Sana sini orang sibuk memperkatakan tentang SSM dan SPBA.
Perbagai perbincangan yang ibu dengar.
Ibu cuma membisu seribu bahasa.
Bukan ibu tidak mengikut perkembangan semasa.
Sejak dalam membuat kertas kerja,
kajian demi kajian sehingga memaksa ayah dan rakan-rakan terbang ke
luar negara.
Ayah salah seorang tulang belakang yang bekerja keras dalam misi dan visi
perundingan SPBA dan SSM.
Kami sering ditinggalkan tanpa mengira waktu.
Kepayahan dan keperitan ibu lalui.
Terpaksa mengambil alih segala tugas ayah menguruskan anak-anak
Tangga demi tangga Ayah dan rakan-rakan daki.
Perbincangan demi perbincangan mereka terpaksa tempuhi.
Bukan sehari dua, bukan sebulan dua,
tetapi memakan masa yang lama.
Sering dicaci dan dicerca.
Namun mereka tetap teruskan perjuangan.
Ibu amat kagum dengan semangat ayah dan rakan-rakan.
Ibu redha berkongsi ayah dengan masyarakat.
Terima kasih Ayah, terima kasih rakan-rakan Cuepecs.
Walaupun mungkin orang lain lupa untuk
mengucapkan kata-kata itu kepada yang berhak.
Ibu akui, mereka berjuang tanpa mengharapkan nama.
Cuma sekadar berbakti kepada seluruh warga Penjawat Awam!!!!!!!
Cuma satu harapan ibu dan anak-anak,
Semoga selepas ini ayah ada masa untuk bersama kami.......
22 ulasan:
insyaallah ibu...tqvm for cuepacs utk PA...
***akhirnya terungkai jua bila sbpa dibatalkan...
Harap sgt tak ada udang disebalik mee kan kak ibu
to JS
depa sering main tarik tali dan akhirnya temui jln tengah......
to mamaQS
2lh ,hrp2 gitulh...boleh dihrpkan ke ni mamaQS....????? ngee.....
ummiross tumpang gembira untuk kakitangan awam. Tahniah buat suami NzA dan rakan2nya dalam cuepac,memang kesungguhan mereka mendatangkan hasil dan memberi manafaat kepada ramai orang.
Tkasih juga dari ibu Yusuf sebagai salah seorang penjawat awam. Semoga kita semua sentiasa bersyukur dgn apa yg ada.. Semoga selepas ini semua farah dan faruk ada lebih masa bersama ayah mereka.. :D
to ummiross
thanks ummi..setiap yg dilakukan adalah demi kebaikan brsama..semoga Allah terus memberi kekuatan pd mrk utk meneruskan prjuangan......amin....
to zefa
thanks....semoga Allah terus beri mrk kekuatan utk lalui semua ini n memberi sesuatu yg trbaik utk semua...
hari ni kena tinggal lagi selama 1 minggu...hu.hu.hu....
terima kasih untuk ayah faruk dan farah.
tahniah utk ayah n rakan2 cuepecs krn bertungkus lumus utk berbakti pada rakan penjawat awam semua... izan pun tumpang gembira sama...
.....mamaijat tumpang bangga ngn hasil kerja 'ayah' tu...
sampaikan salam & jutaan terima kasih....pada dia ye!
buat dinda juga...syabbas cos memahami tugasan ayah...
Terima kasih juga drp akak kpd semua yg terlibat. Alhamdulillah, syukur dgn rezeki yg kita peroleh. Harap lepas ni Yah & anak2 tidak lagi sering ditinggalkan macam dulu..
to cikli
mesti ada pihak yg berani utk brsuara....
to izan
akak mmg tabik tgk prjuangan mrk..xmengira penat, wang ringgit, pangkat..malah pernah dicerca n di caci namun semangt mrk ttp kuat...
to mamaijat
semua tu adalh hasil krjasama semua..tnpa krja sama semua tu xakn jadi kenyataan...moga kami mampu brkorban demi utk kebaikkan brsama...TQ mamaijat...
to k.mie
thanks k.mie....prjuangan xkn tamat k.mie..memandangkan beben kerja guru2 mkn brtmbah, cuepecs xkn brdiam diri.....moga impian trlaksana...
Alhamdulillah syukur dan terima kasih..(terharu tak boleh komen byk2) hehe..
to PK
doakan agar mrk xpatah semangat utk terus brjuang.....
Nza, thanks from us to ur hubby & all of krew (cewah.. kecek manggerih nih..) to u too.. hope Allah bless ur life..Amin.. toceh101x..
to hasnah
mrk lakukan tu pn berkat kerjasama PA juga yg byk memberi sokongan pada..InsyaAllah moga mrk terus kuat semangat utk teruskan prjuangan tu....
terima kasih encik ayah ... :)
to ummi hanie
ayah n the geng tu....he.he.he...thanks hanie wakil pihak....
Catat Ulasan