Pagi tadi ibu temankan ayah ke Specialist Medical Pantai di Ayer Keroh Melaka.
Dari pagi pukul 7.20 pagi ibu masuk ke kelas hingga berakhir pukul 9.50 pagi.
Ibu terpaksa menukar jadual PdP dengan seorang rakan.
Syukur kerana mempunyai rakan-rakan yang memahami.
Menghabiskan dulu tugas rutin utama di sekolah.
Minta izin keluar awal untuk temankan ayah.
Bergegas jemput ayah dan terus ke Melaka.
Kami tiba lebih kurang pukul 11.40 pagi.
Alhamdulillah highway agak lengang.
Terpaksa parking kereta dibahagian atas kerana ruang bawah dah penuh.
Ayah terus dirujuk doktor pakar.
Tidak perlu menunggu lama dan pemeriksaan berjalan lancar.
Kami ke sini pun atas nasihat dari adik ibu, Dr Zek a.k.a adik mie..
Sejak keluar wad hari tu keadaan ayah semacam je.
Badan berpeluh, sakit kepala dan asyik rasa nak pitam serta tidak bermaya.
Lantas ayah minta ibu emailkan laporan perubatan semasa di wad kepada adik mie..
Adik Mie telah beri beberapa andaian tentang laporan dan pengambilan ubat.
Jangkaan adik ibu betul.
Ayah diberi ubat yang salah dan ayah tidak ada kaitan dengan
penyakit jantung.
Jantung ayah stabil tapi dibekalkan dengan 3 jenis ubat yang berkaitan jantung...
Aduyai, bayangkan...5-6 hari ayah menelan ubat yang salah......sabar jelah.
Malas ibu nak panjang-panjang cerita.
Patutlah orang sanggup berhabis ke hospital swasta.
Walaupun setiap checkup mahal harganya tapi ianya berbaloi.
Peneman setia ibu.
Along volunteer nak ikut sama.
OTW balik ayah singgah ke UTeM.
Alang-alang dah lalu highway kami singgah ke sini.
Saja ayah bawa Along untuk meninjau Universiti yang bakal Along jejaki pada 1.9.2013 nanti.
Ayah umpama pemandu pelancong.
Setiap inci kawasan UTeM di terokai.
Lagipun ibu rasa ayah rasa agak lega setelah mengetahuai keadaan kesihatan sebenar.
Lagipun ibu rasa ayah rasa agak lega setelah mengetahuai keadaan kesihatan sebenar.
Bukan main lebar senyuman Along.
Katanya dah tak sabar bergelar siswi di sini.
Dan di sinilah nanti along akan menyambung degree selama 3tahun setengah.....
Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga.....ameen.
18 ulasan:
eh boleh pulak doc bg ubat salah.tu la kan hospital kerajaan ni doktornya byk sgt,yg pelatih pun dok tunjuk pro..tp tak semua la..
Jadi serba salah nak pegi hospital kerajaan ni... Alhamdulillah tak ada masalah jantung rupanya ...
Sbb tu dinda x nak pergi hosp kerajaan... sanggup ambik insuran medical yg terbaik
. . .Tu yg kanda takut. . .Lain yg sakit lain plak ubat yg di beri. . Semoga ayah bertambah sihat dan dalam lindunganNya juga. .Gitu juga dinda & kuarga. .amin. . .
nasib sis cepat2 jumpa doktor kalau tak camne la kesan ubat yg salah tu kan...
itu yg js slalu pergi tmpt biasa dpt rawatan mmg kt klinik swasta...wp dua2 kerja kerajaan tak pernah guna kecuali terpaksa dirujuk ke sana^^
Boleh plak bagi salah ubat...hmmm
Alhamdulillah ayah tak ada masalah jantung & moga ayah bertambah sihat...
Terkilan betoi baca hal ubat salah tu. Napa buat macam tu. Nasib baik boleh tanya 2nd opinion.
Aduhai....boleh pulak bagi ubat yg salah..nasib baik dapat kesan....suami saya mmng tak pergi pun spital kerajaan setakat ni..tak tahulah utk masa akan datang...
Saya pernah mengalami nasib yang sama.
Dikatanya dalam telinga saya terbentuk satu lubang. Bila rujuk ke pakar, rupanya bukan.
alahaii..boleh pulak terima ubat dgn masalah yg lain,..mujur ada adik kak nza bg pandangan gak..sekurang2nye en ayah dah dapat rawatan n ubat yg sebenarnya sekarang..=)
macam mana lah boleh sampai salah ubat tu kak. entah macam mana doktor yg bertugas tu diagnos ye. mujur ada adik kak nza yg doktor tu kan...
mudah2an en ayah akan bertambah sihat dan pulih spt sediakala... wahhh... dah tak sabar along nak bergelar siswi ye.
Ubat yang salah?? Macamna boleh jadi gitu kak?
selalunyer gituler kena buat dua tiga pendapat dulu... ada gak yang dari swasta pergi ke gomen ok... terpulang kepada kepakaran doctor itu..
nasib takder apa2 syukur... ooo nak belajar kat Melaka lagilerni...
Ya Allah, bahayanya salah ubat tu, nasib baik tak apa2 dan ada juga adik untuk merujuk.
Tahniah Along, bila dah tengok U tu, tentu dah bersemangat dan tak sabar nak mulakan pengajian kan. Moga di permudahkan.
Ubat yang salah? Nasib tak apa-apa. Itu la dia, tapi orang tak mampu, terpaksa pi hospital kerajaan juga.
mcamana boleh ubat salah tu....nasib baik tak apa-apa...
Samalah dengan kami. Lagipun kalau hospital swasta, saya lebih rela travel ke Melaka dari KL semata2 selesa dan percaya dengan khidmat Pantai di Ayer Keroh nie kak.
ALAHAI...sedey plak lieya bace kak...tang ubat salah tu kene buat report tu kak...
tahniah buat along....alhamdulillah...menjadi anak2 akak...
Catat Ulasan