Semalam semakan upu telah keluar.
Hati ibu bergedup kencang, gelisah dan tak tentu arah......
Kerisauan seorang ibu mengalahkan yang empunya diri.
12 tengahari Along call ibu.
Nada sayu dihujung talian.
Dada ibu makin berdegup kencang.
Macam-macam bermain difikiran.
Along khabarkan berita gembira buat ibu.
Cuma dia sedih dan terkilan sebab tidak mendapat tempat
di universiti dan course idaman hatinya.
Ibu memujuk dan memberi kata semangat buat along.
Sebenarnya semasa form 4 Along ditawarkan ICT subjek tambahan
dalam aliran sains tulen tetapi ayah meminta along mengambil
subjek tambahan perakaunan.
Along akur.
Selepas SPM Along ditawarkan dalam
bidang yang sama di UiTM tetapi atas pandangan
keluarga along memilih ke matrik.
Lagipun ibu rasa matrik yang terbaik sebagai persediaan untuk
menyambung degree memandangkan waktu belajar
yang singkat berbanding diploma.
Kali ini along ditawarkan bidang yang sama.
Memang "jodoh" along dengan course ni agaknya.
Syukur Alhamdulillah, Along akhirnya berjaya ke IPTA
untuk menyambung pelajaran diperingkat degree diusia 19 tahun..
Kegembiraan berganda pada ibu dan ayah pada tahun 2013
bila 2 orang anak berjaya ke universiti.
bila 2 orang anak berjaya ke universiti.
Bulan 6 angah meninggalkan ibu untuk ke IPTA dan tidak berapa lama lagi Along pula
melangkah meninggalkan ibu setelah beberapa bulan tamat belajar di Matrikulasi Melaka
dengan cemerlang..
Ayahlah orang paling gembira kerana Along ditempatkan
di universiti yang agak dekat.
Lebih kurang 1 jam perjalanan ke sana.
dengan cemerlang..
Ayahlah orang paling gembira kerana Along ditempatkan
di universiti yang agak dekat.
Lebih kurang 1 jam perjalanan ke sana.
Dalam gembira terselit kesedihan dan kesayuan di hati.
Bahagia melihat satu persatu anak mengatur langkah ke universiti...
sedih bila memikirkan diri
sedih bila memikirkan diri
ini bakal ditinggalkan untuk kesekian kalinya.
Namun ibu bersyukur kerana Allah permudahkan perjalanan anak-anak ibu.
Ibu bahagia dan bersyukur dikurniakan permata seperti mereka.
Terima Kasih Allah kerana sentiasa makbulkan setiap doa-doa ibu.
TAHNIAH dan TERIMA KASIH anak-anak ibu kerana sentiasa
membahagiakan dan membanggakan hati ibu dan ayah
dengan hadiah kecemerlangan kalian......
dengan hadiah kecemerlangan kalian......
Semoga Along dan Angah menjadi penguat semangat adik-adik untuk terus cemerlang.
Juga terima kasih kepada rakan-rakan blog yang tidak pernah putus-putus
berdoa untuk kami sekeluarga.
Hanya Allah yang mampu membalas segala-galanya.
15 ulasan:
tahniah along ,
Tahniah along....
tahniah untuk along...saya yang baca ni pun rasa sayu lak...semoga anak2 akak berjaya...
tahniah buat along...
Tahniah Along. Tak apa kalau bukan kursus pilihan pun. Ada hikmahnya nanti. Insya Allah. Tahniah kak...
Tahniah buat Along. Moga Along terus mengukir kecemerlangan di U nanti..
Alhamdulillah, tahniah2x buat Along dan NzA sekeluarga, kejayaan anak2 kejayaan ibubapa juga.
Moga anak2 NzA terus cemerlang..
tahniah along dan akak sekeluarga....belajar rajin ye along...jd contoh pada adik2....
Tahniah, tahniah! Sama course dengan yati dulu la, sains komputer. Cuma along, network. bagus la tu, prospek luas, senang dapat kerja bila dah abis. :)
tahniah buat along..takpe kak dekat je tu.tiap2 hari pun boleh jenguk along.hehe
Tahniah along... dibalas dgn gembira bila uni along dekat... indahnya ketentuan Allah ;)
tahniah utk along.....
tahniah along..
tahniah along,tmpang bangga dgn kejayaan anak2 kak nza..:-)
tahniah along! moga terus cemerlang... izan mmg suka baca kejayaan anak2 kak nza.
Catat Ulasan