Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

13 Oktober 2014

Happy Birthday Baby Boy

Hari ini genaplah 11tahun usia Baby Boy ibu yang merupakan satu-satunya putera 
tunggal dalam family ibu.
Cepat sungguh masa berlalu.

Kelahiran yang dinantikan oleh semua orang terutama kakak-kakaknya.
Berkongsi bulan kelahiran dengan Beby a.k.a Kak Nana

Alhamdulillah Farouk membesar dengan sihat walaupun
diawal usia 8 bulan Farouk mewarisi penyakit asthma daripada 
sebelah ibu dah ayah.
Redha dengan takdir.
Banyak juga ujian dan dugaan yang kami lalui dalam membesarkan Farouk.
Ibu dah tak ingin mengenang semua kisah tragis dan sedih itu.

Sekarang ibu dan ayah terus merancang untuk masa depan yang
lebih cemerlang untuk farouk.
InsyaAllah jika diizinkan Allah,
Ibu dan Ayah bercita-cita  menghantar Farouk ke sebuah sekolah
agama dan menjadi seorang tahfiz...InsyaAllah.

Ya Allah...
Kurniakan Farouk kesihatan yang baik..panjang umur..murah rezeki..
menjadi seorang anak yang punya akhlak yang baik dan cemerlang dalam pelajaran....
menjadi seorang anak yang cemerlang dunia dan akhirat.
Semoga impian kami untuk melihat Farouk menjadi
seorang ahli agama termakbul.....Amiin....


Alhamdulillah kelahiran Farouk membawa rezeki yang melimpah ruah buat kami sekeluarga.
Juga bersyukur kerana kami dapat realisasi impian Farouk yang sememangnya minat melancong...
Jom tengok.....
 Percutian Farouk ke Disneyland
Disneyland idaman kalbu.....Impian Farouk tercapai untuk jejak kaki ke sana...Alhamdulillah.
Farouk : Ibu, tahun depan kita pergi disneyland kat Paris pulak ye.....
Hamboi anak....naik berpinar biji mata ibu kumpul duit dalam tabung ayam nak
datang ke sini tau.
Ibu : Farouk kena belajar rajin-rajin...bila dapat gaji besar Farouk bawak la ibu pergi sana ye.
Farouk : Ok ibu....

 Percutian ke Guangzhou China.
Teringin nak tengok penguin katanya....
Farouk : nanti Farouk nak peluk erat-erat penguin comel..(dengan wajah teruja)..
Hampeh.....bila sampai ke situ terus tarik tangan ibu nak keluar.....
Sekadar tengok saja sebab katanya bau penguin tu busuk...muahaha....

 Percutian Farouk ke Macau.
Tidak ada apa yang menarik di Macau katanya.
Emmmmm....katanya lain kali Farouk dah tak nak jejak kaki ke sini lagi...
Orang Islam dosa tau datang sini sebab tempat orang berjudi......hish3x....

 Percutian Farouk ke Hong Kong.
Entah tapak tangan artis mana entah.
Ramai orang bergambar so ibu pun paksa la Farouk bergambar kat situ jugak...Muhahaha....

 Percutian Farouk ke makam salah seorang sahabat nabi.

Percutian Farouk ke Shenzuen ,China.
Farouk : Lain kali Farouk tak nak dah naik ferri ni...
Sejuk la ibu...rasa nak beku...
Maunya tak beku...dah la suhu 5 darjah celcius.....malam pulak
dan diikuti angin yang kencang.......emmmmmm sejuk sampai ke tulang sum-sum...
Ibu pun sama anak oooiiiiii......

 Dan yang paling sadis...
Farouk sentiasa jadi tukang tolak troli barang-barang ibu bershopping...
Sapa lagi nak ibu harapkan selain daripada bujang terhangat ibu...kan..kan..kan....

Inilah penawar Farouk melepaskan penat lelah kalau pergi melancong bersama family....

Eh..ni cerita pasal birthday ke pasal kisah perlancongan Farouk...
He3x....apa-apa jelah asalkan kisah tentang bujang terhangat ibu yang
sangat manja dan penyayang.....
Kalau boleh ibu nak Farouk jadi baby boy ibu sampai bila-bila......

9 ulasan:

Norma NML berkata...Reply To This Comment

Happy bornday Farouk..semoga menjadi anak yg soleh..
~Farouk sebaya dgn anak tunggal saya la kak :-)

Norma NML berkata...Reply To This Comment

Happy bornday Farouk..semoga menjadi anak yg soleh..
~Farouk sebaya dgn anak tunggal saya la kak :-)

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Happy Birthday, Farouk! Semoga terus kekal jadi bujang terhangat ibu dan baby boy selamanya. Yalahkan kak, anak dah besar pun pada pandangan kita sebagai mak ni tetap boy/girl kita selamanya.

Moga Farouk berjaya mencapai impian dan sentiasa dalam lindungan Allah. Kena jual mahallah lepas ni Farouk, ramai anak dara dah nak hantar kapal terbang kertas atas meja sekolah tu nanti ....

Aziela berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah...Farouk pasti berjaya menjadi seorang khalifah nanti. Amiin.... Happy Birthday, boy

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Happy b'day Farouk..moga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat..

Nafira usof berkata...Reply To This Comment

Selamat Hari Lahir Farouk~
Moga Jadik Anak soleh~
Dan sentiasa jadik anak teruna terhangat ibu farouk.. heheh

bertuah Farouk.. kecik2 dah jalan2 gi obesi.. untie belom ade rezeki lagi nak gi berjalan ke obesi.. hehehe

ayu Ismail berkata...Reply To This Comment

happy birthday farouk..semoga menjadi anak yg soleh..

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Semoga hasrat untuk menjadikan Farouq seorang yang menghafaz Quran menjadi kenyataan.

Suka baca komen-komen Farouq tu. Tiap-tiap tempat ada je ulasannya.

Boleh jadi pengulas ni... Hehehe...

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

ada juga boy.

IM tak ada girl. sebab itu selalu cakap dengan Angah..

"Ayah tak ada pengalaman jaga anak perempuan. Jadi, kamu kena belajar sendiri. Jaga anak perempuan susah tapi kalau kamu berjaya mendidiknya, pahalanya adalah besar..."

About me