Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 Mac 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Surau An-Nur.

Malam Isnin ibu sekeluarga ke Majlis Maulidur Rasul di Surau An-Nur.
Majlis bermula selepas Isyak dan tamat lebih kurang 11.30 malam.
Walaupun tamat agak lewat tetapi tetamu yang hadir termasuk kanak-kanak
tidak berganjak dari tempat duduk.
Ceramah Ustz Z ni amat menarik dan menyentuh isu semasa
terutama dalam isu melayari alam rumah tangga.
Banyak imput yang kami terima.
memang tak kering gusi dengan lawak bersahaja beliau.

Penceramah Ustaz Z dan Ayah macam biasa menjadi Pengacara Majlis..
Dah tetap dan berpencen kot.....

Paginya ibu terlewat bangun.
Kelam kabut dibuatnya.
Dahlah lewat,, berlaku pulak  beberapa insident mencabar ibu.
Masa nak capai bekas bawang yang telah siap di blender ayah
tiba-tiba habis tertumpah dan tersimbah ke lantai dan peti ais.
Bayangkan.
Nak tak nak terpaksa la ibu lap.
Kemudian tersepak pula baldi.
Habis kain baju berterabur.

Kat sk pula macam-macam hal yang menyesakkan kepala.
Kerja orang asyik kita kena settle.
PA sk ibu ni jenis kepala hangin.
Terkadang kita boleh bersabar dengan kerenahnya tetapi
kalau asyik menyusahkan orang tak ke mampu kita bersabar.
makan gaji buta ke apa..
Opppsss!!!! teremo lak ibu....hu.hu.hu...

Balik rumah si "maid"(along)  tertidur.
Baju tak berjemur, nasi tak dimasak.
Aduhai...malang sungguh!!!!!tensi..tensi......

18 ulasan:

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

aduhai...mcm2 plak terjadi kak yeak....mmg ade akan ari kite rase bad jek kan kak...buat ape2 pun sume tak kene....cool kak yeak!

ummiross berkata...Reply To This Comment

Ada hari yang kita rasa macam jadi lebai malang je kan NzA, serba tak kena..tapi selebihnya banyak hari2 yang indah buat kita. Semoga selepas ini semuanya berjalan lancar...

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

dugaan dlm sehari tu kak... macam2 pula yg jadi bila kita nak cepat kan.

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....the day when everything went wrong.....

uuurrrmmm ...
biasalah dugaan x pernah habis....
menguji kesabaran dan tahapnya....

NzA berkata...Reply To This Comment

to lieya
2lh, kita nk cpt jadi mkn lmbat...tensi...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
mmg rasa tension sgt ummi..seharian rasa stress.....

Salmi berkata...Reply To This Comment

Eh, kebetulan lagi!!
Semalam akak pun tertumpah cili & bawang yg dah siap blend..
Saje2 dapat kerja tambahan mengelap lantai & peti sejuk..
Kalau dah tergesa2 macam tu lah jadinya..

NzA berkata...Reply To This Comment

to izan
seharian di timpa malang...aduh tension..

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
rasa nk je semua tu cpt brlalu....tension sungguh....

sal ya berkata...Reply To This Comment

kesiannya akak. bawak bertenang. kadang2 ada hari2 yang kita akakn lalui macam tu kan?

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak salmi
mmg kita ni ditakdirkan ada chemistry la k.mie...byk sgt prsamaan antara kita...mg patutlah di gelar kembar.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to anisalya
2lh, tension sgt2...rasa nk je jerit kuat2...

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Ada hari yg macam tu, kak. Semua serba tak kena belaka. Kena banyak istighfar dan sabaaaaaaarrr. Tapi saya mengaku, masa benda2 gitu jadi, ada jugak saya "termenyumpah" sikit. Sungguh jahil & lemah saya ni...

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
2lh, bagai jatuh ditimpa tangga....rasa stress sgt4X....trkdg kita trlepas gak dinas.....

Unknown berkata...Reply To This Comment

Aduhai ibu.... Baca pun terasa lelahkan....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
mmg lelah n stress.....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

ur bad day akak..takpe setiap org ada hari gembiranya ada hari tak berapa bestnya..:)

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
mmg brtimpa2....rasa stress sgt2....

About me