Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

4 Julai 2013

TBS?

TBS= Termenung Buat Seketika???????
Hari ini nak cerita tentang kejakunan ibu di TBS.
Mungkin ada yang tak tahu singkatan TBS dan begitu jugak ibu.
Ke ibu sorang yang tak tahu?????????
Nama je tinggal kat Selatan TanahAir.
TBS pun tak tahu.

TSB-Terminal Bas Selatan...Walah, dasyat sungguh orang seperti ibu ni.
Kali pertama jejak kat TBS ni.
Itupun sebab terpaksa dan terdesak.

Kisah berlaku gara-gara ayah tak dapat jemput ibu kat airport sebab
masa tu ayah ada seminar.
Ayah suggest nak jemput ibu dari LCCT dan bawa ke hotel  tempat ayah seminar.
Bila ikut ayah bermakna ibu terpaksa stay 2 malam di Putrajaya......
Aduh.....rasa tak sanggup pulak ibu.

Akhirnya ibu ambil keputusan nak berdikari kali ini.
Nekad jugak nak balik ke Muar.
Kali pertama belajar balik ke Muar dari LCCT dengan "BAS"...
Setiap inci ayah sms cara nak sampai ke TBS...berapa harga tiket...naik kat mana..bla..bla..bla....
Siap buat karangan sehingga ibu yang baca pun pening-pening lalat.
Dahlah ibu ni spesis yang alergik naik flight.
Bila turun flight mesti ibu macam orang tak tentu arah.
 Menunggu di balai berlepas TBS.

 Wow...terpegun ibu lihatkan keadaan di TBS.
Amat-amat selesa...
Kalah airport gayanya....

 Dan penumpang tidak perlu menunggu lama sebab boleh membuat pelbagai pilihan 
syarikat bas yang dicadangkan di deretan kaunter tiket.
Di tiket juga tercatat nombor menuju ke balai menunggu dan pintu berlepas yang perlu ibu tuju..
Tempahan tiket pun secara on9.
Urusan selesai tak sampai 10 minit...
Lebih mudah berurusan berbanding airport.

 Memikirkan nasib diri ditempat orang...walah....TBS=Termenung Buat Seketika.

Sepanjang perjalanan ayah tak putus-putus call dan sms setiap 15 min-30min ssekali.
"Dah sampai mana ni?.....lebih 10X sepanjang perjalanan...
Naik rimas pulak ibu.
Bukan jauh sangat pun.
Perjalanan cuma memakan masa 2 jam lebih saja walaupun
perlu melalui 2 buah negeri.....
Alahai ayah....risau jugak ye kat ibu nie....

p/s:
Pagi ni berkejar pula ke SKS5D sebagai hakim karnival.

13 ulasan:

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

keh keh keh...tbs = termenung buat seketika tu lieya gelak kak...sempat ajek akak pikir shortform gitu heheheeheh.....

lieya tak penah lagi sampai kak...tapi selalu amik adik kat sini...tu pun tgu kat luar jek...bile tgk pic akak baru rase mcm 'wow selesa n canggihnyer' heheeheheh

attyfir berkata...Reply To This Comment

aty pun pernah sampai tbs ada lah dlm 3 kali..kali pertama sampai , terpegun..sbb canggih.

Maria Firdz berkata...Reply To This Comment

hehe.. TBS yg thu mmg terminal bas selatn.. ada akronim lain..

ummiross berkata...Reply To This Comment

Cantik dan canggih ni NzA. Kalau dulu2 sebut terminal bas je dah terbayang, hingar-bingar dan asap yang banyak. Teringat masa belajar dulu2, naik bas kat Puduraya, aduyai, memang pening.
Lain kali kalau ke Putrajaya, roger2lah ye.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

canggih kat TBS tuh..saya pon suka sgt keadaan die sbb selesa mcm airport dah..tpt makan, surau, toilet pon sume ok..dulu2 jadik port amik mak klu die nk balik kg or dtg klang..now rasenye jadik port kitong parking kereta klu nk ke lcct/klia plak la kot..kat sana parking murah, then senang ada transit pi airport terus..=)

Kakcik Seroja berkata...Reply To This Comment

Kakcik tak pernah maduk ke TBS tu walaupun tak jauh sangat dari rumah. Mungkin sebab belum ada keperluan... :)

Unknown berkata...Reply To This Comment

Yang pasti dinda mmg x pernak ke tbs tu... hehhe... kalau dinda mahu nangis agaknya, mr h pulak lbh kurang dgn abg ayah akan kerap call dari sini ke kg atau sekolah qayyum pun berkali2 dia akan call

mamaijat berkata...Reply To This Comment

. . .Sepelaung ajer tbs tu dr ph kanda ni tau!!!!!!

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Cantik & canggih betoi TBS tu. Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi :)

Unknown berkata...Reply To This Comment

suprise dengan tajuk TBS ibu tu. Alhamdulillah selamat sampai. Cntik betul TBS dh mcm airport.

ibuintan berkata...Reply To This Comment

maunya ayah Farouk tak sayang... takut kot tak sampai ke Muo la tu


LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Mestilah ayah Farouk risau kak.. :) ..Alhamdulillah selamat juga sampai..~

Salmi berkata...Reply To This Comment

Naik bas sendirian - perkara yang tak pernah akak buat selepas tamat belajar.
Dah tentu Mr. M risau, takut-takut isteri kesayangan tak sampai ke Muar lah tu..

About me