Birthday Baby Girl ibu Farah Najdah a.k.a Beby dah berapa hari berlalu.
Macam biasa n3 basi yang menunggu untuk di terbitkan.
Malam raya AidilAdha kami terima kek delivary.
Macam biasa Daddy Lee Cheng Kin yang sangat perihati dan pemurah akan alert dengan
tarikh-tarikh penting kami sekeluarga.
Sebiji kek cheese + mashmelow yang sangat sedapdan berkrim kami terima di malam raya
sempena birthday Beby.
Sayangnya si tuan badan tidak balik bercuti....huhuhuhu....
Kami sekadar hantar w.apps pada yang empunya badan....
Dengan izin birthday girl maka dengan selamat kami berempat mengerjakan kek
yang sangat sedap.
Dalam hati ibu rasa sayu sangat bila mengenangkan birthday girl ibu nun jauh di sana
mengapai impian........
TQSM Sir Lee di atas ingatan kepada kami sekeluarga.
Jasa dan kebaikan Sir kami ucapkan
beribu-ribu lemon........
4 ulasan:
Happy birthday baby... sian dia... sabar le sayang demi masa depan... tapi kek tu mmg nampak sedap
happy birthday beby..best gak ada org yang sama mengingati hari lahir anak2 ya kak nza
Memang baik kan NzA sentiasa sama mengingatkan hari2 penting keluarga
Baik betul budi pekerti Sir Lee ni, kak. Setiap kali hari penting akak sekeluarga, ingat saja ya. Kesian birthday girl tak dapat makan kek tapi takpa, dah WA gambar kekkan. Haruslah birthday girl dah kenyang gitu :)
Catat Ulasan