Tamatlah sudah percutian mix sem Along dan Beby selama seminggu.
Sekejap je masa berlalu.
Tak puas bermanja dengan mereka berdua.
Itupun ibu rasa tidak lengkap kerana Angah tak dapat pulang kerana sibuk dengan program u.
Dengan berat hati ibu terpaksa melepaskan mereka pergi.
Along ke Melaka dan Beby ke Kuantan.
Beby menaiki bas Cepat Ekspress dan Along drive sendiri ke Utem.
Alhamdulillah masing-masing selamat tiba ke destinasi dengan selamat.
Tinggallah ibu meneruskan rutin harian dan jauh disudut hati sarat dengan rindu.....
Gambar selingan....Alahai Beby..balik sekejap pun diangkutnya 2 ekor bantal busuknya....
9 ulasan:
Comel la bantal tu... Hehehe...
Alhamdulillah...selamat sampai...beginilah bila anak2 dh besarkan kak...Satu hari nanti pasti lily pun merasa jugak....come bantal busuk beby tu...hehe..☺
Insya Allah sekejap jer semua ni kak... Cuma nak kena tabah mengharungi lah kan...
hehehehe.. bila anak2 dah besar memang camtuh lah kan kak~
terpaksa relakan mereka pergi. hanya doa mengiringi mereka~
sedihnya anak beranak terpaksa berpisah kan..huhuhu..teringat balik gk arituh pon mak saya menangis tgk kitorang gerak balik ke kuantan..huwaaaaaaa
Begitulah pusingan hidup keluarga. Sekejap berkumpul sekejap sendirian. Bertabahlah...
Alahai comelnya bantal busuk beby.. berkenan..hihi..
Gitulah akak ye, lumrah kehidupan, anak makin membesar... terbayang camna keadaan diri bila anak dh besar nnti..mesti sayu dan rindu akak juge :(
Pentingkan bantal busuk tu. Kalau sehari tiada menemani mahu tak lena tidur. Hihihi.
Anak-anak dah besar, memang masing-masing ada urusan. Tak dapat dah bermanja lebih-lebih macam dulu. Tapi takpa, janji mereka balik dan kita boleh melepaskan rindu. Ya tak, kak?
Masa kecik nmpk mcm ramai je anak2 ni. Bila bsr dan masing2 keluar dr rmh, tggl la mak dgn ayah je.
Catat Ulasan