Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

4 Mac 2012

Serbu Book Centre

Aktiviti rutin awal tahun.
Serbu kedai buku untuk memborong buku-buku PSS.
Kalau nak senang kerja  ibu sebenarnya tak perlu bersusah payah ke kedai buku.
Cukuplah menanti kehadiran pembekal di sekolah.
Tetapi  ibu tidak sanggup untuk mengambil saja buku-buku yang dibawa.

Dengan harga 60% lebih mahal dari kedai buku.
Terkadang 3X ganda dari harga sebenar.
Bayangkan 1 buah buku dikedai berharga RM5.00 tetapi
pihak sekolah perlu membayar RM13.50 sebuah.
Tidakkah itu membazir......
Ibu tak salahkan pembekal kerana mereka cuma dapat komisyen je.

Terkadang buku tidak menepati citarasa murid.
Bila difikirkan, kita membazir ribuan ringgit tetapi tidak mampu menarik
minat murid mmembaca.
Biarlah ibu berkorban sedikit masa, tenaga dan wang ringgit....
Asalkan ianya berbaloi dan dapat mengembirakan orang lain.....

 Naurahlah pembantu setia memilih buku-buku untuk PSS kerana dia lebih tahu citarasa rakan sebaya.
Hasil tangkapan Naurah dapat dalam 2 bakul penuh.
Semua sekali dalam RM 1,555.

 Farouk bukan tolong pilih buku tetapi dia pula leka membaca buku-buku di situ.
Dah macam rumah sendiri lak dibuatnya....

 "Driver" ibu, Along. Hari tu kami pergi berempat je.
Yang lain ada urusan tersendiri....

Anak-anak ibu kalau dah bawa ke sini memang tak hinggat nak balik...Leka sungguh...

Tiba-tiba menyepi.
Rupanya Farouk sedang leka disebalik timbunan buku-buku......

 Singgah shopping baju.
Dah lama tak beli baju anak-anak.


 Dapat upah aiskrim.
Niat hati nak singgah KR kat Giant.
Rupanya dah tak beroperasi....

 "Driver" yang setia tetapi agak ganas memandu....

 Buku yang sempat along beli.
Peminat setia penulis Sherlock Holmes along nie.
Semua tu dalam RM160.
Along beli dari hasil titik peluh dia menjual ais krim.....
Terharu pulak ibu..
Tapi itu salah satu proses pembelajaran untuk along jugak.....

Hari itu juga ibu kena saman.
Kesilapan mengores kupon parking.
Kesilapannya goresan  masa tu terkeluar sedikit dari garisan.
Adakah itu satu kesalahan??????????
Terus ibu ke Majlis bandaran untuk tunjukkan bukti.
Mereka akuai kesilapan pihak mereka tetapi saman tidak boleh ditarik balik
kecuali ibu perlu berurusan dengan pihak atasan.
Menurut mereka akan mmemakan masa.
Malas ibu nak layan.
Bayar jelah setelah berbincang mereka cuma kenakan RM10 je.
Tetapi ibu geram juga kerana menyusahkan orang ramai.
Beginikah caranya mereka nak mengumpul dana??????

34 ulasan:

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

betulkan...lebih baik g pilih sndiri brbnding pembekal yg hantar....

Seronok tgk anak2 NzA ngan buku2...mmng ulat buku betul dia orng ni....

NzA berkata...Reply To This Comment

to MP
harga mmg berbeza brganda2...

budak2 tu kalau p kedai buku mmg leka...

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Bagus betul ada Naurah yg boleh tolong pilih buku ikut citarasa rakan sebaya, lebih baik begini dari kita beli sendiri tapi tak dapat menarik minat pelajar kan. Terima kasih Naurah!

Sakit hati la, takkan tergores keluar garis gitu pun nak saman?! Teruk la heh!

cikguNae berkata...Reply To This Comment

betul! harga pembekal yg datang ke sekolah berganda2 mahalnya...

bagusnya ada Naurah tolong pilihkan...

Unknown berkata...Reply To This Comment

bagus nya kak pilih sendiri buku2 utk perpustakaan sekolah... ;) boleh la beli lebih kan.. Tahniah kak..


owh, silap gores pun boleh di saman... ish ish ish.. sgt tdk munasabah..

Unknown berkata...Reply To This Comment

bestnye! shima pon ada koleksi harry potter tau jgn xtau hihihi... Tp sejak dh ada ank di buku mastika je yg tak miss beli. Susah betol nk ajak ayah pi kedai buku @ beli buku hukhuk.. Anyway akak pi kedai buku mana tu? tgok mcm kat tjgmas giant je hehehe...

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
setiap thn inilah tugasan anak2 akak...tlg ibu pilihkan buku2 yg sesuai...mmg brbaloi cz buku2 tu jadi pilihan n kesukaan ....

2lh, bkn nilai saman yg akak geram ttp sikap org2 yg cuba mengambil kesemptan....GERAM!!!!

NzA berkata...Reply To This Comment

to nae
2lh, trkdg harga yg ditawarkan xmasuk akal......
nasib baik la ada budak2 ni tlg.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak yong
brkorban sedikit demi keselesaan anak2 murid..dismping tu dpt brjimat utk wang sk.....

2lh, mmg akak geram sgt.....mcm xtau wat kerja....

NzA berkata...Reply To This Comment

to shima
wah, boleh geng dgn along la nie....
Skrg akak p dgn anak2 je cz ayah sibuk sokmo..ttp ayah pn minat p kedai buku...

ni kt City Star book centre..kt sini lbh byk buku brbanding kt Tanjung Mas Giant tu....

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

lepak kat kedai buku lebih baik dari tepi jalan.

NzA berkata...Reply To This Comment

to IM
betul tu...dpt byk ilmu.

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

jauh bea harganye ye kak... dpt membeli dn pilih sndiri lg puas hati, dan murah berganda, sgt berbaloi..syoknye memilih buku byk2 gitu..

huhu, mmg tak puas hati psl saman gitu..haih susahkan org jer~

ummiross berkata...Reply To This Comment

Banyaknya beza harga buku tu kan NzA..

ummi pun dulu2 suka sherlock holmes,berangan nak jadi penyiasat lah konon,hehe..

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

best2 title yang along beli tu...
dah sebulan lebih tak membeli buku ni...mula la terasa gatal tangan nak keluar duit...tapi yang beli pun tak abis baca lagi...huhu

Unknown berkata...Reply To This Comment

Anak ibu sama dengan Qayyum dan Sumaiyyah...kalau ke kedai buku boleh leka tapi sebenarnya mak dia yang lebih sebab nanti Ayah QS dia bising "Manalah Mama ni?" hehehehe

Unknown berkata...Reply To This Comment

@NzA

City start book center tu kat mana kak?

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

lor tak tahu pulak sy gores camtu pun kena saman.macam2lah cara mereka menyusahkan org awam.hehe..

wow best..sy suka aktiviti ke kedai buku.hari2 pun boleh.kihkih..

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

samalah macam anak2 saya, kalo pegi kedai buku, mesti lama

Salmi berkata...Reply To This Comment

Betul tu Yah. Beli sendiri lebih jimat & puas hati..
Walaupun duit sekolah, tapi tetap rasa bertanggungjawab.. betul tak??

Anak2 Yah sama dgn anak2 akak..
Ibu & ayah kena bawa banyak BEKAL kalau gi kedai buku..

Kasih Salina berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah..sikap seorang pendidik yang perlu dicontohi..harus dihargai n perlu dipuji..

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamalieyna'
mmg trlalu byk bezanya harga buku2 tu eina...rasa amat2 rugi kalau dibeli...baik p pilih sndiri..lagi puas hati..

2lh, akak rasa geram sgt..kalau nk mencekek duit org awam bkn mcm tu caranya.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
trlalu byk beza ummi.....

hi.hi.hi....agaknya along pn cam ummi jugak kot..sy xminat baca novel....ngee....

NzA berkata...Reply To This Comment

to siti murni
2lh, bkn main kusyuknya dia lyan buku2 tu semua....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
mmg leka anak2 kalau p kedai buku...mmg ibu/ayah kena sediahkan fulus byk2....

hi.hi.hi...mesti ayah bosan menanti tu....

NzA berkata...Reply To This Comment

to shima
kt Jln Abdullah....brhdpan dgn Green Point tu......

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
org dlm tu pn xsangka akak dikenakan saman sbb kesilapan kecil n biasa trjadi....geram sgt2...

mmg best....leka kalau p sana....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
mmg melekakan......

NzA berkata...Reply To This Comment

to k.mie
mmg amat2 jimat n dpt buku 3x ganda lbh byk n lbh brkualiti....

2lh, trkdg risau gak kot trlebih budget....hi...

NzA berkata...Reply To This Comment

to salina
thanks...itulh satu tanggungjwb demi anak2 didik.....

Nur berkata...Reply To This Comment

Bestnya kak, beli buku. Suka la tengok.
Sabor je la ya, kak. Kadang Majlis Bandaran ni, sesak juga.

NzA berkata...Reply To This Comment

to yati
2lh, saat yg sntiasa dinanti anak2...

agaknya depa dh xde dana kot....hu.hu.hu....

sal ya berkata...Reply To This Comment

saja je nak duit tu kak. mana boleh. dah sah2 ambik duit secara haram sebab kita pun bkn ikhlas nak bayar. boleh pulak saya yang beremosi.

Unknown berkata...Reply To This Comment

@NzA

Owh.. ok terima kasih kak
Tak bila agaknye dpt jumpa @ terserempak dgn akak kan.. nama je saty daerah hihihi

About me