Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 Julai 2013

Pereka Maskot Serigala

Lama dah tak bercerita tentang puteri ke 3 ibu nie.
Farah Najdah a.k.a Beby dan ibu sama-sama anak ke 3.
Agak banyak persamaan antara kami.
Kami sama-sama meminati kraftangan, 
agak alergik membaca buku dalam erti kata tidak begitu suka membaca,
cepat faham sesuatu yang dipelajari jika berminat,
kalau buat sesuatu yang diminati mesti leka dan nak cepat siap
(sanggup tak makan, tak minum dan terkadang tak mandi.....syhhhhh!!!),
sama-sama  kidal,
sensitif dan mudah tersentuh,
penyayang,
pemurah,
cepat kasihan dan simpati pada orang sekeliling,
agak keras hati@degil.......

Inilah satu-satunya anak ibu yang boleh diajak berbahas
kerana kami sering tidak sependapat.
Bak kata orang.....macam magnet, kalau kutub yang sama saling menolak....he3X....

Minggu lepas bukan main kalut si Beby nie menyepahkan rumah.
Ibu dah agak...mesti ada projek sekolah yang dia bawa balik rumah.
Tak kira siang malam dok mengerjakan sesuatu.
Habis halmet ayah, 2 helai tuala , kain entah berapa meter( katanya cikgu yang sponser) 
dan entah apa-apa lagi bahan yang diangkut balik.
MasyaAllah, sabar jelah ibu.
Malas nak gaduh-gaduh.....

Rupanya Beby sedang ber'eksperiment' 
mencipta maskot serigala untuk pasukan rumah sukan.
Ibu jadi bahan rujukan dan pengkritik.
Biasanya macam tulah.
Dia akan tanya setiap inci pendapat daripada ibu.
Beby : Ibu, cuba teka maskot apa nie.
Ibu : Gajah!!!! (saja nak cari pasal )
Beby : Alah ibu nie....serigala la....
Ibu : ye ke???? tapi ibu tetap kata GAJAH!!!!
Beby : Ibu memangggggg......jeles la tu..
Masa tulah kami berbahas macam-macam.....
Terkadang ketawa, terkadang kutuk mengutuk, terkadang merajuk....alahai, itulah kami.
Saat ini buku dah entah kemana...
Risau si ibu kerana SPM dah semakin hampir.
Tapi sebagai ibu, terpaksa menelan semua itu.
Pujuk hati agar tidak gundah gulana......


Hari Kejohanan OlahRaga berlangsung dengan jayanya.
Dan salah seorang rakan pasukan 'dipaksa' menjadi maskot.
Ibu dah pesan awal-awal, jangan sampai anak orang tu pengsan akibat
kepanasan dan kelemasan memakai maskot ciptaan Beby......
Beby ni lain sikit.
Setiap arahannya tak siapa berani bantah....
Ala-ala diktetor gayanya.
Alahai anak ibuuuuuuuuuuuuuuu.....


Dan kegigihan Beby berhasil bila pasukan rumah Beby dinobatkan JOHAN dalam perbarisan.
Selaku Naib Pengerusi yang 'gila kuasa' menerima hadiah berupa hamper.....khi3X...
Jangan mare ye Beby........
*hawat naik pentas sandang beg??????????????? Hish3X...budak ni memang pelik!!!!

Senggih sampai ke telinga.
Puas dan bangga dengan hasil yang diusahakan.....
Kulit rentung macam jiran belakang rumah.....ngeh..ngeh..ngeh...

Bergambar kenang-kenangan bersama pasukannya.
Mereka berjersi JDT...
Sila jangan percaya kat Beby tu sebab dia budak mix= Klate + Johor.
Mana-mana je dia belasah.......

Balik rumah becok bercerita dengan bangga tentang kemenangan yang diraih.
2 hari 2 malam ceritanya belum selesai.
Naik bengkak telinga penghuni kat rumah nie.
Tiba-tiba terpacul dari mulut ibu :
Budak yang jadi maskot tu ok tak Beby????
Tak pengsan ke dia??
Beby : Alah ibu nie..dia oklah ibu..Masih hidup dengan sihat.....
Aduyai...Beby..beby.

Yang pasti, anak-anak ibu 'kaki bangku'.
Tapi masing-masing memegang jawatan tertinggi dalam pasukan sekolah..
Begitu jugak dalam unit beruniform.
TAHNIAH untuk Beby.
Ibu bangga dengan anak-anak ibu walaupun ibu selalu kutuk2 Beby.

Lepas ni dah tak ada lagi aktiviti sampingan.
Janji dengan ibu kena ditepati ye...
Study 4 SPM pulak..........

21 ulasan:

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Kira menjadi juga costume yang dia buat.

Buat biar sampai nampak hasilnya, kejayaan...!

ummiross berkata...Reply To This Comment

pandai beby menjahit, memang menjadi tu NzA, kalau ummi yang jahit, nak buat serigala, baru gajah jadinya,
hehe..
Anyway, tahniah buat Beby, selamat maju jaya dalam SPM ye.

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Tahniah utk beby dan pasukannya...

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Bagus beby, setiap ada kelebihannya sendiri NzA... serupa dgn anak akak yg sulong perangainya ;)

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

hebatnya beby cipta maskot serigala tu. cantik! menurun tgn seni cam ibunya juga...

lepas ni kena study rajin2 utk spm pulak ye beby...

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Waah hebatlah beby, maskot buat sendiri..kreatif cam ibunya jugak ye :-)

Goodluck for spm ye beby..

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

wauuuu..kreatifnye die,..menjadik maskot serigala tuh..^_^..

Aziela berkata...Reply To This Comment

Wahh....cantiknya maskot tu. Saya sangat kagum la kak...

Salmi berkata...Reply To This Comment

Ternyata kuah dah tumpah ke nasi..
Tahniah Beby!

NzA berkata...Reply To This Comment

@Muhammad Syahmi
mmg dpt kepuasan bila usha dihargai....

NzA berkata...Reply To This Comment

@ummiross
bb tu kalau bab2 mcm ni bkn main tekun ummi ttp kalau suruh study agak liat...ttp alhamdulillah selepas sukan hr tu dia dh rajin sikit...

NzA berkata...Reply To This Comment

@MulutPayau
TQSM....bagi pihak beby....he3X....

NzA berkata...Reply To This Comment

@CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)
2lh, trkdg antara ank berbeza..msg2 ada kelebihan trsendiri.....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Izan Ishak
2lh minatnya izan ttp bab2 membaca ni agak kureng sikit...hu3X...

NzA berkata...Reply To This Comment

@mama lieyna
he3X....anak ibu kot....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Lily@MamaZaraZareef
gigih sepahkan rumah lily...aduyai...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Lily@MamaZaraZareef
dia buat tu sbb minat tapi yg geramnya study entah kemana.....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Aziela
dia minat kraftangan aziela sbb tu sanggup brtukus lumus....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Nor Salmi
he3X..salah sorg yg punya minat yg sama...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

nmpk byk betul persamaan akk dengan beby.suka!

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

@NzA

setuju. melihat kepada hasilnya pun sudah cukup menggembirakan walaupun tidak dihargai.

About me