Selesai sudah 1 lagi program wajib sekolah iaitu Kejohanan OlahRaga Sekolah 2014.
Fuhhhhhh!!!!! menarik nafas lega ibu.
Dah lebih seminggu berpanas di padang.
Kulit wajah dah merentung......
Ibu yang sentiasa control ayu cuma diberi tugasan yang ringan-ringan saja.
Semasa acara balapan ibu merangkap Ketua bahagian lompat jauh menggunakan "kuasa besar"
sekadar duduk dan mencatat....
anak-anak murid dan rakan guru yang bertugas bersama ibu dengan baik hati
volunteer untuk lakukan tugas ukur mengukur...muhahaha...."ada aku kisah".
Hari kemuncak kejohanan dijalankan pada hari Rabu (21.10.2014)
tepat jam 2.00 petang.
Macam biasa cikgu-cikgu perempuan yang "over" rajin + kreatif
bertukus lumus menyiapkan maskot dan aksesori untuk perbarisan.
Melakukan tanpa "arahan" dan "paksaan"...
Semuanya dari hati yang ikhlas + seronok.
Wang ringgit + tenaga dicurahkan tanpa berkira.....
Macam biasa ibu gigih menjahit dan men"edit" kain baju.
Dan anak kecil ini dengan rela hati menawarkan khidmat baktinyanya sebagai salah seorang
maskot pasukan Hijau @ Saujana.
Berpeluh cikgu-cikgu menyiapkan lebih kurang 50orang anak-anak ini.
Budak-budak kecil macam itulah....dari A-Z kena cikgu yang siapkan......
"Ku Sangka Panas Hingga ke Petang....Rupanya Hujan di Tengahari.."
Apa nak buat....tiba-tiba hujan turun disaat acara gilang gemilang hendak bermula.
Acara terpaksa diteruskan walaupun hujan turun.....
Redha dengan keadaan........
Maskot Pasukan Biru a.k.a Samudera....
Tema : Ocean
Maskot Pasukan Merah a.k.a Mentari
Tema : Binatang.
Maskot Pasukan Hijau a.k.a Samudera
Tema : Petanian
Maskot Pasukan Kuning a.k.a Purnama
Tema : Harimau Malaya
Anak-anak kecil yang comel ni dari Pra Sekolah...
Ibu dah cubit-cubit pipi dia orang sampai merah....geram sangat tengok kecomelan mereka.....
Macam biasa bujang ensom ibu yang berkaca mata hitam tu mewarisi
bakat semula jadi ibu dan 4Farahs yang "kaki bangku" dan tidak ada bakat dalam
acara sukan.....
So Farouk dilantik dengan rasminya menjadi Ketua Kontajen Pengakap...
Alahai...tak pelah anak.....usung jelah bendera tu ye.....
Macam biasa acara kemuncak dimulakan dengan acara perbarisan kontajen.
Masa ni hujan turun dengan agak lebat.
Generasi Y dan guru-guru serta pegawai sukan tidak berganjak di tengah padang.
Menguji ketahanan diri dan antibodi......
Biarlah sesekali mereka merasai berpanas dan basah serta main lecak di padang.....
Anak-anak yang kuat dan tabah.........masing-masing sebenarnya
sangat seronok berhujan....
Ibu sesekali melarikan diri sebab risau DSLR dah basah ditimpa hujan....
Pelbagai acara dipertandingkan memakan masa selama2 hari....
Dan bujang ibu ditugaskan membantu pegawai sukan untuk membawa peserta dan keputusan
perlawanan pada hari itu.
Nun...cuba lihat seorang cikgu dah tak senang duduk.....terpekik2 bila acara dijalankan.
Merangkap juru gambar......Adeh.....hilang segala keayuan ibu.....
Sebagai juru gambar ibu terpaksa akur yang gambar ibu tiada
dalam senarai.
Ini ajelah sekeping gambar ihsan yang Farouk snap.
Itupun nak ucapkan ribuan terima kasih kepada seorang
usahawan berjaya kerana setiap tahun menaja baju sukan kami.
Yang paling ibu suka tahun ini baju kami ditempah begitu Islamik......
Labuh dan besarrr........
Terima KasihTn Haji Mohd Janis B Abu Bakar...Jasamu dikenang.
Terima KasihTn Haji Mohd Janis B Abu Bakar...Jasamu dikenang.
Pegawai sukan dan sebahagian peserta.
Pasukan Kuning a.k.a Purnama dinobatkan sebagai Juara dengan
punggutan mata 506.
Pasukan ibu Hijau a.k.a Samudera kalah 3 mata aje daripada Purnama.
Apapun kami redha.......Jumpa lagi diacara sukan tahun depan......
"MAJU SUKAN UNTUK NEGARA"
6 ulasan:
colorful sangat!!
Seronoknya semua orang yer kak... Semua orang sporting... Semua orang put efforts sepenuh jiwa dan raga. Hasilnya berbaloi2...
meriahnya sukan tahunan siap ada maskot lg...
Kakak....salam maal hijrah...lamanya tak bersua...hehe
Sgt kreatif cikgu2nya...
kreatiflah rumah hijau...ayu kat sekolah pun guru rmh hijau. kalau dekat dah pinjam baju anak2 murid akak nza hehe
Kak, tak aci tau! Pasukan hijau tapi pakai baju warna merah. Mana adil cikgu buat cam ni? Hahaha...
Alahai, comelnya budak-budak pra tu. Memang rasa nak cubit-cubit, geletek-geletek je sorang-sorang. Ish, kalau gulung dalam karpet pun best gak nih!
Catat Ulasan