Pagi tadi ibu ke sekolah kerana menerima kunjungan
PTP (Pegawai Teknologi Pendidikan) dan juruteknik PKG Daerah Muar.
Rombongan seramai 20 orang tu datang untuk Khidmat Bantu ICT.
Syukur Alhamdulillah kerana mereka menawarkan diri untuk
datang melenggara komputer di Makmal Komputer dan Bilik Akses.
Sambil itu mereka juga memberi khidmat bantu penyambungan
talian internet package YES dari makmal komputer ke blok B.
PTP dan juruteknik ICT berkerja keras menyelenggara sebanyak 35 unit komputer.
Bodyguard ibu ,Farouk.
Terpaksa ibu angkut ke sekolah sebab kat rumah tak de orang......
Lagipun Farouk dah biasa dengan keadaan ini.....
Sambil menunggu kerja-kerja pelenggaran siap,
ibu ambil kesempatan menyelenggara @ menyepah PSS.
Minta tolong si mamat nie susun buku mengikut pengkelasan Dewey tapi.....
makin diselerakkan buku-buku nie.
Farouk pilih buku-buku yang berkenan dihati.
Buku-buku lain ditinggalkan je berselerak..
Aduhai, Farouk...Farouk......
Kerja-kerja penyelenggaran selesai menjelang pukul 1.30 petang.
Kalau ikut program, kerja2 tu siap sehingga ke petang....
Kalau ikut program, kerja2 tu siap sehingga ke petang....
Lepas tu ada sedikit jamuan-makan tengahari.
Sampai rumah dah hampir 3 petang......
Sampai rumah dah hampir 3 petang......
24 ulasan:
Rindu dgn suasana perpustakaan sekolah.. tiba2 rindu zaman sekolah..
IM pernah menjadi pengawas perpustakaan sekolah selama 1 tahun dan pustakawan selama 2 tahun. tahulah sistem DEWEY tu.
saya teringat masa sekolah dulu....rajin jugak menyepahkan PSS...hehe...lepas tamat kelas, PSS la tempat kami berkumpul buat study group...berebut buku rujukan..
Nasib baik ada Farouk, sekurang2nya adalah jugak teman dekat bilik yang diselubungi 'misteri' tu kan NzA, hehe..
Baiknya Farouk. Setia menemani ibu. Boleh juga bantu mana2 yang patut..
Selain su perpustakaan, Yah juga penyelaras makmal komputer & bilik akses ke? Sekolah akak asing2..
to zefa
bila kita dh bekerja mmg kita rindukan zaman prsekolahan..rasa ingin kembali ke zaman itu....
dah tanggungjawab akak. reda je la berkampung kat sekolah tu. huhuhu...
lya dulu suka lepak2 kat libray skolah... kakak2 lya dulu cikgu..sesekali kalo ada apa2 cam nk lukis mural ke.. msti lya join.. sbb lya mmg minat melukis
to IM
2 pengalaman IM..sekurg2nya kita tau apa tu sistem pengkelasan yang dimaksudkan.....
to siti murni
mmg best lepak2 kt PSS dgn kwn2.....
to ummiross
he.he.he...betul tu ummi..kalau tak rasa sunyi + seram gak nk brtapa sesorg kt situ.....
to k.mie
skrg dia masih setia temankan ibu, xtaulh bila dh besar sikit....
Yah merangkap GPM jadi Penyelaras Perpusatakaan n bilik Akses jugak k.mie...penyelaras makmal komputer org lain ttp kwn blk kg so yah yg kena gantikan.......
to anisalya
betul tu.....
to LYAfrina
kiranya afrina ni org seni juga la ye.....patut la minat snap gambar..cantik lak tu....
nasib baik ada pembantu ...hehe..ringan sikit kerja kan..
to JS
2lh, ttp si mamat tu bantu buat selerak...hu.hu.hu...
hahahahaha
sabo jela farouk ni =)
saya dulu pengawas pusat sumber. mmg sronok sgt kalo kena giliran saya bertugas. boleh baca byk buku.
to cheqna
itulh farouk cheqna....hi.hi.hi....
to mamasyaza
akak pn pernah jd pengawas PSS....tapi jenis xminat baca buku...hu.hu.hu.....
.....dearest sis.....
keep up your good deed.....
may Allah bless you always....
Insyaallah..
amin.
to mamaijat
thanks my dear sis..
tiada kata yg mampu diucap di atas kata2 sokongan kekandaku....
farouk sentiasa menceriakan suasana.haha..
Catat Ulasan