Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

21 Julai 2013

Ramadhan ke 10 dan 12-Angah diuji.

Pada hari Khamis ibu dapat call daripada Angah a.k.a Farah Nadiah.
"Ibu Angah jatuh kat bilik air, kepala terhantuk dan angah pengsan...
sekarang ni angah kat klinik...Warden bawa....".
Doktor dah check tadi...risau takut tulang belakang retak...
Kalau ada masalah doktor suruh datang lagi....."
.
Ya Allah, sentap dan berderau darah ibu.
Risau, sedih, takut dan macam-macam bermain difikiran.
Tidak putus-putus berdoa agar Angah tidak apa-apa.

Hari Jumaat Angah balik ke rumah.
Lega hati ibu melihat keadaan angah ok, cuma dia mengadu sakit badan.
Sempatlah kami berbuka bersama-sama selama 2 hari.
Itupun ayah terpaksa berkejar ke KL kerana ada meeting dan
majlis berbuka dengan VVIP.
Namun kami sempat bersahur bersama-sama dengan ayah.
Mujur anak-anak faham kesibukan ayah dalam urusan tugas dan
masa untuk family.

 Pagi tadi Angah dah perlu kembali semua ke Kuantan kerana Isnin angah ada kuliah.
Dengan berat hati ibu melepaskan angah pergi.
Keadaan angah belum pulih sepenuhnya.

 Farouk dengan halnya sendiri.
Dapat komek, senyaplah dia....

Setelah Angah menaiki bas ekspress, ibu singgah di Giant.
Teingin pulak nak makan kambing panggang masa berbuka nanti.
Tiba-tiba angah sms : " ibu, angah silap naik bas, patutnya bas Cepat bukan bas Cekap"..
Macam mana ni ibu...?????.
Ya Allah..sekali lagi ibu tersentap.
Setiap minit ibu call dan sms bertanyakan khabar.
Risau dengan keadaan Angah.
Hati rasa tak tentu arah.
Alhamdulillah, Allah permudahkan segala-galanya.
Angah tiba di Kuantan dengan selamat.

 Singgah butik peace untuk carikan blouse dan pakaian along di universiti nanti.
Sudah 2 minggu Along sendirian menguruskan segala-galanya..
Ayah dan ibu teramat sibuk dengan kerja kebelakangan ini.
Hari Sabtu pulak sekolah berganti.
Dalam hati rasa terkilan kerana tidak dapat beri tumpuan sepenuhnya pada persiapan along.
Alhamdulillah, Along memahami kesibukan kami.

Dan hero ibu yang dah mula bosan menemankan ibu dan along memilih baju.
Farouk : "Berapa jam lagi ibu nak duduk kat sini....."
Alahai.......

Ya Allah...semoga Angah sentiasa dalam perlindungan dan kasih sayangMu...amin.

12 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Semoga angah cepat sembuh...
Along belajar berdikari tu... tau ibu dan ayah sibuk...
Farouk... aku dah bosan.. aku dah bosan hehehe lagu Amy search ;)

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Nasib baik tiada sebarang masalah masa Angah naik bas tu. Yang saya pelik, takkan pihak bas tu tak check terlebih dahulu tiket sebelum membenarkan penumpang naik...?

Semoga Angah cepatlah sembuh dari kesakitan yang dirasai, Amin...

Tapi, saya kesian dengan si Farouq tu... Menunggu ibunya dan Along selesai bershopping...

ummiross berkata...Reply To This Comment

Ya Allah..risau juga kan kalau jatuh2 ni, harap2 Angah tak apa2, harap cepat pulih, pulih semangat juga, maklumlah terkejut juga kalau jatuh kan.
Hehe..Farouk, baik juga tu NzA, sanggup juga menunggu walaupun boring.

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Moga Angah cepat sembuh...
hehe..sian farouk..tetap setia menunggu ibu shopping ye.. :)

Umialya berkata...Reply To This Comment

Sebagai seorang ibu, saya dapat rasa kegusaran tersebut, moga semuanya berjalan lancar, aamiin..

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Harap angah cepat sembuh sepenuhnya...
Ujian, dah la berjauhan dgn family kn...

Anak2 memahami, takpe..

azieazah berkata...Reply To This Comment

Kalu saya pun, rasa nak terbang jer pegi ke tempat belajar anak, kalu dah terima berita kemalangan camtuh!

Aduhai. Begitulah kita sebagai emak. Apapun semoga segalanya selamat dan dipermudahkan. Angah sangat strong, kan?

pena rozie berkata...Reply To This Comment

Semoga cepat sembuh....

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

alahaiii..siannya Angah..harap terus sabar lah die menempuh semua ujian di tpt orang kan..nway, kisah bas tu finally mcm mane kak nza..bas cekap tu hala ke kuantan gak ke..

Aziela berkata...Reply To This Comment

Ya Allah...risaunya saya baca Angah jatuh sampai pengsan. Syukurlah dia nampak ok yer kak...

Memang mencabar sungguh.

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Semoga Angah cepat sembuh...
Saya yg baca ntri pun turut berasa risau...

sal ya berkata...Reply To This Comment

anak2 dah besar. blh berdikari.

About me