Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Mac 2012

Pesanan @ Wasiat Untuk Anak2 Ibu...

Petang semalam ibu berpesan pada Angah dan Beby,
sekiranya ditakdirkan ibu "tiada" lagi, ibu nak mereka "deactive" akaun FB ibu.
Biarlah FB dan blog ini nanti cuma menjadi tatapan kaum keluarga ibu
sebagai kenangan.
Ibu minta Angah catat username dan pw ibu.
Tiba-tiba mereka tersentap.
Beby: Kenapa ibu cakap macam ni...Beby sedih tau...
Angah : Ibu nie....angah tak nak dengarlah ibu cakap macam ni lagi...
Naurah : Kakak sedih la ibu cakap macam ni...
Along ( tiada di sini...masih bercuti di kampung....)


Alahai anak ibu.
Bukannya ibu nak "pergi" tetapi sebagai persediaan dan ingatan
pada mereka juga diri ibu.
Manalah kita tahu bila sampai ajal kitakan.
Mungkin 10 tahun lagi,
mungkin 1 tahun lagi, mungkin 1 hari lagi ,
mungkin esok atau mungkin 1 jam lagi....

Ibu sebenarnya teramat sedih dengan kehilangan
Kakak sepupu Kak Suriah Bt Che Husin (Kak Yah) di usia 44 tahun.
Arwah meninggal pada hari Ahad (18.3.2012-semalam) pukul 4.30 petang di HRPZ KB.
Arwah amat rapat dengan ibu.
Setiap kali pulang ke kampung, kami sering berjumpa.
Suami Kak Yah belajar 1 kolej di UKM dengan Ayah.
Kecilnya dunia ini kan.......

Pemergiannya dalam sekelip mata akibat terkena jangkitan virus kencing tikus
memeranjatkan keluarga arwah, kami sekeluarga, rakan-rakan dan anak-anak murid arwah.
(Arwah merupakan seorang guru lulusan luar negara).
Arwah baru kehilangan anak ke 2, 2 tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.
Anak ke 2 nya sebaya Angah dan merupakan pelajar cemerlang.
Malah arwah anaknya tidak sempat menatap result percubaan PMRnya pada masa itu (dapat 9A)

Arwah meninggalkan seramai 5 orang anak dan 2 orang masih kecil......
Siapa sangka ajal menjemputnya tanpa sebarang tanda.
Arwah pergi sewaktu cuti sekolah berakhir.......
Ibu masih tidak dapat menerima berita ke"hilangan" beliau.
Setiap kali solat, ibu rasa seolah-olah arwah datang dan merenung wajah ibu.
Ibu teramat merindui arwah.
Al-Fatihah..Semoga Kak Yah aman di "sana"..
Ya Allah cucuri rahmatMu  ke atas roh arwah.
Tempatkan arwah disisi orang-orang beriman......amin....
Ibu suka dengar lagu ni:
ANDAI KU TAHU
andai ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

andai ku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

chorus:
aku takut
akan semua dosa-dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

andai ku tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu..

chorus
ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

aku manusia
yang takut neraka.
namun aku juga
tak pantas di surga

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu
chorus
ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

p/s:
Mood=sedih!!!!!

32 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

Kak ibu bersabarlah....semoga roh arwah kakak yah sepupu kak ibu berada bersama mereka yg beriman....tumpang sedih juga ibu...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikuk.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
entahlah mamaQS, puas dipujuk hati ini agar menerima ketentuan ttp kesedihan terus melanda..InsyaAllah, cuba menerima segala takdir dgn tabah..terima kasih mamaQS.....

AHP Pie@Mohamad bin Wahid berkata...Reply To This Comment

orang yang bijaksana memang sentiasa mengingati kematian dan meninggalkan wasiat.

takziah, moga allahyarham ditempatkan di sisi golongan yang beriman.

NzA berkata...Reply To This Comment

to AHP
InsyaAllah, kita tak pasti bila smpai ajal...yang penting orang2 sekeliling tidak terpingga2 mencari sesuatu yg tak pasti...

Al-Fatihah..terima kasih AHP....

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

IM juga selalu berperasaan begitu. Tapi kalau boleh biarlah blog IM kekal selalu di alamaya supaya boleh ditatapi oleh generasi IM.

sebab itu IM suka menulis hal diri sendiri sebagai satu biografi.

CikguAreefNaim berkata...Reply To This Comment

salam,

setiap yg hidup pasti akan menemui mati... sabar ye kak, allah lbh menyayanginya... mg rohnya tenang di alam sana, amiin :)

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

ibu bersabar nye...semoga ibu tabah mengharungi ujian dariNya...js amat memahami apa yg ibu rasa kini...

***al fatihah buat sepupu ibu...

Lily@MamaZaraZareef berkata...Reply To This Comment

takziah atas kehilangan arwah kazen akak..maut tu mmg bila2 jek boleh menjemput kite ..sy klu dgr laagu yg akak attach tu mmg slalu rase sebak..takut n rase mmg tak bersedia lagi klu tetiba ajal menjemput..huhu

mamaijat berkata...Reply To This Comment

...al fatihah buat sepupu NzA....
dinda..bukankah mengingati 'mati' itu sunat....kerana ia akan membuatkan kita lebih beramal...

Salmi berkata...Reply To This Comment

Takziah atas kehilangan yang tak dijangka.. Akak dapat rasakan apa yg Yah rasa kerana akak juga baru kehilangan insan yg amat rapat dgn akak..
Moga Yah sabar dan tabah menghadapi ujian ini..

jeBateja berkata...Reply To This Comment

Alahai....sedih plak baca pasal kawan cikgu tu....itu dia...kita ni tah bila erk...

NzA berkata...Reply To This Comment

to im
betul tu IM..saya wujudkan blog ni sebagai sebuah dairy harian..tujuannya sbgai rujukan generasi pada masa akan datang setelah kita telah tiada....

NzA berkata...Reply To This Comment

to areef
InsyaAllah...memujuk hati dgn bristifar dan brzikir...cuma bayangan wajah lembutnya masih blm mampu hilang dr pndangan minda....

NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
thanks JS...entahlah, kenapa saat ini xmampu melupakan wajah arwah....

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
InsyaAllah, akak cuba kuat utk terima kenyataan ini..kehilangan dlm sekelip mata membuatkan hati jadi trlalu sedih....
lagu tu mmg boleh mengundang airmata....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
thaks mamaijat...
Itulah sebaiknya..semoga kita xterus leka mengejar keduniaan......

NzA berkata...Reply To This Comment

to k.mie
saat yg amat sukar utk kita terima hakikat kehilangan ttp kita perlu redha..thanks kak.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to jebateja
yg meninggal tu adalah sepupu sy yg amat rapat....masa kita akn tiba juga nnti....

sal ya berkata...Reply To This Comment

suka jugak dgn lagu ni. tapi betul la. ajal tak diundang kan. bila2 masa je blh jmpt kita.

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

semoga arwah kak yah tenang di sana ye kak.. bykkan sabar ye kak...

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

salam takziah dari saya

NzA berkata...Reply To This Comment

to anisalya
akan tiba masa utk kita nnti....

NzA berkata...Reply To This Comment

to izan
InsyaAllah...amin...amin..amin...

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
terima kasih su....

CikguAreefNaim berkata...Reply To This Comment

yelah kak... sy pun dulu lps arwah ayah pegi, lm tk blh lupa bygnnya... buat apa je yg ada kena-mengena dgn die, mesti dok terkenang... yg sy terkilan, cuma arwah ayah tk sempat nak merasa hasil gaji sy...

NzA berkata...Reply To This Comment

to areef
xpelh dik, sekurg2nya mak masih ada dan jagalh mak sebaik mungkin...Arwah akan bahagia disana bila dpt anak yg soleh...Al-Fatihah....

Teratak Hami berkata...Reply To This Comment

Al-fatihah buat arwah.
Memang kita sentiasa digalakkan ingat mati. Ajal tak kenal tua / muda.

ummiross berkata...Reply To This Comment

NzA, ummi tumpang sedih.sabar ye..
Semoga rohnya dicucuri rahmat.Al Fatihah

NzA berkata...Reply To This Comment

to TH
betul tu sekurg2nya kita xtrlalu mengejar keduniaan....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
sedih sgt ummi krn dia pergi begitu cpt.....

Nur berkata...Reply To This Comment

Sedih Yati baca. Kak Nza sabar ya. Allah lebih sayangkan arwah kakak sepupu kak Nza tu, sebab tu dipanggil lebih awal.

NzA berkata...Reply To This Comment

to yati
lebih sedih skrg bila anak bongsunya yg baru brusia 2 thn asyik menangis memanggil uminya....aduh trsentuh hati ni.....

About me