Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 Mac 2012

Main Kejar-kejar.

Pagi-pagi hening ibu dah berkejar ke bilik-bilik khas.
Jengah PSS, berkejar ke Bilik Akses dan turun ke Makmal Komputer.
Kemas apa yang patut.
Masuk kelas, jadi tunggul sebab minggu ini minggu peperiksaan.

Kali ini sekolah ibu terpilih untuk jadi projek 
perintis package 1 Bestari Net
yang berkelajuan 14Mbps.
Projek ini akan berkembang ke seluruh negara akhir tahun ni
secara berperingkat-peringkat.
Pemasangan talian berkelajuan tinggi telah selesai semalam
dan hari ini Pegawai Teknologi Pendidikan datang untuk
memantau pemasangan talian.....
Sebab tulah pagi-pagi ibu dah macam lipas kudung....
Main kejar-kejar......

Syukurlah  berkat memegang gelaran PSS Cemerlang 5 thn berturut-turut
sekolah ibu jadi keutamaan dan perintis setiap perisian baru.....

 Selesai aktiviti berkejar-kejaran, 
ibu berehat seketika dengan mengadap fail-fail pulak.
Sejak KSSR diperkenalkan, inilah tugasan tambahan cikgu-cikgu yang terlibat.
Perlu bersekang mata menyiapkan fail individu murid-murid.....
Belum lagi perlu mengadap pc untuk memasukkan data-data
individu murid mengikut "band" secara "on 9".
Best sangat-sangat rasa...Kalau boleh rasa tak nak balik rumah.
Kalau ada bilik kosong kat sekolah rasa nak je terus tinggal kat sekolah.
Huwaa....ha.ha....Sila abaikan otak tepu ibu yang dah
tak berapa betul tu.......

Timbunan fail untuk 1 subjek.
Bayangkan kalau mengajar 3 subjek????????
Sabar jelah......
Hish!! ibu nie, tak baik merungut tau......

Balik sekolah berkejar pula ke PKG.
Ada Bengkel IQ-PSS, bukan bengkel membaiki kereta ye kawan-kawan.
Setiap awal tahun inilah tugasan GPM (Guru Perpustakaan dan Media)
Perlu menjawab lebih kurang 100 soalan secara "on 9".
Mau otak tak tepu.
Alhamdulillah, ibu masih mampu mengekalkan prestasi 5 Bintang 4 tahun berturut-turut.
Dan semasa bengkel dijalankan, perisian ibu dijadikan bahan contoh.
Pukul 5.20 petang baru tiba di rumah......
Masih mampu mengadap lappy.
Rindu blog....rindu FB.....rindu kawan2 maya.
Inilah tempat ibu release tension.......

Malamnya masih banyak tugasan sekolah menanti.
Timbunan buku-buku PSS yang dibeli di City Star book Centre perlu diproses.
Ibu tak kisah kerana ibu tahu semua ibu tugas ibu.
Tapi yang ibu rasa terkilan bila tugasan orang lain, ibu juga perlu lakukan.
Kalau sekali ibu tak kisah tetapi kalau setiap kali ibu mula berkisah....
Sabarlah wahai hati!!!!!!!!

24 ulasan:

mamaijat berkata...Reply To This Comment

....proud of u my sis.....
but always remember...health comes first...
kerja2 juga...kesihatan utamakan...

semuga Allah memberkati dan merahmati setiap usaha mu dik...
semuga adinda ku diberikan kekuatan,ketabahan..dan kesabaran jua...
insyaallah..
amin.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
thanks dear...berkat sokongan dr kekanda n rakan2 blog...kepenatan trubat..balik rumah xsabar2 nk menatap blog krn amat2 merindui sokongan n kata2 semangat dr kalian semua.......

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

tumpang berbangga dgn usaha ibu, semoga apa yg ibu lakukan insyaallah ada hikmahnya..

NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
thanks JS, berkat sokongan rakan maya, ibu tmbah2 brsemangat....hilang segala kepenatan.

ibuintan berkata...Reply To This Comment

sabarlah duhai hati!!

akak pun dah hampir lemas dengan timbunan fail kssr... ngajar pulak 3 subjek kssr

fail 3 bilik khas, fail2 panitia serta fail koku... bersamalah kita bersabar ye!

ummiross berkata...Reply To This Comment

Bukan calang2 orang boleh menggalas tugasan sebgini berat, tahniah NzA, sebab selalu cemerlang dalam melaksanakan tugas,dunia dan akhirat dapat ganjarannya. Jaga kesihtan jugak ye..

NIA berkata...Reply To This Comment

contoh guru yang sangat berdedikasi.harap boleh jadi macam akak nanti.akak be strong ya!:D

NzA berkata...Reply To This Comment

to ibuintan
brsabarlah wahai hati cikgu-cikgu zaman moden..trlalu byk ujian n dugaan yg perlu ditempuhi....samalah kak, sy pn kena ngajar 3 kelas KSSR...Kerja Keras Sampai Rebah....jgn terus rebah n xmampu bangun.....be strong wahai hati cikgu2 zaman moden.......

Salmi berkata...Reply To This Comment

Huh, Akak yang rasa semput baca entry Yah ni!!
Yah patut dicontohi oleh guru2 baru..
MOga apa yang Yah lakukan mendapat keberkatan..
Teruskan kecemerlangan.. Tapi, kesihatan pun kena jaga ye!!

saniah berkata...Reply To This Comment

Tension ya cikgu..bila kn buat kerja org lain..ishh diaorg ni pun melampau la tu..:(
Seronok tgk bnyk buku2 cerita kanak2...tringat masa seklh dulu mmg suka lepak dlm library..hihi
Take five ye nnt sakit..kesian family

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
InsyaAllah ummi, selagi trmampu n trdaya nza cuba sedaya upaya lakukan trbaik..selagi ada hayat..
ttp jika ditakdirkan umo xpanjang semoga ianya jadi saham utk akhirat nnti......

NzA berkata...Reply To This Comment

to sizuka
InsyaAllah, bila izzati ke sk, izati akn brhdpan dgn brbagai2 stuasi yg realiti..........

NzA berkata...Reply To This Comment

to k.mie
akak pn tahu dan alami juga stuasi camnikan..bekerja, bekerja dan bekerja tnpa henti...rasa penat + stress tramat..ttp itulh tugas kita sbgai guru...skali dtg kerja brtimpa2....rasa nk pitam pn ada........

NzA berkata...Reply To This Comment

to saniah
gitulh kerja kami kaum guru saniah...mungkin org xtahu disebalik tembok bagaimana kami brtukus lumus menyiapkan kerja diluar bidang...itulh realiti........thanks saniah krn sering membari kata2 semangat....

Unknown berkata...Reply To This Comment

Sabarlah ibu....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
thanks mamaQS krn mengingatkan diri ini..sabarlah wahai hati....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

kerana tugas sabar tu tunjang utama tp klu tugas org lain jadi tanggungjawab kita hangin gak kan

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
betul tu PK..kalau setakat sekali dua xkisah ttp ni dh terus lepas tgn..sapa xgeram....

Lily@MamaZaraZareef berkata...Reply To This Comment

adoiii kak nza..sy yg baca ni pon ikut semput..banyak jek tugas kak nza kena buat kan..klu sy tk taulah mampu ke tak nk uruskan sume tuh..huuuu

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Assalamualaikum NZA,

Melalui pembacaan di blog-blog kawan2 blogger yang terdiri daripada guru-guru ni, banyak pengetahuan baru yang akak dapat.

Semoga jasa cikgu-ckgu semua tetap dikenang diberikan ganjaran yang besar di 'sana' nanti.

sal ya berkata...Reply To This Comment

jangan berkejaran sangat kak. bawak bertenang sikit. hehehe...

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily @mama 2 Z
itulh tugas kami skrg lily...kerja menimbun2 xhenti2..ada je yg perlu dilakukan segera..mmg sesak nafas rasanya..apakan daya, redha jelh....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kunang2
tugas cikgu2 skrg kak xmcm dulu..sy pn dh rasai prbezaan tu....kalau dulu seronok je dgn tugasan yg byk dihabiskan mengajar ttp skrg ni byk tugasan di luar yg menyesakkan kami..entahlah kak..xtau nk ckp camne....

NzA berkata...Reply To This Comment

to anisalya
he.he.he...kejar pn mkn menimbun2....

About me