ibu kan ada celebrate sama. :)

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Untung ada bapa angkat macam Sir Lee ni. Sentiasa ingat tarikh penting anak-anak angkatnya. Nampak sedap cheesekut yang Farouk dapat ni. Dah biasa sambut dengan kakak-kakak tetiba tahun ni sambut dengan ibu sahaja. Tentu banyak bezanya. Takpa Farouk nanti cuti kakak-kakak baliklah :)

About me