Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

24 Ogos 2011

Kisah Ikan Goreng Bertepung-Puasa ke 24

Petang semalam ibu goreng ikan celup tepung.
Tiba-tiba hati jadi sayu.
Entah kenapa terkenang zaman kanak-kanak.


Zaman yang indah tiba-tiba jadi sedih bila Abah melanjutkan pelajaran ke UKM.
Sejak itu kami sekeluarga hidup dalam kesukaran dan keperitan.
Kalau tak silap ibu, sewaktu ibu usia ibu 5 tahun.
Malas lah ibu nak kenang lagi saat itu.
Klik sini.

Tapi ikan goreng tepung ini mengamit kenangan.
Semasa itu ibu berada dalam Tahun 1.
Di kantin sekolah ibu (SK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas)
ada menjual ikan goreng tepung ini.
Dan merupakan menu kegemaran ibu.
Kenapa kegemaran kerana makanan ini yang paling murah ketika itu.
Setiap hari ibu hanya mampu membeli seekor
ikan kecil bertepung dengan harga 20 sen untuk mengalas perut
dengan berbekalkan air masak.
Sedangkan rakan-rakan lain mampu membeli
nasi lemak, mee goreng dan macam-macam makanan lain.

Dan di satu sudut ibu menanti penuh sabar lebihan 
RMT (rancangan makanan tambahan) 
khusus untuk pelajar miskin.
Ibu tidak layak memandangkan abah seorang guru
(tetapi kerana abah melanjutkan pelajaran, hidup kami susah).
Mama cuma mampu bekalkan ibu dengan wang belanja 20 sen.
Setiap hari ibu berdoa agar ada lebihan makanan itu.
Dapatlah ibu mengalas perut dengan makanan yang lebih enak..

Hu.hu.hu...sedih bila dikenang.
Kenapa lah ikan goreng tepung ni buat ibu sedih.....
Tidak pasal-pasal petang yang ceria bertukar syahdu....

p/s: 
"MAMA, ABAH", kakak rindu kalian berdua..
Kakak xsabar nak jumpa kalian.....

24 ulasan:

Ena berkata...Reply To This Comment

ikan goreng tepung yg menjadi kesukaan ena sekeluarga jugak... :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to ena
org pantai timur katakan...mesti sukakan...

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Tiba2 hati jadi sayu.

Ikan goreng tepung ni feveret hasben kak ani.

Selalunya buatkan untuk dia tapi tak guna ikan kembong sebab banyak sangat isinya selalu akak guna ikan kecik2 sikit seperti ikan selar kuning atau ikan selayang (sardin).

NzA berkata...Reply To This Comment

to kunang2
sama la juga dgn suami n anak2 sy kak..suka sgt..

ttp ikan selayang tu lagi sedapkan cz isinya manis....

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

memang sedap ikan goreng tepung camni...pergghhh best cicah sos

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

sedap jer tgk ikan goreng tepung tu..^_^

anggunpesona berkata...Reply To This Comment

Ikan goreng tepung kalau makan dengan nasi kerabu sedap tak terkata. Lebih2 lagi ada sambal belacan.

Unknown berkata...Reply To This Comment

sedap ni kak. Tp shima pon xpandai nk buat hihi..
Dikesempatan ni nk ucap selamat hr raya utk kak nza sekeluarga.. Selamat mkn kuih ghayer hihi. Shima nengok je la dok berpantang lg ni.. Dah 16hari~ huhu. Meh la jenguk umah shima yg dh lama bersawang tu. sibuk dh xde masa nk on pc sbb pntang sendiri ni

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
mmg sedap..lagi2 yg ranggup....

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
org pantai timur mmg sukalah sangat mkn ikan ni lily....

NzA berkata...Reply To This Comment

to anggun
mmg lawannya mkn dgn nasi kerabu....nyum..nyum...

NzA berkata...Reply To This Comment

to shima
sedap shima...guna ikan yg kecil lg sedap cz ranggup smpai ke tulang....

NIA berkata...Reply To This Comment

dulu2 harga makanan murah je kan kak

NzA berkata...Reply To This Comment

to sizuka
mmg murah sgt2.....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

sebak baca entri nie..ada kemanisan bila kita hidup bersusah susah dahulu bersenang2 kemudian..org yg dah senang tak rasa nikmat tu kan kak?

h4ni3 berkata...Reply To This Comment

sedap! makan dgn sambal belacan.. pastu sayur masak lemak.. aduyaiii


kakak.. yg lepas yg tak best tu, jgn dikenang ye.. senyummm!

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
itulah nikmat yg kita rasai bila pernah lalui kepahitan.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to h4ni3
sedap tu......MIL lalu pn xnmpk...

entahlah, tiba2 lak dtg mood sedih...hu...

jeBateja berkata...Reply To This Comment

nak jugak belaja erk....den ni malas betui belaja....kira hebat lah abah ibu.....ahakz

NzA berkata...Reply To This Comment

to jebateja
abah sy seorg yg gigih n tekun w.pn masa tu dh ada 4 org anak.....

CikguAreefNaim berkata...Reply To This Comment

kenangan yg mendewasakan kita kak... alhamdulillah, skrg dh sng leh kita menggemnirakan hati ibu n ayah lak...

ikan celup tepuk paling best pernah sy makan dkt ngan lapangan terbang kuala terengganu... ikanny segar, tepungny rangup... bestlah...

NzA berkata...Reply To This Comment

to areef
Syukur krn dr kesusahan abah mampu membina sebuah keluarga yg sempurna.

sedap kalau dpt ikan segar..biasanya kalau kt trengganu n kelantan mmg mrk dpt ikan segar ttp kt tmpt akak ni, alahai kesian tgkkan ikan2 tu...mcm dh demam....

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

sedih nye story akk ... hanie pun igt lg kecik2 dulu first punye duit blanje ialah 20 sen ...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummi hanie
mmg sedih bila dikenang hanie ttp itulh penguat semangat kita....

About me