Sejak dua menjak ni fenomena aiskrim homemade semakin femos emos di alam maya.
Maka si bujang ibu Farouk pun terjebak sama walaupun ibu dah
cakap beli je aiskrim kat kedai tu.
Lagipun kat rumah dah tinggal Farouk berdua dengan Naurah.
Rasa macam tak berbaloi pula nak buat.
Beli apa pun sekarang ni memang tak luak.
Bagi memenuhi keinginan si bujang ibu maka terpaksalah layan kehendaknya.
Dan macam biasa Ayah akan jadi superman akan dapatkan
stok bahan yang tak ada di rumah seberapa segera..
Malam-malam operasi menyepahkan dapur ibu bermula.
Ibu dah warning awal-awal.
Lepas buat terus basuh dan kemas......
Ibu dah tahu perangai Farouk tu.....
Suka sangat guna perkataan "NANTI".......
Balik sekolah dah tak sabar-sabar nak menikmati aiskrim hasil airtangannya yang mulus tu.
Dia suap ke mulut ibu...
Emmmm...sedap....lemak berkrim.
Meh intai resepinya :
1 tin susu cair
1/3 tin susu pekat.
2 sudu besar ovallete
2 sudu besar krimer@susu tepung ( kalau ada...)
biskut oreo dihancurkan.
Cara-cara :
Masukkan semua bahan-bahan kecuali biskut oreo
(Farouk terus belasah masukkan biskut oreo..sebab tu aiskrimnya dah bertukar warna coklat).
Blender sampai kembang.
(Farouk guna blender je.)
Taburkan biskut oreo.
Sejukkan dalam petiais selama lebih kurang 5-6 jam.
9 ulasan:
sedapnya..xpernah lg cuba buat sdiri
senang sahaja farouk ek... ok nanti mama qs buatkan... masalahnyakan... yang roti puri tu pun belum buat lagi ni.... vitamin M menyerang le kanda
amboix2 anak bujanggg..rajinnya lahai buat eskrem sendiri ..kalah acik ni tau..hikhikhik..menurun en ayah kot ni suka masak2 kan..^_^
Biasa juga baca pasal aiskrim homemade tapi buatnya pernah sekali je ^_^
Farouk yang sibuk nak buat homemade icecream? Aduh, tercabar pulak rasanya. Nak buat jugalah nanti!
Rajinnye farouk...dari Hari tu lagi kononnye lily Nak buat tapi tak terbuat2 pun lagi...hehe..
sangat rajin dak farouk ni, lagi kagum bila setiap apa yang dibuatnya mesti menjadi :)
Mudah resepinya NzA .. tu yg farouk pun teringin nak mencuba.. akak tengok pun nampak sedap :)
Biasalah, budak laki, tak sabar, sampai biskut oreo tu pun masuk sekali dengan bahan-bahan lain...
Farouq ada guna "NANTI" tak...? Hehehe...
Pernah buat sekali tp bdk2 ni kureng sabar. Kejap2 bukak peti. Smp bila pn x keras aiakrim asyik dok tuup bukak pintunya. Huhu...
Catat Ulasan