Buka draf...rupanya ada kisah semasa cuti sekolah
yang belum ibu terbitkan...Adeh...dah berkulat dah.
Lama sudah terperam di sini.
Semasa cuti yang lepas ibu hadir ke Reunion MPKTBR/IPGKDRI 90/92.
Hari ke 2 di Kelantan ibu bertolak Batu Rakit Terengganu.
yang belum ibu terbitkan...Adeh...dah berkulat dah.
Lama sudah terperam di sini.
Semasa cuti yang lepas ibu hadir ke Reunion MPKTBR/IPGKDRI 90/92.
Hari ke 2 di Kelantan ibu bertolak Batu Rakit Terengganu.
Perjalanan memakan masa 3jam dari Pasir Mas.
Terlalu banyak yang dah berubah.
Maklumlah dah lebih 20 tahun ibu tak lagi jejak kaki ke Batu Rakit nie.
Sampai je di sana kami terus ke homestay.
Letak barang dan terus ke Pantai Batu Rakit.
Mencari sesuatu yang sangat ibu rindukan.
Masa bergelar Guru Pelatih (GP),
pantai ini lah tempat kami semua release tension.
Berjogging, berdating, makan-makan......terkenal dengan panggilan GERKO BEBAS..he3x...
Yang paling kelakar bila ada aktiviti merentas desa anjuran maktab.
Merentas desa kemana......kami cilok mencilok pergi makan-makan keropok lekor
dan seafood celup tepung.
Dah kenyang masing-masing balik naik teksi ke maktab.
Konon-konon buat muka penat tahap gaban...adeh.
Hanya Naurah dan Farouk je ikut ibu.
Banyak cerita yang ibu kongsikan semasa zaman remaja di sini.
Inilah makanan kegemaran ibu dulu,kini dan selamanya...sotong dan udang celup tepung....
Sepinggan sotong tu RM10.
Secucuk udang yang sedang tu RM5.
Kami juga makan ABC yang sangat sedap.
Semangkuk ABC tu RM4.
Memang berbaloi-baloi dengan harga makanan tu.
Segar + sedap sangat.
Tak cukup sepinggan, kami pergi order lagi dan lagi.
Kalau ikutkan hati nak tambah lagi tapi segan pulak rasa....
Dah kenyang ibu bawa Naurah dan Farouk ke tepi pantai.
Masa tu dah pukul 6 petang.
Nyaman je udara kat sini.
Banyak bot-bot nelayan tersadai kat sini dan jeti terletak berhampiran.
Geram ibu tengok ikan-ikan segar dilelong kat situ.
Kalau ikutkan hati memang nak beli tapi kami bermalam di homestay....
Sepinggan sotong tu RM10.
Secucuk udang yang sedang tu RM5.
Kami juga makan ABC yang sangat sedap.
Semangkuk ABC tu RM4.
Memang berbaloi-baloi dengan harga makanan tu.
Segar + sedap sangat.
Tak cukup sepinggan, kami pergi order lagi dan lagi.
Kalau ikutkan hati nak tambah lagi tapi segan pulak rasa....
Dah kenyang ibu bawa Naurah dan Farouk ke tepi pantai.
Masa tu dah pukul 6 petang.
Nyaman je udara kat sini.
Banyak bot-bot nelayan tersadai kat sini dan jeti terletak berhampiran.
Geram ibu tengok ikan-ikan segar dilelong kat situ.
Kalau ikutkan hati memang nak beli tapi kami bermalam di homestay....
Bukan main seronok lagi mereka berdua.
Bukan main teruja Farouk mengutip ikan-ikan bilis yang bertaburan tepi pantai.
Katanya bilis-bilis tu nak bagi ketam makan...
Apa-apa jelah Farouk.....
Naurah pun sama...Seronok bukan main dia..
Awal-awal ibu bagi amaran...jangan basahkan seluar.
Jadinya Farouk y"Yang Menurut Perintah" hanya main kuis-kuis pasir jelah.
Tak lama kami di sini sebab tiba-tiba gerimis turun diikuti dengan petir.
Entah bilalah ibu akan jejak kaki ke sini lagi.
Banyak kenangan indah yang tertinggal di sini sewaktu ibu bergelar
Guru Pelatih MPKTBR@IPGKDRI.
7 ulasan:
beshnye ... menarik betui ... bab mkn kepok tu paling besh ..sedap
Saya memang sangat suka dengan pantai2 di Terengganu kak....
wahhh..bestnyeeee abc n goreng2 tuh..nyum3x..hihihi
alahaiiii.. celop tepong tu memang bikin terlior! hehehe
Kalo pergi pantai memang harus lepak sambil layan celop tepong ngan kopok lekor kan~ memang terbaikkkk!
Rindu terengganuuuu~
acik kalau ke Terengganu pun mesti pi cari kedai makan untuk makan udang dan sotong celup tepong
masa pi trengganu, memang ada nampak udang celup tepung. tapi tak pula try...
Mengimbau kenangan lama kak memanglah indah. Tersenyum je bila mengingati memori ni semuakan, kak. Untung dapat juga Farouk dan Naurah mendengar cerita kisah muda-muda ibu dulu. Pandai juga ya kak skip merentas desa dulu-dulu :D
Catat Ulasan