Hari ini saja nak tepek isu terhangat yang panas bulan lepas.
UPSR BOCOR dan orang pertama jadi mangsa ialah cikgu.
Awal pagi buka FB penuh dengan cemuhan.
Tengok TV....dengar radio.....semuanya seolah-olah menunding jari kepada cikgu....
Surat khabar sebesar-besar alam memuatkan berita sensasi di muka depan.
Cikgu-cikgu dipersalahkan di atas kebocoran ini sedangkan masyarakat
tidak tahu keadaan kami menangis dipagi hari bila pengumuman kertas Bahasa Inggeris bocor
dan peperiksaan Sains terpaksa ditangguhkan.
Kecewa...sedih..sayu....pilu....
Sia-sia saja rasanya pengorbanan rakan-rakan guru selama ini.
Siang malam datang sekolah.
Kepentingan diri diketepikan demi melihat kejayaan anak-anak didik.
Dan yang paling sadis bila cikgu-cikgu yang ditahan reman didapati TIDAK BERSALAH.
Berita ini hanya dimuatkan "sekadar dipinggiran" dalam akhbar.
Dalam TV langsung tak ada berita.
Dalam TV langsung tak ada berita.
Tidak siapa pun yang perasan kecuali orang-orang yang membelek berulang kali.
Tak kisahlah....cikgu-cikgu dah terbiasa dengan cemuhan dan kutukan.
Walau apapun cabaran dan ujian mendatang.
Walau apapun cabaran dan ujian mendatang.
Guru tetap menjadi lilin menerangi orang lain.....
Semangat untuk mendidik tidak pernah pudar.
Semoga Allah terus beri kekuatan buat insan yang bergelar guru.....InsyaAllah.
6 ulasan:
Betol tu kak~
memang tak patut lah.. masa tangkap berita sebesar2 alam beritanye. bila di sahkan tidak bersalah.. kecik jer beritanye.. memang x adil sgt~
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga
betul kata kak joanna tu kerana nila setitik rosak susu sebelanga..sabar la kak,guru profesin mulia,byk pahala
sabarlah kak ye..mmg susah nak puaskan hati org kan..yg penting kite bekerja ngn iklas semoga Allah berikan ganjaran yg terbaik buat kita...=)
Saya salahkan pada etika media di Malaysia. Sejak lama dulu, kebebasan media agak terbatas. Kadang2, setiap keputusan media dipengaruhi oleh pihak2 tertentu.
Pengorbanan cikgu tu besarkan, kak. Lupakan ajelah benda macam ni. Kita pun tahu bagaimana cikgu berhempas pulas membantu anak-anak didik sehingga berjaya. Yang jenis merosakkan susu sebelanga tu tak seharusnya menjadi cikgu.
Catat Ulasan