Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

29 Julai 2013

Ramadhan 18- Persiapan Minggu Terakhir.

Salam Ramadhan ke 20.
Orang dah Ramadhan ke 20, ibu baru terheggeh buat n3 Ramadhan ke 18.

Hari Sabtu ibu curi sedikit waktu untuk ke Mydin Melaka.
Kiranya tinggal minggu ni saja untuk ibu buat persiapan terakhir.
Minggu depan dah mula cuti.
Diawal cuti ayah dah booking kami untuk ikut ke KL.
Ayah ada majlis berbuka dihotel dengan VIP
dan ayah teringin nak bawa anak-anak bershopping baju raya di KL.
Dalam keadaan tidak begitu sihat, kepala ayah masih ligat memikirkan tentang kerja.
Aduyai.

Ibu minta izin ayah untuk ke Melaka bersama along, Naurah dan Farouk.
Masa ibu pergi ayah masih di wad.
Along jadi driver dan ibu jadi mem besar.

Yang kelakarnya kami boleh melencong ke lorong yang
 salah akibat leka berbual.
Tak pasal-pasal kami sampai ke Negeri Sembilan
bila papan tanda highway menunjukkan
arah dah hampir lencongan ke Seremban....
Terpaksa pasang GPS dan keluar dari hway.
Lama juga kami sesat.
GPS pun satu, entah kemana kami dibawa.
Naik bukit, turun bukit..macam nak ke Cameron lak rasa.
Dalam risau kami sempat gelak-gelak sebab nak sedapkan hati.....

 Setelah 1 jam tersesat, akhirnya kami jumpa jugak highway.
Lega sangat rasa.

 Tempat yang kami tuju.

 Naurah dan Along menemankan ibu bershopping..

 Tak sah kalau datang Mydin kalau tak beli big apple donut.

Motif ke sini untuk cari coklat untuk mama.
Mama dah pesan awal-awal sebelum balik kampung,
belikan coklat home-made yang dijual kat Mydin.
Biasanya coklat tu dijual pada musim perayaan je.
Beberapa jam ibu habiskan masa kat sini.
Macam-macam yang ibu sambar.
Lebih kurang pukul 2 petang baru sampai rumah.......

p/s:
Alhamdulillah ayah dah dibenarkan keluar dari wad.
Masih dalam pemantauan doktor.
Dan yang pasti selepas ini ayah perlu banyak berehat dan menjaga pemakanan.
Ayah mewarisi 3 jenis penyakit keturunan yang ditakuti selama ini.
Apapun kami redha.......

14 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..... suami d benarkan pulang.

Unknown berkata...Reply To This Comment

macam mana le boleh sesat ni hehehehe....

alhamdulillah Mr abang dah boleh keluar semoga terus sihat ye kak...

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, sudah sembuh.

GPS memang macam tu. Saya pula pernah memandu sampai masuk ke dalam kebun orang gara-gara menggunakan GPS!

Aziela berkata...Reply To This Comment

Kalau ada di Mydin tu, memang tenggelam dalam tu. Macam2 barang ada. Alhamdulillah hubby akak dah ok.

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Woww..soping sakan ya...

Alhmdulillah...cik abe NzA dah dibenarkan keluar.. kena memantau kat rumah pulak ya...

Qashmere berkata...Reply To This Comment

BEstnya donut tu

Qashmere berkata...Reply To This Comment

BEstnya donut tu

ummiross berkata...Reply To This Comment

Bestnya keluar soping anak beranak, barulah meriah kan, Along pun dah boleh diharap sangat.
Alhamdulillah, suami NzA dah ok,moga semuanya dalam keadaan terkawal, insyaAllah.

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah ayah dah boleh keluar dari hospital.

Kat situ pun nampak jerebu tu kan..

NIA berkata...Reply To This Comment

semoga suami akak semakin pulih.lama tak singgah siniiiii rindu!

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

blh plak tersesat sis..
kalau js mau gabra tu..haha

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

akakpun kalau dah sesat pakat2 gelak nak sedapkan hati.. shopping.. shopping... shopping... bestnyer nak raya...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

boleh tersesat pulak syok sgt bersembang la tu.hehe..

Alhamdulillah dh dibenarkan balik,semoga cpt sembuh

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

bulan lepas masa kami jalan2 melaka, singgah juga ke mydin ni. perghhh... mmg rambang mata. kalau ikutkan nak juga shopping raya kat itu, tapi tak jadi kak. kalau pegi entah2 berjam2 nak beli itu ini.

About me